Showing posts with label warden. Show all posts

KISAH SEBENAR 7 MURID ORANG ASLI LARI DARI ASRAMA SEBAB TAKUT WARDEN

KISAH SEBENAR 7 MURID ORANG ASLI LARI DARI ASRAMA SEBAB TAKUT WARDEN. Sebab aku ikuti kisah kehilangan 7 orang murid orang asli SK Tohoi ni maka aku rasa nak update juga la berita yang aku baca berkaitan kes ni. Semua orang tahu daripada 7 murid orang asli yang hilang hanya 2 orang di temui selamat, yang lain2 meninggal dunia akibat kelaparan & seorang akibat lemas. Ada pulak yang kata keyboard warrior di kalangan blogger ni menyalahkan guru. Bagi pihak aku la kan bukan aku salahkan guru. Mula2 aku cuma tertanya kenapa budak2 tu takut sangat sebab buat salah mandi sungai tanpa keizinan je. Cuma nak tahu bukan menuduh...


Bila terbaca kisah sebenar 7 murid orang asli ni larikan diri aku share la dengan semua yang malas baca berita online. Alkisahnya yang mandi sungai tu ramai 25 orang. Bila pengawal nampak, pengawal pergi bagitau warden. Sebab depa mandi sungai tanpa kebenaran warden nak ambil tindakkan la pada esok harinya. Bila dah tau nak kena hukuman 25 orang budak ni malam tu dah merancang nak larikan diri balik kerumah masing masing.

pada pagi 7 Ogos tu lepas warden buat pemeriksaan dia dapat kesan 23 orang murid dah melarikan diri. Lepas di cari 16 murid berjaya di temui & di pujuk balik ke asrama manakala 7 lagi tak berjaya di temui.

Itulah kisah sebenar kenapa depa lari dari asrama. Ni bukan cerita yang diada adakan oleh blogger yer. Ni dari laporan akhbar harian metro aku baca. Mungkin warden tu garang sikit la kot.. Nama pun wardeN asrama normally memang la garang kat mana2 sekolah pun. Aku tak salahkan sesapa.. cuma tegas kena ikut peringkat umur. Ni zaman susah nak cakap. Mungkin budak2 sekarang dah tak macam dulu.

Apapun.. Setiap kejadian tu ada hikmahnya. Sama2 kita ambil iktibar. Moga jadi pengajaran kepada semua pihak.

BILA VIDEO SEKS USTAZAH TERSEBAR

Pepagi lagi dah baca cerita tak best. Seorang ustazah sepatutnya menjadi contoh kepada anak murid dari penampilan, perwatakkan juga perangai. Yelah.. ustazah la katakan.. Orang dah tahu nak jadi ustazah kena pandai agama. Kalau baca al fatihah pun tak lepas & rukun islam & rukun Iman pun tak hafal, tak mungkin boleh jadi ustazah kan??

Ilmu bila di convert untuk duit maka kurang di amalkan tapi cuma di pratikkkan untuk pekerjaan macam ni lah jadinya. Lebih kurang macam tu la yang boleh daku umpamakan kisah seorang ustazah yang membuat hubungan seks luar nikah dengan pasangannya seorang warden asrama ni.

Memang kita rasa seorang ustazah ni.. mesti arif & pakar dalam soal hukum hakam. Lebih bijak berkenaan dosa pahala. Sebab dia yang menyampaikan ilmu2 itu kepada anak murid seharusnya dia lebih tahu berbanding orang lain. Tapi mungkin gelaran ustazah @ guru agama bagi dia sekadar satu pekerjaan untuk dapat gaji setiap bulan sebab tu dia tak amalkan apa ilmu yang dia ada sehingga video seks haram dia dengan pasangannya tu tersebar. Inilah yang terjadi pada seorang ustazah ni..

Dah la kau buat benda terkutuk, rakam pula untuk simpanan peribadi buat kenang kenangan. Pelik jugak kalau ada orang suka mengenang benda buruk dalam hidupnya sebagai sesuatu yang indah untuk di ingati. -Sumber Kosmo -

Beza orang berilmu tapi tak amalkan ilmunya memang tak mustahil boleh buat apa saja dalam gelaran yang mulia tu. Bila nafsu mengatasi segalanya.. ustazah pun boleh selak tudung & Ustaz pun boleh baling serban.

Dulu pekerjaan guru/ustaz/ustazah memang sangat2 di hormati orang. Beza guru dulu dengan sekarang bagai langit dengan bumi. Tapi bila sekarang kebanyakkan guru memilih menjadi guru kerana senang untuk dapat pekerjaan atau takde pekerjaan lain.. asalkan ada gaji tiap2 bulan, cukup la. Jangan marah cikgu2.. ini realiti. Cuma kita perlu tanya diri kita sendiri adalah kita menjadi guru kerana kita bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar itu kerana Allah atau kerana tuntutan hidup yang memerlukan gaji setiap bulan?

Moral of the story.. mungkin masa depan seorang ustaz @ ustazah mungkin tak ada apa lagi istimewa di mata anak2 kita kerana cerita2 macam ni. Bila murid takde lagi rasa hormat & kagum pada guru.. Maka apa yang cikgu sampaikan bagi mereka cuma nota untuk lulus periksa bukan ilmu untuk jadi pegangan hidup.Moga anak2 kita mendapat didikkan yang mampu jadi pendinding mereka dunia akhirat.Amin..

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com