Showing posts with label kisar. Show all posts

PUTIHKAN KULIT & HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN MUDAH & MURAH

Aku sekarang tengah mood bermasker bagai.. beli jugak masker yang jual kat supermarket tapi rasa tak best pulak pakai. Masker yang jenis mask tempek kat muka tu ada lagi dua tiga paket tapi rasa macam tak best nak pakai. berlendir & basah sangat pulak aku rasa. So, aku rasa better pakai masker murahan yang aku buat sendiri hasil petua mak aku.

Sumber google

Biarpun murah, mudah & senang nak buat masker ni.. percayalah hasilnya mengkagumkan cuma kena istiqomah jer pakai. Aku kalau mood rajin hari2 aku tempek. Sekarang ni tengah mood rajin la.. sebab nak hilang parut jerawat. Seminggu pun dah boleh nampak pudar parut jerawat & kalau ada jerawat pun jerawat tu akan malu nak membesar seterurnya kecut & mati begitu saja. Mungkin kalau suruh pakai telur putih buat masker ada yang kata tak tahan bau hanyir even telur yang grade bagus ni takde sangat bau hanyir dia. Masker aku nak share ni maybe korang boleh cuba.

Masker ni campuran telur putih & beras yang di goreng sedikit jangan sampai hangus kemudian di blend halus. Boleh buat beras blend ni banyak2. Nak pakai just ambil & campurkan dengan telur putih kemudian tempek tanpa was was. Bau beras ni boleh hilangkan bau hanyir telur. Kalau rasa nak wangi guna je beras wangi. Amalkan hari2 pun takpe.. Insya Allah dalam seminggu bukan je kulit jadi cerah kalau ada jerawat memang kecut & kalau ada parut jerawat memang nampak pudar. Kos hanya telur putih yang tak sampai sebiji pun sekali pakai. selalu aku guna sikit aku simpan dalam peti ais. esok tu aku pakai lagi.. sebiji tu boleh guna 3 4 hari jugak kalau telur tu aku tak goreng. hahahaha.

Sesuai untuk semua jenis kulit.. normal ke, berminyak ke,bermasalah ker boleh je. Bukan ada campuran bahan kimia pun. telur dengan beras je. Yang ada masalah kulit berminyak sampai boleh goreng ayam pun elok jugak amalkan masker ni. Tak cuba tak tahu.. jadi nak tau kesannya try amalkan seminggu.

p/s : masker telur putih dengan beras ni boleh jugak di jadikan scrub. masa nak cuci tu basahkan masker tu biar sampai kembang kemudian gosok perlahan lahan. Lebih effective cuci dengan air suam.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com