Showing posts with label penerbangan. Show all posts

YANG SUKA BERGAMBAR & AMBIL GAMBAR DALAM LRT TU ELOK LA BACA NI

YANG SUKA BERGAMBAR & AMBIL GAMBAR DALAM LRT TU ELOK LA BACA NI. Kalau kat korea sekarang ni tengah popular Train To Buhsan.. Tapi kat Malaysia sentiasa popular Train Too Bosan katanya. Kejab delay.. kejab rosak.. Sesak tu sentiasa la kalau waktu puncak. Tu tak campur lagi dengan viral2 penumpang LRT yang kurang pendidikan moral semasa menggunakan perkhidmatan LRT.

LRT

Aku ni tak berani la nak complaint pasal perkhidmatan LRT kat Malaysia.. Rasanya baru merasa naik LRT sekali dua je sepanjang seabad aku tinggal kat sini. Lagipun nak kemana sangat la aku naik LRT tu.. Aku cuma surirumah kalau nak kemana mana pun selalunya bersama suami & anak. Jadi pengangkutan awam memang aku jarang sangat nak guna. Tapi selalu dok baca rungutan dari pengguna2 pengangkutan awam kat Malaysia ni terutama LRT. Sebab LRT dah jadi satu benda penting buat orang key ell ni katanya. Bukan je rakyat malaysia.. Yang pendatang asing tak kira dengan izin & tanpa izin pun bersepah jugak. Terpaksa la berebut2 dengan depa. Almaklum la.. Malaysia ni negara yang bukan je berbilang kaum malah berbilang warganegara katanya. hehehehe

Di sebabkan perkhidmatan LRT di Malaysia dah masuk kategori 'Bad' jugak mungkin cara ni mereka ingin mengembalikan kegembiraan kepada pengguna perkhidmatan LRT di Malaysia setelah macam macam kekecewaan yang terpaksa dihadapi sepanjang menjadi pengguna setia LRT ni. Sebab depa tahu rakyat Malaysia ni memang suka berselfie & ambil gambar tu banyak gambar yang menjadi viral melibatkan kejadian yang berlaku di dalam LRT jadi pihak Vietjet nak bagi sesuatu. Korang suka ambil gambar kan? Suka candid & viralkan orang kan.. Meh tengok apa yang korang akan dapat >> Ganjaran Untuk Pengguna LRT. Jangan Lepaskan Peluang Ni. Terbuka juga untuk mereka yang bukan pengguna LRT << So, jangan sia sia kan peluang yang ada.

Tetiba aku pun rasa nak naik LRT jugak kan. Manalah tau.. kot2 ada rezeki aku jugak. Tapi tu la kena plan time yang tak sesak la. Yelah.. kita nak naik LRT sekadar suka suka.. Orang lain mungkin guna LRT untuk tujuan lebih penting so bagi laluan pada mereka yang memerlukan dulu la.

AIR ASIA NAK BAGI TIKET PENERBANGAN PERCUMA

AIR ASIA NAK BAGI TIKET PENERBANGAN PERCUMA. Air Asia ni saja tau. Bulan2 puasa macam ni la dia nak buat promosi yang boleh menggugat keimanan orang lain. Mentang2 la cuti sekolah.. Tapi cuti penggal jatuh pulak pada bulan puasa. Tapi tak apa bukan semua orang bulan puasa ni tak bercuti langsung kan. Ada yang masih travel sana sini sepanjang bulan puasa. Katanya nak cari pengalaman berpuasa kat tempat orang.


Bagi yang spesis suka merantau tak kira apa bulan sekalipun elok la tengok promosi Air Asia tengah buat sekarang. Giler Beb! Aku pun rasa macam nak packing baju ajak laki aku pergi bercuti jugak tapi memandangkan isnin sekolah dah nak buka jadi terus aku unpack balik niat nak packing baju tadi. Ye ye je kan? Bukan apa nak gambarkan offer Air Asia ni sangat best sampai rasa nak menangis tak dapat nak rebut peluang ni.

Jadi sesapa Sapa yang ada plan nak fly kemana mana elok la tengok promosi air asia ni. Manalah tau nak pergi bercuti ke hapa.. Time macam ni la korang kena rebut peluang untuk bercuti sambil berjimat. Dapat tiket penerbangan percuma tu. Nak tau term & condition dia untuk dapat free flight ticket meh baca kat sini >> Promosi Bulan June Air Asia <<

Air Asia penerbangan tambang murah yang aku rasa paling banyak buat promosi. Ada je promosi dia sepanjang tahun. Bagus la dah la murah banyak pulak tawaran hebat. Moga hujung tahun ni aku dapat terbang kemana mana dengan Air Asia lagi. Lama jugak tak jalan jauh ni.

7 CARA 'HACK' PALING SELAMAT UNTUK DAPAT TIKET PENERBANGAN PERCUMA

7 CARA 'HACK' PALING SELAMAT UNTUK DAPAT TIKET PENERBANGAN PERCUMA. Tu dia para hackers sekalian mesti tak sabar sabar nak baca entri ni sampai ke titik noktah terakhir, kan? Almaklum la satu ilmu menggodam @ hack jugak ni. Mungkin selama ni hacker2 amatur ni cuma berjaya hack personal email orang jer.. Nak hack system syarikat penerbangan yang besar - besar belum mampu katanya. Jadi susah la nak dapat tiket flight percuma.


lekatlekit ni macam dia terer sangat la nak ajar orang hack bagai kan. Dia tu nak tukar template blog sendiri pun terpaksa upah orang buat ada hati nak mengajar orang jadi hacker. Amboi jangan pandang aku yang malas nak belajar coding dah sekarang ni macam zero IT ok! Aku ada kepakaran aku sendiri ok. Salah satu kepakaran aku adalah menyumbangkan info. Walaupun aku tak reti nak hack account atau apa2 system orang tapi kepakaran aku ni boleh menyumbang ilmu hacking kepada korang tau. hahahaha

So jangan pandang den dengan bulu mata lentik korang tu tau. nak pandang sila pandang dengan kedua belah biji mata,hokay! Tapi yang den nak share ni hack secara selamat. Confirm korang takkan kantoi atau di dakwa punya. So sapa2 boleh pratikkan tips & tutorial cara nak hack untuk dapat tiket penerbangan percuma ni. So boleh la jimat kat situ kalau nak melancong kemana mana kan? Almaklum la zaman sekarang semua include GST bagai.. Yang murah pun jadi mahal apatah lagi tiket flight yang kita sedia maklum tak sama harga dengan tambang Uber yang murah tu.. hehehe

Sebab desakan hidup, jadi tak salah kita belajar cara hack macam ni >> 7 Cara Hack Paling Selamat Untuk Dapatkan Tiket Penerbangan Percuma << Lepas ni semua orang boleh jadi hacker. Semua orang berpeluang naik flight percuma katanya. Almaklum la pengakutan udara ni bukan semua orang mampu naik kan. Dengan ada tutorial hack macam ni moga semua golongan mampu merasa terbang tinggi di awan biru.

Moral of the story.. Asal free kita rembat katanya. Kalau nak rembat biar sampai gol jangan buat separuh jalan nanti dapat penat je. hehehe

CEPAT! JADI 500 ORANG YANG BERTUAH DAPAT TIKET PENERBANGAN PERCUMA AIR ASIA

CEPAT! JADI 500 ORANG YANG BERTUAH DAPAT TIKET PENERBANGAN PERCUMA AIR ASIA. Siapa tak suka dapat benda free di zaman GST ni. Aku pun nak kot tapi aku tak gigih sangat la nak share benda2 yang tak pasti kesahihannya. Bukan apa takut termalu sendiri je. Orang nampak macam kita hadap sangat benda percuma & mahal sampai gigih ni share tak siasatan sahih ke tak sahih. Kesian kat bila kena tipu benda benda macam tu. Tak tau nak letak muka kat mana.


Dari korang dok tertipu dengan admin fake account orang kaya konon nak bagi barang berjenama elok korang try benda ni. Yang ni dah sah sah memang tak tipu punya. Yang mana mungkin tak pernah merasa naik flight inilah masa merealisasi impian anda nak naik kapal terbang. Free pulak tu. Bukan semua orang mampu dapat free, hokay!

Sapa nak merasa naik flight free inilah masa untuk korang mencuba nasib. Yang ni betul2 bukan cobaan katanya. Tak payah ragu ragu fake ke apa.. Aku bagi jaminan benda ni memang betul. Cuma siapa cepat dia la dapat. Kalau dok terhegeh2 lagi fikir memang tipis la peluang nak merasa naik flight secara percuma.

Peluang ni kadang kadang datang sekali seumur hidup. Kalau peluang dah park depan hidung tak payah nak cakap banyak sangat la. Cuma perlu buat keputusan nak atau tak nak je. Jadi kalau betul2 korang nak tiket penerbangan percuma Air Asia ni meh tengok kat sini >> Jadi 500 orang pertama untuk dapat Tiket penerbangan Air Asia secara percuma di Sini <<

Cuba je.. Jangan fikir mungkin ada bukan orang yang bertuah. Tak cuba tak tahu. Lagipun offer ni baru je lagi di buka mungkin anda antara orang yang bertuah. 

INI YANG BUAT ORANG MARAH DENGAN AIR ASIA

INI YANG BUAT ORANG MARAH DENGAN AIR ASIA. Apa kes pulak orang marah dengan Air Asia ni lekatlekit Ooi.. Rasanya depa takde buat apa2 masalah dengan penumpang atau pun rakyat Malaysia. Sapa kata Air Asia takde salah.. Nampak je macam tak salah tapi tetap bersalah ok bila benda2 macam ni berlaku di zaman GST berleluasa. Bagi aku Air Asia tetap bersalah!!


Sapa tak marah kalau macam ni punya offer kan?  Rasa nak bakar semua flight Air Asia jer tau.. Zaman gawat macam ni la dia nak buat macam2 promosi yang buat orang rasa 'kecik' je tengok Air Asia ni. Nak suruh orang korek tabung syiling ke hapa. Do tayang2 benda macam ni memang meminta sangat la Air Asia ni kan.

Nak bayar tambang bas pun orang merungut apatah lagi nak bayar tambang tiket flight pergi Oversea walaupun semurah di luar logik akal macam ni >> Biar Betul Tiket Ke Hongkong Sermurah Ni?? << Menangis bawah bantal tau dok tengok promosi Air Asia ni. Best la mana2 blogger yang dapat tajaan travel dengan Air Asia di zaman gawat macam ni kan. At Least dapat melancong free katanya.

Tapi memang geram jugak la Air Asia.. Tunggu la nilai ringgit naik balik, GST di hapuskan, harga minyak turun & gaji naik baru la promosi macam ni. Kot2 boleh tumpang membeli belah tiket flight katanya. Time2 sekarang ni.. Rasa nak pergi bercuti dalam Malaysia je. Almaklum.. orang kebanyakkan macam den ni.. Mana mampu ye dak? hahahaha

Moral of the story.. Air Asia please jangan nak menggugat nafsu serakah orang sangat dengan offer2 bagai nak gila tu. menitis air mata di pipi katanya setiap kali tengok promosi Air asia.

CUTI SEKOLAH MUSIM ORANG HILANG DARA & TERUNA

CUTI SEKOLAH MUSIM ORANG HILANG DARA & TERUNA. Amboi... Tajuk tak menahan tu. Mula la sel2 otak jadi warna kuning. Masing2 mula membayangkan upcara dalam selimut sedang berlangsung. Hangpa ni kan.. kalau sebut teruna & dara tu ja hangpa bayangkan. Hello.. Walau aktiviti tu tak berlaku pun tapi bila masuk satu alam ni memang akan hilang teruna & dara dia walau belum di sentuh pun. Nak tahu alam apa.. alam ghaib ke.. alam maya ke hapa meh baca dulu.


Cuti2 sekolah ni memang ramai orang bertemu jodoh.. Sana sini orang dok cerita pasal jemputan perkahwinan. Maka cuti sekolah sejak dulu lagi sinonim dengan orang akan hilang dara & terunanya... Hahahha. yelah.. dah kahwin tak ada orang nak panggil anak dara & anak teruna lagi. Dah jadi bini & laki orang confirm la hilang title teruna & dara tu, ye dak? Maka hilanglah teruna & dara dalam hidup pasangan yang dah berkahwin sejak dari lepas akad nikah. Kau sentuh menyentuh ke tidak.. Lepas je kau dah sah jadi laki bini takde orang nak panggil kau anak dara & anak teruna dah. hahahaha

Musim cuti sekolah banyak orang kahwin so musim cuti sekolah la orang banyak hilang teruna & dara so takde salah la tajuk entri tu, kan??.. hahahaha. Bila dah kawen mesti la nak honeymoon bagai bagi yang memang dah sediakan budget honeymoon. Kalau yang ada budget tak tau nak pergi mana ber honeymoon inilah masa yang paling sesuai anda ke Boracay atau Cebu. Kenapa time ni paling sesuai korang ke sana. Ini sebabnya >> Ini sebab Kenapa Anda Perlu Ke Cebu atau Boracay sekarang. Kalau lain kali tak jamin benda ni ada lagi <<

Pada semua pengantin baru & bakal pengantin baru di musim cuti sekolah ni.. Selamat pengantin baru & selamat menempuhi detik2 anda bakal kehilangan teruna & dara. Semoga ikatan perkahwinan itu berkekalan hingga ke akhir hayat & bertemu semula di syurga.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com