Showing posts with label blog. Show all posts

TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM....

TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM.... Aku mula berblog sebenarnya sejak 2008 tapi waktu blog aku macam tak ada arah tujuan. Buat 2-3 blog lepas tu delete. 2009 aku mula ciptakan blog lekat lekit story ni. Pada awalnya banyak aku tulis berkaitan aktiviti online radio. Waktu tu aku aktif menjadi DJ untuk online radio selain cerita cerita peribadi yang tak berapa ada manafaatnya. 

2010 aku berkahwin dan mula serius dalam penulisan blog. Mula ada rentak dalam blog ni. Mula menulis isu isu semasa. Lepas tu belajar menulis review produk dan sehinggalah blog aku berjaya mendapat kepercayaan google adsense dan di beri kepercayaan berkolabrasi untuk review berbayar. 

Selain isu semasa, review produk aku juga banyak menulis kisah kisah seram dan review filem filem seram yang aku tonton. Sehingga tahun 2017.. Ujian terbesar yang aku terima bila aku di saman selepas menulis beberapa siri pendedahan berkaitan produk kosmetik. Sehinggalah 2019 baru kes saman tu selesai di mahkamah. 

Selepas 2019 memang perlahan lahan aku mula kurang menulis di blog. Bukan trauma sebab di saman. Waktu tu aku baru melahirkan anak kedua. Jadi bertambah komitmen aku membuatkan aku semakin tiada masa untuk fokus pada blog. 

2024 bila aku rasa dah tak relevan nak bayar sewa domain yang hampir setiap tahun ada kenaikan harga jadi aku buat keputusan 2024 tahun terakhir aku guna domain dot com dari netkl. Lagipun blog aku selain adsense dah tak ada sumber pendapatan lain jadi rasa tiada keperluan untuk aku menyewa domain berbayar. 

Pun macam tu aku masih sayang blog lekat lekit ni. Blog ni bagi aku terlalu istimewa. Tidak hanya menyimpan kisah suka malah blog ni telah mencipta semua bentuk kenangan. Kenangan terindah, kenangan teruji dah kenangan terbaik sepanjang aku bergelar blogger. 

Aku ciptakan blog ini adalah kerana jiwa aku yang suka menulis. Waktu aku pertama kali kenal blog aku tak tahu melalui blog boleh boleh buat menjana pendapatan. Yang aku tahu ada satu ruangan yang boleh aku tulis sesuatu dan ada orang membaca. 

Aku tak pernah menyesal menjebakan diri aku dalam penulisan blog malah sehingga hari ini aku masih mahu bergelar blogger. Aku masih mencari masa & momentum untuk kembali aktif menulis. Bukan untuk duit tapi untuk kepuasan jiwa aku sendiri. Jika ada lagi peluang menjana pendapat selepas ini aku anggap rezeki. Kalau tak ada pun tak apa sebab aku ada sumber pendapatan sampingan yang lain aku sedang buat sekarang. 

Walaupun aku kembali menggunakan domain blogspot.. Sedikitpun aku tak rasa kekurangan dari sudut apapun. Sedikitpun tidak melunturkan semangat aku untuk kembali menulis di ruangan ini. Tiada apa yang berubah dalam jiwa aku cuma masa dan tanggungjawab membataskan aktiviti aku di blog. 

Aku sayang blog lekat lekit ni kerana ia sebahagian dari jiwa aku. Semoga selepas ini ia kembali di warnai dengan pelbagai cerita seperti dulu, Insya Allah. Terima kasih pada yang masih setia membaca blog lekat lekit. Setia menyokong aku dan masih sudi berkawan dengan aku. 

Sebagai kenangan aku editkan satu video pendek tentang blog aku. Jangan lupa tengok tau! 





TERIMA KASIH FOLLOWERS SETIA SEJAK 2009

Walaupun orang kata zaman blog dah berlalu tapi bagi blogger yang jiwanya suka menulis pasti bukan trend yang di utamakan. Sama macam aku walau lama juga tak aktif di blog bukan bermakna ikut trend. Aku masih suka menulis di blog cuma perjalanan aku seorang blogger penuh cerita, pengalaman dan suka duka. Apa aku lalui buat aku berehat sebentar dari dunia blog bukan kerana blog sudah tidak relevan atau sudah bukan trend tapi apa pernah aku lalui di sebabkan penulisan di blog ni memerlukan aku mencari kekuatan dan semangat untuk kembali menulis. 

Sempat juga buka komen komen yang belum Approve untuk paparan di blog.. Terharu rupanya masih ada followers sejak awal aku berblog yang masih mengikuti blog aku sehingga kini walaupun tak aktif agak lama. Ya Allah rasa bersemangat proton waja nak menulis balik agar penulisan ni terus menjadi proton persona buat followers setia. Dah proton pulak terlibat.. Tiber...!!! 



Sekarang ni tengah cari momentum balik nak menulis blog. Bukan mudah. Menulis di blog tak sama hangpa dok up posting kat social media lain macam fb, X threat bagai tu. Tulis blog ni macam kau buat karangan juga nak kena ada mukadimah, pengisian cerita dan penamat. Tak kisah penulisan hangpa tak formal atau formal tapi dia punya format menulis tu sama je. Takkan kau nak menulis macam rojak dalam satu entri macam kau bersembang di facebok. Dan takkan kau nak menulis hanya 1 perenggan dengan tak sampai 50 patah perkataan. Baik tutup je blog kalau camtu. 

Lagipun sekarang pc aku pun rosak.. Hanya yang ada phone murahan dan buka blog terpaksa guna mobile views. Memang tak ada jiwa sangat la nak menulis di skrin kecil. Tunggu mak hangpa dapat laptop sebiji dulu yer.. Hari hari aku update blog sampai hangpa muntah darah.  Jangan pulak hangpa pi upah hacker lepas ni. 

Walaupun aku tahu.. Dah tak ramai rakan rakan blogger bersama aku tapi aku menulis bukan kerana sesiapa. Tak kisahlah.. Sesiapa rasa sudi clik & baca, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun aku anggap aku menulis hanya untuk kepuasan sendiri. Mungkin yang baik & membawa manafaat boleh di jadikan panduan buat orang lain. 

Betapa waktu dah berlalu kan.. Zaman kegemilangan blog dulu ramai masih muda remaja sekarang ramai dah berkeluarga. Ada yang dah pergi.. Allahyarham blogger relevan sokmo antara blogger yang sudah pulang kepangkuan Ilahi. Antara rakan blogger yang baik bagi aku. Antara rakan blogger yang juga turut membantu waktu aku dalam kesusahan dulu. Semoga Allah tempatkan Allahyarham bersama orang orang yang beriman. 

Apapun.. Terima kasih pada yang masih menyokong blog lekatlekit sehingga hari ini. Anda adalah sebahagian dari orang orang yang terus memberi saya semangat & inspirasi. 

KAK SENDUK KEMBALI MENCERCA DI BLOG MERIAHUOLL

KAK SENDUK KEMBALI MENCERCA DI BLOG MERIAHUOLL. Rasanya kalau hangpa dah lama berblog kenal dengan Blog Meriahoull yang penulisannya menggunakan nama pena Kak Senduk. Antara blog yang saya suka baca masa saya mula2 baru menulis blog. Selain blog Kak Senduk ni.. Blog Imah Lenggok.. tapi Imah lenggok dah lama tutup blog.


Baca blog depa ni memang pecah perut walau ayat dia memang tajam menikan, pedas, panas,laser, berapi semua.. tembus ke hati ok! Tapi penulisan dari blogger outspoken ni selalunya lebih jujur, telur & pandangan dia bukan fake. Tapi Kak Senduk dah lama bercuti dari berblog. Sejak semalam nampak dia dah mula kembali Meriahoull dengan entri entri baru. Entri terbaru dia dok komen pasal Video Live kat FB pasal makeup..

Saya memang setuju dengan pendapat dia.. Hangpa nak tau apa dia dok kecam pasal live makeup kat FB tu pi la terjah sendiri kat blog Meriahuoll.. Memang meriah karipapusing. Terubat rindu nak baca bebelan kak senduk. At least tengah sedih boleh la tersenyum..

Kak Senduk sekarang dah tak bekerja makan gaji. Dia ada buat jualan secara online. Macam macam benda la dia jual. Tapi kalau hangpa nak minta dia buat paid review pun boleh. Sedang elok la dia pun memerlukan sumber pendapatan secara online sekarang ni. Sedih haritu baca luahan hati dia.. Selama ni kita dok gelak2 je baca ngomelan dia tapi jauh di sudut hati dia tak ada siapa tahu kesusahan dia selepas berhenti kerja. Cuba berniaga macam macam tapi hasilnya tak seberapa & di pandang sepi orang2 sekeliling sebab tak berduit.

Kak Senduk ni mempunyai pengaruh & follower yang ramai kat media sosial.. Sebab penulisan dia ada identiti sendiri & memang menghiburkan. Dia tulis berkajang pun tak jemu orang nak baca. Pada online seller yang mempromosikan jualan hangpa.. Sedang elok la gunakan khidmat Kak Senduk ni. Hangpa boleh hubungi dia melalui

Facebook : Reez Sham Yasin
Blog : Meriahoull

Apapun welcome back Kak Senduk. Semoga dengan kehadiran kak senduk di blog memeriahkan lagi dunia blog di Malaysia.. Semoga Kak Senduk murah rezeki.. Rindu editing gambar2 Kak Senduk yang malatop macam dulu. Gud luck..

SENARAI BLOG YANG MENANG LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST

SENARAI BLOG YANG MENANG LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST. Kalau ada blogger yang masih ingat.. Sepanjang bulan puasa hari tu Lazada ada menganjurkan ramadhan raya blogger contest. Aku pun ada join untuk task minggu pertama. Resepi Iftar yang di pertaruhkan adalah Resepi Kari Ikan Salmon. Ha.. kau kaya sangat mak jemah makan ikan salmon katanya. Actually setakat beli seketul dua mampu la.. Kalau nak beli sekor dua pitam jugak kat kaunter cashier tu nak membayar. Sebab family kami kecik. Yang makan cuma 2 mulut. Maka seketoi pun dah cukup. lagi sorang tu jangan harap nak makan ikan padahal masa kecik2 mak dia dah sumbar segala macam ajar dia makan.. Nak buat macam mana dia tetap jadi picky eater.


Alhamdulillah.. resepi yang di pertaruhkan untuk task minggu pertama ramadhan raya blogger contest tu terpilih sebagai salah satu pemenang. Sebenarnya join pun sekadar suka suka.. Tapi tetap la buat sehabis baik katanya. Kalau dah rezeki.. ye dak. Tetap la milik kita. Ada 3 segmen untuk contest ni. Blogger memang boleh join lebih dari satu. Tapi di sebabkan sepanjang bulan puasa aku memang sibuk ke hulu hilir.. Masa tu mood pun tengah up & down. Yelah.. susah hati kena saman. Sementara nak pulihkan semangat yang hilang tu ambil masa jugak la kan.. Sekarang Alhamdulillah.  Emosi tu dah stabil. Dah boleh terima hakikat & kemungkinan cuma usaha masih di teruskan. Selagi ada daya untuk berusaha.. usaha je la. Manatau ada yang nak membantu kan. Tak usaha kita takkan dapat apa apa..

Dalam celah - celah dilanda musibah tu.. tup tup ada orang tag bagitau menang contest lazada tu. Time tu tak silap aku ada kat PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) nak jumpa ketua aktivis dia Dato Nadzim untuk kes saman sivil aku ni. Rasa terkejut juga la kan.. Aku ni bukan selalu sangat join apa2 contest.. Bila join dah menang tu, Allahu dia punya excited macam dapat ferari sebiji pulak hehehehe

Tu la Allah tu maha adil.. dalam tengah berduka di timpa musibah di hadirkan juga kegembiraan kecil untuk buat kita tersenyum. Tak kisah la.. senyuman tu sementara At least dalam celah2 dok berduka lara Alana tu ada juga datang berita gembira. Ye dak.. Kita kena muhasabah diri & selalu bersyukur. Jangan banyak merungut, Insya Allah orang bersyukur ni even di uji dengan musibah pun dia mampu ambil dari sudut yang positif. Ni semua aku belajar sepanjang aku hadap musibah kena saman ni la.. Kau ingat senang ke kena saman, takde duit & nak senyum.. Time tu memang rasa ketat mulut ok nak senyum tapi bila motivasikan diri balik, solat, doa, Isgtifar & baca Al Quran.. Insya Allah, Allah tu bagi jalan, bagi kekuatan & bagi ketenangan.. Seterusnya mulut yang ketat tadi seolah olah dapat minyak pelincir & mampu tersenyum kembali hehehehe.

Membebel dah macam cerpen senarai pemenang Ramadhan raya blogger contest tak jugak tunjuk tunjuk.. Sabaq na.. tunjuk awai2 satgi hangpa tak baca tak bebelan kami yang panjang lebar tu.. kena tunjuk hujung baru hangpa sabaq sikit untuk sampai ke destinasi hehehehe..

Sebelum tu... Drumm please!! Pemenangnya adalah... tengok sendiri senarai blog yang menang kat bawah ni yer hehehehe..

clik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Tahniah kepada semua blogger yang menang. Yang tak menang jangan sesedih.. Lazada ni banyak anjurkan contest untuk blogger. Next time boleh cuba lagi ok! Tak payah nangis bawah bantai sangat la.. berpeta pulak bantal hangpa tu nanti. Dah dah.. lap hingus. Kalau tak menang lazada contest tu try cabutan bertuah ni pulak manatau ada rezeki kan >> 4 Step Mudah Untuk Honda-Nators Menangi Ganjaran Bernilai Sehingga RM30,000 Raya Ni <<

BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG

BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG. Sebagaimana yang aku tulis pada tajuk entri itulah yang berlaku pada diri aku. Disebabkan seseorang yang pernah ambil review di blog aku.. Aku terima musibah yang bagi aku agak hebat sepanjang aku berblog. Kira cipta sejarah baru aku sepanjang 8 tahun menulis blog lekatlekit ni.. Boleh jugak aku buat novel ni.. Manatau dari penulis blog jadi penulis novel lepas tu novel aku di adaptasi jadi drama atau filem.. Box Office.. dapat banyak royalti.. jadi kaya.. hahahahhaa. Tu dia. Dia punya berangan sampai langit ke tujuh. Tinggi sangat satgi tak tau nak nak turun lagu mana pulak.


Berbalik pada kisah tajuk entri tu.. Even dengan sipolan yang ambil review tu memang aku tak pernah ada masalah, tak pernah kacau hidup dia & tak pernah jentik walau hujung kuku pun pasal dia. Tapi aku tak faham kenapa dia mesti aniaya aku. Tapi mungkin apa dia buat atas dasar 'Tolong kawan' dia kot.. Tapi tetap niat tu tidak membetulkan perbuatan dia. Mungkin dia tak tau kot mendedahkan data peribadi orang lain tanpa persetujuan juga boleh menjadi satu kesalahan.

Kisahnya.. dia datang minta aku review produk dia dengan bayaran. Seperti biasa... bila review produk & ada free produk untuk aku cuba mestilah aku bagi nama & alamat aku untuk proses penghantaran. Tak terdetik di hati aku benda tu adalah permulaan kepada musibah yang aku terima sekarang. Dari penampilan, rupa & imej yang di tonjolkan kat media sosial sememangnya siapa takkan sangka dia tergamak untuk aniaya orang lain. Sangat baik.. Tak pernah nampak post2 yang berunsur negatif di account media sosial dia. Memang jauh beza la dengan aku kan.. Tapi orang kata manusia memang tak boleh di nilai dari apa yang kita nampak dengan mata kasar. Yer! Itulah pengajaran yang aku dapat. Dah terbukti pun yang nampak gud gud macam malaikat kadang2 jelmaan syaiton nirrojim jugak. Tapi terbalik pulak yang lantang macam nak pecah speaker.. Tu pulak yang baik. Menghulurkan bantuan bila aku dalam kesempitan even tak pernah kenal sebelum ni. Yang tu nanti aku story...

Jadi berhati hati la buat blogger yang menulis & mengulas isu2 semasa, gosip artis, cerita artis, kisah viral bagai tu. Kadang2 kita menulis benda yang ada fakta & bukti namun ulasan kita mungkin boleh buat kita di dakwa. Saman sivil ni boleh berlaku kepada sesiapa saja.. so tak perlu la bertepuk tangan sangat kalau orang lain kena. Saman sivil sapa2 pun boleh buat.. tuduhan berasas ke tidak tetap boleh di failkan. Itu yang aku belajar la dari lawyer2 yang pernah aku merujuk sebelum ni. Memang sesiapa sahaja berhak mengambil tindakkan undang undang kepada individu yang dia rasa bersalah pada dia cuma yang menentukan salah atau betul adalah bila proses perbicaraan di jalankan. Kita sedia maklum ia bergantung juga dengan kepakaran peguam yang ambil kes tu. Nak ambil peguam bukan pakai modal air liur jer.. Kalau takde duit bekepok kepok mimpi je la kan. Kalau takde peguam, Memang tawakal je la. Nak2 lagi yang kena saman orang yang tak berkemampuan. Dengar kos lawyer pun rasa macam kering air liur nak telan. Maka ber huhuhu je la.

Tapi awas pada orang yang dedahkan data peribadi orang lain tu macam nama, alamat, no ic,pasport bagai tu.. Adalah menjadi satu kesalahan undang undang jugak ok!

Sekiranya mana-mana pihak memperolehi data peribadi (kita), dan menyebar luaskannya tanpa persetujuan kita, ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 130... apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya - sumber DISINI -
P/S : Kalau anda rasa maklumat peribadi anda di dedahkan kepada orang lain tanpa persetujuan anda.. anda boleh membuat laporan polis.

Cuma satu je aku nak tanya pada orang yang aniaya & dedahkan data peribadi aku pada orang lain... Aku cuma aku nak tanya kat dia.. apa salah aku pada dia? Apa dosa aku pada dia? Apapun niat dia buat macam tu.. Tetap niat tidak menghalalkan cara. Pecah amanah dah satu kesalahan.. mendedahkan data peribadi orang lain dah jadi dua kesalahan. Serius.. Untuk maafkan sipolan tu.. memang tak terdetik langsung di hati aku. Biar la dia merangkak ke.. menjulur ke.. meniarap ke hapa cari aku kat padang masyar nanti. Nak2 lagi dia langsung tak pernah rasa bersalah atau datang minta maaf pada aku. Tapi tak tau la kan.. Manatau akan datang aku dapat petunjuk & hidayah.. Aku ikhlaskan semuanya.. boleh maafkan dia. Rezeki dia la tu.. Tapi buat masa ni, Mustahil la. Kecuali berlaku sesuatu.. Mungkin la aku boleh maafkan. hehehehe

Apapun buat semua blogger.. Apa yang berlaku kat aku ni jadikan la pengajaran. Tak salah kita nak menyebarkan apa2 fakta yang sahih untuk didedahkan pada orang lain, tapi menulis & mengulas secara selamat je. Better copy paste laporan akhbar je selamat hehehehe. Biarlah Allah jadikan aku sebagai peringatan pada orang lain. Allah pilih aku mungkin sebab bersesuaian dengan kemampuan aku memikulnya walau aku tak ada kemampuan dari sudut harta benda & duit berkepok kepok. Tapi mungkin kekuatan dalaman tu lebih besar dari size badan aku.. siapa tahu. Allah maha mengetahui segalanya.. Wallahualam.

Moral of the story.. Selepas 25 hari aku hadap Ujian ni apa yang dapat aku katakan. Aku redha & aku tahu semua ni berlaku adalah kerana Allah ingin menegur aku. Mungkin aku lalai.. aku lupa.. Allah sayangkan aku. Sebab tu dia jentik aku supaya tidak jauh tersesat. Dia uji dengan musibah sebab dia nak aku dekatkan diri dengan dia macam sekarang. Kalau dia uji aku dengan kenikmatan.. dengan kekayaan dunia.. mungkin aku akan jadi sombong, bongkak & rasa berkuasa dengan harta dunia yang aku miliki sedangkan yang memberi rezeki itu pun Allah. Kalau dia nak tarik balik dalam masa sesaat pun boleh kita kehilangan segalanya. Dia jadikan aku tidak mampu dari segi harta benda sebab dia nak aku meminta minta dengan Dia. Allah suka pada hamba yang meminta minta kepadaNya. Bayangkan kalau aku berkemampuan.. Mungkin aku rasa tak perlu meminta minta lagi dengan Dia. Bersangka baik dengan Ujian Allah.. Insya Allah yang datang nanti adalah lebih baik. Even bukan sekarang.. Insya Allah.. Dia tahu bila masa terbaik untuk memberi kita seribu ganjaran dari kesabaran kita tu.

P/S : jangan tanya aku siapa dia.. Biarlah aku & Allah jer tahu. Biarlah Allah je yang membalasnya.

KEMPEN BENCI LEKATLEKIT SEPANJANG ZAMAN

KEMPEN BENCI LEKATLEKIT SEPANJANG ZAMAN. Sebenarnya detik detik paling bersejarah selama aku berblog suatu ketika dulu aku dah lama lupakan sampai aku tak pernah ambil port pasal mereka & keluarga mereka. Aku tak kisah dah jatuh bangun depa. Takde nak doakan yang baik baik atau yang buruk buruk. Pendek kata aku dah lupakan semuanya sejarah aku dengan 'Kelab blogger popular tu dah lama sangat.


Dulu mungkin masa isu tu masih hangat aku jadi sedikit emosional.. Tapi biasa la bila rasa tu dah hilang.. back to normal. Aku tak kisah pun nak berkawan dengan mana2 ahli dari group 'nametag' tu.. Aku lebih bersikap terbuka. Yang bermasalah dengan aku bukan semua tapi dua tiga kerat je dulu. Apa salah yang lain pada aku kan? Dah tua tua katanya, tak payah feeling macam budak budak hingus hijau sangat la.. Tapi aku perasan jugak yang taksub sangat dengan kelab 'nametag' tu dulu sampai blocked aku kat fb ig bagai sekarang ramai dah unblocked. ada yang unblocked lepas kena sindir.. kelam kabut blocked balik.. erkk... dia tau pulak kan? nampak sangat la rindu aku dok stalk stalk aku tu hahahaha

Yang aku perasan setiap kali ada yang keluar dari geng 'nametag' tu mesti ada yang cari aku tanya pasal kenangan silam aku bersama mereka dulu. Seperti cerita cerita lepas.. Dari cerita ex ex depa ni.. Aku antara blogger yang paling di benci dalam geng 'nametag' tu. Terkesan sungguh depa dengan nama 'Suria Lekatlekit' ni kan. Depa akan minta blogger2 bawah naungan depa membenci & memboikot lekatlekit. hahahaha... very da budak2 budak hingus hijau Uolls... Tapi apsal dari mula kempen boikot aku sampai sekarang aku tak rasa kesan kena boikot tu pun. Malah aku rasa semakin berjaya hahahaha

Terbaru semalam.. Dapat cerita yang sama juga. Namaku masih menjadi sebutan dalam group 'nametag' tu. aduhai.. kenapalah korang suka bagi publisiti kat aku di kalangan ahli2 nametag korang tu yer.. Sudahlah. aku dah cukup retis sekarang ok! Katanya sampai kalau ada sapa2 dari group 'nametag' yang nampak mesra dengan aku kat media sosial ni akan di soal siasat. Aku ni kadang2 nampak mesra kat public jer.. Tapi jarang nak bermesra atau rapat dengan sesiapa secara privacy. So jangan takut selagi korang jaga anak buah korang dengan baik rahsia korang dalam tu still selamat tapi kalau korang asyik nak buat depa macam 'lembu kena cucuk hidung' confirm la ada yang tak tahan kecuali lembu2 je tahan.

Aku still kekalkan cara 'lone rangger' aku. Aku tak nak ada hubungan rapat dengan sesapa. Sebab kalau rapat sangat depa tau aku ni baik maka mula la nak ambil kesempatan atas kebaikkan aku.. Bila aku rasa orang ambil kesempatan mula aku jadi jahat. Bila aku jadi jahat mula orang benci aku hahahahaha.. Bagilah peluang aku nak jadi baik sekejab & di sayangi ramai orang hahahaha

Kepada ahli ahli nametag jang jib jub jeng bagai... Sudah sudah la dik. Dok bersedekah pahala dengan dok mengumpat akak sepanjang zaman dalam group hangpa tu. Move on beb! Move on..  Akak tak pernah menghasut atau menghalang pun sesapa nak join komuniti korang sekarang ni. Malah akak tak pernah ambil tau pun sapa yang nak masuk & keluar dari group 'namteg' hangpa tu. Tapi selalunya yang masuk memang la takkan cari akak tanya pendapat cuma bila yang keluar je akan datang bertanya khabar & menyampaikan khabar berita. hahahaha. Nak kata depa saja buat2 cerita pun pelik juga bila depa tanya kenapa hangpa benci sangat dengan akak sebab hangpa asyik mengumpat akak je. Kat situ boleh detect depa tak tau pun kes dulu cuma sejak depa join hangpa depa di ajar untuk benci & boikot lekatlekit je... Sapapun nak join atau leave group 'namteg' tu takde kena mengena dengan saya. Biar depa sendiri rasai pengalaman manis bersama hangpa. Akak ni macam hangpa dok nampak la.. blog sentiasa berhadpet.. FB pun sentiasa berhapdet. Baru semalam je akak kembali menjentik pasal hangpa balik.. Tu pun sebab akak rasa di cuit so akak terlatah sekejab hahahaha.

Apapun aku tahu sampai bila2 pun aku akan nampak 'Jahat' sebab aku bercakap secara terbuka manakala pihak sana mengata & menghasut secara tertutup. Cuma bak kata pepatah 'bangkai mana boleh sembunyi, lama2 ter bau juga kan.' Tuhan tu nak membuka pekung setiap dari hangpa tu dengan macam macam cara. Dan setiap kali ada orang leave dari group tu.. aku akan dapat cerita2 macam ni. Well.. untuk pengetahuan hangpa.. Aku still bahagia. Jangan risau. Makan kenyang, tidur lena & tiap2 bulan ada je income dari blog ni. Alhamdulillah, rezeki yang Allah Alamatkan untuk aku sentiasa ada. hahahaha

Moral of the story.. Kalau rasa nak kempen benci lekatlekit teruskan.. Takde apa yang aku rasa perlu takut pun. Sedangkan Mc Donald yang pernah kena boikot teruk dulu pun sekarang dah kembali seperti biasa.. inikan lekatlekit yang selama ni tak pernah pun terkesan apa apa di boikot oleh geng nametag tu. hahahaha

NAK MENGULAS TENTANG RANCANGAN TV PERLU TONTON BUKAN MENIRU

NAK MENGULAS TENTANG RANCANGAN TV PERLU TONTON BUKAN MENIRU. Ahadiat Akashah pernah berkata.. "tulis apa yang kita tahu".. dengan tagline tu dia berjaya menghasilkan banyak novel yang dulu memang laris di pasaran. Ada novel dia yang di adaptasi dalam Filem contoh macam Filem Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akashah. Aku dulu pun suka juga baca novel2 ahadiat akashah ni walau novel pinjam jer.. Tak kakak aku punya kengkawan punya la kan.. Seingat aku walau aku suka mengarang cerpen dulu, aku tak pernah beli novel.. Semua pinjam atau aku suka baca buku teks sastera. Kelapa nan sebatang antara buku sastera yang aku suka baca. Belum start kelas habis dah satu buku teks aku baca. Tu masa SPM kertas sastera senyum je jawab. hahahaha


Aku suka mengarang cerpen berdasar imaginasi tapi lokasi dalam cerpen aku tu selalunya mengambarkan tempat2 yang pernah aku pergi atau kunjungi. Cuma jalan cerita je kebanyakkan menggunakan imaginasi di samping ada realiti2 kehidupan yang dia gunakan untuk menghasilkan satu cerita. Tu cerita dulu la.. Zaman mesin taip katanya.. Sejak zaman keyborad warrior ni.. Berkarat dah aku nak mengarang guna bahasa2 yang puitis ni. Sejak jadi blogger lagi la hilang terus sastera di jiwa ku katanya... hahahahaha

Tapi apa yang aku belajar dari penulis penulis hasil pembacaan aku tentang mereka.. Memang aku guna sebagai panduan menulis jugak. Contoh kalau kau nak mengulas tentang sesuatu rancangan TV atau drama/filem.. Wajib kena tonton dulu. Jangan sebab kau tau rating untuk sesuatu rancangan tu tinggi contoh AJL31, tapi di sebabkan kau tak tengok.. Kau main cedok je ulasan orang kemudian kau ubah sikit2 komen konon claim kau mengulas dari sudut pandangan peribadi kau. Lepas tu tak nak bagi nampak sangat macam artikel orang kau cedok tu kau buat la tajuk yang takde kena mengena dengan apa kau highlight dalam entri tu. Nak bagi nampak ada kaitan kau tulis la sebaris komen bagi nampak ada kaitan dengan tajuk. Orang baca pun nampak krik.. krik.. sangat ok! Nampak komen jelas nyata kau sebenarnya tak menonton cuma kau gigih nak pancing traffic dari apa yang tengah jadi trending masa tu.

Tak perlu tulis benda yang kita tak tonton sebab kita tak tahu.. Benda tu akan nampak 'kepura puraan' dalam penulisan kita. Boleh je kita nak mengulas tentang sesuatu yang kita tak tonton tapi ulas benda2 yang kita tahu. Kalau nak mengulas sangat benda yang tengah Trending macam AJL31 tu.. dah kau tak tengok kau ulas je la pasal feedback orang lain kat media sosial pasal rancangan tu. Tapi kau kena rajin cari bahan la.. Tak semudah kau clik blog orang kemudian cedok & suap.. Kau kena search dari hashtag yang tengah trending tu.. Kau kena screenshoot apa2 je komen orang lain pasal isu & kau kena google jugak cari info tambahan lepas tu kau kena tulis & letakkan semua dalam entri kau. So, kau boleh ambil kesempatan dengan cara bijak walau kau tak menonton rancangan yang menjadi trending tu. Orang pun tak boleh pertikai sebab apa yang kau publish tu memang tak memerlukan kau menonton kat tv. Memang takde yang mudah nak jadi blogger ni.. Even sumber dari media sosial tetap kau kena berkerja juga. Jangan malas sangat ok!

Tu dia siap bagi tips lagi kalau nak menulis perkara2 yang trending kat media sosial. Kalau dok bagi alasan 'takde idea' lagi tak tahu la. Aku ni boleh kata weekday duduk dalam rumah jer.. keluar sekadar jemput anak aku balik dari sekolah & kadang2 pergi kedai je. Harap sumber menulis dari perkara2 yang berlaku sekeliling aku luar media sosial ni.. Rasanya hari2 aku tulis rutin harian yang sama je la kot. Jadi terpaksa kreatif mencari bahan menulis.. Dalam penulisan kena ada ego supaya kita ada identiti penulisan sendiri.

Boleh je kita mengolah artikel orang lain.. cuma please jangan menipu sangat dalam penulisan kita tu. Nak mengolah bukan sekadar kau edit ayat.. Tapi tetap kau kena ada sebab kenapa kau nak bercakap perkara yang orang lain dah tulis. Kau kena ada pendapat & sebab kau sendiri baru orang tak anggap kau blogger cedok & suap. Nak2 lagi entri kengkawan kau sendiri kan.. Almaklum la.. kalau orang kita tak kenal tu mungkin rasa tu lain. Tapi kalau kawan2 sendiri cedok tu perasaan serba salah tu memang ada. Sekali ok la.. banyak kali tak berapa sihat dah tu. hehehehe

Setiap orang ada keterbatasan mereka sendiri.. Ada orang keterbasan masa,ada orang batasan pergerakan, ada orang batasan kesihatan.. Tapi batasan yang kita ada tolong jangan jadikan alasan untuk kita jadi malas. Selagi mampu.. Please berusaha. Takde orang berjaya tanpa usaha atau berjaya dengan jalan pintas. Semua kena berpenat lelah dulu.

Moral of the story.. Tak salah menulis perkara yang sama tapi tolong la rasa bersalah bila mencedok penulisan orang lain sebab kita malas nak kerja kuat demi kelansungan blog kita sendiri.

p/s : entry ni general.. sebagai panduan & peringatan untuk diri sendiri & semua. Mana tau tetiba aku sendiri terlupa satu hari nanti benda2 ni boleh baca balik hahahaha

SEBELUM MENJELANG 2017 JOM DELETE BROKEN LINK DI BLOG

SEBELUM MENJELANG 2017 JOM DELETE BROKEN LINKS DI BLOG. Aku serius memang rajin menghapdet blog. Satu hari paling2 dua ke tiga entri aku up. Tapi sangat la terhad ilmu aku pasal berblog ni.. Nak2 lagi bab nak jaga maintenance blog katanya. Ternampak post dari blogger lain pasal broken link.. Rasanya dulu aku dah pernah cuba buat tapi sebab kekurangan fahaman dalam bab tu maka aku biarkan ia berlalu. Sebab rasa benda penting untuk menaikkan prestasi blog di carian google maka untuk kali ni aku rajin sikit la nak buat.

Sebagai pengenalan apa itu broken links & kenapa anda perlu membuangnya dari blog anda. Broken Link adalah pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda. Broken bermaksud mati, rosak, pecah dan link pula bermaksud pautan, tautan, jaringan, laluan. Pasti ada banyak link rosak ini berada di dalam blog anda dan ini akan menjejaskan SEO di blog anda. Biasanya kita jumpa dengan link ini dengan mendapat masej seperti berikut "Page Not Found", "Error 404 Not Found". Kalau dalam istilah bahasa Melayu ialah sejenis pautan yang rosak "Ralat", "404-Halaman Tidak Dijumpai".

Dari tutorial blogger lain maka aku pun check la berapa broken link yang ada dalam blog aku.. Kebanyakkan backlink ke blog atau website lain termasuk link link iklan 8share yang dah lama. Walaupun beratus istiqomah jugak aku buat pelan pelan.. Memang takkan mampu habis untuk 1 hari ni at least berkurang sikit. Takpe la aku akan delete dari masa ke semasa sampai habis bila ada masa terluang. Jadi bagi blogger lain yang nak delete broken links kat blog korang tapi tak reti meh la sini nak bagi tutorial sikit..

1. Mula2 korang kena ke clik website ni dulu --> http://www.brokenlinkcheck.com/

2. lepas tu masukkan url blog anda kat kotak ni. Rujuk gambarajah di bawah


3. lepas korang dan masukkan url blog korang clik find broken links button tu dia akan keluar macam ni...


4. Masukkan security code & clik Find broken links now. Lepas tu dia akan scan semua broken links di blog korang & akan keluar paparan macam ni..


5. Cara nak delete broken links tu ada clik pada link src & dia akan keluar paparan coding yang yang highlight dengan backgroun warna pink. (Rujuk gambarajah pertama). Kalau nak tahu kat mana entri yang mempunyai broken links tu cuma clik pada url. Dia akan keluar entri yang mempunyai broken link. Atau  korang boleh je search tajuk entri di ruangan post kat blog. Cuma cari broken link tersebut & buang saja. Boleh rujuk gambarajah di bawah.

Contoh broken links yang ada dalam entri aku. Cuma perlu remove sahaja

Nak cari broken links tu memang tak susah tapi nak delete satu persatu broken links yang beratus macam aku ni sebenarnya tak mudah. hahahahaa

Moral of the story... Rajin2 la check broken links kat blog korang. Jangan setahun sekali nak buat jenuh nak delete beratus broken links macam aku hahahaha.

DASHBOARD BLOGSPOT BERWAJAH BARU

DASHBOARD BLOGSPOT BERWAJAH BARU. Bagi seorang hyperblogger katanya.. hyperblogger kau!! Tak tau la dari mana muncul istilah hyperblogger ni kan.. Bukan apa nak mengambarkan blogger yang aktif di blog. Satu hari 2 - 3 entri. Almaklum la nak jadi blogger ni kena la rajin menghapdet. setakat setahun sekali hapdet tu pergi la tulis novel.. Penulis novel memang dia tak keluarkan novel terbaru sebulan sekai jauh sekali la setiap hari kan. Jadi yang malas tu pergi tulis novel je tapi Bagi yang rajin menulis.. elok la jadi blogger. hehehehe


Maaf la tuan - tuan dah puan.. Terkonar baring pulak. Padahal nak cerita pasal paparan baru kat ruangan dashboard blogspot je. Almaklum.. kerjaya seorang blogger ni memang hari2 kena buka blog. Memang tak sempat berhantu la blog tu walau banyak tulis cerita seram sebab hari2 dok mengemas, mengemop bagai. Jangankan bersawang berabuk pun tak sempat katanya. Jadi korang yang mana rasa nak guna khidmat blog nak beriklan atau review sebarang produk atau perkhidmatan anda pilih la blog2 yang aktif macam blog lekatlekit.com ni. Senang cerita hangpa pilih blog lekatlekit.com dah la.. Tak payah penat2 fikir lagi. hahahaha

Ya Allah.. bukan takat konar baring dah ni.. Terlebih kuak lentang pulak ceritanya. Ok ok.. kita kembali ke isu yang sebenarnya nak di perbesarkan kat sini tentang paparan baru dashboard blogspot. Ada sesapa yang belum bukan dashboard hari ni buka sekarang. Sebab blogspot dah update paparan baru yang aku rasa nampak lebih kemas, simple & sedap mata memandang.. Takde la banyak berubah sangat kecuali kat butang new post & warna dia yang lebih suci murni bagaikan gadis sunti yang masih dara gitu. Kat bahagian reading list pun nampak lebih kemas & menarik. Senang nak blogwalking ke blog2 yang kita follow jugak. Kemas & berada di tempat strategik berbanding dulu dia di bahagian bawah kan? lepas ada perubahan kat bahagian list nak ke menu2.. macam post dia letak list paling atas. Kalau sebelum ni overview duduk paling atas kan. Kat situ pun ada perubahan sikit.


Tu je sebenarnya nak bagitau. Korang semua dah tau kan.. Jadi tak perlu aku nak membebel panjang2 lagi kan? Saja je buat entri tak berilmiah sebagai warm up.. Macam la dah setahun tak update blog kan nak warm up bagai sedangkan blog aku ni tak payah warm up pun memang sedia panas, hangit & hangus sentiasa. hehehehe

PANAS! BLOGGER DI JADIKAN ASKAR UNTUK BERPERANG SESAMA SENDIRI HANYA KERANA DUA PIHAK BEREBUT 1 PRODUK

PANAS! BLOGGER DI JADIKAN ASKAR UNTUK BERPERANG SESAMA SENDIRI HANYA KERANA DUA PIHAK BEREBUT 1 PRODUK. Sejak semalam kontroversi ni bermula bila ramai blogger termasuk aku dapat satu email dari pihak pengedar satu produk 'tettttttttt' ni. Katanya ada orang menciplak produk mereka & menyebarkan gosip kononnya produk depa dah tukar nama, label & packaging. Lepas tu upah blogger untuk review produk tu. So,mereka mempertikaikan Integriti blogger yang menulis review produk yang di tuduh tiruan tersebut.


Aku salah seorang blogger yang terlibat dalam review berbayar produk yang di katakan tiruan. Malah sebelum ni pun aku pernah buat review berbayar untuk produk yang menuduh produk dia di ciplak. Kiranya dua2 produk tu aku dapat review berbayar. Dalam kedua dua review tersebut pun tak ada kaitan antara satu sama lain. Umpama review untuk dua produk berbeza yang mungkin secara kebetulan mempunyai fungsi & kegunaan yang sama. Tu biasa la.. Banyak je produk dalam dunia ni ada fungsi yang sama tapi berlainan jenama. Dalam review produk yang di katakan tiruan tu.. Tak ada pulak kami di minta menulis atau claim produk tu adalah produk yang sama cuma berubah nama, label & packaging. Kami pun di larang berbuat demikian.. walaupun mula2 kami confuse jugak produk tu macam nak sama tapi tak serupa. Seperti yang di minta review di tulis adalah untuk memperkenalkan produk tersebut bukan seperti yang di tuduh oleh pihak satu lagi iatu blogger menulis produk dia konon dah bertukar label & packaging. So jangan mempertikai Integriti kami sebab kami review tidak mengaitkan langsung dengan produk pihak yang menuduh tu. Kami tidak pernah tahu apa masalah dua pihak tu. Kami hanya buat kerja bila di bayar.

Bila Dua pihak berebut originaliti 1 produk, depa guna blogger untuk fight. Blogger ni pun satu hal punya perangai.. Macam depa tau semua konflik yang berlaku antara dua pihak tu.. terus claim blogger yang tulis review pasal produk yang di tuduh ciplak tu sebagai review produk tiruan. Benda ni memang effect silaturrahim antara blogger padahal masalah ni sebenarnya bukan masalah blogger pun. Masalah depa bergaduh, libatkan blogger. Masalah dalaman dorang kita tak tahu kita tak payah nak cakap. Siapa ori siapa fake.. selagi tak ada bukti kita tak ada hak nak judge. Kalau betul yang pihak tu jual produk tiruan mustahil dia berani mengeluarkan kenyataan secara umum untuk pertahankan produk dia. So kat situ kita boleh nampak.. sebenarnya bukan isu fake atau original tapi mereka ada masalah dalaman yang kita tak pasti apa masalahnya.

Tak pasal - pasal blogger terlibat dalam permasalah mereka. Ni boleh jadi bergaduh jugak di kalangan blogger bila sebelah pihak menuduh sebelah pihak lagi buat review produk tiruan. Ia boleh menjejaskan jugak kredibiliti blogger.  Aku pun pernah jugak kot menulis pasal produk si nun tu pasal original & fake ni tapi takde la menyebut apa2 nama produk. Cuma yang di tulis & di siarkan dalam entri tu adalah cara bagaimana mengenalpasti produk original & tiruan je. Kalau betul produk tersebut adalah tiruan lampirkan bukti beserta report polis ke kpdnkk ke, atau apa2 bukti yang mengukuhkan tuduhan. At least ada report tu.. kita tahu la. Tuduhan tanpa bukti adalah gosip liar semata mata. Kalau betul bagi bukti, meh aku tolong tulis review balik. Buat apa nak takut kalau betul & ada bukti yang membetulkan segala tuduhan tu. Tapi tetap kena bayar jugak la sebab aku buat kerja kan... hehehehe

Untuk blogger yang dapat review berbayar.. katanya lumayan jugak untuk menulis pasal isu tiruan ni... Rezeki korang. Tulis la kalau korang rasa mereka di pihak yang benar cuma jangan sinis blogger yang tulis review produk yang di tuduh tiruan sebab korang cuma menulis mengikut detail yang di beri client tanpa ada lampiran apa2 sebagai bukti. Kita sama2 blogger kot.. kalau korang dapat review berbayar produk yang di tuduh tiruan tu pun aku yakin korang tak tolak jugak. Cuma korang tak dapat korang nak sinis2.. konon blogger tulis review produk tiruan sedangkan tiruan atau tak, siapa masih tak dapat nak buktikan dengan pengesahan rasmi dari pihak yang sepatutnya. Sebab produk tu pun nama berbeza, label berbeza & packaging berbeza walau nampak macam nak sama tapi tak tetap tak serupa. So, produk tu boleh jugak di claim produk yang berbeza.

Apa yang aku nampak sekarang masalah ni adalah masalah dalaman syarikat mereka sebab apa yang aku dengar la.. mereka ni adalah share partner. Mungkin ada perbezaan pendapat ke hapa mereka bergaduh.. Dari sok sek sok sek.. dengarnya pihak yang di tuduh mengeluarkan produk tiruan tu dah memfailkan saman. So kita tak payah buat apa2 spekulasi, tunggu je apa yang berlaku seterusnya. Tapi tu la sebab depa bergaduh tetiba blogger pulak di jadikan askar untuk berperang review. Hope blogger yang dapat review dari dua pihak yang bergaduh ni tak bergaduh.. Tulis je jangan menyindir atau sinis sebab kita sama2 buat kerja. Cuma risau apa yang kita yakin benar tu boleh jadi tak benar sebab macam aku cakap.. Masih tiada bukti yang mengesahkan tuduhan tersebut betul atau salah. Kita cuma bekerja.. kadang2 kita sendiri pun tak ada kuasa untuk mengesahkan apa2 berkaitan sesuatu produk tu. So, kita tak perlu dabik dada fakta yang kita dapat tu adalah 100% sahih & benar. Bila jadi isu macam ni.. memang agak sensitif untuk di perkatakan melainkan ada bukti yang sahih.

Moral of the story.. kat sini aku tak mengesahkan siapa betul atau siapa salah sebab aku sendiri tak tahu & tak ada bukti nak di tunjukkan. Hope dua pihak yang bergaduh berebut originaliti 1 produk tu ada penyelesaian yang baik. Sayang bisnes orang melayu baru nak maju, dah bergaduh macam tu.

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM. Lebih kurang sebulan Giveaway ni berlangsung akhirnya setelah di tilik dalam geluk jampi nujum pak belalang.. Maka dah dapat la senarai pemenang. Walaupun contestant cukup2 syarat jer... Memang nak bagi cukup syarat sebab tak sampai hati pulak nak batalkan Giveaway katanya. takpe la.. pengalaman pertama handle untuk Giveaway sendiri.. Lagipun niat nak bagi pembaca blog lekatlekit.com ni hadiah dah lama.


Sebelum Pemenang nak di umumkan.. Sukacita la admin blog lekatlekit nak bagitau.. Hadiah mestilah di tuntut seminggu dari tarikh pemenang di umumkan. Kalau tak redeem hadiah anda memang akan di kira 'burn' la sebab admin blog anggap anda tidak berminat dengan hadiah tersebut. Jadi semua yang menyertai Giveaway ni kena alert yer...

Dengan lafaz bismillah.. Jemput makan. ok ok.. gurau jer.. Senarai pemenang Giveaway kutuk mengutuk bersama lekatlekitdotcom adalah...

Hadiah utama.. Blog pilihan melekit adalah..
http://aunidenovella.blogspot.my/2016/08/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
Memenangi hadiah berupa 1 face wash 4 in 1 Ronasutra (Done)

Hadiah pertama pengutuk paling kejam..  hehehe
http://www.dianarashid.com/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
Hadiah berupa sehelai tudung Ariani (Done)

Hadiah kedua pengutuk separa kejam.. hehehe
http://www.mariafirdz.com/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
hadiah berupa BB Cream Seqybeauty (Done)

Hadiah ketiga pengutuk boleh tahan kejam.. hehehe
http://awansamudera.blogspot.my/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
hadiah berupa BB Cream Seqybeauty (Done)

Hadiah ke empat pengkritik manja..
https://cikash.blogspot.com/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html
Hadiah berupa Nurrasya Organic Body Wash (Done)

Hadiah kelima pengkritik lite lite...
http://theieraziera.blogspot.my/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html
hadiah berupa Nurrasya Habatus Sauda Hair Treament (Done)

Hadiah keenam.. komen komen manja
http://www.sayidahnapisah.com/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
hadiah berupa produk buang bulu (honey Wax) (Done)

Hadiah ketujuh.. cuit cuit
http://adna2029.blogspot.my/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html
Hadiah berupa Lipbalm scrub

Hadiah kelapan.. Pengkritik nak duit.. hehehe
http://penselduabee.blogspot.my/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html 
Hadiah berupa Wang Tunai RM20 (Done)

hadiah kesembilan
http://www.kuihsemperit.my/kutuk-menang-hadiah-bersama-lekatlekit-com/
Hadiah berupa Satu Botol Air (Done)

Sila emailkan alamat untuk penghantaran hadiah anda kat lekatlekitgurl@yahoo.com. Sila letak tajuk Pemenang Hadiah Giveaway Lekatlekitdotcom tempat ke... ? Tarikh untuk anda tebus hadiah adalah sebelum 15 oct 2016. Atau boleh jugak PM di facebook NurSuria Azizan

Pada yang tak menang.. Insya Allah jika ada rezeki di lain masa akan di adakan lagi Giveaway gilang gemilang ni. Terima kasih kerana sokongan anda yang tak berbelah bahagi terhadap blog lekatlekit.com ni. bagi mengubati kekecewaan yang tak menang jom la kita ubati kesedihan tu dengan menonton 9 live video di Facebook yang di viralkan ni >> 9 Live Video Facebook yang jadi viral baru baru ni << Bagi yang berjaya mencuri hati ku dengan kutukkan & kritikkan tu.. Tahniah. Jangan lupa kalau buat entri tu war warkan la link penaja hadiah tu tau tanda terima kasih sudi sponsor hehehehe...

EXCHANGE BLOGLIST PUN BLOGGER NAK MENIPU

EXCHANGE BLOGLIST PUN BLOGGER NAK MENIPU. Selama aku jadi blogger ni aku jarang nak ajak blogger lain exchange bloglist sebab aku suka letak je apa2 blog yang aku suka nak letak. Tapi baru2 ni bloglist aku tetiba ghaib penuh misteri & mistik. Tak tau macam mana boleh hilang.. Kena sorok bunian ke hapa tak tau la kan.. hahaha. Tu la suka tulis cerita pasal hantu sangat kat blog.. Bloglist pun dah kena culik dengan bunian.. Tak pepasal bunian pulak bersalah katanya. hahahaha

Sumber Google

Aku tengok macam sikit je blog2 kat bloglist aku.. Tetiba hari ni dapat hidayah nak exchange bloglist. Maka aku buat la pengumuman kat Facebook aku. Almaklum la kat Facebook banyak link dengan blogger. Ada la beberapa blog yang letak link.. Saja la nak tengok mana yang dah letak link blog aku kat blog depa. Yang letak cuma 1 2 blog jer.. Yang lain2 bagi link.. haram tak nampak tang mana exchange link nya. Sebab malas nak blogwalking satu persatu alih2 hampa je dapat.. aku private kan post tu malas dah nak exchange link. Kalau sesapa rasa nak exchange link dengan blog aku atau memang ada letak link blog aku kat blog hangpa nanti komen je kat bawah post ni. Sebab bloglist lama aku dah almarhum..

Exchange link pun nak menipu.. Jujur la. Kalau rasa post2 blog aku ni mengundang dosa ka hapa & memang tak sudi nak letak.. Tak payah la buat macam tu. Contest pun sama la.. Baru2 ni aku buat giveaway tapi bila dah umum pemenang ada seorang sponsor cakap follower dia tak naik pun. Rasa bersalah jugak.. Rasa macam nak tarik balik hadiah tu tapi tu la.. Satgi kecoh satu alam maya cakap lekatlekit buat Giveaway penipu pulak. Yang tu tak tau nak settle macam mana dengan penaja..

Itulah yang bernama manusia... Kadang2 bukan depa jenis kaki penipu tapi sebab depa anggap benda tu remeh & kecil jadi menipu pun tak apa sedangkan menipu tetap la menipu tak kira perkara besar atau kecil. Tak kira la kau menipu untuk exchange bloglist atau join apa2 contest/Giveaway ni. Tup2 kau menipu kau menang & kau guna hadiah tu.. Apa jadi? Renung - renungkanlah.. kau guna benda yang kau dapat hasil dari menipu. Hukum hakam pi tanya orang yang lebih berilmu tentang agama.

Menipu ni dia boleh boleh jadi ketagih tau kalau kita pratikkan selalu.. Mula2 menipu kecil kecilan.. Bila dah terbiasa menipu tak mustahil dia akan menipu perkara yang besar sikit lama2 dia dah mula expert dalam penipuan mula dia gunakan penipuan sebagai kerjaya dalam hidup.

Satgi ada pulak yang cakap.. Eleh benda macam ni pun nak buat isu. Tu bukan menipu tapi trick & startegi nak naikkan traffic blog jer. Yelah.. Trick kau tu bukan macam orang buat magic. Magic dia tak menipu tapi dia guna helah dengan pandangan mata orang. Macam permainan kat petrosains.. nampak macam magic tapi sebenarnya ia cuma satu tindakbalas semulajadi yang tak nampak dengan pandangan mata kasar jer.. Kalau tak caya korang boleh try ke petrosains. tahun ni katanya banyak permainan sains yang menakjubkan & di luar kotak pemikiran anda. Boleh tengok kat sini >> Permainan Di Petrosains Tahun Ini Lebih Menakjubkan Yang Anda Sendiri Tak Terfikir Macam Mana Ia Boleh Berlaku << Kalau macam kat petrosains tu boleh la di anggap trick bukan menipu. Kalau setakat kau letak link kat bawah post yang orang ajak exchange bloglist tapi kau tak buat mengikut syarat yang di persetujui tu nampanya 'Menipu'. Bila kau menipu kau layak di gelar Penipu!!

Sebenarnya bukan aku sorang yang pernah terkena macam ni.. Ramai lagi blogger pernah terkena cuma aku je suka buat isu sebab nak bagitau cara tu tak elok la. Dah macam satu penganiayaan kalau blogger tu tak check & percaya bulat2 hangpa memang dah buat exchange link tu.

Moral of the story.. Kalau benda kecil macam ni pun nak menipu macam mana la orang nak percaya kat hangpa pada perkara perkara yang lebih besar kan. Bukan la nak cari gaduh cuma mengingati sesama blogger jer..

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE. Ni kalau Blogger Diana Rashid baca tajuk entri mesti terkumat kamit mulut dia melazer. Berani kau dok cari pasal. Sebab Kak Diana Rashid antara blogger yang selalu berkongsi screenshot traffic blog dia kat Facebook. Memang tak di nafikan traffic blog dia memang gempak walau dia hanya berblog dari rumah je. Dia tak ada join apa2 komuniti blogger yang popular bagai nak rak di mana ahli2 dia pun kena tempias populariti tu bila muka manjang nampak kat event2 melibatkan blogger. Pun macam tu dia mampu menjana traffic harian yang buat ada yang menangis tiap kali tengok dia share.

Ni contoh screenshot traffic blog. Aku screenshot dari google analytic & nuffnang stats. Sebagai blogger kena tahu jugak nak screenshot benda ni. Kadang2 advertiser yang nak guna blog kita akan tanya benda benda ni ok.

Riak sungguh kan blogger macam tu?? Nak menunjuk la tu.. Traffic blog dia yang berpuluh ribu sehari tu kan? Dia tak tau ke perbuatan dia tu boleh buat blogger lain yang traffic rendah akan rasa down & sedih? Dia tak takut ke nanti blog dia kena hack sebab orang dengki? Atau memang dia tak ada life asyik nak menunjuk je traffic blog. Kiranya hidup dia memang tak ada apa yang best selain blog dia jer...??

Astagfirrullah.. Isgtifar jer anak anak. Statement tu aku ulang siar jer. Bukan aku nak mengumpat blogger2 yang suka tayang traffic kat blog. Blogger Diana Rashid tu sebagai contoh jer tapi bukan dia sorang jer buat macam tu. Ramai lagi blogger yang mengamalkan cara macam tu. Bagi blogger lain yang mempertikai & tak faham kenapa ada blogger menunjuk traffic blog dia.. Meh la sini makcik nak story mory sikit..

Kami ni blogger dari rumah yang memang berblog hanya dari rumah je. Salah satu cara nak menyakinkan orang memilih blog kami untuk beriklan atau mempromosikan produk atau service mereka adalah memberitahu berapa jumlah Views & visitor di blog. Kau fikir kalau tulis blog sehari sepuluh dua puluh orang je baca blog kau ada orang nak letak iklan kat blog kau. Ada orang nak bagi kau review berbayar? Kau letak banner nuffnang pun belum tentu dapat earning kalau views & visitor kau macam tu, OK! So, kena la canang kat orang blog kita berapa banyak views & visitor supaya orang tahu blog kita berpotensi untuk di jadikan medium pengiklanan & rujukan orang lain. Lain la yang jenis muka2 selalu join event bagai.Populariti depa maybe dah level2 macam orang ni >> Inilah Orang Yang Lebih Popular Dari Retis. Pendek kata dia lagi retis dari retis << so depa tak payah struggle sangat nak advertise service mereka di blog melalui media sosial. banyak jemputan ke event2 & review berbayar. Depa blogger cari income dari event2 macam tu maybe nampak rilex je tak asyik cakap pasal blog. Hanya cakap pasal event2 depa attend jer. macam kami dari rumah ni terhad sikit. Muka kami tak glemer jadi terpaksa la meng 'glemer' kan blog kami jer. Terpaksa tunjuk kelebihan yang ada pada blog sebab tak boleh nak jual muka macam blogger2 cantik & ensem yang ada kat alam maya ni. So kami jual penulisan kami je la. Jangan pulak pertikai kenapa tak libatkan diri dengan event2 macam tu? Setiap orang ada keterbasan mereka sendiri. So jangan nak compare hidup kau dengan hidup orang lain sangat la. Kalau ada yang menyampah tu bukan masalah kami.. Tu masalah depa. hahahaha

Asyik cakap pasal blog pun orang meluat?? Blogger yang serius dengan blog dia memang akan menjadikan blog dia keutamaan. Takkan dia nak pi cerita dengan jiran2 yang blog pun depa tak tau pejadahnya menatang tu. Mesti la dia cerita kat media sosial sebab blog pun salah satu aktiviti media sosial. Macam orang jual produk atau perkhidmatan dia secara online jugak. Dah tentu dia lebih banyak cakap pasal perniagaan dia. Lain la orang memang tak arah tujuan... membebel dengan anak laki bini kat facebook je 24 jam sehari macam tinggal lain lain rumah. Macam tak hadap orang2 yang dia bebel tu hari hari kat rumah sampai perlu guna FB nak bercakap dengan depa. Kalau yang bukan blogger menyampah tu ok la maybe depa tak faham tapi sesama blogger pun rasa menyampah maybe dia mengalami stress melampau dalam hidup la kot.hehehe

Jangan buruk sangka sangat dengan blogger yang menayang traffic blog tu.. Memang bekerja dengan blog ni mesti kena menunjuk nunjuk. Blogger memang terkenal suka menunjuk pun tak kira la tunjuk traffic blog ke, tunjuk produk review ke, tunjuk dia join apa2 event melibatkan blogger sebab itu memang berkaitan dengan kerja & pendapatan yang dia dapat dari blog. Perlu ke jadi isu?? Lagipun Tu salah satu cara menarik pengiklan atau individu untuk menggunakan khidmat di blog kita. Kau tak menunjuk orang tak tahu. Berblog memang tak boleh guna konsep low profile sangat . Biarlah orang tak tahu traffic blog kita berapa.. Tak penting pun katanya. Rezeki tu dari Allah.. Memang rezeki Allah yang bagi tapi dia tak bagi dengan hanya kau duduk tadah tangan tak buat apa apa. Dalam apa cara kau nak cari rezeki pun kena ada usaha & strategi katanya. Kalaupun kau tak tunjuk traffic kau kena tunjuk yang kau mampu untuk buat kerja tu baru orang yakin nak bagi kau job berbayar.

Moral of the story.. Walau kita berkerja dalam bidang yang sama sekalipun tapi rezeki kita tetap berbeza. Walau kita sama2 ada blog tapi traffic blog kita tak sama. Tu pun berkaitan dengan rezeki jugak. Yang penting terus berusaha kalau nak berjaya dalam bidang tu.. Kalau tengok traffic blog orang yang gempak pun terus rasa down & sedih macam mati laki/bini.. Better kau pergi kerja makan gaji je la. Tak sesuai untuk kau jadikan blog sebagai sumber pendapatan. hehehehe

P/S : Blog lekatlekit.com jugak menyediakan khidmat review & iklan. Berminat boleh email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

HEADER BLOG NI SANGAT MENYERAMKAN PENGUNJUNG BLOG

HEADER BLOG NI SANGAT MENYERAMKAN PENGUNJUNG BLOG. Kalau dah header blog menakutkan sangat sampai orang tengok pun rasa seram boleh mengundang mimpi ngeri gamaknya ada tak orang nak clik blog tu kalau dah tau penangan header dia yang mengerikan tu. Confirm la tidak kan... Kecuali la ter clik tanpa sengaja atau orang yang betul2 berani jer. Setakat ni aku tak jumpa lagi la blog yang header dia sampai boleh buat aku rasa seram sejuk & terkejut bila terclik blog dia. hehehee

Header pernah di gunakan di blog lekatlekit.com dulu

Tapi bila aku anjurkan Giveaway kat Blog lekatlekit.com ni & minta peserta mengutuk atau lebih berhemah mengkritik apa2 saja yang mereka rasa tak suka dengan blog lekatlekit.com atau dengan admin blog. Setakat ni yang komplen pasal header yang menyeramkan tu lebih ramai dari yang kritik pasal benda lain kat blog ni. Amboi effect sungguh header tu kepada pembaca blog lekatlekit.com yer.. Ada yang kata kadang2 bila clik blog aku malam2 terkejut di buatnya bila muncul header tu.. hehehehe.. maafkan kami penunggu gua!

Blog ni walau niche dia sangat la rojak.. Tapi memang di kenali dengan blog kisah seram sebab banyak aku share entri2 cerita seram atau review filem seram yang aku tengok. Tapi bukan la hari2 ada entri kisah seram ni. Ikut mood aku la nak tulis. Kalau tetiba mood macam hantu maka aku menghantui la orang lain dengan entri kisah seram. Sebab tu header tu macam menyeramkan sikit walhal guna model paling comel dalam hati aku tu.. Iatu anak aku sendiri. hehehehe

Header yang sedang di gunakan sekarang

Apapun aku sangat hargai komen & kritikan semua.. Kalau ramai yang rasa header tu perlu di tukar Insya Allah aku akan tukar demi kesejahteraan pembaca blog lekatlekit.com. Korang kalau rasa ada tak puas hati & meluat sangat dengan blog lekatlekit.com ni meh la join Giveaway ni.. Dari dok mengata belakang je hapa pun tak dapat selain dosa mengumpat aku.. Ada lebih bagus join Giveaway ni. Untung2 dapat hadiah. Baik tak aku. Orang mengutuk aku pun aku nak bagi hadiah. Kenapa tak suruh orang puji? Pujian kebanyakkan palsu tu malas nak suruh orang puji. hahahhaa. Nak join  clik je banner kat bawah ni..

 Giveaway Mengutuk Blog Lekatlekit.com

Apapun den menanti penuh debaran lebih banyak kutukan yang berapi dari semua peserta di Giveaway ni. Tak payah risau den kecik hati ke hapa.. Kutuk je ikut sedap rasa tapi kutukkan tak boleh berunsur mengherdik tapi kena berunsur mendidik. Jangan tetiba kutuk muka den macam kawah bulan.. apa kena mengena ye dak. hahahaha

Moral of the story.. header blog den ni bagi pandangan mata den tak ada lah menakutkan sangat berbanding benda ni.. Rasanya ramai yang mula takut dengan kehadiran dia di Malaysia sekarang >> 9 Things You Can Do To Keep Yourself Safe From The Deadly Zika Virus << Kan? Seriau beb kalau terkena.

VIRAL! KECOH PASAL ROKOK CAP BABI

VIRAL! KECOH PASAL ROKOK CAP BABI. Sejak kempen membenteras rokok seludup ni nampaknya banyak pembongkaran di buat secara besar besaran untuk menyedarkan perokok betapa bahaya, kotor & boleh menyebabkan ezema. Cara dorang berkempen tu memang nak bagitahu betapa bahaya rokok seludup berbanding rokok yang masuk cara bercukai & melalui laluan yang betul bukan laluan tikus. Aku baca pun terkesima seketika katanya. Mentang2 la rokok antara penyumbang terbesar income negara.. Sampai isu2 lain yang lebih serius pun aku nampak macam tak di pedulikan. Contoh isu kes culik yang berleluasa sekarang. Aku rasa kempen rokok seludup ni lebih besar besaran dari berkempen membenteras jenayah culik sekarang.


Sebelum ni macam macam momokkan seram & jijik di buat untuk memberi kesedaran tentang rokok seludup.. tetiba dua tiga hari ni blog OhBulan kecoh pasal rokok cap babi katanya. Hahaha... nak gelak jugak aku baca pasal rokok cap babi. Mesti perokok cuak kan.. Ada ke rokok cap babi ni. Nak tau apa yang di maksudkan rokok cap babi korang baca sendiri kat blog Ohbulan di artikel ni >> Antara Pegangan & Kebersihan, Sampai Bila Anda Mahu Buat ‘Bodoh’ Tentang Isu Rokok Cap Babi Ni? <<

Rokok itu sendiri dah di fatwakan haram tak kira la cap apa sekalipun. Bila aku komen macam tu kat bawah post blog OhBulan ada yang kata aku tak ada agama cakap macam tu. Konon Babi tu Najis besar selagi tak di bersihkan selagi tu amal ibadat tak di terima. Dengan confidentnya dia cakap aku tak ada agama. Insya Allah aku masih ada pegangan agama beb.. Kau yang beragama sangat tu sedar ke apa yang kau cakap. hehehe

Aku rasa dari kerajaan dok keluar budget untuk kempen benteras rokok seludup ni ada lagi bagus budget tu guna untuk mempertingkatkan sistem keselamatan di tempat2 awam atau sekolah2 macam tabika kemas yang nampak di anak tiri kan sangat maybe sebab banyak yang belajar kat situ anak2 dari keluarga yang berpendapatan sederhana & rendah. Asal ada tempat buat kelas dah cukup. Tempat tak ada security.. premis tak ada cctv, renung renungkanlah.. selamat ke anak2 di situ belajar di zaman jenayah macam satu trend ni.. Ni dok bayar OhBulan kempen pasal rokok seludup jer buat apa.

Moral of the story.. Walaupun kerajaan mengaitkan rokok seludup ada kaitan dengan aktiviti jenayah besar di dunia tapi aku tetap rasa bukan pasal jenayah depa nak membenteras rokok seludup ni tapi lebih kepada income yang di jana melalui penjualan rokok yang masuk secara sah. Tapi bila terpaksa bersaing dengan rokok seludup yang lebih murah sedikit sebanyak menjejaskan penjualan rokok yang masuk secara sah ni. hehehe

ANTARA BLOG YANG SUKA KECAM ORANG

ANTARA BLOG YANG SUKA KECAM ORANG. Tu dia... Kritik ke puji ke tak tau la kan. Katanya blog lekatlekit.com ni blog yang banyak tulis entri kecam orang sana sini. Dengar statement macam tu aku terbayang yang blog aku ni sangat bahaya. Seolah2 mengambarkan sesiapa sahaja di kecam dalam blog lekatlekit.com akan jadi viral di mana hidup mereka akan berubah 360 darjah. Mereka takkan berani lagi keluar rumah. Hidup mereka akan di selubungi ketakutan. hahahaha


Melampau sangat la kan imaginasi aku hanya kerana satu statement seseorang yang katanya dulu suka baca blog lekatlekit ni tapi sekarang dah tak suka sebab banyak kecam sana sini. Zaman blog lekatlekitgurl.blogspot.com memang aku akui.. entri2 aku banyak mengupas kupis & kopek dengan rakus & kejam isu2 semasa, dunia hiburan atau apa2 yang berlaku di media sosial. Memang aku tulis tanpa belas kasihan. Konsep aku sapa makan cili dia terasa pedas, kalau aku tak point sebiji2 nama atau muka sesapa. Kalau aku point seseorang tu maka tuju kat dia je la tapi selalu aku guna konsep mengecam secara umum. Orang kata kecam tapi sebenarnya menegur secara outspoken apa yang aku rasa tak patut berlaku.

Yup.. masa tu memang aku umpama sang singa yang sentiasa mencari mangsa je. Jangan dok bagi aku nampak benda pelik & jelik mesti aku kupas,kupis & kopek dengan lantang kat blog sampai ada yang rasa nak menangis bawah bantal. Tu dulu la... Zaman lekatlekit.com sekarang ni kelantangan tu rasanya makin kurang even tak hilang. Mustahil manusia mampu berubah secara drastik. Entri2 blog aku sekarang leih kepada review produk,cerita seram, isu semasa tu still ada, resepi & entri2 dari special 8share yang aku rasa best nak share kat blog. Sebab banyak sangat isu jadi aku tak tumpu pada konsep mengecam orang sangat la. Yelah.. aku kecam orang nampak yang orang kecam aku sapapun tak peduli. Kesian kan... Padahal aku ni antara manusia yang memang menjadi bahan kecaman orang cuma orang2 mengecam ni depa jenis buat cara sorok2. tup tup dengar je orang bagitau sipolan tu kemain mengumpat aku, kemain hasut orang suruh benci aku, kemain kutuk aku. Yang tu lagi bahaya. Macam virus.. tetiba mati je tak tau punca. Tapi macam biasa... sikit pun aku rasa tak mengugat kebahagian rumahtangga aku. Jadi telan & hadam biar dia jadi taik.. lepas tu buang kau akan rasa lega sangat. hahahaha

Orang nampak aku jahat sebab sikap aku yang suka bagi pandangan yang tak ada unsur2 kipas susah mati. Kau kawan ke lawan ke.. Kalau aku tak setuju samada aku tak join perbincangan dengan kau atau aku komen ikut apa yang aku rasa betul. Bukan aku kata aku sentiasa betul.. Maksudnya aku bagi pandangan mengikut apa yang aku setuju je. Kalau pandangan kau aku rasa tak setuju.. maka aku cakap tak setuju la. Nak suruh aku jadi hipokrit sangat kau dah kenapa? Kalau kau harap aku kawan dengan kau aku perlu setuju semua cara & pendapat kau la. Kirim salam tepi tepi je la.. Mimpi la kau harap aku akan puji kau sampai langit ke 7 setiap masa.

Cuma bezanya sekarang.. mungkin faktor usia semakin emas ni & faktor komitmen yang semakin bertambah. Banyak perkara yang aku nak kena fokus terutama anak aku yang masih perlu lebih perhatian dalam segala bab.. Maybe sebab tu kot aku semakin tak ada masa nak ikuti banyak sangat isu yang berlaku melibatkan manusia lain di media sosial. So mempengaruhi la penulisan aku di blog. Sebab konsep aku menulis apa yang aku tahu & suka. Apa yang kita suka ni boleh berubah sebab hati manusia ni hati yang boleh berubah. Tak mustahil dari blogger tetiba berubah jadi atlik sukan macam depa ni >> Inilah Atlit wanita Yang Ramai Orang Ingin Tengok Mereka Beraksi di Suka Olimpik 2016. Boleh tahan lawa jugak la << Jadi apa nak pelik tetiba nampak blog lekatlekit.com ni dulu kemain lancang kuning dia menulis sekarang dah jadi blog ala2 mak mak yang gilakan kecantikkan & masakan gitu. Padahal benda tu bukan baru sekarang aku suka.. Jadi tak mustahil kalau tetiba lepas ni Blog lekatlekit.com jadi blog sukan pulak, kan? Minat aku menulis ni boleh berubah bila2 masa jer... So kalau tetiba aku jadi blogger pengulas sukan pun aku rasa tak mustahil. hahahaha

Entri popular kat blog aku pun banyak pasal skincare. Bermakna orang baca blog aku bukan semata mata nak tengok sapa mangsa kecaman aku yang seterusnya la. Orang nak tahu jugak pasal produk kecantikan selain cerita seram. So sesapa rasa nak guna khidmat aku untuk review produk, meh email lekatlekitgurl@yahoo.com atau nak letak iklan dalam bentuk banner pun boleh

Aku cuma manusia.. Yang mungkin berubah bersama masa. Aku cuma manusia yang mustahil sempurna. Aku cuma manusia yang ada keinginan untuk jadi yang baik, terbaik & paling baik.. Cuma manusia ni kadang2 susah nak control nafsu jadi kesempurnaan sebagai manusia tu bukan senang untuk di miliki. Yang penting kita ada niat & usaha kearah itu, Insya Allah.. Allah akan sedia memberi kita petunjuk & hidayah.

P/S : Maaf ni bukan entri drama airmata bagai.. Entri sekadar bercerita.Kalau orang lain boleh cerita pasal diri dia kat blog kenapa tetiba aku tak boleh & nampak annoying kan? Apa ingat dalam hati aku tak ada taman ke? hahahaha

INI BUKTI BULAN PUASA PUN ORANG MASIH CARI HANTU

INI BUKTI BULAN PUASA PUN ORANG MASIH CARI HANTU. Kalau dah suka hantu tu tak kira bulan apa kerja dia nak cari hantu je. siang malam pagi petang cari hantu katanya. Dari januari sampai december dia tetap memburu hantu. Aku baru dok berniat nak bercuti memburu hantu sepanjang bulan puasa ni nampaknya bulan puasa pun permintaan masih tinggi nanti la aku  fikirkan semula.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kalau siang hari tak habis habis orang dok cari kepastian hukum cium mulut la, hukum pegang kemaluan pasangan la.. Siang2 hari pun tak boleh control nafsu syahwat katanya. Tak boleh berat berat nak ringan ringan jugak. Bak kata mummydearie mungkin pasangan baru kahwin. Baru pertama kali berpuasa dengan pasangan. Mood bulan madu lagi so memang pantang jumpa nak manja2 je kerjanya. Yang dah masuk zon pengantin kepam ni Insya Allah.. Takat puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari tu takde masalah la. Hope pasangan bulan madu di awan biru tu bawak2 bersabar yer.. hehehe

Tu cerita siang hari.. cerita malam hari pulak tak habis2 orang dok cari hantu. Memang beginilah keywords blog aku menjelang malam hari dari sebelum bulan puasa lagi. Asal malam je depa cari hantu, asal hantu je blog aku. Hantu pun bercuti di bulan ramadan ni.. Yang hangpa dok cari dia buat apa. Erkk.. tapi yang aku tahu jin memang tak bercuti. Masih ada & masih melakukan rutin harian dia menyakat orang walaupun di bulan puasa. Sebab tu tak pelik la kalau ada yang kena rasuk bulan puasa ni. Makcik aku dulu pun pernah di rasuk masa nak bangun masak sahur. Time tu aku budak budak lagi. Tapi aku dah pernah cerita dulu dalam blog malas la nak ulang lagi cerita lagi.

Keywords blog lekatlekit.com malam hari.

Kalau dah korang sangap sangat nak cari cerita hantu yang seram hangpa pi tengok ni >> Berdasarkan kisah benar, Sekuel kedua filem seram ni menggunakan audio sebenar rakaman suara roh jahat << Ada berani tengok? Kalau betul betul peminat cerita seram mesti berani, ye dak? Apa barang tengok filem ni sambil tutup muka dengan bantal katanya.

Moral of the story tak salah cari hantu tapi bulan2 puasa ni jangan hangpa pulak jadi hantu & menghantui orang lain. Elok2 depa dah cuti.. hangpa pulak dok take over tugasan iblis & syaitan dok menghasut orang buat jahat.

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI. Hari ni seluruh umat Islam memulakan ibadah puasa. Amacam? Ok ke? hari pertama confirm ramai yang excited & bersemangat bangun sahur. Juadah bersahur pun mesti meriah karipapusing kan? Kemain penuh meja depa punya lauk pauk. Aku takde la.. ikan goreng, sayur campur, ikan masak asam asam telur masin je. Nak beriya masak sapa yang nak habiskan nanti. Korang nak tolong datang habiskan ke? hahahaha.. Aku memang tak excited sangat la bab makanan ni. Sahur atau berbuka aku trick macam biasa. Cuma beza waktu makan tu je. Kau nak membazir sangat dah kenapa katanya.

Sumber Google

Bila tiba bulan puasa blog aku mesti tersangkut keywords2 ni. Time puasa je mula la orang cari benda ni. Depa ni tak tau la hanya mampu puasa makan minum je kot.. Yang lain2 tak tahan nak puasa katanya. Antara keywords yang melekat lekit di pagi 1 ramadan yang mulia ini adalah...

1. hukum memegang kemaluan di bulan puasa
2. apa boleh pegang kamaluan saat puasa
3. bercium pada bulan puasa bukan muhrim
4. boleh ke suami sentuh isteri punye ketika bulan puase
5. bergesel kemaluan di bulan puasa
entri : HUKUM MENYENTUH KEMALUAN PASANGAN & BERCIUM KETIKA BERPUASA
6. Boleh puasa sekiranya kena ambil darah
entri : SUNTIKAN,AMBIL DARAH & MIMPI BASAH TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Ni la keywords paling popular kat blog aku di pagi hari pertama puasa. Entri yang aku letak tu adalah entri yang duduk kat first page carian google dari keywords2 tersebut. Depa dok cari hat tu jugak. Tang tu maybe depa tak mampu nak puasa kot hahaha. Tapi yang ambil darah tu mungkin ibu2 yang tengah mengandung & ada check bulanan. So memang kena ambil darah. Yang tu boleh la berbaik sangka. Yang lain2 tu hahaha... Tak tau la depa nak buat apa.

Ni la keywords blog aku di hari pertama puasa tahun 2016

Walaupun Syaitan semua bercuti bulan puasa ni tapi nafsu manusia ni kadang2 mengatasi bisikan syaitan. Buktinya bulan puasa pun orang tak mampu mengawal nafsu serakah walaupun kita sedia maklum setan iblis semua kena jail time ni. Jadi tak ada alasan nak salahkan makhluk tu lagi.

Banyak perkara kita boleh manafaatkan di bulan puasa ni untuk menyekat nafsu kita dari buat perkara perkara yang membatalkan puasa. Jangan dok fikir sangat la benda2 yang berahi time2 puasa ni. Selain memperbanyakan ibadah & baca al Quran sesekali nak rehatkan minda boleh la window shopping raya kat sini >> Ini cara Anda Nak Dapat Diskaun Semasa Membeli Belah Di Zalora << Manatau ada yang berkenan boleh la shopping raya terus kan. Dah tak payah nak berlanggar bontot kat luar sana nak shopping baju raya. Duduk depan pc/smartphone/tab clik2 bayar je. Nanti dia hantar depan hidung korang.

Moral of the story.. Tak salah kita nak cari info ia juga satu ilmu cuma bulan puasa ni elak la dari dok buat benda2 yang boleh menaikkan nafsu syahwat takut satgi puasa lapar & dahaga jer. Bila terfikir sesuatu yang boleh membatalkan puasa cepat2 la istighfar yer. Insya Allah.. nafsu2 jahat tu dapat di kawal.

SIAKAP KELI DI KECAM TAK NAIK PENTAS AMBIL AWARD DI MALAM ANUGERAH PILIHAN ONLINE (APO)

SIAKAP KELI DI KECAM TAK NAIK PENTAS AMBIL AWARD DI MALAM ANUGERAH PILIHAN ONLINE (APO). Apa punya lawak pun tak tau la kan. Pasal hantar wakil untuk ambil anugerah yang di menangi dalam Anugerah Pilihan Online (APO) pun bolej jadi isu besar ke? Hello.. Benda ni rasanya dah banyak kali berlaku masa majlis anugerah nak2 lagi dalam industri hiburan tak kira dalam & luar negara. Tak perlu nak jadi isu kot.. Lagipun dia dah upah orang wakilkan mereka untuk terima anugerah tu. Apa ada hal.


Dalam dunia online ni ramai kot yang memang tak suka mendedahkan rupa mereka hanya mempertaruhkan penulisan & perkongsian secara online. Kalau aku pun mungkin aku pilih hantar wakil kot. Aku pun belum bersedia nak enterframe muka aku secara umum. Nak2 lagi secara langsung. Aku bukan cantik sangat nak jual muka katanya. Lain la orang ada rupa.. penulisan ala2 je pun boleh popular bagai nak rak. Biarlah aku jual ayat je dalam blog buat masa ni. Akan datang mungkin pendapat tu berubah tetiba aku nak show off rupa aku. Mungkin masa tu blog aku dah menyerlah jauh kan.. Jadi orang dah kenal penulisan aku. Tetiba baru nak tayang muka. Ok la.. Takde la kena tuduh jual muka kan. hahahaha. Lagipun satu ketika dulu aku pernah tampil tanpa sorok muka pun. Bila bertukar status tu aku ambil keputusan tak nak tayang muka sangat. Sipi2 je aku tayang ikut keperluan.

Ada yang rasa kalau tak nak ambil award sendiri bagi je award tu kepada blogger yang sanggup datang meriahkan majlis. Alahai.. menang pun bukan depa vote diri sendiri kot. Orang yang vote. Tu pilihan orang ramai. Bukan satu kemestian pun dalam anugerah tu semua yang tercalon mesti datang & ambil anugerah sendiri kalau menang. Apa ada hal. selama ni korang baca blog siakap keli tak kisah pun tak kenal muka admin dia. Tetiba untuk majlis anugerah jadi kesah pulak.


Tapi tu la orang tak puas hati depa menang maka akan muncul macam2 pertikaian termasuk la hantar wakil untuk terima anugerah di menangi. Aku ni bukan baca sangat pun blog siakap keli tu. Tapi rasanya isu ni tak perlu jadi isu pun. Masing2 pun ada komitmen lain masa tu. Nak terkejar sana sini letih beb! Bahaya tau bila terlampau letih boleh menyebabkan maut. Tak caya korang boleh baca kat sini >> Awas! Ini sebab Letih Juga Boleh Menyebabkan Maut <<

Moral of the story.. Standard la bila ada apa2 majlis anugerah ni mesti macam2 isu akan di bangkitkan lepas majlis tu. Tapi agak lawak bila isu tak datang majlis anugerah & wakilkan orang lain ambil anugerah jadi isu besar. Tapi Ok jugak tu pada mereka yang jadi pertikaian. Boleh dapat publisti secara tak sengaja katanya. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com