INILAH AKIBAT DOKTOR TENGAH LAPAR ISI BORANG CUTI PESAKIT
INILAH AKIBAT DOKTOR TENGAH LAPAR ISI BORANG CUTI PESAKIT. Doktor pun manusia walau mereka sentiasa kena profesional ketika menjalankan tugas tapi kadang2 secara tak sengaja boleh jugak terbuat salah yang kita boleh tahu keadaan doktor yang nampak tenang sebenarnya dalam keadaan tengah stress, tengah sedih atau tengah lapar.Sekadar Hiasan tiada kena mengena dengan cerita. Gambar sumber Google |
Yelah.. Yang bernama manusia ni walau seprofesional mana pun depa kadang2 kalah juga dengan keadaan. Aku pernah ada seorang kawan doktor muda.. Staff & nurse selalu salah sangka dia doktor pelatih padahal dah graduate & dah jadi doktor pun. Dia pernah mengadu dengan aku pernah termarah seorang pesakit yang level2 pakcik sebab asyik ulang tanya bila tarikh operation dia. Aku cuma nasihat dia.. Pakcik tu mustahil akan faham kerja doktor sebab dia bukan seorang doktor cuma dia risaukan sakit dia jer.. tu dia asyik tanya. Doktor jer faham apa perlu di buat sebelum operation terhadap seorang pesakit di jalankan. So, nak salahkan pakcik tu pun tak boleh.. Yelah, sapa tak nak cepat sihat kan? Walaupun dia seorang doktor & aku masa tu masih kerja sementara kat cyber cafe.. Dia boleh accept pandangan aku. Sangat low profile kawan aku tu walau aku pernah tengok wayang dengan dia.. tapi dia bantai berdengkur sebelah aku. Hahahaha
Kita tak boleh harap seorang doktor tu akan menjadi seorang yang perfect setiap masa.. Kadang2 dia juga buat silap. Cuma kesilapan dia buat tu samada boleh hanya di lupakan dengan beri 'Maaf' atau tidak je. Tapi kalau doktor yang buat silap macam ni.. Confirm aku rasa dia tengah lapar. Nak tau apa kesilapan doktor ni sampai orang boleh tahu dia tengah lapar meh tengok kat sini >> 13 Perkara Paling Tak Boleh Blah Berlaku Yang Buat Kita Rasa nak marah pun ada nak gelak pun ada <<
Moral of the story.. Itulah pengorbanan seorang doktor. Kadang2 sampai tak sempat makan.. kurang tidur & susah untuk ada masa berkualiti dengan keluarga. Jadi.. berterima kasih lah dengan doktor.. Mereka bukan sahaja bekerja malah berkorban untuk ramai orang yang mereka sendiri tidak pernah kenal.