Showing posts with label Bangladesh. Show all posts

AWAS! JANGAN SESEKALI PERGI TEMPAT NI.

AWAS! JANGAN SESEKALI PERGI TEMPAT NI. Ni Amaran keras yer.. Kalau anda berkunjung ke daerah tersebut jangan sesekali jejak kaki ke sebuah perkampungan kecil nelayan ni. Bahaya! Memang selangkah menuju ke neraka jugak la tempat tu. Orang kata kalau takut terbuat jahat.. lalu tempat yang tak baik pun jangan, takut iman tak kuat terjeremus ke lembah dosa katanya sebab kat situ ada sesuatu yang boleh merosakkan moral & akidah umat islam.


Party buih kalau kat Malaysia ni confirm kena kecam punya. Selalu party2 buih ni berkaitan dengan pesta liar yang melibatkan golongan muda. Biasala.. Dah nama party buih.. Memang pergaulan bebas.. seksi meksi la pakaian awek2 dalam tu. Almaklum la nak mandi buih dalam parti tu kan? Kat Malaysia memang rasanya di kalangan umat Islam tak boleh nak anjurkan atau sertai party buih macam ni. Bukan apa.. kalau party2 macam tu mesti ada perkara yang salah depa buat. Tak mabuk.. mesti ada adegan2 yang tak di ingini akan berlaku.

Tapi masih ada tempat yang tak ada siapa akan ambush kalau korang buat pesta buih ni. Awas! Yang beragama Islam jangan korang pulak nak join pesta buih kat situ. Bagi yang non-muslim tu, no komen. Bukan je boleh berpesta buih tepi pantai.. Malah kawasan tersebut memang banyak pusat2 hiburan walaupun ia terletak di sebuah perkampungan kecil nelayan. Kampung nelayan kemain macam tu.. Gila la wei! Hope tempat ni bukan menjadi salah satu destinasi percutian anda. Pilih la tempat2 lain yang best lain walau tempat tu tempat tersenarai dalam 7 destinasi yang patut di kunjungi. tempat tu je jangan pergi tapi 6 lagi Boleh di lawati. Nak tau kat mana meh tengok kat sini >> 7 Tempat Yang Mungkin Selama Ni Anda Tidak Pernah Terfikir Untuk Kunjungi <<

Alah.. setakat nak main buih dalam bilik air kat rumah sendiri pun boleh.. Ye dak? aku selalu je main buih dengan anak aku dalam bilik air. Ok jer.. tak payah nak travel jejauh nak buat maksiat dalam pesta buih macam tu. Orang2 yang suka berpesta buih ni kena letak buih sabun cuci baju jer baru dia rasa macam mana mata bertukar jadi mata hantu raya. Azab ke nikmat time tu baru dia rasa trauma nak join pesta buih dah. Hahahaha

Moral of the story.. terlalu banyak tempat cantik, menarik & menyeronokkan kat dunia ni boleh di kunjungi kenapa mesti pilih tempat yang banyak setan?? Peace Yo!

SESUATU YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG 7 TEMPAT DI ASIA INI

SESUATU YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG 7 TEMPAT DI ASIA INI. Hari ni ramai bercuti terutama kaum India la sebab hari ni kan hari depavali. Biasa la raya kat Malaysia ni kan.. Semua kaum akan meraikan. ramai hari ni cuba belit saree... Ntah berjaya ntah tidak tak tahu la. Tapi yang teringin nak belajar pakai saree tu meh la tengok tutorial kat sini macam mana nak pakai saree dalam masa tak sampai 5 minit. Macam tak caya je kan.. Boleh pakai saree dalam masa sesingkat tu tapi percayalah dengan ikuti tutorial ni anda mampu pakai saree lebih cepat dari pakai baju kurung. Nak tau macam mana tengok le sendiri kat sini >> Cara Pakai Saree Paling Mudah Tak sampai 5 minit <<


Bagi yang tak ada plan apa2, melepak je kat rumah. Takpe jangan sesedih. Kat rumah pun kita boleh jenjalan sampai oversea katanya. Apa susah sekarang ni nak round the world guna jari jer.. Almaklum dunia di hujung jari katanya. Alah.. setakat muruku bersepah jual kat memana setiap hari. Tak payah sedih sangat la tak dapat makan muruku depavali. bagi la change orang india kuasi jalan.. Depa nak pi raya senang sikit tak jam katanya.

Kita yang dok rumah ni meh la membongkar sesuatu yang mungkin kita sendiri tak pernah tahu tentangnya. Yelah.. bukan semua orang berkemampuan nak flight sana sini ke tempat tempat macam ni jadi tak semua orang tahu la apa ada kat situ. Menarik ke? Seram Ke? Mistik ke? bahaya ke? Jadi melalui artikel ni kita boleh tahu apa yang ada kat 7 buah tempat dari 7 buah negara ni >>  7 Tempat Ni Wajib Anda Tahu <<

Rugi korang tak baca sebab aku confirm ramai yang tak tahu pasal satu tempat ni kat Bangladesh. sebab tak ramai pilih bangladesh sebagai destinasi percutian jadi confirm tak ramai yang tahu tentang tempat tu. Inilah masanya kita ambil tahu. Tak payah tunggu kawen dengan mat bangla dulu baru nak ambil tahu, ye dak? hehehehe

Moral of the story.. Internet menghubungkan kita dengan dunia, jadi kenapa sia sia kan kemudahan yang ada. Bayar sebulan tak sampai RM100 pun mampu keliling dunia dengan jari katanya. Tak ada alasan kita masih berfikiran & berpengetahuan bawah tempurung. Selamat menjelajah dengan jari. Happy Depavali.

BANGLA BHPETROL SANGAT BIADAP ADA SAPA NAK TOLONG SEKOLAHKAN

Aku ni bukan racist atau pandang rendah dengan sesapa ikut bangsa atau agama mahupun warganegara tapi kalau kurang ajar.. memang sapa - sapapun hangin kan? Nak2 lagi yang kurang ajar dengan kita tu pendatang menumpang cari makan kat sini. Tercabar jugak la ego seorang manusia.


Alkisahnya malam sabtu aritu dalam perjalanan balik dari pi bawak budak shahila main2 kat padang.. dia termuntah dalam kereta. Banyak pulak tu. So, cari la tempat terdekat nak tumpang cuci muntah shahila dengan budak tu sekali la. Faham2 la muntah budak yang minum susu ni.. bau dia kan masam. Kira cuci temporary bagi hilang bau la.. walau dah nak dekat sampai rumah tapi paham2 je la rumah aku tingkat 9 mana nak cari paip air nak cuci muntah kat tempat parking. bukan cuci macam kat car wash tu. bilas sikit2 seat yang kena muntah dengan cuci badan budak tu sementara nak tunggu sampai rumah nak mandikan dia. Takkan la dengan muntah aku nak angkut anak aku naik lift, kan? Singgah la BHPetrol Sri Damansara. Tengah asben cuci seat bekas muntah budak shahila tu datang bangla yang aku sempat tengok nametag dia kalau tak silap nama Ibrahim.

Sound mengalahkan kami ni pencacai & buat salah besar sangat. Aku tak dengar sangat la butir bicara dia dengan laki aku tapi aku boleh dengar tone dia cakap dengan sombong & berlagak tu. Tapi cara dia sound tu rasanya kalau orang panas baran kena hentak jugak la. Aku cakap la tumpang basuh anak aku muntah.. dia kata tak boleh sebab bawah tanah tempat paip tu ada minyak. Macam gila pula aku dengar alasan tu. Kalau ye pun ada minyak.. takat sebab aku tumpang basuh seat kereta dengan tumpang basuh anak aku air tu boleh serap sampai bawah masuk dalam minyak pulak. Lagipun kat situ ada tempat saluran air keluar ke longkang. Bukan basuh basah bersepah kat tar tu. Kalau hujan tak pulak air hujan tu serap ke bawah.

Lepas tu dia blah.. pi jaga pump minyak.. boleh dia dok cerita kat orang yang isi minyak pasal kami laki bini tumpang basuh muntah anak aku tu. Geram sangat panggil balik.. dapat la kau lazer berapi melekat lekit tapi bangla tu punya tahap kurang ajar.. dia siap lawan. Bercekak pinggang tu. Ya Allah.. rasa nak amik stereng lock hayun kat kepala dia. Datang sorang pakcik melayu konon nak tolong settle cara baik. Sempat tengok tag pakcik tu nama Muslim. Cakap kat situ tak boleh cuci kereta. Asben aku cakap la.. kalau ye pun cakap la elok2. Pakcik tu selamba je cakap nak buat camna cara dia macam tu. Dia punya cara je ke aku kena fikir, meh sini aku punya cara lak nak lazer. Ewah.. kalau cara kau biadap orang pulak kena terima. Lagipun bukan basuh kereta macam kat car wash. Tumpang cuci seat sikit ja.. Bangla tu sampai sudah dok kurang ajar. Boleh lagi dok lawan cakap sampai kami blah.

Ni owner BHPetrol cawangan sri damansara..Takat basuh seat camtu hangpa nak berkira baik jangan letak paip air macam sesetengah Stesen Minyak kan senang. Petronas pun tak berkira sampai macam tu. Dan tolong train hangpa punya bangla tu jangan biadap sangat. Pakcik Muslim Melayu tu boleh je cakap elok2.. Ni bangla mai merempat pula naik tocang. Tak kira la kau kerja kat sini lama ka baru.. Tak bermakna kau boleh kerek dengan semua orang. Ingat mungkin kami ni boleh tahan sabar.. Tak mustahil satu hari kalau dia dok biadap camtu, ada bangla mati kena hentak dengan sapa2. Time tu baru nak terkebil2 tak guna. So, cegah sebelum parah.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com