INILAH AKIBAT BILA BLOG BOLEH BUAT DUIT
Rasanya bukan rahsia kot ramai yang mampu menjana pendapatan dengan blog sampai ada yang sanggup berhenti kerja semata mata nak jadikan blog satu kerjaya. Yang bekerja pun jadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan. Apatah lagi yang memang tak bekerja.. Sambil2 berblog dapat sikit2 tu pun jadi lah dari tak masuk langsung asyik kena keluar bayar bil letrik dengan internet..
Sumber Google
Disebabkan blog boleh jana pendapatan tak kira banyak atau sikit, maka blog & blogger umpama di baja. Tumbuh membiak dengan jayanya.. Bila dah semakin ramai blogger & semakin banyak blog ramai pulak yang berblog bukan sebab nak menulis blog tapi sekadar maybe nak populariti atau nak duit jer. Ok tak salah.. Yang jadi salah. Dah la malas.. lepas tu memang tak berbakat langsung tulis blog tapi gigih jugak la nak adakan blog sebab duit maka guna jalan paling keji.. hari2 kerja dia memburu artikel blog orang lepas tu copy & paste. Tak payah buat apapun.. just create satu blog jer. Tak payah perah otak.. dah jadi blogger.
Tu la kan.. bila berkaitan dengan duit ni orang sanggup buat apa saja. Tak kira dengan cara betul atau cara salah. Ada yang mula2 kemain menentang tetiba boleh jadi sokong sesuatu perkara sebab DUIT. Ada yang memula kemain punya boikot tetiba boleh jadi support bila di bayar dengan DUIT. Ada yang haram tetiba jadi halal sebab DUIT. kekekekeke.. Moral of the story duit bukan setakat boleh beli prinsip sesorang malah boleh beli maruah diri jugak. Peace!
P/S : Aku pun ada jugak dapat hasil dari blog kebanyakkan iklan2 & review tapi bukan banyak sangat pun. Cukup la untuk belanja diri sendiri setiap bulan.