JELMAAN LANGSUIR DI RUMAH ANAK YATIM CHERAS
JELMAAN LANGSUIR DI RUMAH ANAK YATIM CHERAS. Rasanya dalam segmen seram serik belum pernah share kisah seram yang berlaku kat rumah anak yatim.. Jadi malam ni cerita terpilih malam ni adalah jelmaan seram seorang wanita berambut panjang & berjubah putih.. Kalau dah macam tu ciri ciri nya memang langsuir sebab cerita asal pun memang mengKlasifikasikan makhluk tu sebagai langsuir. Bukan lagi anggapan ku lah yer...Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Alkisahnya di ceritakan oleh seorang bekas guru sambilan di rumah anak yatim yang terletak di Sri Damansara. Katanya sebelum anak murid dia tu di tempatkan kat rumah anak yatim sri damansara ni.. dia pernah menetap kat kompleks anak yatim cheras. Masa dia tinggal kat situ berlaku satu peristiwa seram yang rasanya selagi dia tak hilang ingatan mungkin dia takkan lupa. Gila kau! Sapa boleh lupa pengalaman jumpa hantu. Masuk rumah hantu pun trauma sampai 10 tahun inikan tengok live hantu perform depan mata. Ni bukan hantu ala2 makeup bebudak gothic atau black metal.. Yang tu tak seram sangat la beb!
Cerita bermula pada satu malam ketika budak ni & seorang lagi rakan yang dia panggil akak sedang jemur baju kat ampaian. Tengah dok jemur baju kat ampaian tetiba budak ni nampak seorang perempuan muda yang cantik dan berbaju kurung mundar-mandir di luar pagar, di kawasan belakang rumah mereka. Dia pun bagitau la si kakak tu.. ternyata si akak pun nampak apa yang si adik nampak tapi melarang dia menegur sebab katanya belakang rumah depa tu kawasan semak mustahil la ada orang yang dok jenjalan makan angin kat situ. Risau yang depa nampak tu bukan manusia jer. Gila kau semak.. orang shooting rancangan survivor je sanggup redah semak malam buta.
So, dia pun buat dono je la.. Malas dah nak ambil port pasal perempuan tu. Tapi tetiba perempuan tu menghampiri pagar & terjenguk2 dari luar pagar seolah2 mencari sesuatu dalam kawasan rumah mereka. Bukan tu jer tetiba dia ketawa mengilai ngilai.. Mengundang mood seram. Sebab perlakuan perempuan tu pelik & menyeramkan dia ajak la si kakak ni masuk.. Risau jugak kalau bukan hantu pun maybe orang gila. Risau tetiba dia ambil tindakkan luar dugaan..
Lepas dia ajak akak dia masuk belum sempat depa berdua ni masuk tetiba perempuan cantik berbaju kurung tadi mula berubah wajah.. dari putih jelita dah bertukar pucat. Baju kurung dah jadi jubah putih, panjang, lusuh & buruk. Tambah lagi dok mengilai.. bukan takat meremang boleh tercabut bulu roma jadinya. Bila dah nampak macam tu.. apa lagi depa pun siap2 nak lari tapi tak sempat lari kekdahnya.. tiba2 lembaga perempuan tu terbang kearah dorang parking betul2 atas ampaian depan dorang. Kaku kelu jadinya dua beradik tu. Tiba2.. masing2 padam..
Sedar2 je tengok dorang dah dalam bilik di kelilingi penjaga & kawan kawan yang lain. Menurut cerita penjaga mereka... masa dorang tengah tengok tv tiba2 dengar 2 beradik ni menjerit sambil berlari masuk ke bilik baring & terus tutup muka sambil dok cakap pasal hantu perempuan yang dorang nampak...
Ingatkan rumah anak yatim takde la hantu langsuir bagai nak menyakat.. Yelah kot2 hantu pun ada perikehantuan kan.. Tapi menurut pencerita ni memang benda2 macam biasa berlaku di rumah anak yatim. Maybe faktor lokasi rumah jugak kot..
Moral of the story... hantu pun setakat menyakat je tak makan harta anak yatim so jangan jadi keji lebih dari hantu dengan memakan harta anak yatim. Jadikan pengajaran kisah banglo tiba2 hilang akibat makan harta anak yatim. Peace yo!
Sumber cerita >> PENGALAMAN MELIHAT LANGSUIR <<