Showing posts with label beli belah. Show all posts

ENTRI BUAT CASHIER GUARDIAN SRI DAMANSARA KUALA LUMPUR

ENTRI BUAT CASHIER GUARDIAN SRI DAMANSARA KUALA LUMPUR. Aku ni memang suka membeli belah kosmetik & skincare kat guardian. Tak tau la aku rasa serasi sangat dengan guardian. Merata cawangan guardian area KL/Selangor ni aku dah singgah. Macam2 jenis pekerja/staff/salesgirl guardian aku jumpa. Bila berurusan dengan manusia ni kita sedia maklum la ada macam macam perangai.

Gambar Sekadar Hiasan

Ada kalau kat dalam Mall besar tempat orang ada - ada (orang kaya) shopping dia punya salesgirl kadang2 memang agak kerek muka depa. Tengok yang mana muka berkrim makeup ala2 retis atau nampak bawa handbag branded bayar pakai credit card maka layanan dia pun standard apa yang depa pakai la. Kalau kita ni pakai bawak handbag pun beli kat lazada.. brand pun tak nampak kadang2 dia tengok kita jeling2 je. Kita tanya pun kadang2 jawab nak tak nak. Kalau kat tempat terpencil sikit.. Dia tak mengkastakan pelanggan dia dia suka buat perangai macam amazon.. sembang kuat2.. Lepas tu malas nak layan customer. pepandai kau la nak cari barang even dia nampak kau tercari cari apa2 pun dia malas nak ambil tahu. Kau kena pergi hadap dia baru dia bagi pertolongan cemas katanya. hehehe

Tapi bukan semua.. Kebanyakkan staff2 guardian ok ok belaka. Semalam singgah kat guardian Sri Damansara lepas habis urusan kat hospital sungai buloh. Biasa la anak aku setiap 6 bulan ada check up perkembangan dia kat paedriatik. Topup barang2 keperluan seorang gadis cantik katanya.. Ok! Maaf kalau ada yang termuntah.Yang di beli shampoo si budak lala.. eyeliner untuk mak budak, foundation sponge yang dah rabak terpaksa tukar, hair serum yang dah kering terpaksa refill & lipgloss pink color seban macam tak serasi aku nak pakai lipstik merah ang ang. Pi mai pi mai aku cari lipgloss color jugak hahaha

Beli macam sikit jer rasa tu pun nak bayar dekat RM60. Tu pun aku skip beli mascara yang ada 2 fungsi untuk bulu mata & bulu kening sebab mascara aku banyak lagi. Kalau ambil RM100 jugak kena bayar. Tu baru singgah guardian belum singgah tempat lain. Oh duit! sesungguhnya nilai mu semakin kecil di zaman barang semakin mahal hahahaha

Perempuan tetap la perempuan nak2 lagi perempuan perasan cantik macam aku.. Dia punya membelek bermacam benda.. dia punya bertanya pasal produk tu ni lebih dari jumlah barang dia beli. Kejab aku tanya mascara la.. tanya tu tanya ni.. Sebab yang paling hampir dengan aku budak cashier tu.. so aku refer dengan dia la. Tapi aku kagum sangat dengan budak cashier Sri Damansara ni.. Orangnya free hair, kulit putih, muka berjerawat tapi dia punya PR memang bagus ok! Apa2 kita tanya kebanyakkan dia boleh jawab dengan baik. Pengetahuan dia pada setiap produk yang aku tanya pun not bad. Tone dia pun sangat jelas & sedap di dengar. Menusuk ke sanubari cara dia melayan & bercakap dengan customer. Bukan dengan aku je.. Malah aku tengok dengan customer lain pun sama jer. Orang nampak nampak memang sangat confident bila bercakap. Terkagum sekejab aku dengan cara & layanan dia. Apapun akak bagi 5 bintang kat awak tapi akak lupa nak tengok nametag awak nama apa hehehe.

Nak kerja kat tempat macam guardian ni bukan saja kena ramah, kena sentiasa senyum & kena sabar dengan kerenah pelanggan malah kena jugak tahu serba sedikit pasal barang2 yang di jual kat situ. At Least orang tak pandang rendah sangat dengan kerja salesgirl & cashier. Bila kau expert dalam kerja kau.. kau akan nampak macam educated ok walau kerja kau bagi sesetengah orang kerja biasa je.

Moral of the story... Zaman orang tak boleh hidup tanpa internet macam ni >> Kalau Anda Ada 5 Ciri ni, Awas! Jangan Berada Di Tempat Tiada Access Internet, mungkin anda akan jadi stress << Apapun yang kita buat berisiko jadi viral & orang perkatakan di media sosial. Jadi jagalah perangai.. Agar kalau jadi viral pun tentang perkara yang baik baik je. Manusia zaman sekarang bukan setakat internet je atas tapak tangan, dalam poket, dalam handbag tapi camera & video cam pun jugak sentiasa di usung sebab memang dah include dalam smartphone. hehehehe

CARA SHOPPING RAYA PALING SELAMAT UNTUK ELAK JADI MANGSA BEG KENA TOREH

CARA SHOPPING RAYA PALING SELAMAT UNTUK ELAK JADI MANGSA BEG KENA TOREH. Ramai yang masih belum shopping raya... aku tau ada yang masih bekerja sampai hari ni. Jadi mungkin esok baru ada masa nak keluar cari baju raya. Tapi time2 sekarang memang korang terpaksa bergesel bontot la nak membeli belah. Nak2 kat jalan TAR tu. Bergesel bontot ok lagi.. Yang tak best time tu jugak penyangak nak buat kerja. Dalam sesak2 tu depa ambil kesempatan dok toreh beg orang ambil isi dalam yang berharga. Jadi yang mana suka bershopping tempat2 sesak macam tu berhati hati la kan. Bila berhimpit2 ni memang tak perasan la kalau beg kena toreh.


Sebab penyeluk saku sekarang memang kreatif jadi kita kena ambil langkah keselamatan dari awal la. Zaman sekarang kita dah banyak pilihan nak bershopping. Banyak cara kita boleh buat untuk mengelak dari jadi mangsa kecurian macam tu. Selain shopping awal.. Kita boleh pilih shopping secara online jugak. Kalau online ni selesa la sikit. Tak payah dok bercium bontot dengan orang, tak payah baris panjang kat kaunter cashier nak bayar & tak payah nak penat2 jalan sana sini cari barang. Duduk kat rumah pun boleh bershopping lepas tu tunggu je barang sampai. Tak payah berdepan dengan risiko beg kena toreh atau jadi mangsa ragut tepi jalan.. ye dak.

Salah satu tempat yang korang boleh shopping untuk raya & tengah buat sales sekarang adalah kat sini >> Teringin nak cari baju atau hadiah lain dari yang lain untuk Raya? Jom tengok promo ni << Selain ada baju2 untuk raya ada jugak toy & accessory lain. Design2 baju raya dia pun not bad terutama baju kanak kanak..  rasa kalau muat nak jugak aku sarung baju budak raya ni. Sebab cute sangat. hahahaha

Jadi tak perlu risau. Kalau malas nak keluar boleh je beli secara online. Almaklum la hujung2 puasa ni cuaca pun nampak panas sikit. Berpeluh2 siang malam katanya. Kalau keluar ni confirm la cepat letih sebab puasa kan.. Jadi solution dia online shopping la. Jadi selamat shopping semua.

TENTANG IKEA YANG PERLU ANDA TAHU

TENTANG IKEA YANG PERLU ANDA TAHU. Ikea.. memang ramai penggemarnya. Aku dulu selalu juga jenjalan dalam Ikea kat e@curve mutiara damansara. Dari bujang sampai kawen. lepas ada anak je kurang sikit aktiviti dok window shopping kat ikea. seingat aku.. Aku tak pernah beli apa2 barang kat Ikea.. Hahaha.. aku memang pelik sikit kot sebab walaupun aku kerap pergi tempat tu pun belum tentu aku tertarik. Dulu selalu ke e@curve tengok wayang.. Atau malam lepak tengok live band kat restoran asam pedas.


Walau meatball popular nak mampus kat situ.. Tapi aku pernah langsung cuba. Aku setakat makan karipap telur jer. hahaha.. Ikea ni aku suka tengok decoration dia jer. Memang cantik2. Barang2 dia aku rasa tempat lain lebih berbaloi beli. Tapi kalau nak nampak banyak retis, Ikea salah satu tempat pilihan retis jugak. Kira sesapa yang suka shopping ikea boleh fefeelling retis jugak la. hahaha

Tak lama lagi Ikea kat Cheras pulak akan dibuka. makin sesak la orang pergi kesitu. Almaklum la Ikea. Ada orang nun dari utara sana sanggup datang sini semata mata nak shopping ke Ikea. ramai orang suka pergi Ikea tapi tak ramai yang tahu tentang Ikea & kenapa orang suka pergi. tak semua orang pergi tu nak membeli belah walau kadang2 sampai berlaga bontot orang masuk ikea. Nak tahu sebab apa orang suka pergi ikea walau tak membeli apapun, meh tengok kat sini >> Tentang Ikea Yang Perlu Anda Tahu <<

Apapun.. Rasa macam nak try jugak la beli barang kat Ikea. Nak test juga apa rasa galas beg ikea yang macam guni beg jer. Hahahaha... nanti la kalau pergi e@curve nak try beli apa2. Nak rasa pengalaman guna barang ikea. hehehe

OPERASI MEMBURU HANTU DI AMPANG

Ingatkan operasi memburu PATI je paling popular kat Malaysia ni rupanya operasi memburu hantu pun ada jugak yer.. Tapi operasi memburu hantu ni bukan la di lakukan oleh geng2 paranormal atau kumpulan perawat rawatan alternatif mahupun group bomoh VVIP buah kelapa. Tapi di lakukan oleh seorang individu yang tak di kenali pun.. Seorang perempuan separa seram & misteri..

Sumber google

Tentu hangpa tertanya2.. siapakah gerangan si perempuan separa seram & misteri tu.. Ye, tak lain tak bukan Ketua gengster geng hantu, bak kata Mummydearie. Hahahaha... nak tau pi la telaah entri2 kat blog Mummydearie tu nanti korang tau la sapa ketua Gangster geng hantu tu... hahahahaha

Secara tak sengaja perempuan separa seram & misteri tu di bawa ke Ampang walk membeli seterusnya belah.. Secara tak sengaja jugak masuk2 je Ampang walk tu terus jumpa kedai berhantu. Dan secara sengaja di rembat jugak satu dvd seram.. even cerita lama tapi rasa bersalah katanya kalau tak beli sekiranya jejak kaki ke dalam kedai berhantu tu. Hahahahaha

Dok cari2 takde pulak filem2 terbaru yang bergenre seram. Dari keluar tak sedekah singgit dua kat kedai tu.. baik la rembat jugak satu. Sebab kat situ klasifikasi 18SG.. otak dah set, maybe seram tapi apapun kena tengok dulu baru boleh tuduh filem ni seram ke tak. Kalau tak jadi pitnah pulak nanti. kekekekeke..

Kalau tak scared siap ko aku kutuk hahaha

Apapun filem ni bakal di review di blog melekit nanti.. scared ke tak scared kalau tak sabaq baca review pi la search kat youtube tengok sendiri. sebab ni filem lama.. tahun 2005. aku beli dengan alasan sebab nak buat koleksi & aku memang tak tengok lagi. sekian makaseh.

P/S : kebetulan cashier dari kedai berhanti kat selayang yang dah tutup tu kena transfer ke situ... Dia pun sampai cam dah muka seram aku ni yang manjang kalau datang beli dvd filem seram.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com