ANTARA RAHSIA KEJAYAAN WAK DOYOK ADALAH TAK LANGGAN SIARAN TV BERBAYAR. Wak Doyok.. dia bukan penyanyi, bukan pelakon.. Tetiba masuk dalam industri hiburan dia jadi terkenal dengan imej hipster yang berjambang, bermisai tebal & lentik tu. Yang pernah aku baca dulu dia di kenali kat media sosial sebagai seorang yang suka berfesyen. Dia mula di kenali kat Instagram bila dia selalu upload gambar2 dia dengan fesyen hispter dia. Yang tu la aku tau serba sedikit pasal Wak Doyok. Nak kata die hard fan wak doyok sangat pun tidak la.. Cuma memang enjoy tengok telatah dia dalam rancangan ke korea ke kita.. ke jepun.. bla.. bla... Sebab dia jenis bersahaja
Wak Doyok ni walau nampak seorang lelaki dalam kategori Metroseksual.. Sentiasa bergaya & trendy... Hidup dengan gaya mewah bagai & di kenali ramai.. Tapi boleh nampak sikap dia tu nampak sangat low profile yang takde la nampak berlagak atau sombong dengan apa dia ada sekarang. Dia still dengan sikap bersahaja yang kita rasa macam... Wak Doyok ni seorang yang slumber.
Sebab sikap yang sederhana tu aku rasa dia seorang yang mudah di dampingi. Jenis orang yang maybe tak memilih sangat dengan golongan mana dia nak bergaul. Tu pandangan kasar aku la.. Sebab aku pun tak pernah kenal wak doyok secara dekat kan.. hehehehe
Di sebalik kejayaan Wak Doyok hari ni.. Bukan sekadar dia berusaha memperkenalkan diri dia sehingga menjadi seorang public figure yang berpengaruh.. Ada perkara perkara dia amalkan yang mungkin menjadi punca kejayaan dia selama ni. Wak Doyok ada berkongsi tips & amalan yang dia buat. Antaranya...
1.Solat 5 waktu jangan tinggal dan tahjud
2.Simpan 10% dari gaji. 3.Jangan memilih kerja.
4.Tak perlu buat pembiayaan beribadi.
5.Bina tabung berwarna.
6.Cari pendapatan kedua. 7.Jangan impikan "Wedding of the year"
8.Rancang beli rumah pertama di usia yang muda.
9.Mulaka melabur - Buka buku ASB ataupon tabung Haji.
10.Bersedekah sekadar yang mampu. 11.Bayar hutang PTPTN.
12.Naik motor / kenderaan awam. 13.Tak perlu melanggan siaran berbayar.
14.Banyakkan membaca buku pengurusan kewangan dan hartanah. 15.Ingat jasa ibu bapa. 16.Tak perlu jadi pengumpul kasut / bag tangan.
17.Mulakan membina tabung deposit rumah.
18.Jangan sering tukar Telefon Pintar.
19.Bawak bekal makanan dari rumah.
20.Fikir dua kali sebelom membeli barang yang mahal.
21.Tangguhkan beli kereta import mewah. 22.Jangan malas.
23.Berhenti membeli/hisap rokok
24.Buat pembayaran sistem potangan gaji Automatik bank untuk simpanan.
25.Berpuasa isnin dan khamis. 26.Berdoa agar semua berjalan lancar dan barokah.
Tapi aku paling tertarik dengan Tak langgan siaran TV berbayar. Hahahaha.. Mungkin bab ni kami mempunyai pendapat yang sama iatu takde pekdahnya nak bayar yuran langganan untuk siaran TV kemudian dok merungut dengan perkhidmatan depa yang macam sampah. Tengok je la apa siaran yang ada tu.. Walau tak semua siaran dapat tengok & banyak channel yang polkadot. Tapi tu cara aku la.. Orang lain, lain caranya. Mungkin sekarang ni aku tak rasa benda tu satu keperluan.. Akan datang tetiba aku jadi penonton rancangan TV tegar & rasa perlu langgan siaran berbayar.. Tak tahu la kan. Manusia ni sifatnya boleh berubah ubah kan. hehehehe
Moral of the story.. Kalau jenis yang mewarisi kekayaan dari keluarga mungkin cara dia berjaya tak sama dengan orang yang bermula dari hidup susah & berusaha untuk mengubah hidup dia. Orang2 macam ni selalunya memang mengamalkan tips berjimat cermat & menabung. So, pada yang rasa nak kaya tu tak payah dok berdoa kat wall FB sangat la tapi seinci pun tak pernah mula untuk melangkah.
TERBONGKAR RAHSIA KENAPA LELAKI JARANG BERSELFIE DALAM TANDAS. berselfie dalam toilet @ tandas awam ni tak kira la di mall, hotel atau mana2 tandas yang cantik macam jadi satu trend bagi golongan wanita. Aku sendiri sebenarnya tak tahu kenapa orang suka berselfie dalam tandas ni sebab aku rasanya setakat ni tak pernah kot dok buat perangai macam tu. Mungkin faktor lighting dalam tandas tu membuatkan seseorang tu nampak cantik. Mungkin jugak dalam toilet ada cermin besar. Entahlah.. aku sendiri tak pasti sebabnya.. Aku main agak - agak je.
Gambar sekadar hiasan. Sumber Google
Tapi yang suka berselfie dalam toilet ni majoriti kaum wanita.. Kaum lelaki ni aku tak berani kata tak ada tapi jarang jarang sangat nak nampak. Nak kata lelaki zaman sekarang tak suka berselfie pun tak jugak.. Manusia zaman sekarang tak kira jantina memang suka selfie cuma selfie dalam toilet je masih di monopoli kaum wanita.
Bila terbaca satu post kawan kat facebook ni.. Buat aku tergelak jugak la. Sebab selalu sangat nampak perempuan selfie dalam toilet dia pun nak try apa yang best selfie dalam toilet & kenapa lelaki jarang nak selfie dalam toilet. Bila dia cuba melakukan aksi tersebut dalam toilet baru dia tahu kenapa lelaki jarang berselfie dalam toilet. Nak tau sebabnya baca jer screenshoot kat bawah ni...
Hahahaha... Rupanya takut yang tak berkenaan ter Boom dalam gambar selfie nak2 lagi dalam keadaan yang mengaibkan macam tu. Almaklum la.. Tandas lelaki kan ada tempat kencing berdiri yang tak berbilik. So, bila tetiba ada yang dok selfie dalam pada masa yang sama ada orang lain dok tengah membuang hajat kat mangkuk kencing tu.. Confirm la masing2 cuak ye dak. Dan sebab tu lelaki jarang selfie dalam toilet. Hahahahaha
Aku terima jugak alasan ni kenapa lelaki jarang berselfie dalam toilet.. Apapun yang suka selfie wefie ni jangan sia sia kan hobi korang tanpa manafaat kepada yang lebih menguntungkan. Masuk pertandingan ke kan? Ada je contest contest bertemakan selfie ni.
Moral of the story.. Suka bergambar ni tak salah tapi berpada pada.. Jangan semua tempat nak jadikan tempat ber selfie & Wefie sampai tidak menghormati situasi & keadaan.
TERGAMAK KAKAK SEPUPU SEBAR DIARI SAUDARA SENDIRI DI MEDIA SOSIAL. Diari ni dulu zaman sebelum wujudnya media sosial memang majoriti orang akan meluahkan perasaan dalam buku diari. Berbanding zaman sekarang manusia menulis diari di media sosial. Mungkin manusia zaman sekarang dah tak suka privacy kisah hidup atau luahan hati dia sebab tu dia boleh tulis terang terangan untuk orang lain baca. Tapi bagi orang yang masih inginkan privacy mungkin masih menulis diari sampai sekarang sebab dia nak tulis sekadar meluahkan rasa atau menyimpan memori untuk di baca masa akan datang. Kalau dulu diari tu siap ada mangga.. lepas tulis memang sorok takut ada yang terjumpa & baca. Punyalah tak nak orang tahu luahan hati kita.. Konsep macam tu pun kita dah paham.. Ia adalah satu perkara paling peribadi.
Aku dulu pun start tulis diari umur 12 tahun. Tapi aku pelik sikit.. Aku tulis diari dalam bentuk pantun. Selalunya bila aku sedih aku tulis la pantun airmata aku.. Lepas dah masuk sekolah menengah aku still ada buku diari yang berbentuk cerita & puisi.. Aku pernah karang satu diari untuk sahabat.. Sahabat yang sampai sekarang aku tak pernah lupa. Diari tu khas aku cerita pasal aku dengan dia jer.. Apa?? Ingat lekatlekit yang berpuaka ni tak pandai berpuitis ke?? Aku memang minat menulis sejak dari zaman sekolah lagi.. Cuma penulisan blog ni tak sama dengan penulisan aku di atas kertas. Aku pun pernah ada cita2 nak jadi penulis dulu.. Tapi start kenal blog terus berkarat otak nak mengarang cerpen apatah lagi nak cuba menulis novel. Dulu banyak jugak cerpen aku karang.. Pernah di siarkan di website karangkraf.
Tu kisah aku la.. Berbalik kisah ni seorang kakak sepupu yang biadap.. dah la dia curi baca diari adik sepupu dia yang aku rasa masih bersekolah rendah lepas tu dia snap & viralkan pulak tanpa fikir langsung perasaan budak tu. Kalau seorang budak dah pandai tulis diari bermakna dia mula rasa perlukan ruang peribadi untuk dia meluahkan perasaan. Maknanya apa yang dia nak luahkan tu adalah rahsia bila dia menulis dalam diari. Benda tu mungkin jadi satu aib pada dia jika orang lain tahu.. Bayangkan bukan kakak sepupu dia je baca diari dia.. Sampai blog gosip popular pun share pasal diari dia tu. Berapa ramai yang baca cerita yang selama ni mungkin menjadi rahsia dari pengetahuan orang lain.
Jangan ingat budak2 tak ada perasaan.. Jangan ingat dia budak dia tak tahu rasa malu. Jangan ingat dia masih budak.. Benda ni takkan menjadi sejarah hitam dalam hidup dia bila dia semakin meningkat remaja & dewasa. Jangan ingat bergurau macam tu tak bagi kesan emosi pada dia. Jangan ambil mudah soal perasaan orang lain nak2 lagi melibatkan rahsia seseorang. Walau dia adik sepupu kau.. Kau tetap tak ada hak nak ceroboh privacy dia kemudian sebarkan kepada orang lain. Jenis sedara macam ni memang jenis yang tak kisah untuk memalukan ahli keluarga sendiri. Boleh putus silaturrahim tau bergurau macam ni.
Kita pun tak suka orang baca diari kita apatah lagi sebarkan apa yang kita tulis dalam diari macam tu jugak dengan orang lain walau orang tu seorang budak. Orang baca mungkin rasa benda tu bukan masalah besar sangat, mungkin yang membaca tak rasa cerita dalam diari tu mengaibkan pemiliknya tapi orang yang jadi mangsa tu mungkin rasa benda tu akan buat dia malu & hilang keyakinan diri nak berhadapan dengan kawan - kawan & orang lain. Confirm ada adegan menyindir punya kalau sedara mara lain baca post kakak sepupu yang kurang ajar tu. Nak2 lagi dia ada tulis senarai ex-boyfriends dia yang aku yakin dia sendiri tak nak orang lain tahu lebih lebih lagi saudara mara dia.
Manusia sekarang ramai yang nak jadi terkenal kat media sosial maka berlaku benda benda macam ni sehingga sanggup memalukan saudara sendiri. Mohon mak bapak dia tahu apa yang dia buat pada sepupu dia & kena bantai sampai dia serik. Sakit pulak hati aku tau!! Yang tukang dok share pun terlibat sama jugak. Amboi kemain hangpa gelak sakan baca diari budak tu kan.. Cuba diari hangpa kena viral macam tu, rasa ada hati ke nak gelak lagi. Silap haribulan ada yang mati bunuh diri sebab tak tahan malu pada orang lain. Ingat bergurau jangan melampau.. Kalau melampau dah tak namanya gurau tapi minta penampau..
11 MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ORANG SUKA MAKAN KAT MEJA KERJA. Masa kerja dulu aku pun selalu jugak buat perangai makan kat meja kerja aku. Nak2 lagi time pagi atau petang2 lepas waktu lunch walaupun tengahari dah belasah nasi campur bagai. Almaklum la kerja dalam aircon ni perut cepat lapar maka badan pun cepat la mengembang. Tapi zaman aku bekerjaya dulu tak mengembang jugak pun.. Tu yang best. Makan macam ada saka tapi badan maintain keramping sampai terpaksa minum susu weight gain. hahahaha
Sebenarnya yang bekerja dalam ofis ni memang takkan lari dari buat perangai makan kat meja kerja dia. Ada orang makan sebab dia tak sempat nak keluar makan sebab banyak kerja urgent nak di siapkan.. Ada orang pulak sebab tak ada kawan nak teman makan. Tu aku pernah buat. Nak2 lagi kalau kerja kat tempat yang kita satu2 nya staff.. Jadi tapau balik makan kat opis je la. Walaupun ada pantry tapi kadang2 sedap makan kat meja sendiri sebab sambil makan boleh sambil online katanya. Macam macam sebab la orang suka makan kat meja kerja ni.
Jenis2 yang suka makan kat meja kerja dia ni selalunya takkan mengaku 11 perkara ni selalu berlaku. Seboleh bolehnya dia akan menidakkan perkara tu atau menyembunyikan dari pengetahuan orang lain. Nak tahu apa rahsia yang orang suka makan kat meja kerja dia meh baca kat sini >> 11 Masalah Yang Orang suka Makan kat meja kerja takkan mengaku <<
Jadi yang suka makan kat meja kerja tu mesti ada kaitan dengan 11 perkara tu kan? Biasa la.. zaman serba mahal ni kadang2 bila keluar makan even dengan niat nak makan tengahari je boleh jadi macam2 perkara dalam perjalanan yang mungkin buat budget korang lari jauh tak sempat sampai hujung bulan. Syaiton nirrojim ni kadang2 menjelma dalam pelbagai bentuk bukan makhluk jer.. Kadang2 dia jadi barang tengah sale... dia jadi junk food yang menggoda & macam macam lagi la yang kita tak sangka. hehehehe
SESUATU TENTANG 'THE ROCK' YANG ANDA TIDAK TAHU. The rock ni aku kenal dia dari zaman WWE sebab aku suka layan wrestling show kat TV dengan mak aku dulu. Zaman2 Undertaker yang menyeramkan.. Zaman Broker T yang aku tak suka tengok muka dia. Banyak jugak wrestler yang aku kenal dulu. Tapi sekarang wrestling macam tengok drama jer. Banyak membebel & aksi pun dah tak nampak real sangat. Berbanding dulu.. Memang rancangan wrestling ni takde drama2 kat atas stage bagai.
The rock ataupun nama beliau Dwayne Douglas Johnson bagi yang tak kenal beliau Dilahirkan pada 2 Mei 1972, namanya mula dikenali sebagai wrestler WWE yang memang susah nak dikalahkan. Sehingga Jun 2016, The Rock pernah memenangi 17 kejohanan dalam WWE, termasuklah 10 kali sebagai juara dunia dan beberapa lagi kejohanan yang lain. Memang champion la kiranya. Dengan tagline ‘If you smell what The Rock is cooking‘, The Rock mula mengorak langkah ke dunia lakonan dengan filem pertamanya sebagai watak teraju iaitu The Scorpion King pada tahun 2002.
Tu secara ringkasnya biodata The Rock. Mungkin ada yang kenal dia selepas dia menjadi pelakon hollywood so banyak perkara tentang The rock mungkin anda tidak pernah tahu. Aku yang kenal the rock dari zaman kegemilangan dia dalam dunia wrestling pun banyak jugak tak tahu tentang The Rock ni. Almaklum la.. aku hanya menonton dia kat TV jarang nak ambil tahu pasal life dia sangat.
Jadi tak pelik la kalau korang tak pernah tahu perkara ni yang berkaitan dengan The Rock >> Tentang The Rock Yang Membuatkan Ramai Rakyat Malaysia Tergila gila kan dia << Rupanya macam tu The Rock yer. Baca Artikel tu baru aku tau. Tapi nasib baik aku takde la tergila gila kan dia. Sekadar tahu je la kewujudan dia dalam industri hiburan dunia ni. Bagi yang tergila gila sangat The Rock hope dah kenal la serba sedikit siapa The Rock tu yer..
Apapun tak salah kita nak meminati seseorang selebriti tu cuma jangan terlampau fanatik nak2 yang datang dari barat sebab tak semua cara hidup mereka kita boleh ikut. Jadi berpada pada dalam meminati seorang selebriti agar kita tidak terpengaruh dengan budaya atau perkara yang bertentangan dengan ajaran agama kita.
INILAH 7 RAHSIA SELFIE YANG MESTI ANDA SEMUA TAHU. Budaya selfie memang tengah melanda seluruh umat manusia di dunia. Tak kira kecil besar, tua muda,miskin kaya.. Orang sekarang suka berselfie dimana mana sahaja dalam apa saja emosi & keadaan. Tak kira suka & sedih. Ketawa & menangis. Dengan orang hidup mahupun mayat @ jenazah. Tak kira di shopping complex atau di tanah perkuburan. Trend berselfie ni memang tiada sempadan macam dapur cik mat gebu jugak katanya. hehehe
Selfie
Aku pun suka selfie jugak cuma tak suka sangat nak upload kat media sosial sekarang ni. Ada la sikit2 upload ikut keperluan. Macam nak tunjuk testimoni produk yang aku pakai ke.. Tapi memang selfie yang sipi sipi je la. Memang tak lengkap nampak seketoi2 muka aku. tapi aku bukan la pakar selfie sangat. Takat tadah muka dengan front camera kemudian clik button snap. Tu je la aku mampu. Cuma aku pastikan berselfie dalam keadaan cahaya yang cukup supaya nampak la pori2 kat muka aku ni dengan jelas. hahaha
Mesti ramai yang suka selfie nak tahu rahsia nak dapat selfie paling power. Sebab yang ramai suka selfie tapi tak tahu rahsia di sebalik sebuah gambar selfie yang power & gempak. Aku memang jenis tak boleh simpan rahsia nak2 lagi rahsia yang memang ramai orang nak tahu. Jadi kat sini aku nak bongkarkan rahsia macam mana nak dapat selfie paling power tahap gaban punya. Kalau korang nak tahu meh tengok kat sini >> 7 Rahsia Selfie Yang Mesti Anda Tahu << Kalau korang tahu rahsia ni confirm lepas ni selfie2 korang akan jadi paling gempak kat alam maya katanya.
Confirm ramai tengah try selfie sekarang ni kan? Takpe asalkan korang bahagia & tak menyusahkan orang lain sudah. Sebagai penutup aku ucapkan selamat ber selfie semua.
TERBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA HANYA DENGAN 8 SOALAN NI. Ramai orang takkan mengaku dia kawan jenis makan kawan atau kawan yang tak baik. Semua rasa dia dah jadi terbaik untuk kawan dia. Bila tak di di peduli dia mula rasa tak di hargai sedangkan jarang orang nak sedar diri sebenarnya perangai dia sebagai seorang kawan pun bukan elok sangat dengan kawan kawan lain. Maka orang pun malas nak layan dia dengan baik.
Manusia mana yang perfect ye dak. Aku sendiri pun mengaku diri aku ada buruk jugak sebagai seorang kawan. Tapi kalau ada kawan yang boleh terima perangai buruk kita tu syukur la kan. Kalau yang tak boleh terima kita tak boleh paksa. Orang nak suka atau tak.. Tu hak dia la kan. Dalam hidup ni mustahil la kita mampu buat diri kita di sukai semua orang. Kalau kita pun ada orang yang kita tak suka apatah lagi orang lain. Mungkin kita salah seorang orang dia tak suka.. tak boleh nak buat apa la kan.
Sebagai manusia yang kadang2 kita tergolongan dalam golongan tak sedar diri jugak.. Dok sentiasa rasa diri dah cukup baik pada kawan kawan kadang2 boleh buat kita tak nampak kesalahan & keburukkan kita yang buat orang benci kita. Kena ada orang atau sesuatu yang menyedarkan kita. Ingat senang ke nak cari seseorang yang mampu buat kita sedar diri yang kita tu buruk perangai. Kebanyakkan dari kita memang susah nak mengaku perangai kita buruk, ye dak?? Alah.. tak payah nak menidakkan sangat la.. Memang kebanyakkan kita ada perangai macam tu.
Jadi kalau nak harap manusia tegur kadang2 kita tak boleh terima teguran sesama manusia ni. Almaklum la spesis manusia ni memang ada ego tersendiri. Kalau yang ego high level sampai ke langit tujuh tu lagi la susah nak tegur. Jadi untuk tidak buat kita terus hanyut dalam anggapan sendiri yang konon kita dah cukup baik dengan kawan kawan, elok la tengok kat sini macam mana 8 soalan ni mampu membongkar segala perangai buruk & baik kita terhadap seorang kawan >> 8 Soalan ni mampu membongkar perangai sebenar anda pada seorang kawan <<
Sekarang dah tau sebenarnya perangai korang tu macam mana? Kalau sedar bagus la. Ternyata anda dah mampu berpijak di bumi yang nyata bukan lagi terawang awang dengan persepsi sendiri terhadap diri sendiri. Apa yang buruk tu berusaha perbaiki & yang baik tu kekalkan. Insya Allah bila masing2 sedar diri buruk & baik kat mana.. Tak ada persengketaan yang akan berlaku.
DI SEBALIK POWER RANGERS YANG MUNGKIN ANDA TIDAK PERNAH TAHU. Masa kecik2 dulu layan jugak la power rangers ni. Almaklum la zaman aku budak2 mana ada hiburan lain sangat. Kalau tengok kartun atau rancangan kanak kanak kat TV tu dah kira aktiviti best sangat la. Tak macam budak sekarang.. Nak tengok apa bila2 masa je boleh. Online jer search je la kat youtube. Apa yang takde.. segala mak nenek dari cerita senonoh sampai la pra tak senonoh. Semua ada.
Walaupun kita mengenali power rangers dari kita budak sampai dah jadi mak budak tapi banyak perkara tentang power rangers yang mungkin kita tak pernah tahu. Yelah.. apa yang penting bagi kita selama ni cuma power rangers je. Apa berlaku di sebaliknya kita jarang fikir atau tak terfikir pun nak ambil tahu. Jadi meh kita selongkar apa Yang kita tak pernah tahu tentang power rangers selama ni..
Power Rangers ialah siri program televisyen kanak-kanak Amerika terpanjang yang diadaptasi daripada siri bergenre tokusatsu Jepun, iaitu siriSuper Sentai. Ia bukan sekadar alih suara bahasa Inggeris, tetapi juga merupakan produksi 'baru' dengan dibintangi barisan pelakon Amerika diselitkan dengan rakaman sebenar dari Jepun dalam beberapa babak. Disebabkan kebanyakan siri Super Sentai menampilkan imej Jepun, program buatan Amerika ini disesuaikan untuk penonton Barat; walau bagaimanapun, kebanyakan babak yang menampilkan watak berkostum dan robot (atau "Zords" dalam versi Inggeris) dialih suarakan.
Siri pertama yang memulakan francais Power Rangers ialah Mighty Morphin Power Rangers, mula ditayangkan sebagai sebahagian daripada rancangan-rancangan siaran saluran Fox. Ia berlanjutan selama tiga musim (1993-1996), paling popular dan yang terpanjang setakat ini. Francais ini terus berkembang dengan 17 musim untuk televisyen (pada 2007) dan dua filem.
Siri Power Rangers telah diedarkan oleh Saban Entertainment dari tahun 1993 sehingga hujung 2001 dan disiarkan di Fox sehingga 2002. Francais ini telah dibeli oleh Walt Disney Company pada 2001-2002, tetapi dibeli balik oleh Haim Saban pada tahun 2010.
Satu pasukan Power Ranger biasanya dianggotai lima orang dengan penyertaan Ranger keenam pada pertengahan siri. Setiap sut dan tenaga spektrum Ranger dipadankan pada warna spesifik seperti merah, kuning dan biru yang kemudiannya disertai warna merah jambu, hijau, hitam atau putih. Para Rangers biasanya dinamakan bersempena warna mereka (Ranger Merah=Red Ranger), tetapi beberapa nama lain juga digunakan. Kebiasaanya, tiada Ranger lain diberikan warna yang sama dalam satu pasukan, kecuali namanya berlainan daripada warna sedia ada (pengecualian ini berlaku pada pasukan Time Force Ranger, dimana ada dua Ranger merah iaitu Red Time Force Ranger dan Quantum Ranger).
Setiap kostum Ranger biasanya sama dari segi rekaan melainkan warna dan bentuk helmet (biasanya bentuk visor) atau pernomboran. Sebarang Ranger tambahan juga biasanya mempunyai tambahan pada kostumnya seperti kelengkapan senjata tambahan. -sumber wikipedia -
5 fakta lain yang mungkin korang tak pernah tahu selama ni tentang power rangers adalah..
1. Power rangers di adaptasi dari rancangan spider man jepun. Pada tahun 70an sebuah syarikat penerbitan telah menerbitkan sebuah rancangan menggunakan watak dalam komik Marvel aitu spider man. Cuma spider man jepun ni takde la boleh bergayut ke sana sini macam spider man mat saleh tu. Tapi dia guna kereta terbang. Seperti dalam cerita power rangers, cerita siri spider man jepun ni juga ada robot untuk menentang kejahatan.
2. Pelakon yang banyak memegang watak dalam cerita bersiri power rangers ni adalah Jason David Frank @ Tommy Oliver. Dia membawa watak 6 jenis power rangers yang berlainan iatu Green Ranger, White ranger, White ninja ranger, Red Zero ranger, Red turbo ranger & the black dino thunder ranger. Sumpah aku dah tak ingat watak2 power rangers ni. Aku tulis je tapi tak dapat bayang walau satu watak pun di yang sebut. hahahaha. Faktor usia katanya.
3. Jantina asal yellow ranger sebenarnya adalah lelaki. Dalam siri super sentai Yellow ranger adalah lelaki tapi dalam siri power rangers di tukar kepada watak perempuan.
4. Rancangan power rangers pernah di haramkan di New Zealand sehingga 2011 kerana mendapat tentangan & bantahan dari ibu bapa disana. Mereka beranggapan rancangan tersebut seolah olah mengajar anak mereka menyelesaikan masalah dengan cara keganasan. Manakala kat Malaysia power rangers cuma melalui penapisan. Perkataan Morphin telah di edit sebab cara menyebut dia kedengaran seperti Morphine sejenis dadah. Malah dialog 'Its Morphin time' juga di mute.
5. Power Rangers telah bersiaran di kaca televisyen selama 20 tahun & menghasilkan 700 episod. Lagi panjang dari siri Naruto.
Tentu peminat & bekas peminat power rangers banyak yang tak tahu fakta ni kan? Jadi bagi mengembalikan nostalgia anda bersama power rangers gigih tau aku tulis entri ni balik hasil sumber menggoogle. Tapi tu fakta yang dah jadi kenangan..
Moral of the story.. power rangers jugak menjadi sebahagian dari nostalgia semasa zaman kanak kanak kita. Biarpun aksi dia bagi orang agak ganas tapi budak dulu2 jarang sangat nak terpengaruh sampai berlakunya kes buli di kalangan kawan kawan berbanding budak2 sekarang. Kes buli di kalangan kanak kanak seawal usia 6 tahun semakin menjadi jadi. Takut jugak aku fikir anak aku. Takut di buli jer...
PANAS! PEMILIK SEBENAR GAMBAR AMRAN FANS TAMPIL TUNTUT HAK. Wah Hot & spicy. Sebab selama ni ramai tertanya tanya siapa pemilik gambar & wajah yang di gunakan admin Amran Fans untuk membuat troll, status sarcasm yang hot & spicy. Tadi terbaca kat Fb Ratu naga ke hapa nama profile dia.. Lebih kurang macam tu la. Mendedahkan siapa sebenarnya pemilik gambar & wajah yang di gunakan Amran Fans selama ni.
Inilah gambar asal yang di gunakan oleh Amran Fans. Pemilik dia menggunakan FB Amran Sukarjo
Katanya Amran Fans selalu delete komen dia, kemudian banned dia dari page Amran fans. Maybe tak nak rahsia siapa pemilik gambar yang admin Amran Fans guna selama ni terbongkar kot. Lagipun Amran Sukarjo pemilik wajah & gambar tu tak pernah mengizinkan Amran Fans menggunakan gambar dia. Bagi dia macam satu penghinaan. Seolah mempersendakan diri dia.
Yelah.. Sapa tak marah kan? Gambar di gunakan untuk di jadikan bahan jenaka. Walaupun gambar & wajah Amran Sukarjo ni memang terkenal se antero alam maya tapi yang mendapat populariti, publisiti & siap boleh jual buku lagi adalah Amran Fans. Amran Fans dah guna gambar orang tak reti2 bayar royalti & pampasan ke? Kalau orang dah tak izinkan tu better la jangan guna. Try guna muka sendiri pulak tengok laku ke tidak. Gambar & muka tu hak dia. Kau tak boleh senang2 guna buat duit tanpa keizinan pemiliknya. Sekarang dia dah minta hak dia balik.. Jika terus menerus kau guna, confirm la rezeki yang kau dapat dari hasil guna muka dia dah tak berapa elok la. Nak jatuh hukum halal haram tu aku tak berani la kan.. Tapi kalau kita guna benda yang bukan hak kita & orang tu pun dah cakap tak halalkan takkan jadi harus pulak, kan?
Ingat Amran apa yang kau dapat dari populariti gambar yang kau guna tu akan ada hubung kait dengan rezeki yang kau makan. Jadi darah daging. Bila jadi darah daging ni tak semua dia keluar jadi tahi. Jangan nanti benda2 tu mempengaruhi keturunan kau.
Tapi tadi aku terbaca kat FB Amran Sukarjo katanya admin yang mewujudkan page amran fans memohon maaf atas apa yang berlaku. Pun macam tu katanya page tu tak di kendalikan mereka yang mula2 mewujudkan page tu. Maybe dah di jual kot.. Entahlah. Tak berapa jelas kat situ.
Walaupun aku tak tahu sejauh mana kebenaran pemilik gambar tu Amran Sukarjo tapi kita sedia maklum Amran Fans yang dulunya menggunakan nama sebagai Amran Pekida menggunakan gambar orang bukan gambar sendiri. Gamaknya kenapa admin2 amran fans masih bersembunyi di sebalik gambar Amran Sukarjo ni yer? Gigi dia rongak ke camna sampai malu nak tunjuk rupa. Kalau gigi tak cantik meh cantikkan.
Moral of the story.. Aku pun suka jugak layan troll & status sarcasm Amran Fans tapi apa yang tak betul dia buat tak semestinya kita sokong, ye dak?? Dah pemilik gambar tu menegah gambar dia di gunakan macam tu, Amran fans sepatutnya menghentikan perbuatan tu. Ia milik orang. Sudah sudah la tu.. Tiba masa korang guna gambar makhluk lain pulak. Gambar alien ke hapa pulak. Kesian Amran Sukarjo... hehehe
RAHSIA GARISAN PUTIH MELINTANG TENGAH HIGHWAY YANG ORANG TAK TAHU. Kita ni kadang2 ada sikap malas.. Malas nak ambil tahu perkara2 yang kadang2 tiap2 hari kita nampak & kita guna sebab kita rasa benda tu tak ada kepentingan pun untuk kita ambil tahu. Sampai la berlaku sesuatu yang tak di ingini atau sesuatu kemalangan time tu baru kita alert semua perkara yang ada kat sekeliling kita. Masa tu la baru tau betapa pentingnya fungsi setiap benda tu di cipta.
Ni bukan Zebra crossing ok. Zebra crossing tu ramai yang tahu fungsi dia untuk pejalan kaki lintas jalan
Jangan cakap orang lain.. Aku sendiri pun ada sikap malas nak ambil tahu. jugak. Tapi aku teringat cerita asben aku pasal 2 orang pelancong dari Iran tak silap.. Tanya apa fungsi line putih yang selalu ada kat tengah2 highway tu. Kalau kenderaan lalu atas line melintang warna putih kereta kita akan bergegar sikit. Sebenarnya aku sendiri pun tak tau dulu. Laki aku ni perangai dia memang nakal.. Dia bagitau orang tua2 tu.. Tu untuk massage kereta. Depa bantai gelak je la.. Jawapan nampak sangat menipu.
Sebenarnya bukan pelancong je tak tau fungsi garisan melintang putih yang kebiasaan kita tengok ada kat tengah2 highway tu.. Ramai yang masih tak tahu walau dah berpuluh tahun ada lesen memandu. Macam aku.. Jangankan garisan putih melintang tu.. Jalan nak balik rumah pun dulu aku tak ingat. Nak suruh aku belajar pasal jalan raya yang lain memang fail la. hahaha. Teringat masa nak bawa balik bakal suami ke kampung aku bagitau siap2 guna GPS je la.. walau sampai kedah pun aku kadang2 confuse jalan nak balik rumah. hahaha... Memang buta jalan aku ni. Sampai sekarang walau KL ni merata ceruk laki aku bawak jenjalan.. sumpah kalau aku nak bawa orang jalan2 memang sesat la. Aku tak pernah ingat pun jalan kemana mana.
Berbalik pada cerita garisan putih tengah highway tu bagi yang tak tahu fungsi dia.. Meh baca kat sini. Bukan je rahsia di sebalik garisan putih yang melintang tengah highway je korang boleh tahu malah ada lagi 10 benda bersama fungsi dia yang selama ni kita tak pernah tahu. Nak tahu baca la kat sini tanpa segan silu >> Rahsia di sebalik 11 Benda Yang Mungkin Kita Nampak & Guna hari hari Tapi kita tak pernah tahu fungsinya << Lepas baca artikel ni confirm ramai akan cakap.. "OOo.. rupanya macam tu. "
Moral of the story.. Lepas ni 11 benda tu bukan lagi rahsia kenapa ia di wujudkan. Jadi tak ada alasan lagi nak cakap tak tahu. hehee
INI SEBAB ORANG YANG LAMBAT KAHWIN & TIADA ANAK SUKA HAIWAN. Manusia & haiwan adalah makhluk yang sama2 menumpang di bumi Allah ni tapi sebab Allah ciptakan manusia lebih sempurna akal & fizikalnya maka dunia ni di bolot oleh manusia yang tamak. Tapi masih ada manusia yang berkongsi hidup, rezeki & kasih sayang dengan haiwan. Tu manusia yang sedar diri sama sama menumpang.
Selalunya kita tengok orang yang jodoh dia mungkin lambat atau mungkin tak ada jodoh kat dunia ni pilih hidup dengan haiwan peliharaan.. Sebab bahagia tu kadang2 bukan hanya hidup berpasangan dengan sesama manusia malah hidup sebumbung dengan haiwan pun tetap bahagia. Macam tu jugak mereka2 yang tak di kurniakan cahaya mata memilih haiwan sebagai peneman & tempat mereka curahkan kasih sayang. Sebab haiwan haiwan macam kucing & anjing yang biasanya orang jadikan pets ni memang di jadikan untuk hidup berdamping dengan manusia.
tengok betapa hebat kuasa Allah.. Setiap perkara & makhluk yang di jadikan dalam dunia ni tak ada satu pun sia sia. Semua ada fungsinya masing masing. Mampu mengisi kekosongan hati & hidup seorang manusia. Sebab tu la.. Bila orang yang mungkin tak ada pasangan.. atau dah kahwin tak di kurniakan anak suka bela haiwan peliharaan kat rumah. Ada jugak yang sanggup membujang sebab lebih suka hidup dengan haiwan haiwan peliharaannya. terlampau sayang sangat sampai tak sanggup nak kahwin. Risau haiwan peliharaan dia terabai lepas dia kahwin. Ada.. sapa kata tak ada orang macam tu. Sebab haiwan peliharaan ni ada keistimewaan yang orang yang tak minat haiwan tak tahu. Kadang2 orang yang suka haiwan pun tak sedar tentang keistimewaan tinggal bersama haiwan perliharaan ni. Nak tau apa keistimewaan haiwan peliharaan dalam rumah macam kucing & anjing ni boleh baca kat sini >> Ini Sebab Ada Orang Lebih Suka Hidup Dengan Haiwan Dari berpasangan Sesama Manusia <<
Apapun kita sebagai manusia adalah pemegang amanah paling besar untuk melindungi semua makhluk2 lain di bumi ni sebab Allah jadikan manusia dengan akal yang sempurna sebab tu manusia di angkat sebagai khalifah bukan haiwan. Jadi sayangilah haiwan.. Jangan menganiaya makhluk yang lemah. Kita atau mereka semua penumpang.. Tiada seorang pun pemilik. Hanya Allah memiliki seluruh langit & bumi.
TERBONGKAR RAHSIA SEDIAKAN SARAPAN PALING PANTAS. Masalah bila ibu bekerja terlewat bangun tapi perlu uruskan anak anak nak ke sekolah & perlu sediakan sarapan untuk keluarga. Mau kelam kabut ribut satu rumah jadinya. Benda tu biasa berlaku.. Yelah, kita manusia bukan robot boleh setting pukul berapa tidur & pukul berapa secara automatik bangun. Robot boleh la.. bila bangun terus bangun. Kita ni kadang2 dah terbangun tapi tipikal manusia.. Ahh.. tidur jab 5 minit la. Baring jab bagai.. alih2 yang 5 minit jadi sejam.
Bila dah terlewat bangun dari waktu sepatutnya memang tak boleh nak sopan santun macam perempuan melayu terakhir sangat la.. Semua kena buat macam lipas kudung. Berdesup sini.. berdesup sana.. Masa tu la keluar bakat tarzan bagai menyeru anak anak bangun tidur. Bancuh air pun tak mustahil boleh jadi termasin hahahaha..
Walaupun aku sejak bergelar mak orang terus jadi surirumah yang berjaya.. tapi aku memahami masalah terutama ibu ibu yang bekerja ni. Jadi kat sini aku nak share satu tips mungkin berguna untuk kita semua bila terbangun lewat. Cara nak sediakan sarapan paling pantas. Meh tengok kat sini >> 15 Cara sediakan Sarapan paling mudah, cepat & menarik di dapur << Memang sangat membantu & memberi inspirasi pada aku. Lepas ni aku boleh la try. Jadi tak ada alasan untuk skip sarapan lagi.
Sarapan ni bagus di ambil.. Nak2 lagi blogger. Sebab nak tulis blog perlukan kreativiti & idea. Jadi perlukan tumpuan. Dengan pengambilan sarapan yang consistent setiap hari boleh meningkatkan tumpuan & memberi tenaga.. takde la alasan idea nak update blog kelaut bagai. tengok aku ni.. Terlebih sarapan gamaknya. 1 hari 3 - 4 entri aku update. Konon testimoni sarapan paling berjaya la. Hahahaha
PENGGEMAR UDANG GALAH & KETAM BACA NI SEBELUM MENYESAL. Ni antara makan yang mahal jugak la nak2 lagi zaman GST semakin mahal jadinya tapi tetap tak kurang pemakan udang galah & ketam ni. Gila kau! Sedap kot.. Tapi aku ni nak kata suka sangat tak jugak. Lagi2 ketam.. Kadang2 aku masak je tapi tak makan sebab malas. Jenis seafood yang susah nak makan ni kadang2 spoil selera aku. Tapi asben aku memang penggemar tegar dua haiwan air ni.
Udang galah kalau liar punya lebih sedap dari yang bela dalam sangkar. Tapi tu la bukan senang nak tangkap udang galah. Sebab tu dia mahal kot.. Ketam pun aku tak sure jugak susah kena senang nak tangkap sebab harga dia pun boleh tahan la. Nak makan hari2 tu mungkin tak la dua ekor haiwan ni. Sekali sekala boleh la. Tapi ada ke orang hari2 makan udang galah & ketam.. Kalau ada aku kagum. Mungkin dia pembekal dua jenis seafood ni kot..
Tapi yang aku nak cerita ni mungkin akan menggugat sikit keimanan penggemar udang Galah & ketam. Minta maaf la kalau tak bagitau kang rasa bersalah pulak. Yelah sharing is caring. Dengan berat hati terpaksa jugak aku membongkarkan sesuatu tentang Udang Galah & Ketam kat malaysia ni >> Penggemar Udang Galah & Ketam Wajib Tahu <<
Lepas tengok tu hope takde mana2 penggemar ketam & udang Galah jadi histeria ke hapa. Bawak2 bersabar yer. Sebagai seorang Muslim jangan gelojoh. Bertindak mengikut akal yang waras. Jangan sebab ketam & udang galah korang jadi hilang arah & menyusahkan pihak lain.
INI YANG KITA TIDAK TAHU DI SEBALIK PAKAIAN SEKOLAH JENAMA CANGGIH. Aku dulu masuk sekolah menengah memang pergi beli sendiri la baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah & buku sekolah bagai. Baju sekolah tu terpulang la nak beli readymade punya atau nak beli kain & pergi tempah. Tapi masuk tingkatan 5 aku decide nak pakai baju readymade jenama canggih je. Best pakai baju sekolah jenama canggih ni. Kain dia tebal.. tak panas & tak mudah berkedut. Warna putih dia pun bagi aku tak cepat kusam walau setahun pakai.
Jenama canggih aku tak sure sekarang popular lagi ke tidak tapi zaman aku sekolah tak berapa trend sangat jenama canggih ni. Trend masa tu pakai kain licin katanya. Jadi kain cotton masa tu tak berapa jadi pilihan sangat la. Biasa la baju sekolah pun ada trend ikut peredaran zaman jugak. Zaman pakai kain sapu lantai ada.. zaman pakai kain musim banjir ada.. trend tudung singkat. Trend tudung bulat.trend tudung bucu tajam.. tak larat pulak aku nak menghafal fesyen2 baju sekolah ni. Pendek kata setiap era tu ada trend dia tersendiri lah.
Tapi rasanya walau trend berganti trend jenama canggih masih lagi ada sampai sekarang. Masih jadi pilihan mak bapak untuk anak anak dorang. Harga aku tak sure mahal ke murah. Walaupun masih bertahan sampai sekarang tapi ramai yang tak tahu rahsia disebalik jenama ni boleh bertahan. Ada berlaku satu kejadian yang mungkin menyebabkan jenama canggih ni tiada lagi untuk generasi sekarang. Nak tahu cerita di sebalik jenama canggih ni korang boleh tengok kat sini video bawah ni
Sumber : Sesuatu Yang Kita Perlu Tahu Tentang Pakaian Sekolah Jenama Canggih
Apa yang penting jenama canggih ni adalah jenama buatan Malaysia yang di usahakan oleh usahawan melayu. Jadi tak salah kalau kita terus support perniagaan orang Islam bagi mengukukuhkan ekonomi umat Islam.
PERKARA YANG ANDA LUPA BUAT MASA PERGI BERCUTI. Bila dah dekat hujung2 tahun ni keluar la macam2 tips untuk merancang percutian bagi membantu mereka2 yang dah plan nak pergi bercuti untuk memudahkan perjalanan percutian dengan cara berjimat. yelah.. kita bercuti bukan di taja, ye dak? jadi apa boleh di jimatkan nak jimat la. Macam aku dengan asben kalau kita merancang pergi bercuti kita suka jimat duit penginapan. Kita tak pilih penginapan yang mahal atau mewah cukup selesa & bersih je. Korang pergi bercuti nak lepak dalam bilik berapa jam sangat kan? paling2 lama pun malam je time tidur. So, tak perlu la nak cari hotel atau apa2 penginapan yang 5 star sangat kecuali korang memang orang kaya tahap najib yang duit melimpah ruah tak tau nak buat apa.
Sumber Google
Tu salah satu tips dari aku la & kami memang pratikkan benda tu kalau percutian tu tak melibatkan ahli keluarga yang lain. hanya kami 3 beranak je. Sebab kalau melibatkan ahli keluarga lain pendapat depa pun kena jugak ambil kira. Tak boleh nak ikut taste & kepala sendiri je.
Sesetengah orang pulak dia nak berjimat semasa nak pergi bercuti & dia rasa apa dia buat dah cukup berjimat tapi sebenarnya tak pun. Sebabnya dia tak tahu tip & trick berjimat yang betul. Ikut hukum akal sendiri je mana nak menjadi jimatnya. Dia je rasa berjimat tapi orang lain tengok rasa cara dia tu boleh lagi di jimatkan. Benda yang ramai buat sebenarnya sebab dia tak perasaan benda tu menambahkan kos sebab nampak macam kecik sangat perkara tu tapi tetap memberi kesan pada kos yang terpaksa di keluarkan.
Jadi kalau korang nak tahu tips & trick penjimatan anda buat bila merancang pergi bercuti betul ke tidak selama ni meh baca kat sini >> Mungkin Ini Perkara Yang Anda Lupa Nak buat Untuk Jimatkan Kos Percutian <<
Bagi orang yang mementingkan gaya tapi pada masa yang sama tak nak keluar budget yang banyak elok la follow seperti trick yang di cadangkan ni. Orang nampak percutian kita macam keluar budget banyak padahal tak pun. So takde la orang pandang rendah sangat dengan kita, kan? Almaklum la zaman yang semua orang berlumba lumba nak show off apa dia buat,makan & kemana dia pergi ni semua nak jadi paling nampak trendy, mewah,versatile bagai. Tu yang ada biar papa asal bergaya
ABANG USTAZ KAZIM ELIAS BONGKAR RAHSIA TENTANG ADIKNYA. Aku tak tahu yang selama ni Abang ustaz kazim elias jugak seorang penceramah & pendakwah. Katanya dia berceramah lebih awal sebelum ustaz kazim cuma ustaz kazim lebih di kenali & menyerlah dalam dakwahnya. Bagi yang tak kenal Ustaz Kazim Elias beliau sebelum menjadi pendakwah selebriti keluar tv bagai. Dulu ceramah2 beliau sangat popular kat youtube. Sebab cara dia berceramah memang santai, kelakar & terkenal dengan suka menyanyi lagu2 Allahyarham P.Ramlee & lagu2 hindustan dalam ceramah beliau.
Ni la rupa abang kepada Ustaz kazim Elias
Tadi tertengok Rancangan kat TV AlHijrah yang jemput abang kepada Ustaz Kazim Elias iatu Ustaz Dato' Kapten (B) Ustaz Najmuddin Elias. Muka, suara memang ada persamaan dengan adik beliau Ustaz Kazim elias cuma style berceramah tu je lain sikit tapi macam sama jugak. Pandai berlawak & suka menyanyi jugak. Dia ada cerita satu rahsia kepada penonton kenapa adik beliau Ustaz Kazim Elias pandai nyanyi lagu hindustan.
Ustaz Kazim Elias
Katanya dulu masa dia umur 8 tahun, Ustaz Kazim masa tu baru 8 bulan dah kematian ayah. Mak depa pulak time tu muda lagi maka kahwin la lain. Dapat bapak tiri yang minat lagu hindustan. Hari2 sebelum tidur dia pasang lagu hindustand & mungkin sebab tu kot Ustaz Kazim pandai nyanyi lagu hindustan. yelah kan.. kalau dah hari2 dengar memang boleh hafal. Dulu arwah ayah aku suka dengar lagu jefri din, aku pun jadi terminat dengan lagu2 jefri din. hahahaha.
Jadi kesimpulannya kalau kita nak expert dalam sesuatu perkara tu kita kena selalu dengar atau buat.. contoh macam kalau kita nak jadi magician kita kena selalu tengok magic show (Contoh Cara Buat Magic paling Simple & Senang Kat sini >> Juara Silap Mata Bagi Tutorial Paling mudah & senang buat Magic ) selain kita kena belajar buat magic. Setakat tengok tapi tak belajar pun tak boleh jadi expert atau setakat belajar tapi tak melihat orang yang lebih berpengalaman beraksi pun tak boleh jugak sebab nanti kita terlepas perkembangan & trend terkini.
Moral of the story.. Apa yang kita dengar, kita baca & kita lihat setiap hari juga menjadi didikan pada diri kita. Kalau yang baik kita dengar, tengok & lihat, Insya Allah kita akan terdidik dengan perkara perkara baik. Tapi kalau dok baca gosip kat beautifulnara jer memang la jadi kaki gosip jugak. Hahahaha. Ok aku mengata diri sendiri.
MISTERI DI SEBALIK TULISAN TANGAN YANG BELUM TERBONGKAR. Dalam kehidupan kita ni kadang - kadang ada perkara yang takde jawapan walaupun apa yang berlaku ada tujuan & sebabnya cuma tak semua berjaya di rungkai oleh manusia biarpun misteri tu di cetuskan oleh seorang manusia juga. Kekal menjadi rahsia mungkin sampai kiamat kot sebab takde siapa berjaya merungkai misteri di sebalik peninggalan seorang manusia yang dah mati. Mustahil la kau mampu gali kubur dia & tanya apa maksud di sebalik peninggalan dia tu, kan? Kang dia bangun menjawab lari tak cukup tanah pulak.
Begitu jugak dengan beberapa tulisan peninggalan individu ni yang masih kekal misteri sehingga kehari ni. Takde seorang pun tahu apa yang mereka ingin sampaikan atau apa maksud di sebalik tulisan mereka tu. Kebanyakkan kod kod yang menyimpan sesuatu rahsia sa. yelah orang dulu nak tulis apapun memang pakai tulisan tangan. Time tu tak wujud lagi keyboard warrior.. Warrior2 dulu semua berperang secara manual guna kudrat tak kira melalui senjata atau penulisan. Antara tulisan2 yang di buat orang yang dah mati & kekal misteri adalah..
Voynich Manuscript
Perkara ni pernah menjadi topik perbincangan dalam Misteri Buku Manuscript Dunia. Voynich Manuscript di tafsirkan sebagai manuscript (dokument tulisan tangan) paling misteri di dunia. ia mempunya 240 mukasurat yang mengandungi ilutrasi berwarna,diagram,kejadian & tumbuhan yang tiada siapa pernah tengok atau kenal. Ia berkemungkinan berkenaan tentang herba,astronomi,biologi,kosmologi,rawatan & pelbagai resepi. Ada beberapa individu yang percaya bahawa jika kod rahsia ni berjaya di rungkai ia mungkin memberi satu ilmu & info baru kepada manusia. Ada jugak yang anggap cuma satu kod palsu yang tidak ada apa apa makna di sebaliknya. namun tiada siapa tahu apa sebenarnya yang ada di sebalik kod rahsia tu sampai sekarang samada ada sesuatu di sebalinya atau sekadar tulisan tangan yang memang tak membawa maksud apa apa. tapi yang menariknya Voynich Manuscript ni telah menjadi bahan kajian oleh banyak cryptographer(seorang pengaturaca aplikasi) profesional mahupun amatur. Malah seorang Pakar codebreaker Amerika ternama semasa perang dunia kedua pun pernah mencuba memecah rahsia kod tersebut tapi tidak berjaya. Ia kekal di kenali sebagai Manuscript bersejarah paling misteri.
Tamam Shud Case
Padatahun1948,sebuahmayatlelakitidakdikenaliditemuidipantaiSomerton, Adelaide. Walaupunkelihatansepertilelakisifatnya, tapi setelah pelbagaiujianseperticapjaridannotagigitidak menunjukkan dia milik seorang manusia yang pernah hidup, Bilabedah siasatdilakukan, didapatibahawaisibadannyabenar-benar berbezadaripadamanusia biasa. Sebuahbeg pakaianmiliknyaberisikertasyangbertuliskan"Taman Shud". Kertas itu seperti sebuah buku yang tak pernah di lihat. Di belakang buku tersebut ada 5 baris Huruf besar yang kelihatan seperti kod rahsia. Akhirnya kes mayat tersebut menjadi kes paling aneh & kod tersebut kekal menjadi misteri sampai sekarang.
D'Agapeyeff Cipher
Alexanderd'Agapeyeff bukanlahseorang cryptographer tapi hanyakeranaiapernahmenulisbukumengenaipembuatanpeta(kartografi), iamemutuskanmemasukkankriptografi(mengenai laluan) kedalambukukeduanya. Padahalamanterakhirbukuitu, iamemasukkansebuahkodyangdikatakanringkas dengan bertujuanuntuk"menguji pembaca & mengujikeahliannya." walaupun ringkaskod pembayang yang di beri D'Agapeyeff, sampaisekarangbelumdapatdi rungkai maksudnyadanmasihmenjadi misteriselama70tahun. d'Agapeyeff sendiripun mengatakanbahawaialupacaramenyelesaikan kod tersebut, olehkeranaitubanyakorangyangrasa ituhanyalahkod palsu. Kalau dah orang mencipta pun lupa kod apa dia tulis.. memang rare la misteri ni. takkan ada siapa tahu termasuk orang yang cipta kod tu hahahaha.
Tu antara kesan tinggalan tulisan2 tangan yang di hasilkan oleh manusia yang menjadi rahsia & misteri sehingga kini. Tu yang misteri ni pulak tulisan tangan yang paling cantik & sempurna dia dunia. Yang pasti tulisan tangan aku kekal misteri dengan rupanya yang puaka hahaha.. Aku takde seni dalam tulisan tangan setakat cikgu boleh baca jer katanya.
KATA KATA AKHIR SHAHEIZY SAM KEPADA JULIANA EVANS. Sedih betul aku dok ikuti kisah depa dua ni sejak dua menjak ni. Kadang2 terfikir jugak aku.. andai kita ada satu peluang untuk bercakap dengan orang yang kita tahu akan pergi jauh selama lamanya gamaknya apa yang aku nak cakap. takkan nak cakap see U in jannah & good luck je kot. Tak tersusun kata kata kalau nak buat planning awal2 apa nak cakap. Kena secara spontan jugak berada di situasi tu baru boleh tahu apa yang keluar dari mulut aku masa tu.
Tapi kalau kita berada dalam situasi Shahiezy Sam ni gamaknya apa kita nak cakap kat Juliana Evans?? Dalam saat antara hidup dengan mati kadang2 kita boleh tercerita segala benda yang mungkin selama ni menjadi rahsia kita sebab kita takut kalau tak cerita sekarang mungkin kita takde peluang lagi untuk bercerita dengan orang yang kita sayang tu.
Tengok video Sam Meluahkan segala rahsia dia kat Juliana Evans yang tengah koma tu sedih pulak aku. Konon sampai ke hati la sangat punya feel. Kalau korang nak tengok kisah cinta Sam & juliana ni boleh tengok kat sini >> Pelangi Cinta Sam & Juliana <<
Apapun.. Jangan sia siakan peluang yang kita dapat. Hargai peluang yang ada. Jangan sampai satu saat bila semuanya dah semakin berakhir kita mengharap ada lagi peluang yang sama datang biarpun dulu berkali kali kita tak hargai. Sebab peluang pertama yang di lepaskan.. belum tentu menyusul peluang kedua apatah lagi ketiga.
Moral of the story.. Kalau kau sayang atau syok kat seseorang bagitau je.. Tak payah nak simpan2 sangat. Hahahaha
RAHSIA DI BAWAH TAPAK KAKI SEPASANG KASUT. Kita ni biasa la di lahirkan dengan sikap yang ingin tahu & kadang2 sikap ingin tahu tu ter over orang gelar menyibuk. Bukan kata orang lain, aku pun sama jugak kadang2 memang ingin tahu & kadang2 ingin menyibuk jugak. Bila orang cakap pasal rahsia... memasing kemain menyendeng2 merisik khabar katanya.. Apa yang rahsia sangat tu?? Dah nama rahsia kan.. Semua orang nak tahu. Tapi kalau semua orang dah tahu bukan lagi rahsia namanya... hahahaha
Tapi Ini Rahsia.. Rahsia terbesar aku. Rahsia yang terletak dia bawah tapak kaki aku sendiri. Kalau aku angkat je kaki dari sepasang kasut ni confirm semua orang tahu. Terbongkar segalanya.. Tapi rahsia yang aku rasa tak kisah nak share dengan sesapa saja. Alkisah tentang sepasang kasut yang aku beli semalam...
Setelah menjelajah 2 pasaraya.. Aku redha je la. Sebab kasut yang di cari tak jumpa. Tapi yang lain pulak di beli. Bukan takde yang berkenan tapi takde size. macam Biasa la.. size kaki aku terlalu awet muda sampai tak membesar bersama usia. Destinasi last singgah kat sungah buloh nak minum2 sebelum balik. Ternampak satu kedai kasut hyper shoes Aku ni memang tak pernah putus asa mencuba walau aku tahu harapan sangat tipis.. Sambil membebel memberi peransang kat diri sendiri.. Aku cakap kat asben aku. Kita kena try semua kedai kasut yang kita jumpa even memang harapan nak jumpa size kaki aku tu peluangnya cuma 10% sebab kadang2 ada je size 4 tapi cutting dia kecik. Macam kat verns.. walau bukan setiap masa ada kasut cutting kecil tapi kalau nasib baik ada jugak. Asben aku cakap pergilah mencuba nasib kat hyper shoe tu dinda... kanda bersama anakanda tunggu je kat kedai makan biasa tu. Ok la.. aku biasa je shopping sorang2 sementara laki aku jaga anak.. No problem lagi senang hati tak payah terjerit panggil anak yang tak reti diam.
Maka dapatlah sepasang kasut... Boleh la kasut kat hyper shoes tu bukan mahal bebeno. Tapi sebab jumpa size kaki aku & dapat pulak 10% diskaun.. Memang la rasa nak cium untie yang jaga cashier tu. Macam nak sujud syukur dalam kedai kasut katanya.. Merasa la aku pakai kasut baru di bulan kelahiran aku ni.
Tak payah la cakap.. Alah kasut simple je. Aku ni golongan yang tak berapa ada pilihan kasut jadi cukup la yang mana ada size kaki aku & design dia takde nampak macam alien sangat.
Tapi... Ada satu rahsia di sebalik kasut ni?? Hangpa nak tau?? Amboi.. semua kemain tekebil2 bijik mata sambil angguk2. Menyibuk bebeno kome yer... Kalau sibuk sangat scroll je kebawah kalau nak tau apa yang rahsia sangat tu.
Rahsianya... kalau pakai maybe takde sapa perasan. tapi kalau bukan maka terbongkarlah segala rahsia...
tengok label kat tapak kasut tu kids ok! Kau hado pakai kasut size kids?? hahahaha
Kasut budak uolls.. Nak tau macam mana aku boleh beli kasut kids ni. Sebabnya mula2 aku survey bahagian adults la. Takkan terus nak terpa bahagian kids pulak even aku tahu size kaki aku size budak je. Kasut yang aku nak tu memang macam biasa la takde size aku. So, aku sesaja tengok kasut budak2. Erkk... dari design sampai harga sama je macam kasut yang aku nak tadi. Miracle sangat Uolls. Aku tanya last size berapa. Dia kata 35.. aku suruh dia ambil tapi dia ambil 34 pulak. Tapi try ngam2 pulak kaki aku dengan size 34. Siap catwalk tanya pendapat jurujual & cashier kat situ ok tak?? nampak kanak kanak ribena sangat tak?? Depa pun rajin pulak melayan aku. Sebab aku confident tak nampak kasut budak sangat sebab dia sama je macam design yang bahagian kasut orang dewasa. Harga pun sama... so takde nak pinjam calculator bagai nak kira budget terus rempat lepas bayar dengan jayanya.
Alah.. sapa tahu kasut budak kalau aku pakai kat kaki melainkan aku buka & ada orang rajin sangat nak membelek kasut aku tu. Tapi ada ku kesah kalau orang tau aku pakai kasut budak?? Kalau aku kesah takdenya aku cerita kat blog. Hidup ni simple... Takde masalah tak boleh selesai yang penting solution setiap masalah tu even masalah yang sama tapi tak sama penyelesaiannya bagi setiap orang.
Moral of the story.. Setiap apa yang Allah jadikan tu ada kurang & lebihnya namun tak ada satu pun yang sia sia. dari dulu aku memang hadapi masalah cari size kasut tapi alhamdulillah sepanjang hidup aku tak pernah berkaki ayam sebab takde size kasut. Jadi jangan anggap kekurangan kita satu masalah besar sangat. Hadapi dengan senyuman Insya Allah ada penyelesaian. Yang penting jangan putus asa. Perkara biasa zaman sekarang golongan bersize macam aku pakai size kids.
P/S : kaki aku ni kalau heels tu ada jugak la kat vinci size dia.. Tapi kalau flat shoes memang susah sangat nak cari. hanya orang yang bersize 3 je tahu macam mana susah nak beli kasut.
NAK TAHU KENAPA PEMBUAT TEH TARIK PALING LAYAK JADI SECRET AGENT Kita rasa pembuat teh tarik ni adalah golongan biasa jer... Takde apa yang menarik selain pandai buat teh tarik yang sedap. Kalau kita pandang dari satu sudut je memang kita akan anggap macam tu.. Tapi bila kita luaskan Imaginasi & pemikiran kita akan nampak kelebihan lain yang ada pada pembuat teh tarik ni..
Terbaik satu artikel berkenaan 7 Golongan yang paling layak jadi Secret Agent @ pengintip rahsia.. salah seorang dia pembuat teh tarik. Nak tau kenapa pembuat teh tarik ni mempunyai kelayakkan untuk menjadi secret Agent @ pengintip.. Ini kerana nak buat teh tarik perlu teliti & pandai mengimbang. Selebihnya korang boleh baca kat sini >> 7 Golongan yang paling layak jadi secret Agent <<
Bukan je pembuat teh tarik... antara 7 golongan tu mak korang pun termasuk dalam golongan yang layak terpilih menjadi secret Agent @ pengintip selain Driver teksi & security guard. Tapi aku setuju alasan kenapa golongan ibu2 asia ni paling layak jadi secret agen @ pengintip ni sebab.... Nak tahu kenapa mereka di katakan paling layak bergelar secret Agent even profesion depa ni kategori bukan la educated sangat baca la kat link aku bagi tu yer... >> 7 Golongan yang paling layak jadi secret Agent << Confirm alasan kenapa mak2 paling layak jadi pengintip ni korang setuju tapi tak boleh terima hakikat. hahahha
Moral Of the story.. Jangan pandang rendah pada apa jugak pekerjaan halal yang orang lain buat even dia tak berpelajaran tinggi sebab setiap orang ada keistimewaan, kelebihan & kekurangan yang tersendiri. Kalau rasa kerja hangpa sebagai golongan profesional tu macam bagus sangat.. Cuba buat roti canai?? Reti ke?? Setinggi mana pun tahap pendidikan kita belum tentu semua orang pandai tebar roti canai.. even ada yang pandang penebar roti canai sebagai kerjaya low class.. takde dorang tak makan roti canai la korang.
Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding * Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim * Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim * Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog * Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com