Showing posts with label Ramli saleh. Show all posts

SEORANG LAGI PELAKON DRAMA BAKAL JADI PEMANDU TEKSI

SEORANG LAGI PELAKON DRAMA BAKAL JADI PEMANDU TEKSI. Sebelum ni kita tahu Allahyarham Mr Os pernah memilih menjadi pemandu teksi selepas tidak aktif berlakon. Biar pun sebelum meninggal dunia dia kembali mencipta kegemilangan dalam industri hiburan tapi dia masih lagi jadi pemandu teksi. Malah aku pernah baca dia lebih selesa kemana mana dengan teksi dia. Teksi ni kelebihan dia tol pun separuh harga. Jimat ok!

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Masih ada yang pandang pemandu teksi Malaysia ni macam satu kerjaya low class walhal kalau kat KL ni jangan terkejut income pemandu teksi lebih banyak dari kita kita yang kerja dalam bangunan ber aircon. Walau teksi sekarang terpaksa bersaing dengan uber car tapi tak boleh nak menidakkan fungsi teksi dalam kehidupan kita seharian. dalam sesetengah situasi mungkin uber tak membantu. Contoh kau emergency tepi jalan.. mustahil kau boleh tahan uber car tepi jalan kan. Selain bas.. teksi je la pilihan yang ada. KTM ke, ERL ke,Monorel bagai ke memang takde makna nak tahan tahan tepi jalan ni.

Tadi ternampak seorang pelakon drama Melayu Abang Ramli Saleh upload gambar lesen memandu teksi dia. Dari post tu terbaca satu komen seorang pelakon Dato Ahmad Tarmimi Siregar jugak pernah mohon lesen teksi pada tahun 70an. Yelah.. hidup sebagai anak seni ni masa tengah top memang la boleh hidup. Sampai satu masa orang dah tak ambil berlakon maka tak ada la sumber pendapatan. Kena cari kerja lain. Tak jatuh pun standard seorang pelakon jadi pemandu teksi ni.. So tak salah nak apply lesen teksi untuk perancangan masa depan.


Salah satu kerja yang boleh ikut masa sendiri.. pemandu teksi la. Sesambil bawak teksi kalau orang panggil berlakon anytime boleh ambil job tu ye dak. Kalau kerja makan gaji nak ambil cuti suka2 hati tak lama dapat la surat putus cinta.

Kerja pemandu teksi ni tak hina pun.. Ramai kakitangan awam atau pegawai2 dari sektor swasta yang sanggup berhenti kerja dalam aircon jadi pemandu teksi. Tak semua pemandu teksi dari golongan tak sekolah. Ada yang educated jugak. dan yang paling penting tak semua pemandu teksi tu jahat seperti yang di gambarkan nitezen sekarang. Tak di nafikan ada yang jahat. Orang jahat ni kat mana2 pun ada. Kat dalam opis korang pun ada orang jahat. Ajk masjid pun ada orang jahat. Pendek kata.. Kalau nak cari tempat yang semua ada orang baik je tunggu kau mati dulu & masuk syurga.Kat situ memang semua orang baik.

Apapun pesanan buat pemandu teksi kat Malaysia.. selain jangan adjust meter tu sebab aku pernah terkena dengan seorang pemandu teksi india ni.. Sebab aku tahu berapa harga tambang teksi dari rumah ke tadika anak aku.. Jadi aku boleh detect pemandu teksi yang nak tipu.. Normally RM3.. tetiba sekali naik teksi india ni RM5 meter dia. Jangan harap aku bayar RM5.. aku bayar RM3. Selalunya pakcik2 & abang2 Melayu yang aku naik teksi depa guna meter memang RM3 jer..  Tu salah satu perkara yang jangan pemandu teksi buat. Tapi yang ni paling penting. Jangan pandu teksi macam 7 orang yang popular di track ni >> 7 Rakyat Malaysia Yang paling handal berlumba << Tak sesuai ok cara pemanduan ni di pratikkan oleh pemandu teksi. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com