DISEBALIK NEW DELHI YANG ANDA TIDAK PERNAH TAHU
DISEBALIK NEW DELHI YANG ANDA TIDAK PERNAH TAHU. New delhi... kalau sebut tempat ni apa perkara pertama yang korang ingat? yer.. betul. Taj mahal.. tak pun filem hindustan. Tu je la korang tahu kalau sebut pasal new delhi kan? Sebab banyak di paparkan dalam filem hindustan & terkenal dengan taj mahal dia. Lain2 semua hangpa tak tau. Sebab hangpa tak tau ni yang buat aku rasa nak bagitau supaya terbentang luas sikit pengetahuan hangpa.Taj Mahal.. |
New delhi ni selain ada Taj mahal.. dia ada banyak jugak tempat yang mahal mahal namanya. Kiranya takde diskaun la. Kalau tentang Taj Mahal semua orang tahu sejarah pembinaan dia. tapi aku ada baca kat wikipedia, selepas siap pembinaan taj mahal katanya arkitek & semua penukang yang terlibat dalam pembinaan di hukum. arkitek di pancung & penukang di potong tangan supaya mereka tidak boleh membina bangunan yang menandingi kehebatan taj mahal. Tapi dakwaan tu masih tiada bukti sahih. Tu tentang taj mahal yang mungkin kita tak pernah tahu. Tapi ada 2 lagi tempat mahal bukan kata kita tak tahu sejarahnya malah tempatnya pun mungkin kita tak pernah tahu. iatu hawa mahal & Jal Mahal.
Hawa mahal adalah sebuah istana sempena dinding skrin yang tinggi untuk kaum wanita dari keluarga di raja untuk melihat perayaan jalanan secara terselindung. Jal mahal pulak adalah sebuah istana air yang di bina pada abad ke 18. Tasik itu di jadikan tempat untuk golongan diraja melihat burung & menembak itik.
Patut la nama tempat tu mahal.. Yelah untuk kerabat di raja je. Mana boleh murah murah ye dak? Tak raja la kalau murah katanya. hehehe... Ayah Pin je orang biasa yang ada istana. Kita2 ni memang tak mampu la nak bina istana walau dalam lagu P.Ramlee ada lirik yang macam ni.. Dengan cinta ku bina istana. Tu yang terbinanya Taj Mahal.. Betul la kan boleh bina istana dengan cinta tapi bukan cinta biasa siti Nurhaliza la. Kita level2 cinta biasa siti Nurhaliza nak bina rumah setingkat pun tak mampu lagi jangan berangan la nak bina istana. Kita bina badan dengan lemak2 kerana cinta sudah. hahaha
Tu antara 3 tempat yang ada nama 'mahal' tapi sebenarnya ada lagi yang anda tak tahu tentang new delhi ni. Kalau aku nak tulis confirm korang taknak baca sebab penulisan aku merapu meraban... Jadi untuk merungkai misteri apa yang ada kat new delhi meh baca kat sini >> New Delhi, Permata India Yang Menyimpan Banyak Cerita <<
Nak sampai ke sana tak tau la sempat ke tidak. Atau hanya mampu sampai dalam mimpi jumpa Dato Shah Rukh Khan sampai menari lagu kuch kuch hota hai sambil feelling Anjali. Sebab tau kemampuan diri buat masa ni belum layak ke new delhi maka aku berkongsi je la cerita tentang New Delhi kat blog agar anda yang level2 tak kaya macam aku mampu jugak meneroka New Delhi dengan hujung jari.