Showing posts with label iktiraf. Show all posts

SALAH SEORANG BOS TERBAIK DI DUNIA ADALAH DARI MALAYSIA

SALAH SEORANG BOS TERBAIK DI DUNIA ADALAH DARI MALAYSIA. Malaysia ni bukan tak ada majikan yang baik malah ramai.. Tapi untuk jadi yang terbaik bukan semua. Bos ni kadang2 dia punya perangai bajet bos tu memang orang meluat.. So jangan harap la untuk di undi sebagai bos terbaik di dunia. Malaysia pun rasanya tak tercalon. Jangankan peringkat Negara.. peringkat negeri pun belum tentu lepas.

Salah satu ciri ciri bos yang terbaik tak sombong nak wefie dengan pekerja. hehehe

Nak jadi bos yang baik bukan kata kena jadi kuli pada pekerja... Tu melampau namanya. Tak jugak sampai nak menghamba abdi kan pekerja bawahan tu patut di panggil firaun. Nak jadi bos yang di senangi, di sayangi & di sukai ramai macam susu pekat lemak berkrim haruslah jadi seorang bos yang tegas tapi bertanggungjawab & prihatin terhadap kebajikan pekerjanya. Bos tak boleh lemah lembik & suka bermanja manja sangat dengan pekerja. Seorang ketua memang perlu tegas untuk membentuk suasana bekerja yang berdisplin, amanah & jujur. Tu dia.. macam aku pulak yang pernah di iktiraf sebagai bos paling terbaik dunia. hahahaha

Hujung tahun ni kalau para bos kat Malaysia nak rasa macam mana di iktiraf pekerja sebagai bos terbaik di dunia.. Maka jangan kedekut bagi bonus. Kalau boleh bagi bonus lebih sikit yer... hahahaha. Bila bos sentiasa baik dengan pekerja.. tak mustahil anda akan di iktiraf sebagai bos terbaik di dunia macam 6 Bos terbaik dunia ni termasuk salah seorang dari Malaysia >> Inilah 6 Bos Terbaik dunia <<

Jadi para para bos sekalian.. Anda takkan jadi terbaik jika tiada pekerja yang mengangkat anda sebagai seorang yang terbaik. Jadi sentiasa ingat.. tanpa pekerja bukan je anda tak mampu dapat title bos terbaik malah mustahil anda akan dapat title bos. hehehehe

KENA IKTIRAF SATU LAGI MUSIM WAJIB SETIAP TAHUN DI MALAYSIA

KENA IKTIRAF SATU LAGI MUSIM WAJIB SETIAP TAHUN DI MALAYSIA. Musim hujan, musim kemarau,musim tengkujuh.. Tu biasa je musim2 yang ada kat Malaysia kan. Dah tak heran la sejak azali lagi kita hadapi musim2 tu kat Malaysia. Tu tak termasuk lagi musim buah,musim menuai,musim dera & buang anak... Ops! lain la tetiba Malaysia turun sajli memang pelik la. Tapi kat Malaysia sekarang nampaknya dah ada musim baru sejak setahun dua ni. Kalau ada lagi tahun depan memang dah tak pelik sangat sebab bukan kali pertama berlaku di sekitar bulan yang sama setiap tahun. Kiranya tiap2 tahun dah sekarang benda ni berlaku. Jadi aku rasa Malaysia kena mula iktiraf benda ni sebagai satu musim di Malaysia.

Sumber Google

Mana tidaknya kalau tiap2 tahun sekarang Jerebu melanda malaysia. Kang ada yang salah faham katanya memang jerebu ada kat Malaysia dari sejak zaman tok nenek lagi kan? Kan tu nama salah satu tempat kat negeri sembilan. Hek kau! tu bukan jerebu tu jelebu la. Jangan salah sebut nanti buek malu yo muka ekau tu. Jelebu dengan jerebu pun tak tau beza. Hahahaha

Bukan je yang berada di luar aku dengan anak aku berkurung dalam rumah ni pun terkesan. Sampai betul2 rasa macam dalam penjara dah. Tingkap pun tak buka. Memang kalau takde internet ni tengok tv je la. Memang terpisah dengan dunia luar terus la minggu ni. Jangankan nak keluar.. nak jenguk keluar tingkap pun tak sanggup. Buka sekejab jenguk terus sakit mata & sakit kepala. Gila tebal jerebu. Jadi pesanan penaja.. time2 jerebu macam ni janganlah pentingkan diri sendiri bawak anak2 beriadah kat luar. Sekali sekala lepak dalam rumah hari minggu tak mati keras kot. Tak payah nak ber family day sangat time2 jerebu ni. Jangan sebab nak berseronok sehari dua dapat sakit berpanjangan. Bukan apa risau benda tu mudaratkan kesihatan anak anak.

Duduk rumah macam aku ni time2 jerebu. Masak2.. makan2. Boleh jugak bereksperimen dengan kombinasi makanan & minuman yang mungkin selama ni kita tak pernah cuba & terfikir. Yelah.. sebelum ni sibuk manjang. Yang bekerja hari biasa bekerja.. hari minggu nak bershopping bagai mana la ada mana nak try benda2 tak senonoh bagai di dapur katanya. Time2 kena kuarantin dalam rumah ni la kita benda2 pelik sikit kat dapur macam aku masak nasi ayam chicken curry tu. Bukan apa kalau karipap pun boleh berintikan bihun goreng.. Apalah sangat nasi ayam berlaukkan kari.

Sumber Google

Tiap2 tahun berlaku kebakaran hutan yang sama kat Indonesia. Alasan depa bukan pembakaran terbuka tapi sebab suhu panas yang melampau buat hutan terbakar. Ntah ye ntah tidak aku pun tak tahu. Harap indonesia dapat lakukan sesuatu supaya benda macam ni tak jadi macam satu musim wajib setiap tahun. Tak sanggup nak sedut asap.. cukuplah asap kenderaan, asap vape, asap rokok yang memenuhi ruang udara bumi.

Sekarang ni tengok kat luar  atau ambil gambar dah nampak macam gambar hitam putih jer macam gambar2 kat sini >> 25 Gambar Hitam Putih Mengembalikan Nostalgia Di Malaysia << Yelah nampak asap jer dah tak nampak warna lain. So, tak payah lagi nak guna fake effect untuk dapat kesan gambar hitam putih dah semenjak malaysia berjerebu ni. Sebab tu la kot orang panggil kelabu asap kan.

Moral of the story.. Tak dapat bayangkan jika jerebu menjadi musim wajib kat Malaysia. Matilanak.. sepanjang musim jerebu kena kuarantin dalam rumah. Mau habis musim keluar rumah jadi macam makhluk hutan amazon. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com