ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN SAAT POPULARITI MEREKA DIPUNCAK
perkara biasa bila dah jadi retis kekadang yang dah ada makwe, tunang atau dah plan nak kawen tetiba tangguh, tetiba putus yang dah kahwin pun bila dah popular tetiba cerai. Dugaan menjadi orang popular katanya.. Di kelilingi dengan gegadis cantik, gebu, seksi & macam macam lah. Tapi masih ada artis lelaki yang tak tergugat kesetiaan mereka saat populariti mereka berada di puncak.
Sumber Google
Artis kedua.. Izzue Islam. sebab dia dengan isteri ni kenal sebelum dia jadi artis lagi. Masa dia masih kerja di kedai makan. Si Awin tu la banyak tolong & support sehingga dia berada di tempat yang dia ada sekarang. Dia pun kahwin ketika populariti dia berada di puncak. Perbezaan umur tak jadi penghalang.
Biarpun kedua2 retis ni muda muda belaka tapi tetap memilih berkahwin dengan pasangan yang depa kenal sebelum depa terkenal. Kita ni.. Follower banyak sikit pun mula lupa kawan dah.. gamaknya kalau jadi retis popular langsung hilang ingatan ke hapa tak tau la. hahahaha.
Bagi aku.. bila dia percaya rezeki tu dari Allah yang datang selepas kita berusaha & berdoa so takde apa yang perlu takut. Bukan macam si semawi dulu tu... Culture shock. Ingat orang yang bersama kita dari bawah tu la orang yang boleh bersama kita dalam susah senang. Orang yang nampak kita bila kita berada di puncak selalunya kalau kita jatuh dia mula berundur setapak demi setapak jauhkan diri.
Moral of the story... Jangan lupa diri. kekekeke