GAMBAR LUCAH DALAM NASKAH SURAH YASIN
Siapa la punya kerja ni. Sungguh keji orang yang melakukannya. Apa motif dorang buat macam tu? Protes atau menghina Islam? Memang makhluk macam ni harus di keji secukup rasa setimpal dengan kejian yang di lakukan.Naskah surah Yasin di lekatkan dengan gambar lucah. gambar lucah bersaiz 4 sentimeter lebar dan 5 sentimeter panjang setiap satu itu, mempamerkan pelbagai aksi ranjang membabitkan pasangan luar negara, dipercayai dimuat turun dari laman sesawang dari Internet. Gambar itu dipercayai dicetak mengikut saiz sebelum di-gunting dan dilekatkan di dalam surah berkenaan.
Sebanyak 21 Naskah surah Yasin di lekatkan gambar lucah pada halaman 21 surah tersebut. 21?? Mungkin 21 ni ada maksud tersirat kot sebab tu menjadi pilihan orang yang merancang seterusnya melakukan perbuatan terkutuk ni. Ini cuma andaiannya melekit jer.. Mungkin hanya kebetulan.
Apapun semoga Allah memberi petunjuk & hidayah pada si pelaku perbuatan tersebut supaya dia bertaubat & menyesali apa yang dia buat tu.
Rujukan : Sinar Harian