Showing posts with label isu dara. Show all posts

LEPAS ISU DARA, DIA DEDAH SIAPA PERAGUT DARANYA

Tadi gatal - gatal tangan nak clik ke blog adik yang hot dengan cerita pengakuan takde daranya kat blog baru - baru ni. Takde niat pun nak cari bahan untuk entri blog cuma saja  jalan - jalan tapi terkejut juga sang lekit dengan pengakuan & pembongkaran berani di adik ni lagi. Entri beliau masih baru & bertarikh hari ini.

Terpaksa attach jugak sebab malas nak share link. Ini untuk mengelakkan dari di tuduh fitnah

Dia membongkar rahsia siapa yang meragut daranya dulu. Siap bagi link Myspace budak lelaki yang di katakan telah meragut daranya dulu. Tak tahu apa motif adik ni buat macam tu tapi bagi pendapat sang lekit dari aib yang dia dapat melalui pengakuan dia tu mesti dia rasa tak puas hati kot dengan budak lelaki yang pernah meragut daranya terlepas dari di malukan. Masalahnya.. yang membuka aib tu dia sendiri.. kenapa pula dia malukan budak lelaki tu jugak. Aduhai adik...

Jangan la mencipta kontroversi lagi. Yang lepas tu biar lah lepas. Ambil sebagai pengajaran untuk masa depan. Semua orang buat silap dik.. Bukan la akak menyokong si budak lelaki tu yang di katakan pernah meragut dara adik tapi untuk apa adik aib kan dia pula. Mungkin cara adik balas dendam tapi percaya la dik dengan berdendam hidup kita makin tak tenteram.

Sudah - sudah la tu yer dik... Kita masih ada kesempatan untuk memperbetulkan kesilapan. Dengan cara adik mendedahkan siapa yang meragut dara adik tu akan buat isu ni akan lebih panjang. Kalau akak tak tulis pasal ni pun mesti ada orang lain akan menulis malah ada yang ambil kesempatan untuk maki hamun & caci keji adik.

Entri ni sekadar teguran secara peribadi kepada pihak yang terlibat. Mula2 ingat nak komen kat entri dia tapi nampaknya adik kita ni tutup ruang komen dia. So, Sang lekit tegur disini je la. Kalau teguran ni menguris perasaan mana - mana pihak sang lekit minta maaf.

P/s : Sang Lekit lampirkan bersama entri beliau yang di printscreen bukan untuk mengaibkan tapi sang lekit tak mahu sebarang link ke blog beliau. Cukup la dengan entri copy macam tu. Kalau sang lekit nak aibkan dia lebih baik attach sekali dengan gambar,kan?? harap takde yang salah faham. Lagipun kes adik ni semua orang pun dah tahu..

KAU TAK KISAH TAPI ADA YANG KISAH PASAL STATUS DARA KAU.

Lagi kisah yang sang lekit nak kopek dari isu yang berkaitan dengan penulisan blog. Mungkin mereka - meraka nak rasa diri berani, bersuara lantang, terbuka & tidak kisah dengan maruah diri lalu membuka segala aib yang ada untuk pembacaan umum dengan bangganya sedangkan dalam Islam pun kita di galakkan menutup aib sendiri kalau memudaratkan. Tak perlu nak jujur sampai tak fikir kesannya pada diri sendiri, keluarga & orang - orang yang ada pertalian darah dengan kita.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Mungkin isu pengakuan berani seorang gadis dalam laman blognya menyatakan dia memang takde dara & pernah melakukan seks luar nikah ramai yang dah tahu. Tapi nak juga sang lekit berkomen secara peribadi tentang isu ni. Mungkin usia yang terlalu muda buat gadis ni cetek akalnya bila buat keputusan tanpa fikir panjang untuk menulis aibnya sendiri secara terbuka.

Kesannya bukan hanya pada gadis tu malah keluarga  gadis tu juga terutama mak bapak dia. Mungkin dia rasa pengakuan macam tu hanya melibatkan maruah diri dia seorang, sebenarnya tidak. Kalaupun dia tak malu dengan keadaan diri dia, perangai dia tapi belum tentu mak bapak dia pun tak malu dengan perangai & apa yang di lakukan anak dia tu, kan??(Dalam blog beliau dia menulis seolah2 macam rasa tak bersalah dengan apa yang di buat & ramai pula yang salute dengan pengakuan dia tu)

Bukan la nak ajak orang jadi hipokrit & berlagak suci walau diri tu tak sebaik mana tapi adalah lebih baik menutup keaiban sendiri & cuba berubah kearah kebaikkan. Hari ni dia takkan rasa apa - apa sebab mungkin dia rasa bangga dengan apa yang di lakukan. Rasa moden & stylo. Tapi akan datang bila dia mula menyesal dengan apa yang di lakukan.. sang lekit percaya apa yang di tulis dalam blog dia tu turut akan di kesali.

Pada si adik tu.. Mungkin kita boleh anggap dalam usianya yang terlalu muda membuatkan dia melakukan kesilapan macam tu. Moga dengan teguran ni, dapat membantu si adik tu untuk berfikir lebih jauh sebelum membuat keputusan dalam menulis hal berkaitan diri & peribadinya untuk pembacaan umum.

Ini cuma pendapat, pandangan & teguran peribadi yang tidak merujuk secara terus kepada mana - mana, individu, blog mahupun blogger. Kalau teguran ni buat mana2 hati yang terasa terlebih dahulu sang lekit minta maaf yer.

**Komen kelakar dari cik/en Anon

Ye.. saya ngaku saya takde dara lagi.. Malah saya tengah hamil 6 bulan sekarang cik/en Anon.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com