Showing posts with label kampung. Show all posts

RESEPI PAJERI TERUNG PALING MUDAH DI MUKA BUMI

RESEPI PAJERI TERUNG PALING MUDAH DI MUKA BUMI. Tu dia.. paling mudah di muka bumi katanya. Kalau ada yang rasa susah jugak mohon kau pergi makan kat restoran mamak line clear sudah. Memang kau spesis tak berbakat nak pegang senduk & kuali.. Kau cuma berbakat sendukkan nasik & lauk dalam pinggan sendiri je.. hehehehe


Tapi bagi yang nak mencabar & belajar memasak boleh la mencuba resepi mudah lekat lekit ni... Bukan apa bila merantau kat tempat orang teringin nak makan boleh masak sendiri macam aku ni. Sekarang ni tak susah google je resepi apa kau nak semua ada.. Sampai resepi nasi kangkang pun ada orang google ok! tak tau la sapa la yang dok mencari resepi nasi kangkang tu yer..

Yang pelik2 tu tak payah la nak belajar.. Belajar je resepi yang tak payah nak kangkang macam resepi Pajeri terung ni.. Bahan2 yang di gunakan jugak terjamin bersih halal.. Berbanding nasi kangkang yang ramuan dia guna benda2 kotor. Jadi tanpa membuang masa hangpa yang memang sentiasa busy body tu meh la kita ke dapur lekat lekit.. Tengok apa bahan yang di gunakan untuk masak Pajeri terung ni...

Bahan bahan

1. Terung Panjang
2. Bawang besar
3. Bawang Putih
4. Halia
5. Kerisik
6. Rempah kari daging
7. Santan
8. Garam
9. Gula

Cara memasak

1. Kisar bawang besar,bawang putih,halia
2. Panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga naik bau
3. Masukkan serbuk rempah kari daging. Tak payah bancuh masuk serbuk macam tu je & kacau
4. Masak sekejab.. kalau kering tu tambah air sikit. Masak sampai pecah minyak
5.Masukkan santan, kerisik & masak sekejab
6. Masukkan garam & gula secukup rasa
7. Masukkan terung yang di belah dua. Tambah air sikit & masak sekejab sehingga teruk lembut
8. Kalau dah masak tutup api & hidangkan.

Dah siap pajeri terung. Kalau ada bahan yang korang rasa aku tak masukkan tu.. Sebenarnya aku guna bahan2 yang ada dalam rumah je. Aku ni ada sejenis penyakit malas.. Kalau kat rumah tu aku memang malas nak keluar & pergi kedai. Punca utama adalah sebab rumah aku atas kayangan. Even ada lift nak turun ke bawah.. Tapi kalau dah Malas tu tetap malas hahaha. Apapun still bahan bahan basic tu cukup & rasa dia still sedap hehehehe


Apapun selamat mencuba resepi mudah & sedap ni. Jadilah wanita yang tahu memasak even tidak pakar sebab bila kita melangkah ke alam rumahtangga.. ketahuilah air tangan seorang isteri & ibu itu pengikat kasih sayang. Tak kisah la kau dapat laki chef sekalipun.. Air tangan isteri & ibu tu tetap istimewa. Sebab ada magic. hehehehe

RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA

RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA. Ni antara menu penghancur diet manusia jugak ni. Walaupun ada yang tak makan petai sebab dia sejenis ulam ulaman yang berbau.. Tapi lebih ramai penggemarnya berbanding yang tak menggemari. Dalam family aku pun ada adik & kakak aku yang tak makan petai even kami berasal dari kampung & membesar di kampung. Apa ingat semua orang kampung taste dengan petai ke? So, walau petai ni di gelar selera kampung tapi bukan orang kampung je makan ok! hehehehe


Tapi aku memang pemakan petai dari kecik lagi. Aku bukan selera kopitiam atau cafe hipster sangat.. Aku selera restoran kak senah bak kata Dayang deno. hehehehe.. Jadi bagi mereka2 yang berselera restoran kak senah macam aku confirm suka makan petai kan.. Disebab ramai yang suka makan petai cuma tak ramai yang reti nak masak petai ni.. Meh la aku share resepi sambal petai versi utara. Ada versi utara selatan jugak ke? Ada perbezaannya cara orang utara & orang selatan makan petai. Satgi hangpa tau la apa bezanya hahahaha

Bahan bahan yang di gunakan untuk masak sambal petai ni

1. Petai (aku guna 4 papan petai)
2. Ikan Bilis (boleh jugak guna udang atau sotong)
3. Cili kering
4. Bawang besar
5. Bawang Putih
6. Sedikit belacan
7. Air asam jawa
8. Minyak Masak
9. Garam (sebagai perasa)

Cara memasak 

Langkah pertama

1. Gorengkan ikan bilis & letak tepi dulu.
2. Kikis kulit petai & potong macam versi di bawah.

Potong macam ni ok.

Tu memang utara style. Kalau selatan style dorang tak masak sekali dengan kulit petai. Depa guna biji petai jer. Tapi kalau versi orang kedah macam aku kami akan potong halus2 dengan kulit sekali & masak. Sedap ok kulit petai tu!

Langkah kedua

1. Kisar (blend) Cili kering (rebus atau di rendam seketika cili kering dalam air panas sebelum blend),Bawang besar, bawang putih & belacan.
2. Minyak goreng ikan bilis tadi panaskan balik & masukkan bahan kisar. Masak sehingga cili tu pecah minyak.
3. Masukkan petai & masak sekejab
4. Masukkan air asam jawa
5. Kalau petai dah masak, masukkan ikan bilis goreng gaul sebati, masukkan garam secukup rasa & tutup api

Lepas tu hidang & makan la. Boleh jugak di jadikan sambal untuk nasi lemak atau di makan dengan nasi putih. Ikut selera korang la. Takkan tu pun nak kena ajar. hahahaha.

Sambal Petai

Senang kan nak masak sambal petai. Tak susah pun macam hangpa bayangkan selama ni. Tapi kesedapan dia mampu terasa sampai dalam mimpi ok. hahahaha. Selamat mencuba resepi mudah ni.

AWAS! JIKA ANDA ADA 5 CIRI INI JANGAN PERGI KE TEMPAT TIADA TALIAN INTERNET

AWAS! JIKA ANDA ADA 5 CIRI INI JANGAN PERGI KE TEMPAT TIADA TALIAN INTERNET. Internet dengan kehidupan manusia zaman sekarang bagaikan aur dengan tebing, isi dengan kuku, adam dan hawa...bla. bla.. banyak lagi perumpamaan yang mengambarkan betapa manusia zaman sekarang tak boleh berpisah dengan internet. Nak2 lagi internet sekarang dah jadi salah satu keperluan bagi mereka yang bekerja secara online tak kira kerja dia tu jadi sumber pendapatan utama atau sampingan macam aku ni. Aku pun kalau tak ada internet pun susah jugak. kena resign la jadi blogger kalau tak ada internet. Tapi setakat bercuti seminggu dia dari internet rasanya boleh lagi kot.. hahahaha


Manusia & internet sentiasa connect tak kira masa & di mana saja berada.Sekarang ni kat kawasan kampung pun dah banyak tempat ada talian internet. Kampung aku pun tak ada masalah dengan talian internet. Cuma streamyx @ unifi je tak ada access kat sana.. Dah lama sejak trend orang curi kabel telekom tu. Asal pasang hilang.. terus TM merajuk sampai sekarang. Untuk maxis tu ada.. Yang lain2 tak sure sebab adik beradik aku kat kampung guna maxis. Kadang2 balik kampung pun aku belasah guna wifi depa jugak hahahaha.

Walaupun kawasan kampung dah di naik taraf.. dah ada access internet tapi bukan semua kampung. Kalau yang pendalaman tu memang kebanyakkan memang belum ada access internet. Kalau dapat pun sipi2 je line dia. Bayangkan la kalau korang jenis membesar di bandar. Nak dapat access internet semudah petik jari. Kalau data internet kat telefon habis.. boleh je lepak mana2 restoran & cafe yang ada free wifi.. Tapi bila balik kampung jangan berangan la nak dapat wifi free.. Data plan yang korang ambil pun jadi tak berguna lagi masa tu. Gamaknya korang boleh tak bertahan paling lama seminggu kat kampung???

Kebanyakkan manusia zaman sekarang dia boleh bertahan tak jumpa atuk nenek kat kampung tapi cannot tahan kalau tak dapat access internet walau sehari. Nak2 lagi yang jenis macam ni >> 5 Ciri Orang Yang Tak Boleh Hidup Di Tempat Yang Tiada Access Internet  << Silap haribulan boleh jadi stress yang melampau. Boleh menyebabkan tekanan emosi katanya hanya kerana tak dapat access internet je. Bahaya kan? Jadi kalau korang jenis gagal mengawal ketagihan melayari internet, better elakkan diri berada di tempat yang tiada access internet. Risau pulak aku tetiba mati bunuh diri pulak sebab tertekan tanpa internet katanya.

Moral of the story.. Memang la bagi sesetengah orang internet jadi satu keperluan tapi kena control jugak obsesi kita terhadap internet. Ada masa kita perlu berehat dari semua teknologi yang kadang2 membuatkan kita jadi semakin jauh dengan orang lain terutama keluarga. Jangan kerana internet buang emak buang saudara.. tak elok tu!!

6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS

6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS. Aku surirumah orang kata takde istilah kau bercuti bagai. Hari2 kat rumah tu bercuti lah.. Yelah.. surirumah memang hari2 bercuti. Ada yang kena ketuk ibu jari dengan sudip katanya. Surirumah pun tak ada istilah cuti kalau kat rumah. Bercuti bagi surirumah kalau sesekali dapat pergi holiday.. ada la sikit certain2 perkara dia dapat bercuti. Mungkin cuti masak, cuti cuci baju, cuti kemas rumah bagai. Tu baru surirumah bercuti yer...


Tak kisah la surirumah ke atau bekerjaya tapi perasaan kita sama je kalau dapat bercuti. Nak2 lagi dapat bercuti & balik kampung. Ya Allah.. bagi anak rantauan ni tak tergambar macam mana perasaan tu. Bayangkan kau terpaksa hadap 10 jam perjalanan pun kau masih boleh berhati girang sebab nak balik kampung punya pasal. Ok aku cakap pasal aku orang lain tak tau la mungkin stress hadap perjalanan yang lama. Dah sampai kampung tu rasa heaven giler.. Seronok sampai ayam2 pun kau tanya khabar.

Tapi bila tiba masa kau perlu pulang kepangkal jalan.. Ya Allah nak lipat sepasang baju pun rasa macam nak lipat jubin lantai punya berat & kerasnya. Apatah lagi nak melangkah keluar dari pintu rumah masuk kereta & bergerak. Rasa macam nak doa supaya tetiba masa terhenti kat situ & boleh enjoy lagi percutian di kampung sampai puas. Bagi orang yang tak ada kampung atau tak pernah tinggal berjauhan dari keluarga mungkin tak pernah rasa 6 perasaan yang paling mencengkam jiwa ni >> 6 Perasaan Paling Trajidis Dirasai bila cuti di kampung dah habis <<

Jadi bila dapat cuti balik kampung berkumpul dengan semua ahli keluarga tu hargailah masa bersama tu sebaik mungkin. Benda2 remeh tu tak payah nak ambil hati atau merajuk sangat. Masa kecik2 bergaduh sampai tarik rambut pun boleh jugak berbaik & lepak ramai2 depan TV takkan dah tua2 dah matang silap sikit merajuk bawa diri macam nak putus silaturrahim. Bila kita semakin dewasa, masa kita bersama keluarga agak terhad sebab masing2 dah ada keluarga sendiri.

CARA ORANG DULU PERGI BERCUTI YANG ORANG SEKARANG DAH TAK BUAT

CARA ORANG DULU PERGI BERCUTI YANG ORANG SEKARANG DAH TAK BUAT. Zaman dah berubah maka cara hidup manusia pun berubah jugak la. Takkan la kita hidup zaman 2000an tapi cara hidup masa zaman 50an pulak kan? Tak kira la miskin ke kaya.. Cara hidup kita tetap akan ikut peredaran zaman. So memang tak sesuai nak buat perbandingan hidup zaman dulu & sekarang. Zaman pun dah berubah jadi semua benda tu turut kena berubah jugak la. selagi ia tidak melanggar batas batas agama jadi perubahan tu tak salah. Kita memang kena hidup ikut peredaran zaman supaya kita tak ketinggalan banyak perkara yang boleh buat orang akan ambil kesempatan pada kita.


Macam tu jugak cara orang sekarang pergi bercuti. Kalau zaman dulu, zaman sebelum kewujudan teknologi smartphone & internet paling2 gadget yang nak di bawa pun camera je. Percutian memang kadang2 planning punya lama almaklum la nak kumpul budget pergi bercuti. Lebih2 lagi orang kampung.. Yang nak pergi bercuti pun tunggu ada orang buat rombongan. Kalau kepala yang buat rombongan tu selalunya akan bagitau 2 atau 3 bulan lebih awal pasal perancangan nak pergi bercuti tu. Yelah nak kumpul peserta rombongan lagi, nak booking bas, nak kutip duit tambang & penginapan peserta rombongan bukan senang. Nak2 lagi yang tak boleh bayar sekaligus.. So, kena ambil masa sekurang kurangnya 3 bulan untuk kumpul duit nak bayar tambang ikut rombongan tu. Walaupun tambang tu murah je.

Bila dah cukup semua selalunya perjalanan depa malam la. Kononnya esok pagi sampai boleh terus jalan jalan dah. Jimat la satu malam duit hotel. Bukan tu jer.. siap masak tu bekalan makanan sepanjang perjalanan. Makcik aku dulu cerita dia siap buat lauk yang boleh tahan 3 4 hari untuk bekalan makan dia masa pergi melancong katanya. Walau dalam negara. Tapi kisah makcik aku tu kisah zaman 70an kalau tak silap. Masa tu dia dah sampai langkawi yang mana time tu masih tak membangun & banyak kesan2 sejarah penuh mistik. Sekarang pergi langkawi nak tengok beras terbakar pun tinggal yang dalam balang jer. Dah tak ada kesan tinggalan sejarah dia. Habis orang kutip. makcik aku masa muda memang kaki berjalan. Dia tak kisah bab makan atau bab membeli belah sangat.. Asalkan cukup tambang dia pergi berjalan dia on jer... Sekarang ni sebab dah uzur kadang2 ajak jalan jauh dia dah tak larat. Hatta nak bawa pergi thailand pun dia dah tak daya katanya. Tapi masa zaman ada kudrat dulu dia dah sampai.. so dia dah tak kisah.

Tu dia punya struggle orang dulu2 nak pergi bercuti dengan cara rombongan style katanya. Kalau tak ada orang anjurkan rombongan macam tu tak merasa la nak jalan jauh ke negeri orang. Almaklum la.. orang kampung dulu2 bukan semua senang senang. Zaman 90an pun ramai yang masih susah lagi. Tak macam sekarang.. Memang rombongan macam tu dah tak ada orang nak buat. Lagipun sekarang kena permit bagai.. maka rombongan macam orang dah tak berani nak anjurkan. Takut jadi apa2 masa dalam perjalanan tu.. tak ada orang nak bertanggungjawab.

Tapi tu la walau susah orang dulu dulu nak pergi bercuti tapi percutian mereka memang di nikmati sepenuhnya. Memang tempoh percutian tu di isi dengan menjelajah ke tempat2 yang mungkin hanya sekali dalam seumur hidup mereka mampu kunjungi. Tak macam orang sekarang pergi bercuti kadang2 habis masa dengan online atau bercuti dengan style macam ni >> 6 Jenis Style Orang Sekarang Pergi Bercuti Yang Tak Sama Macam Orang Dulu Dulu <<. Almaklum la orang2 sekarang nak pergi bercuti anytime boleh & macam2 cara dorang boleh pergi bercuti. Nak jimat boleh backpackers style.. kalau budget lebih boleh bercuti honeymoon style katanya.

Moral of the story.. Orang sekarang kadang2 sebab terlalu senang & selesa susah untuk menghargai masa sebab tu la pergi bercuti pun masing2 sibuk dengan smartphone.

TREND RAYA BUDAK BUDAK SEKARANG MINTA DUIT RAYA UNTUK ADIK BERADIK KAT RUMAH

TREND RAYA BUDAK BUDAK SEKARANG MINTA DUIT RAYA UNTUK ADIK BERADIK KAT RUMAH. Dah lima hari kita di bulan syawal. Puas hati dapat beraya 5 hari 4 malam kat kampung. Selalunya memang jarang aku dapat spent time sampai 5 hari kat kampung lepas kahwin & ada anak ni. Yelah.. tuntutan tanggungjawab duniawi ni membataskan kami anak beranak nak lepak kat kampung lama lama walaupun kepulangan kami adalah kepulangan yang memang di nanti. Almaklum la.. dapat suami yang boleh kamceng dengan mak, adik beradik perempuan & sedara mara yang rapat.

Sumber Gambar Google

Apapun dah selamat sampai ke kotaraya selepas 10 jam atas jalan dari kedah ke kl ikut jalan lama. Jimat tak payah bayar tol & tak stress hadap jam kat highway. Kalau aku.. biarlah jalan jauh tapi kalau jam memang sekali dengan otak2 aku jam. Almaklum la tak drive katanya.. duduk sebelah je hahaha.

Sebab raya tahun ni duduk kat rumah & ambil tugas memasa hari raya pertama & kedua maka boleh tengok ragam budak2 sekarang datang kutip duit raya. Tapi yang tak best sangat aku rasa bila ada dua tiga kumpulan budak2 ni datang rumah kutip duit raya kemudian minta sekali duit raya untuk adik beradik dia yang tak datang beraya. Mak Aii.. Gitu pulak.

Mak bapak.. please la jangan ajar anak macam tu. Jangan pesan kat anak untuk collect duit raya untuk adik beradik yang lain. Konsep kita beraya sapa datang dapat la duit raya. Macam mana aku tahu ada mak bapak yang ajar macam tu sebab ada budak tu di kalangan anak2 orang yang kami kenal la. Kakak aku cakap ada budak perempuan 13 tahun yang datang beraya rumah aku siap cuit bahu kakak aku minta duit raya untuk adik2 dia yang tak datang beraya dengan kumpulan dia padahal kakak aku cakap tadi je baru mak dia datang dengan adik adik dia & dah bagi pun duit raya. Mak dia pun datang beraya siap suruh minta duit raya untuk si abang yang dah remaja kat rumah. Lepas geng budak tu.. ada jugak geng budak lain yang buat macam tu.

Yang lain tak tahu la taktik nak dapat duit raya lebih ke apa.. cuma bila ada trend2 macam ni di kalangan budak2 hope next raya mak bapak kena pesan siap2 apa yang boleh & tidak bila pergi beraya rumah orang. Macam kami kecik2 dulu.. mak bapak pesan awal2 datang rumah orang masuk & beraya dulu dengan tuan rumah even dah kenyang. Jangan duduk depan pintu nak collect duit raya sampai orang jemput masuk pun tak nak. Tapi dulu memang takde la kes2 minta duit raya untuk adik beradik yang tak datang beraya. Tak pernah terfikir pun cara tu.

Walaupun ada kejadian tak best macam ni untuk raya tahun ni namun ada jugak kejadian sejuk perut mak mengandung berlaku di mana ada budak dia datang beraya dua kali. Kali pertama dah dapat duit raya.. kali kedua dia datang just tunjukkan rumah untuk kawan2 dia yang lain. Bila ramai2 ni bukan nak perasan sapa dah bagi duit raya ke tidak.. maka kakak aku hulur la sekali duit raya kat budak tu. Tapi di tolaknya.. cakap tadi dia dah datang & dah dapat duit raya. Amboi jujur sungguh. Rasa macam nak bagi double duit raya je kat budak2 macam ni.

Entri ni bukan la nak kecam budak2 yang akal sejengkal tu cuma orang kata nak lentur buluh biar dari rebungnya. Amalan yang janggal di mata orang tu elok la kita jangan ajar anak2 kita buat. Setakat seringgit dua tu bukan la orang berkira nak sedekah kat budak budak tapi tak nak ajar mereka jadi pembolot & tak malu sampai meminta minta macam tu.

Zaman dah berubah.. memang raya dulu & raya sekarang jauh bezanya. Perbezaan paling ketara adalah 6 perkara ni  Cuma walau cara sambutan semakin berbeza jangan ajar anak2 kita jadi tak malu & tak beradap bila beraya rumah orang.

ORANG BANDAR SUKA BERLAGAK JAKUN MACAM LAHIR & BESAR DALAM KLCC

ORANG BANDAR SUKA BERLAGAK JAKUN MACAM LAHIR & BESAR DALAM KLCC. Confirm sentap orang bandar baca tajuk entri aku kan? tapi nak buat macam mana.. rata2 aku dok tengok orang yang rasa dia budak bandar sangat walau duduk kat Paya jaras je pun suka buat2 jakun benda2 yang kita rasa takde sebab dia nak rasa macam teruja sangat macam selama umur dia.. dia tak pernah jumpa. Bukan Tempat yang dekat dengan KL ni semua bandar je. Tak payah feeling macam orang datang dari planet sangat la bila jumpa kampung yang berada di kawasan luar bandar atau jauh dari bandar.

Ada orang walaupun tak berapa bandar mana pun tempat dia lahir & membesar tapi dia punya feeling macam budak bandar tu agak melampau lampau. Buat2 Jakun tengok sawah padi. Tu ok la.. Yang buat cempeqa jumpa sungai paling tak boleh blah. Macam la kat Key el tak pernah ada sungai. Dekat2 Kl ni melambak kot sungai. Punya nak tunjuk bandarnya dia macam dia lahir & membesar dalam KLCC jer... hahaha. Tak pernah pergi beriadah kat kawasan2 yang penuh dengan alam semulajadi. Padahal ulu yam.. sungai pisang.. apa nama sungai kat selayang baru2 ni aku pergi pun lokasi bukan jauh sangat dari bandar. Selama dia membesar mak dia bawak beridah dalam mall je ke? hahahaha


Aku mengaku terang terang aku lahir & membesar di kampung. Aktiviti aku buat masa kecik2 pun tak jauh beza dengan budak kampung lain. Sebab tu aku sentiasa ada idea update blog. hahahaha.. kreatif katanya (statement minta kena pijak dengan orang bandar ) yelah.. budak2 kampung ni main dengan pasir,lumpur, sungai,rumput,hutan bagai kan.. So, benda2 macam tu kan membantu merangsang perkembangan otak kanak kanak. Penting tau benda2 tu dalam perkembangan kanak kanak ok! Anak aku yang ada masalah sensory ni pun therapist suggest main benda2 macam tu. Biar comot tapi meransang otak.

Jadi budak bandar ni sebenarnya bukan best sangat pun.. Aku tengok rutin anak aku tak best langsung. Banyak masa habis kat dalam rumah.. Paling2 pun main kat playground. Terhad sangat aktiviti dia. Tak macam aku dulu.. segala bukit bukau kami daki. Sungai kami redah. tak payah swimming pool

Tapi yang perasan bandar walau tak berapa bandar sangat kalau nak tahu kau memang betul2 budak bandar atau tak meh test kat sini >> Nak tahu samada anda betul budak bandar atau kampung, test kat sini << Bandar ke tidak kau nanti kau dapat jawapan. Kalau jawapan kau tak berapa nak membandar sangat, sedarlah sebenarnya kau pun ada kampungnya. Hahahaha

Apa nak malu jadi budak kampung & apa nak bangga sangat jadi budak bandar. Dua2 pun ada keistimewaan & kekurangan masing masing. Tapi aku rasa bertuah sebab di lahirkan sebagai budak kampung kemudian dewasa kat bandar katanya.So, aku dapat rasa dua2 kehidupan. tapi sebagai anak kampung bila rasa terlampau lama kat bandar memang akan rindu suasana kampung. Memang di kampung sebenarnya lagi best.

THE BLACK DEATH MENGHANTUI TIDUR KU

THE BLACK DEATH MENGHANTUI TIDUR KU. Tu dia.. Ni baru kena buku dengan ruas katanya. Dulu hang kutuk2 sangat filem seram sekarang celah gigi hang pun tak gigil katanya sekali tengok the black death, filem seram Thailand terus termimpi mimpi. Tu la tak sangka pulak aku sampai terbawa bawa dalam mimpi lepas tengok filem The Black Death ni. Dahsyat sungguh penangan filem ni..


Filem ni berkisahkan sebuah kampung yang di jangkiti dengan wabak Zombie. Macam biasa kisah zombie2 version apa2 pun termasuk Zombie melayu.. Sesiapa sahaja yang di gigit zombie akan bertukar menjadi zombie. Tapi filem the black death ni berlatar belakang zaman silam la. Zaman anak2 dara siam pakai berkemban jer. Starting tu ada la sikit2 adegan yang tak sesuai di tonton kanak kanak & orang yang belum berkahwin. Tapi tak banyak sangat aksi2 mencungkil bijik mata tu.. Cuma perempuan2 dalam filem ni seksi2 sikit la. Kisahnya seorang pahlawan ni pernah terlibat dalam satu peperangan yang melibatkan zombie. Hanya dia seorang je yang terselamat. Mungkin trauma dengan kejadian tu.. balik kampung dia jadi seorang yang tidak banyak bercakap, tidak bergaul & asyik mabuk sorang sorang. Tiba2 sahaja wabak zombie tu menyerang kampung tu..  Semua penduduk kampung di arah berpindah tapi tak sempat berpindah zombie mengganas. Mereka cuba dapat perlindungan di kuil.. pun zombie berjaya serang. Watak2 utama sebagai hero & heroin dapat filem ni cuba menyelamatkan diri termasuk pahlawan perang tersebut di sebuah rumah pelacuran tapi tak sangka semasa mereka berlindung kat tempat tersebut ada seorang zombie menyerang salah seorang dari mereka. Akibat jumlah zombie semakin banyak.. Pintu rumah pelacuran tersebut berjaya di pecahkan zombie.. Mereka terpaksa berlari kearah kapal tapi Malangnya tak semua berjaya. Kapal tu pun sebenarnya dah di takluki zombie. Ending takde nampak sesiapapun terselamat. Last 2 hero teruskan perjuangan melawan zombie2 yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.


Filem ni tak seram sangat bagi aku cuma ngeri effect2 bila di serang Zombie tu. Memang bila tengok aku jadi terpacak depan TV je la. Takde la rasa nak tengok news feed FB ke hapa.. Kira antara filem yang best di tonton. Aksi2 dalam filem ni memang tak membosankan cuma kalau yang tak tahan dengan kesan2 ngeri tu mungkin rasa menakutkan jugak. Almaklum la Filem Thailand ni.. Dia punya effect darah.. anggota badan terkoyak.. tercabut.. putus bagai nampak real. Kalau korang pernah tengok filem Long Khong.. Effect ngeri dia lebih kurang macam tu la.


Lepas tengok filem tu semalam.. Boleh pulak aku termimpi kampung aku di serang Zombie. Macam mana dalam filem tu watak2 utama cuba melarikan diri dari zombie macam tu la aku dengan beberapa orang yang aku kenal dalam mimpi lari dari zombie. Setiap kampung yang aku sampai semua dah tak ada orang. sampai rasa letih la... Yelah sampai terbangun aku asyik lari dari zombie. Hahaha.. Tu dia filem The Black Death betul2 menghantui aku la kali ni.

Klasifikasi 18 Jadi memang tahap ngeri dia untuk tontonan mereka yang berani. acah2 berani tu harap ada teman kalau nak tengok filem ni. Hehehe.. Settle The Black Death

Moral of the story.. Sebab tu kadang2 tak boleh percaya sangat dengan mimpi.. Mimpi kadang2 di pengaruhi apa yang kita tengok atau fikir sebelum tidur bukan membawa maksud2 tertentu pun. Jadi jangan suka2 nak tafsir mimpi. Kaji dulu kenapa kita boleh dapat mimpi2 macam tu sebelum judge ia sebagai petunjuk pada sesuatu.

KAMPUNG MISTERI MUNCUL WAKTU MAGHRIB DI JALAN PENGKALAN HULU

KAMPUNG MISTERI MUNCUL WAKTU MAGHRIB DI JALAN PENGKALAN HULU. Rasa macam lama pulak segmen seram serik tak muncul kat blog lekatlekit.com ni. Bukan apa kalau hari2 pun cerita seram.. dah takde sumber nak korek. So, kena ada cuti jugak kan. Malam2 minggu ni elok la kita santai2 baca cerita seram. Sebab esok cuti.. so, kalau malam ni takut sampai tak boleh tidur pun ok la boleh cover siang esok katanya. hehehe


Cerita aku nak share ni kisah seorang pemandu yang melalui jalan tu. Katanya jalan dari baling ke pengkalan hulu untuk ke Gerik ni memang bahaya sikit. Sebab jalan dia agak berbukit & banyak kona tajam. So kalau lalu jalan tu tak payah nak buat konar baring sangat la.. Takut terbaring tak bangun bangun pulak. Lain di tuju lain pulak destinasi yang sampai. Menurut cerita dia.. Sebelum sampai ke pekan pengkalan hulu dari gerik akan melalui satu kawasan berbukit yang suasana dia redup sebab banyak pokok2 kat kasawan situ. Normally kalau lalu jalan tu memang signal segala alat telekomunikasi akan hilang dalam 10-15 saat. Kiranya memang takde coverage. Nak di jadikan cerita mamat ni lalu kat jalan tu dah petang.. hampir2 nak maghrib. Sampai satu kawasan kona tu.. dia perasan ada satu perkampungan kecil. Rumah pun dalam 4-5 buah jer. Dia nampak la ada budak2 main tepi jalan & sekumpulan nenek2 lepak kat pangkin (beranda) rumah. Dia takde rasa apa2 pun sebab biasa la kampung. apa nak pelik dengan permandangan macam tu ye dak?

Tapi yang menjadi cerita seramnya esoknya dia lalu balik jalan yang takde coverage apa2 alat telekomunikasi. Dia tengok lain macam jer pokok2 kat situ. tetiba ada pokok tinggi seolah2 macam payung kawasan jalan tu & buat jalan jadi sedikit redup. Tapi kat tepi jalan lain semua pokok menegak. Time tu dia bawak kereta slow sebab ada sepupu dia sekali. So,kena cover la perangai tak semegah masa bawa kereta. Sekali lagi dia jadi pelik.. tempat yang dia nampak ada perkampung semalam, tup tup hari ni dah tak ada. Dia pun tanya sepupu dia yang memang orang situ untuk lebih kepastian..Jawapan sepupu dia bagi cuma 'jangan tegur'. Jadi pepaham je la apa yang dia nampak semalam. -sumber Jalan Berhantu Seluruh Malaysia-

Biasa la dalam hutan.. Memang la ada kampung 'Orang'. Apa nak pelik cuma yang bertuah je dapat nampak. Kalau dia dah tunjuk tu Insya Allah ada moral of the story. Tak paham lagi ke.. Lalu jalan kampung orang tak reti nak bawak slow slow. Kang terlanggar anak pinak 'orang yang tak nampak' tu kena sakit misteri kau nak salahkan depa. hahaha..

SERAM! KISAH BENAR SEORANG PELUKIS MENYEWA DI RUMAH MILIK SAKA

SERAM! KISAH BENAR SEORANG PELUKIS MENYEWA DI RUMAH MILIK SAKA.Rabu biasanya blogger banyak buat entri wordless Wednesday tapi entah kenapa aku dari dulu tak mampu tulis entri dengan tema wordless.. selalunya mesti jadi more words katanya. Rasa macam kencing tak lawas pulak kalau tulis entri pendek pendek ni. Hahaha... Maka sebab aku taknak rasa kencing tak lawas tu hari ni siang2 hari kita bersegmen seram serik lekatlekit. Sebab aku ada kisah seram nak share.. Jadi segmen seram serik ni memang tak tunggu malam dah. Ada bahan je terus up.


Kisah yang aku nak cerita ni katanya berdasarkan kisah benar pengalaman seorang pelukis yang suka mengembara. Nak di jadikan cerita pada satu hari dia masuk ke sebuah kampung untuk mencari ilham melukis. Bila dah masuk kampung tu dia cari la tempat untuk stay sampai dia puas berkarya kat situ. Dapat la sewa sebuah bilik.. condition memang out la. Kampung tu rumah2 dia bukan cantik2 sangat. Lebih kurang macam setinggan je. Di sebabkan dia pun tak berniat nak tinggal lama jadi dia setuju la menyewa kat bilik tersebut dengan harga RM200 sebulan. Pemilik rumah tu adalah seorang janda yang memang tinggal kat rumah tu. Malam pertama dia tinggal kat situ.. lepas mandi tiba2 dia terdengar bunyi seruling dari tepi bilik dia. Bila dia keluar nampak seorang perempuan tua uzur atas kerusi roda tengah main seruling. Bila di soal siasat.. katanya dia anak kepada perempuan pemilik rumah tu. Tapi di sebabkan dia tak ada duit nak bayar sewa bilik tu anak dia halau dia. Bilik yang di sewa pelukis tu sebenarnya bilik dia. Atas dasar perikemanusiaan.. pelukis tu izinkan perempuan tua tu tinggal dalam bilik yang disewakan & berjanji akan jaga perempuan tu. Sehinggalah pada satu malam.. Perempuan tua tu minta pelukis tu bersumpah takkan berpisah dengan dia. Sebab dia tak rasa apa2 yang pelik.. di turut apa yang perempuan tua tu minta. Tengah mereka dok menyembang tiba2 dengar jeritan dari dalam rumah. Suara janda pemilik rumah tu menjerit2 sebab ternampak satu kelibat budak menyeramkan di tingkap. Akibat terkejut janda tersebut pengsan. Pelukis tersebut cuba meminta pertolongan orang kampung bila mendapati ubat yang perlu di beri kepada janda tersebut dah habis. Bila dia kerumah salah seorang penduduk kat situ & menyatakan perlu membeli ubat tersebut. Mereka terkejut & bertanya dari mana dia dapat bekas ubat tu. Dia pun cerita mak kepada janda tersebut yang bagi. Bertambah terkejut mereka sebab semua orang kampung ibu kepada janda tersebut dah lama mati. Dengar cerita tu.. dia mula rasa seram. Dia kembali kerumah janda tersebut. Sekali lagi dia terkejut bila nampak rumah sedang terbakar & janda tersebut sedang memegang pisau untuk bunuh diri akibat menyesal dengan perbuatan dia yang membunuh ibu & anak lelaki OKU nya. tak sempat nak di selamatkan.. janda tersebut mengelar leher sendiri. Dia cuba masuk ambil beg dalam bilik & keluar selamatkan diri. Terserempak dengan perempuan tua yang di katakan dah lama mati tu sedang meratah daging mentah yang masih berdarah. Fikirannya jadi semakin berserabut & dia melarikan diri sejauh mungkin sebelum pengsan di tepi landasan keretapi. Keesokkan harinya dia bangun & teruskan perjalanan untuk pulang semula ke tempat asal dia. Dia terserempak dengan dua orang remaja tengah melepak di pondok tepi jalan. Dia singgah berbual. Bila di beritahu dia dari kampung yang pernah dia sewa 2 3 hari lepas.. terkejut dua budak tu. Sebab kampung tu dah lama tak wujud selepas berlaku kebakaran besar & menyebabkan semua penduduk disitu mati.Sekarang tempat tu di jadikan tapak kubur. Dia mula2 tak percaya apa yang di ceritakan sehinggalah dia melihat kembali gambar2 yang di ambil dari camera. Ternyata hanya gambar kubur. Akibat dari kejadian tu.. dia menjadi gila & di hantui saka perempuan tua sehingga ke akhir hayat. Saka tu terus menghantui dia kerana dia pernah membuat perjanjian untuk bersama selamanya dengan saka tersebut.

Done

Itulah secara ringkas cerita dalam filem sumpahan puaka. DVD yang aku beli haritu. Katanya filem ni di adaptasi dari kisah benar. Jalan cerita dia boleh tahan jugak la. Takde la rasa tahap sampah sangat. Boleh layan. Babak2 seram yang menampakkan hantu tu memang tak banyak tapi jalan cerita dia tak buat kita bosan sangat menonton. 

Cerita ni kira banyak jugak la permainan ilusi. Sebab kita takkan tahu apa yang berlaku adalah ilusi yang di sebabkan jin & syaitan. Sampai hujung cerita baru kita nampak.. semua yang berlaku tak pernah wujud pun. Itulah ilusi jin & syaitan yang nak mengaburi mata kasar manusia & menyesatkan..

Moral of the story cerita ni.. Memang saka boleh di warisi tanpa kita sedar. Hanya semudah menerima sesuatu barang je pun mungkin kita boleh jadi pemilik saka yang menganggu hidup kita. Jadi berhati hati nak terima sebarang pemberian, nak2 lagi benda2 pelik atau barang2 antik ni dari seseorang yang mencurigakan. Takut dia bagi barang free gift saka yang kita tak nampak.

BANDAR PELIK & BERWARNA WARNI DI KOREA

BANDAR PELIK & BERWARNA WARNI DI KOREA. Sebut pasal korea semua orang fikir artis kpop yang muka comel2 & anti aging katanya.mana tak anti aging kalau dah plastik. Jangankan berkedut ruam pun tak sudi singgah.atas plastik mana subur,ye dak? Hahahaha. Kang ada pulak peminat kpop serang kotak komen aku.



Aku bukan la nak cerita pasal kpop.retis korea yang aku ingat nama pun sorang je Jang nara tu pun pasal dulu aku suka tengok drama my love pazzi. Tapi nak cerita pasal tempat menarik & unik di korea.

Kat korea ada satu bandar yang macam berkonsepkan imaginasi. Bangunan2 kat situ selain dari berwarna warni,design dia pun unik. Jugak terdapat satu perkampungan di kawasan bukit yang pernah menjadi tempat pelarian mendapat perlindungan telah mengalami transformasi & kawasan perkampungan tersebut menjadi tarikan pelancong. Gila kau rak tertarik kalau kampung dah macam dalam kartun disney. Rasa macam di alam fantasi jer. Memang kreatif kementerian kebudayaan,sukan & perlancongan korea ni. Depa ni otak maybe comel2 je hahaha. Yang best ni nama bandar ni ada macam2 gelaran. Ada yang panggil Santorini korea,Machu Piccu korea & Lego Village. Mungkin konsep dia ala2 macam legoland la kot.

Bandar berwarna warni ni terletak di Daerah Busan yang terkenal sebagai bandar kedua terbesar di korea Selatan. Selain bandar unik ni,Busan jugak terkenal dengan pantai,kuil,gunung ganang yang cantik juga makanan laut yang sedap.

Jadi yang ada perancangan nak ke korea tu bolehlah senaraikan Busan sebagai salah satu tempat untuk di kunjungi. Alang alang dah sampai redah je la kesana, ye dak?

BUKTI ORANG BANDAR RAMAI YANG MASIH KOLOT

BUKTI ORANG BANDAR RAMAI YANG MASIH KOLOT. Zaman sekarang ramai yang mengaku diri mereka urban walaupun tak urban mana pun. Tetiba pindah dok key el terus label depa tu dah kategori urban. Orang key el pun bukan semua jenis urban ada yang masih berpegang teguh pada ajaran agama & adat membuatkan ada yang nampak depa macam kolot. Yelah.. persepsi orang sekarang tak pandai bergaya, tak pandai gayakan anak dengan fesyen terkini & buat aktiviti2 macam orang 'bando' tu kategori kampung @ kolot.


Bila mentaliti kita dah set orang bandar mesti yang nampak trendy & hidup dengan gaya urban sampai kadang2 kita nampak yang jenis kolot tu semua datang dari kampung. Padahal ramai kot yang nampak hidup dengan gaya urban & nampak trendy tu datang dari kampung. Tak semestinya kena pindah duduk bandar baru gaya hidup berubah macam orang bandar. Zaman sekarang info di hujung jari. Apa yang takde kat kampung boleh jer dapat secara online walau hangpa duduk kat ceruk mana sekalipun. So, takde alasan orang kampung sekarang tak boleh ikut trend.

Sebab tu aku kata orang bandar ramai masih kolot bila masih ramai yang anggap kolot itu datang dari kampung. Orang bandar spesis macam tu nampak kolot  sebab sinonimkan orang kampung dengan kolot. Orang yang rasa semua orang kampung ni kolot bagi aku depa double kolot dari orang kampung sebab tak up to date tentang perkembangan orang2 kampung sekarang. Selain tu sekarang ni aku tengok ramai (bukan semua tapi banyak) orang bandar pulak yang percaya dengan bomoh, pawang bagai sampai sanggup cari BOMOH yang kebanyakkan mengamalkan amalan khurafat & syirik ke serata ceruk pendalaman asalkan hajat mereka tercapai dengan cara pantas. Orang2 ternama pun ramai yang suka guna khidmat bomoh ni. gaya hidup urban & trendy tak main la bomoh2 kan. Orang kolot je masih percaya dengan amalan2 kuno macam tu.

Tapi paling aku tak setuju yang kaitan orang yang berpegang teguh dengan ajaran agama tu kolot. Yelah.. cara mereka berpakaian kalau ikut syariat ni memang tak berapa fashionista la katanya tapi tak bermakna mereka dalam golongan kolot. kalau kata orang2 macam ni datang dari kampung maka aku bangga jugak la sebagai orang kampung. Terbukti orang baik2 banyak datang dari kampung hehehe.. Bukan aku kata tapi persepsi sesetengah orang yang kata macam tu walau spesis macam ni nampak golongan ni kolot tapi sebenarnya mereka sedang memberitahu orang lain yang alim2 banyak datang dari kampung.

Yang paling buat aku nak tergelak kadang2.. Ramai para ibu yang mengiktirafkan diri mereka urban mummy. Orang kata tetap trendy walau dah jadi mak mak. konon trendy & up to date padahal aku tengok dari perangai sampai ke gaya hidup takde nampak urban sangat pun. Ada jugak ciri2 kolot yang masih di amalkan. Setakat pakai legging ketat tu belum nampak trendy & urban lagi. Kalau betul yang rasa diri tu urban mummy sangat ada ke buat 5 perkara ni >> 5 Ciri ciri Ibu Yang Trendy & Up to date <<

Moral of the story.. Yang membezakan seseorang tu masih kolot atau sudah moden cuma satu. Cara berfikir & membuat keputusan. Tak guna dressing macam retis tapi berfikir mengalahkan orang zaman paleolitik. Tapi sekarang ramai jugak yang dressing macam orang zaman batu sebab banyak retis sekarang suka berfesyen macam orang zaman batu. hahahaha

INILAH RUPA NASI GORENG KAMPUNG PERDANA MENTERI MALAYSIA

Orang dah ramai mula balik kampung tapi family kecik aku belum memulakan perjalanan. Maka rutin harian aku kat rumah bila takde apa nak buat scroll news feed FB la tengok update2 orang yang tak balik raya lagi & orang tengah dalam perjalanan balik kampung. tetiba ternampak post dari Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak.


Rupanya taste sama dengan Ahmad maselan jugak suka makan nasi goreng.. even dia membesar sebagai anak perdana menteri yang tak pernah tak cukup makan pakai joli bagai.. tapi tetap la taste dia tekak melayu jugak iatu nasi goreng kampung. Kalau dah melayu tu melayu jugak la kan...

Ni la rupa nasi goreng kampung yang PM kita makan masa sahur.. sama jer macam nasi goreng kita cuma maybe kita punya views lebih sedap kot. hahahaha

Ni la pemimpin berjiwa rakyat katanya.. selera pun selera rakyat... (Maybe statement ni bakal di limpahi cacian paling trajidis.. hikhikhik) Mesti acik rosmah gigih bangun pepagi goreng nasik kat uncle ajib kan? Tu la ciri2 isteri solehah yang patut di contohi semua isteri isteri... hikhikhikhik. Aku pun ada gak ciri2 bini camtu tau.. buktinya sampai sahur hari ke 28 ni pun tak skip lagi tau. Yelah.. takut tak sahur nanti asben gi keja kena gastrik pulak. Dia pernah sakit sebab suka skip makan.. So aku pun trauma jugak takut laki aku sakit.

Moral of the story.. Kalau PM datang beraya tempat korang jamu nasi goreng kampung pun dah cukup. Peberet beliau tu... hehehehe

PENJELASAN PAKAR MOTIVASI YANG KENA VIRAL ISU JANGAN BALIK KAMPUNG

Zaman sekarang ni silap satu perkataan pun boleh menjadi viral yang maha dahsyat apatah lagi berlakunya salah faham dari sepotong ayat. Dalam kes pakar motivasi yang kena viral & troll pasal statement dia jangan balik kampung di hari perayaan untuk berjimat.. Aku sendiri tak tengok rancangan talk show tu cuma membaca perkongsian di laman sosial jer.. Jadi tak tau siapa betul, siapa salah atau siapa salah faham.


Terbaca kat astroawani penjelasan pakar motivasi ni yang katanya orang salah faham apa yang dia cakap. Sebenarnya dia tak bermaksud bagi cadangan jangan balik kampung pada hari perayaan tapi... Baca sendiri petikan artikel astroawani ni. Kang aku olah2 jadi lain pulak maksudnya. Bertambah salah faham pulak nanti..

 
Artikel penuh baca kat Astroawani
Bagi yang tengok rancangan Talk show tu maybe tahu apa yang berlaku sebenarnya. Bagi yang tak tengok macam aku ni kita cuma mengambil sumber dari laman sosial jer jadi kita sendiri pun tak sure benda @ perkara tu benar2 berlaku atau di manipulasikan oleh pihak lain untuk memburukkan beliau. Tapi aku tak kata pakar motivasi tu betul.. maybe statement dia nak selamatkan diri selepas terlepas cakap & maybe juga dia mangsa fitnah. Jadi takde kesimpulannya dari aku.

Moral of the story.. hati hati bila mengeluarkan kenyataan. Kadang2 kita tak perasan @ sedar benda tu mungkin menjadi salah faham yang boleh memudaratkan kita jadi susun kata2 elok2 sebelum berkata kata. hehehe


12 CARA UNTUK DAPAT PERHATIAN MACAM ARTIS BILA BALIK KAMPUNG

Bila duduk di rantauan orang ni bukan hari2 boleh balik kampung. Sebulan sekali pun belum tentu.. Kena tunggu cuti umum atau cuti2 emergency case je baru balik kampung. Bila sekali sekala balik kampung tu mesti la family & sedara mara nak sangat tengok. Yelah.. jarang2 dapat jumpa..


macam aku ni. Dah jadi macam eklusif pulak orang nak jumpa aku. Cukup susah.. bukan aku bajet retis tapi kalau tak raya.. memang aku balik kampung time orang semua dah balik bandar. Raya pun jarang berkesempatan jumpa kawan2 lama... kecuali yang duduk sekampung. Tu pun bila dah semua kahwin.. kadang2 bertahun2 tak dapat jumpa sebab timing balik kampung dah tak sama. Ada beraya rumah mertua dulu... macam aku lain. Memang raya kampung aku jer.. In law takde kampung katanya. kekekeke.

Bila sekali sekala tu balik kalau boleh nak orang kagum jugak la dengan kita... Tak nak asyik jadi bahan mengumpat jer. Kurang2 dengar jugak pujian.. Ni tidak.. balik je kampung.. dah gemuk hang la ni noh... hahahaha

Sebab kita yang sekali sekala balik kampung ni.. nak2 yang jenis lagi tak raya selagi tu tak balik. Ni ada tips macam mana nak buat kepulangan anda tu akan menarik perhatian orang kampung yang nampak je korang terus rasa "wow!". Seolah olah retis balik kampung katanya. Macam biasa la.. artikel ni orang punya so kalau hangpa nak baca clik je kat sini >> 12 langkah untuk jadi perhatian bila balik kampung<<

Moral of the story... Balik kampung bukan untuk menunjuk2 nak2 time raya. Dok tengok je halaman rumah orang.. anak menantu depa pakai keta apa.. bila datang rumah dok jeling je lengan tangan orang nak tengok gelang emas besar mana, tumpat ke tidak. Tapi balik kampung adalah untuk mengeratkan silaturrahim.. Betul kan niat anda.

CERITA SERAM ORANG KAMPUNG

Aku kalau diam.. blog tak berhapdet.. Fb pun takde status baru maka ketahuilah aku berada di luar kawasan rumah aku bukan di luar kawasan liputan internet yer.. Memang perangai aku macam tu. Aku malas nak online bila aku pergi holiday ke, balik kampung ke atau sekadar aktiviti mingguan ukur Mall area KL ni. aku lebih suka online bila bersantai kat rumah. Baru feel nak menghapdet.

2 Malam di kampung halaman takde la aktiviti apa sangat selain melepak dengan adik beradik & pergi makan Mee Udang kat gerai tepi jalan Taman Mutiara sungai Kob Kulim. Tak jauh la dari rumah ahli geng cap ayam si sofea tu. Dia suruh mention nama dia dalam entri ni so kena la mention bagi publisiti. Hahahaha... pakat jadi gila glemer dah geg cap ayam. Gerai dia mengadap kedai 2 ringgit kalau dari seberang jalan. Sapa2 yang duduk area situ boleh try.. Insya Allah menjilat pinggan. Even gerai tu baru buka & takde la cantik macam restoran 5 star. Gerai pacak jer tapi kesedapan dia maybe 5 star hotel pun belum tentu boleh tandingi. Kiranya kami satu family pi makan tu takde yang bersisa sangat la dalam pinggan kecuali kulit udang jer. hahaha.. Tapi tu tak seram la..

Yang seram ni bila balik kampung ada je cerita orang kena sihir... orang nampak pocong bawah katil.. orang cerai berai. Actually aku ni memang peramah tapi aku takde la jumpa  sedara mara nak tanya sangat la pasal tepi kain orang bila sekali sekala balik tapi orang pulak suka cerita kat aku. Bila aku malas nak dengar aku buat2 sibuk kejar anak aku yang dok kejar ayam kampung sambil panggil "sang kancil". Buat malu mak je.. hahahaha. Tapi aku tak seram pun dengar cerita2 seram depa. Maybe depa tak reti nak susun jalan cerita yang sampai boleh buat bulu mata aku yang lentik jadi lurus sebab takut. Tapi makcik aku sempat jugak buka cerita seram ganas pasal jalan bukit lengkok. Katanya sekarang ni kerap sangat orang jumpa tangan la, kaki manusia la.. sebab katanya kat situ dah jadi port orang buang mayat lepas kena bunuh. tak tau la betul ke tak. Makcik aku la cerita. Lagipun jalan tu memang terkenal dengan cerita seram. Boleh baca kat entri ni >> KISAH DI GANGGU LANGSUIR JALAN BUKIT LENGKOK KULIM<<
 
Sumber Google

Yang tak boleh blah.. sempat jugak tu singgah pasaraya Giant kat kulim.. nak pergi guardian katanya. Macam KL dah pupus guardian. Nasib baik la aku rasa nak pergi guardian haritu sebab Bio Essence Bird nest nutri collagen & whitening cream offer dengan harga RM36.38 tapi hari ahad aku beli tu katanya last day offer. Lepas ni harga biasa balik RM72. Jimat banyak la.. boleh cover balik kerugian aku. Hikmah di sebalik anak aku campak Bird nest cream aku dari tingkat 9 aritu. Sebab dah offer murah alang2 masuk guardian rembat jugak toner eversoft & Tanaka white double whitening cleanser foam (bio essence). 3 barang tu baru RM70.


Tu la cerita penyepian aku 2 malam sebelum ni. Balik kampung time orang balik bandar dah so tak dapat jumpa kawan sepermainan masa kecik. Semua dah pulang ke pangkal jalan. Entri ni saja je macam nak warm up balik mood berblog katanya. So cerita la sikit pasal balik kampung.

Moral of the story.. tetap nak guna genre seram tu even entri tak seram almaklum la blog puaka kena ada relate jugak dengan 'seram' kalau tak macam tak puas nafsu serakah menulis entri katanya. hahahaha

KAMPUNG YANG MENYERAMKAN DI MALAYSIA

Sebelum ni aku tak tau pulak orang kategorikan tempat ni sebagai kampung yang menyeramkan sebab tiap kali balik kampung atau nak balik ke kesini selalu lalu tempat tu. Serius aku sendiri panggil tempat tu pekan hantu sebab aku  tak tahu nama tempat tu. Dengan keadaan kat situ yang nampak agak misteri, usang & ada unsur2 seram memang dari pandangan mata kasar nampak seram la.

sekadar hiasan. Sumber Google

Tapi aku takde la sampai terkencing2 takut... Feel tu lebih kepada tertanya apa berlaku pada tempat tu sehingga terbiar & usang sampai macam tu sekali. Tapi tu la selama ni tak pernah pulak rasa nak cari info pasal tempat tu sampai nama tempat tu pun aku tak sure. heheheehe

Sesaja google kampung seram di Malaysia tetiba rasa macam banyak pulak orang review pasal tempat ni. Bila tengok gambar2 yang ada, Yes! memang tempat ni aku selalu lalu. Rupanya sebuah kampung tinggal.. bernama kampung kepayang.

Bagai ada kuasa yang menarik minat aku terhadap bangun ni. Tu dia ayat konon nak bagi nampak mistik sikit. hahaha

aku dgn asben memang suka half highway & half jalan kampung. Yelah senang nak singgah makan minum tempat2 best. Nak hadap makanan kat RnR yang harga cekik darah tapi rasa macam nak cekik tukang masak tu.. Lagi bagus sambil travel balik kampung sambil jalan jalan cari makan ye dak? Lambat sikit sampai kampung takdenya kampung ghaib...

Berbalik cerita kampung kepayang ni.. Kampung Kepayang, sebuah bandar tinggal yang terletak di Ipoh, Perak. Ia telah dibuka sejak awal kurun ke 17 oleh Tok Changkat Rembia.

Setiap kali melintasi pekan mati ni, bagaikan ada sesuatu yang membuatkan aku ingin memandang. Apakah ada yang memerhati macam kiah propa atau aku saja yang suka memerhati. Hahahaha drama seram sangat tau!

Kampung kepayang ni nampak seram tapi sebenarnya takde la kisah2 seram pun atau aku yang tak tau kisah seram yang jadi kat situ, tak tau la pulak. Sepanjang aku google tak jumpa pun ada kisah2 mistik berlaku kat situ. Cuma pekan tinggal macam ni dengan bangunan usang memang kalau shoot filem seram pun bagus jugak. Memang tak payah edit banyak, view dia memang dah menyeramkan. Cuma tambah maskot hantu jer tapi hantu make sure betul2 seram la.. takat hantu bungkus ikat  tepi pi perform kat sarkis sudah.

Bagai ada kuasa mistik yang membuatkan aku sentiasa rindu nak lalu pekan kampung kepayang ni. Apakah kuasa itu. Adakah boboiboy kuasa 5?

Apapun antara tempat yang setiap kali lalu aku mesti teruja. Entah la.. aku rasa unik sangat dengan view yang menyeramkan macam tu. Seram itu satu seni katanya.. hehehehe


KISAH RAYA GENG NAGA LILIT RUMAH BELAH BAWAH

6 hari lagi nak raya. Orang lain dah sibuk buat persiapan nak raya tapi kami anak beranak rilex jer.. Setiap tahun pun macam tu jugak. Rilex sudah... biar orang lain kelam kabut dulu, bila orang lain rilex baru kami kelam kabut. hahahahaha. Duduk sorang2 kat rumah ni tetiba teringat kenangan raya aku masa kecik kecik dulu..

Sumber google
Kisah raya zaman budak2 hingus dulu.. semua dah stanby. baju kasut, beg nak isi duit raya dan plan nak beraya kemana  dulu.. Zaman raya budak kampung aku jenis bergerak secara kumpulan. Destinasi pertama kami pagi raya mesti ke masjid ziarah kubur lepas tu ambil tempat dalam barisan paling depan sekali nak ambil duit raya dari masjid. Setiap tahun geng aku sentiasa duduk di barisan hadapan sebab tiap2 tahun kami paling awal sampai masjid. Sebelum orang solat sunat hari raya.. kami dah siap berbaris tunggu nak dapat duit raya. Ok! Kami geng tak solat sunat hari raya. Di maafkan masa tu kami budak2 lagipun sunat je kan. Ok la tu.. zaman belum akil baligh.

Lepas orang abis solat sunat hari raya... Masanya duit raya di agihkan lepas dapat duit raya plan nak raya pulak. Kami akan habiskan rumah2 yang ada berdekatan masjid dulu, lepas tu baru panjangkan langkah ke rumah2 yang lebih jauh sampai tengahari semua balik mandi.. (kadang2 tak mandi & tukar baju pun) tukar baju. Standard raya dulu mesti ada 2 pasang baju.. 1 baju kurung 1 lagi baju fesyen moden la. Zaman baju kembang la katakan. Sambung collect duit raya sampai kampung2 jiran. Sampai petang sebelum maghrib lepas balik rumah rehat. Raya kedua duduk umah tunggu sedara mara datang boleh kumpul earning lagi.

Ya Allah betapa beza raya kanak kanak dulu dengan sekarang. Kesian anak aku tak sempat nak rasai raya yang best macam aku dulu. Budak2 sekarang pun tak ramai yang rajin nak berarak pergi raya rumah orang even kat kampung aku masih lagi di amalkan oleh budak2. Tapi kebanyakkan datang depan pintu nak collect duit raya.. dah tak macam aku dengan kawan2 aku dulu. Even perut macam nak pecah kenyang still jugak masuk bila di jemput. minum jugak bila di hidang kecuali tuan rumah tanya.. nak masuk ke tak nak? Tu tahu tuan rumah malas nak basuh gelas dah. Ok.. kami pun malas nak minum jadi kami amik duit raya jer. Tapi budak2 sekarang.. Awal2 dah mention tak nak masuk beraya just nak duit raya je.

Siapa kata beruntung jadi kanak kanak zaman gadget ni? Sebenarnya banyak perkara best yang mereka terlepas untuk nikmati. Beruntunglah kita hidup zaman kanak kanak yang penuh aktiviti walau hidup kita waktu tu serba kekurangan tapi keseronokkan kita nikmati takde harga boleh membelinya macam beli gadget cuma zaman sahaja mampu merealisasikannya. Jadi bersyukur kita dulu susah tapi kita tetap enjoy di zaman kanak kanak.

P/S : Rindu nak jumpa geng naga lilit rumah belah bawah... 


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com