Showing posts with label doa. Show all posts

DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA

DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA. Kalau tahun tahun yang lepas hari raya la aku paling excited sebab boleh balik kampung. Tak kisah kena menempuh perjalanan yang sepatutnya 4 - 5 jam tapi kalau musim perayaan boleh kematu bontot 10 jam dalam kereta. Tapi tetap enjoy nak - nak lagi kami spesis tak suka sangkut dalam jam di tengah highway. Boleh stress ok kalau jam kat highway. Kami lebih suka menggunakan jalan lama.. Tak kisah la ambil masa yang panjang dalam perjalanan tapi bila boleh tengok pekan, kampung orang lain.. Nampak kemeriahan nak sambut raya tu serius memang satu terapi jugak. Aku memang kalau balik kampung tak kira la musim perayaan atau tak.. aku suka ikut jalan lama. Selain boleh tengok kampung2 orang boleh singgah banyak tempat. hahahaha..


Tapi di sebabkan tahun ni.. Allah dah bagitau awal awal. Sehari sebelum puasa sampai surat saman, maka dari awal memang dah kumpul kekuatan mungkin tahun ni tak balik beraya. Hope orang yang dedahkan maklumat aku tu tahun ni raya dia lebih bermakna lah yer . Aku bayangkan dia beraya dengan penuh senyuman & kepuasan.. Apapun aku kena ucap terima kasih juga sebab dia pernah bagi aku rezeki untuk paid review yang dia ambil kat blog aku. Aku rasa aku tak ada apa2 dosa dengan dia sebab memang sepanjang aku bekerjasama dengan dia aku tak pernah pun menganiaya atau mengumpat atau ambil tahu apapun pasal dia sebab tu aku tak tahu rupanya dia ada connection dengan orang yang menyaman aku. Bayangkan aku tak pernah siasat pun siapa dia sebelum ni. Bagi aku antara aku dengan dia cuma atas urusan kerja. Apatah lagi nak menyindir atau mengumpat dia.. memang takde la sebelum ni.


Tapi tu semua asbab jer.. Sebenarnya apa yang berlaku semua dengan Izin Allah. Bukan kata Allah nak aniaya aku tapi mungkin ada sesuatu Allah dah rancang untuk buka semua mata mata yang tertutup melihat kebenaran. Kita tunggu jer apa akhirnya sebuah kisah sedih seorang blogger yang kena saman, sepanjang ramadhan 2017 ni katanya. Aku tak kata aku benar atau salah.. Tapi aku yakin kebenaran tu akan tertegak jugak. Kalah atau menang di mahkamah dunia bukan penentu siapa betul siapa salah. Moga yang benar di beri pembelaan sewajarnya. Sekali lagi aku cakap.. Aku tak kata siapa betul atau siapa salah. Cuma aku harap Allah beri kemenangan pada mereka yang benar. Amin....

Tahun ni aku rasa Ujian datang bertimpa - timpa jugak.. Selepas dapat surat saman.. dua tiga hari lepas dapat berita adik aku jatuh motor. Alhamdulillah sekarang dah ada berehat kat rumah. Lepas tu adik aku yang sorang lagi pulak jatuh dari bumbung sebab nak turunkan kucing. Sebelum tu katanya mak aku jatuh longkang depan rumah.. Masing2 tengah uzur la sekarang ada sorang jer kakak aku kat rumah untuk take over sediakan juadah raya mungkin mak aku bantu sikit2 kot sebab khabar dah boleh bangun sikit sikit. Yang jatuh motor dengan jatuh bumbung tu setakat ni masih di pembaringan la. Sepatutnya aku balik kampung & memasak untuk juadah raya. Tapi aku terpaksa spent duit yang ada untuk kes aku ni. Tu pun bukan cukup pun sebenarnya kalau nak ambil lawyer. Takkan nak menyusahkan adik beradik pulak kan. Kena la usaha sendiri... Apa yang berlaku sebab aku jadi aku la kena usaha cari penyelesaian.


Tetiba rindu arwah Ayah.. Kesian anak yatim beraya kat perantauan katanya. Erkk layak ke di gelar anak yatim lagi. hehehehe. Kalaulah arwah ayah masih ada.. Apapapun semoga Arwah Ayah damai di sana. Puteri2 Ayah Insya Allah.. akan terus kuat hadapi ujian demi ujian yang hadir. Yelah.. kami 6 adik beradik semuanya perempuan kan. Terpaksa masing2 men'sado'kan hati bila satu satunya lelaki dalam keluarga pulang kepangkuan pencipta.

Bohong la aku tak rasa sayu saat ni.. Dalam keadaan keluarga di timpa musibah macam tu aku tak dapat balik. Ya Allah semoga Dugaan ramadhan kali ni membawa seribu hikmah di masa akan datang. Moga aku dapat bayar balik moment2 yang sepatutnya jadi indah tapi yang berlaku sebaliknya.. Tahun depan. Moga kes saman ni dapat di selesaikan dengan cepat. Kalah atau menang.. dapat lawan atau tak.. terpaksa kalah sebelum bicara.. Aku redha Ya Allah. Sebab kemampuan aku sangat terbatas cuma selagi ada masa aku akan terus usaha. Bantulah aku Ya Allah.. beri aku kekuatan untuk hadap semua ni dengan cekal & tabah. Jangan sesekali detikkan rasa putus asa dalam hati ini. Sesungguhnya aku masih mahu berjuang dengan apa adanya, Insya Allah.

Apapun di kesempatan ini.. Aku nak mohon kemaafan kepada semua pembaca blog, kawan kawan.. andai sepanjang perkenalan kita ada kata2 yang menguris hati semua. Aku tetap doakan raya hangpa tahun ni menjadi raya terindah.. Selamat makan ketupat rendang lemang serunding bagai.. Lepas raya jangan menangis atas penimbang yer... kekekekeke

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP. Dah sampai ke penghujung ramadhan.. Rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Sepantas watson nyambek berlari kekdahnya. Punya laju la sampai tak sempat nak shopping raya lagi ni.. Tahun ni memang tak persiapan raya apa - apa. Bagi yang tahu kenapa.. Maka tahu tahu. Dari mak, bapak hinggalah ke anak sampai hari ni takde langsung apa2 yang berkaitan raya kami siapkan. Hari berlalu macam tu jer


Puasa pun tak terasa dah nikmat puasa. Rasa macam baru bangun sahur tup tup dah nak berbuka. Dalam keadaan sekarang segala rasa lapar dahaga tu memang tak berapa terasa sangat la. Tak tau la nak kategorikan benda ni nikmat atau ujian jugak. Mesti ada yang kata.. Ok la tu.. Puasa tak di uji dengan rasa lapar & dahaga tapi tu la.. Nikmat berpuasa tu macam tak ada. Macam hilang deria rasa jer.

Sejak dari hari pertama puasa.. Rasa tak berapa berehat lagi aku ni. Bukan saja fizikal malah mental pun. Dan hari ni aku rasa.. aku perlu ambil masa berehat dari terus push diri aku fikir perkara di luar kemampuan aku. Demi Allah.. aku dah usaha.. Sampai sekarang pun sebenarnya aku masih berusaha. Usaha aku ni kira masih tak ada titik noktah la. Panjang lagi aku rasa perjalanan usaha aku ni.. Jadi berusahalah selagi terdaya. Allah tak janjikan kemenangan andai kita berusaha sekalipun tapi yakinlah Allah tak kejam. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..  Doa, usaha selebihnya tawakal..

Serius apa yang berlaku ni memang bagi kesan dalam hidup aku... Mula2 aku pun macam orang lain. Kemurungan, hypertension.. Sebab tak tahu nak buat apa dengan kemampuan kewangan yang terhad. Bak kata sipolan tetttttttt.. tu duit tak berkepok kepok katanya. dalam 2 - 3 hari macam tu. Tapi dalam fasa kemurungan tu.. aku still berusaha cuma aku banyak menangis & meminggirkan diri. Support suami tu sangat membantu. Di samping diri sendiri juga kena bantu untuk terus kuat. Yang buat aku terus react macam biasa.. Boleh bangkit & buat rutin harian macam biasa adalah.. bila aku fikir. Tak adil aku untuk menyusahkan suami.. anak.. sedangkan mereka tak salah. Kalau aku terus murung, benda tu effect semua orang di sekeliling aku. So, aku kena kuat & aku kena hadap. Kena usaha... berjaya atau gagal tu bukan persoalan. Yang penting usaha.

Dan selepas tu aku terus usaha & berusaha sampai sekarang sambil menikmati hidup macam biasa. Yang aku rasa sangat sangat membantu, selain solat, doa, & baca al Quran.. adalah Isgtifar. Betapa ajaibnya Isgtifar ni.. Aku boleh rasa tenang.. Isgtifar la sebanyak mungkin bila hangpa dalam kesulitan. Allah akan bantu bagi ketenangan, bagi jalan & bagi kekuatan. Aku sendiri pun sebelum ni tak pernah rasa keajaiban Isgtifar sebab maybe kurang berisgtifar kot sebelum ni. Tapi kali ni Subahanallah.. Betul - betul macam ultraman dapat power di saat lampu merah kat dada berkelip kelip. macam tu la yang mampu aku gambarkan apa yang berlaku kat aku lepas amalkan isgtifar sebanyak yang mungkin. Lebih dari 100kali la. Takde la kuat tu tetiba muscle tumbuh berketoi ketoi.. Tetiba tukar jadi kaler hijau macam hulk. Kuat tu kuat secara spiritual.. dari dalam. Jadi tak mudah menangis.. tak mudah putus asa & tak takut untuk hadap kemungkinan yang bakal berlaku. Ada saja Allah bagi jalan untuk aku teruskan misi mencari bantuan. Macam satu aura yang sangat sangat positif menyerap dalam diri aku. Sampai aku rasa dah tiba masanya aku buat preparation raya walaupun sebelum ni aku rasa tahun ni aku tak ada mood nak raya. Yakin dengan Allah.. letakkan pergantungan pada Allah.. Mohon & doa bersungguh sungguh.. Insya Allah, Allah tidak pernah kejam dengan hambaNya.

* Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
* Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
* Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31). Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

Esok adalah hari penentuan.. Insya Allah apapun berlaku aku bersedia. Mohon Allah terus bagi kekuatan. Mohon doa dari semua.. Mohon sokongan dari semua.. Apapun berlaku bukan penentu siapa betul siapa salah. Tapi.. Perjalanan dalam dunia ni memang kita akan menemui banyak ketidak adilan.. Kenapa Allah izinkan benda tu berlaku? Sebab tu la ujian buat kita yang bernama manusia. Musibah adalah ujian.. Kenikmatan juga Ujian. Menang pun Ujian.. kalah pun Ujian. Kita manusia takkan terlepas dari di uji. Bersyukur kalau kita di uji dengan musibah sebab cara tu selalunya lebih buat manusia mencari & mendekati Allah.. Berbanding dengan ujian nikmat & kekayaan. Manusia mula lupa diri, sombong & bongkak. Rasa duit boleh beli syurga tanpa amalan.

Apapun yang berlaku.. Mohon doa dari semua baju raya aku tahun ni bukan kaler oren. hehehehe.. Doakan semuanya di permudahkan. Doakan semuanya berakhir dengan baik. Doakan rezeki untuk aku.. Manatau dengan doa2 semua aku jadi orang kaya & boleh membantu orang lain yang dalam kesusahan macam situasi aku sekarang. Kekangan kewangan mungkin buat aku di hukum tanpa pembelaan. Takpe la.. aku anggap benda tu sebagai kifarah dosa dosa yang aku pernah buat. Manatau semua ni nanti membantu meringkan timbangan dosa aku di akhirat nanti. Dok pikiaq dunia jer.. macam la nak menongkat langit selamanya. Sampai masa ke bawah tanah jugak, kan?

Moral of the story.. Apa yang berlaku bagi aku satu teguran dari Allah tanda kasih sayangnya pada aku. Dia nak mengingatkan aku yang selama ni lalai.. selama ni lupa.. selama ni hanyut dalam nikmat yang aku dapat. Sesekali dia jentik.. Baru reti nak doa dalam sujud bersama linangan airmata. Nasib baik musim panas... sempat kering sejadah sebelum masuk waktu solat seterusnya. hehehe.. Aku perlukan doa.. Please! Doakan untuk aku.

TAK BOLEH PANGGIL ANAK DENGAN GELARAN ANAK SYURGA

TAK BOLEH PANGGIL ANAK DENGAN GELARAN ANAK SYURGA. Aku rasa sebelum jadi serius elok jugak aku tulis pasal ni. Almaklum dari semalam semakin dok nampak orang share pasal perkara ni. Tak tau la sapa yang mencetuskan perkara ni tapi katanya.. Gelaran anak syurga tu untuk anak anak yang meninggal dunia sebelum akil baligh. Jadi kita yang ada anak masih hidup ni tak elok menggunakan gelaran anak syurga takut jadi satu doa. Tak tau la jadi doa yang mana satu.. Doa anak jadi ahli syurga ke atau doa anak mati sebelum akil baligh? Kalau doa anak jadi ahli syurga kat mana salahnya? Sapa tak nak anak anak dia jadi ahli syurga, ye dak?? Ada ke mak bapak suka anak dia jadi ahli neraka? Kalau ada tak tau la spesis apa mak bapak tu. Kalau kata takut doa anak mati sebelum akil baligh yang ni sangat merepek. Kita sedia maklum ajal maut semua ketentuan Allah.. Jadi adakah dengan memanggil anak dengan gelaran anak syurga buat anak pendek umur?

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Aku tak kata pendapat aku ni betul.. Tapi sebelum sebarkan sila rujuk & dapatkan fakta yang sahih. Ada bukti tak kira dari hadis ke, petikkan ayat Al Quran ke, dalil & nas untuk mengukuhkan fakta tu. Ni setakat katanya di petik dari kata kata seorang ustaz yang menegur orang panggil anak dengan gelaran Anak syurga. Ustaz tu siapa? Mana dia belajar? Tak pulak di nyatakan kat situ. Hanya dengan satu status di printscreen kemudian di sebarkan korang dah percaya bulat bulat.

Status ni mula di sebarkan kat serata alam maya.

Rujuk la mereka yang lebih berilmu kalau kita ni jahil. Kalau betul takpe.. Buatnya benda tu cuma satu pendapat peribadi yang tak ada hadis atau dalil yang menyokong pendapat tu tak ke benda tu jadi satu benda yang tak betul di sebarkan. Ini soal kepercayaan, ok! Kita  sebarkan benda tu maka kita bertanggungjawab kalau perkara yang tak betul tu mempengaruhi orang lain. Bukan tak boleh menyampaikan info tapi kalau berkaitan kepercayaan & agama lebih baik rujuk dulu pada mereka yang berkelayakkan sebelum menyebar.

Gelaran anak syurga banyak di gunakan ibu bapa yang ada anak istimewa. Kita sedia maklum anak anak istimewa ni ada antara mereka memang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain bila keupayaan berfikir mereka tidak seperti orang2 normal. Jangankan nak faham apa itu dosa & pahala.. Nak jaga diri sendiri pun mereka tak tahu. Anak anak macam ni di lihat anak yang suci walau di dunia mungkin ada yang pandang hina. Jadi insan2 macam ni Insya Allah.. bakal menghuni syurga. Gelaran anak syurga tu juga boleh jadi salah satu pendorong ibu bapa yang ada anak anak kekurangan macam ni lebih kuat menjaga amanah istimewa sebab bukan mudah seseorang tu untuk terima & pikul amanah menjaga anak istimewa ni. Perlu kekuatan fizikal & mental. Dengan sentiasa memanggil anak mereka anak syurga juga salah satu terapi bila mereka sentiasa ingat bahawa apa yang mereka sedang jaga adalah ahli syurga. Dengan cara tu mungkin buat mereka sedikit rasa bersyukur dengan di kurniakan anak anak istimewa. Tidak la mereka rasa mereka bernasib malang.

Bila jadi viral macam ni mungkin mengundang cuak & keliru di kalangan ibu bapa yang menggunakan gelaran anak syurga kepada anak mereka. Tak kurang jugak orang mempertikai.. Sebab fakta tu takde di sertakan hadis, dalil atau nas yang menyokong pendapat tu. Sekadar kenyataan yang katanya dari seorang ustaz. Aku sendiri pun pelik.. Sebab bagi aku tak ada salah memanggil anak dengan gelaran yang baik. Dengan mengaitkan ajal dengan gelaran yang di beri rasa susah sikit aku nak fikir mana logiknya. Kalau betul benda ni memang tak boleh di gunakan.. Tolong la bagitahu aku dengan apa2 hadis, dalil & nas yang boleh mengukuhkan pendapat ni. Sesungguh aku pun nak tahu.

Moral of the story.. Tak payah nak jadi orang terawal share benda2 yang kita tak pasti kesahihanya takut tershare fitnah atau benda tak betul tak pepasal kau menanggung dosa dari salah faham orang lain. Kalau nak share, share benda2 yang confirm sahih macam ganjaran untuk mereka yang suka berselfie kat LRT >> Yang Suka berselfie semasa menggunakan LRT, Berita Baik Untuk Anda << Berita2 macam ni dah tentu kesahihannya. So orang tak pertikai lagi. Jadi meh jadi orang pertama share & buat benda ni..

NAK POPULAR JANGAN JADI MACAM BLOGGER NI

Blogger mana pulak ni? Konsep ko memang cari pasal je ke lekat lekit? Tak jugak.. Sebenarnya kalau orang rasa benda tu jadi pasal, maka dia rasa cari pasal tapi bagi aku dia punya pasal la kan kalau dia nak terasa. Tapi blogger yang aku nak cerca ni.. Adalah untuk korang jadikan contoh supaya korang tak jadi macam dia kalau korang nak jadi blogger ala2 retis keluar masuk majalah,tv,suratkhabar,radio.. paling tak pun muka terselit celah2 blogger popular lain.


Blogger mana tu cuba habaq sikit.. Blogger ni, blogger puaka sikit. Dia suka melantang semua isu tak kira isu semasa, isu retis, isu laman sosial & apa2 isu yang dia rasa minat nak kupas,kupis & kopek. Blogger2 lantang camni.. Jangan berangan sangat la nak di jemput untuk wawancara tv ke, atau di interview wartawan majalah atau suratkhabar. Nasib baik blogger ni dia tak list pun impian dia nak jadi blogger tahap retis yang muka keluar masuk tv majalah,suratkhabar bagai. Cuma dia suka menulis jer. Takde la gila glemer sangat cuma maybe gila traffic sikit tu ada la.. sebab dia suka orang baca apa dia tulis so kena la gila traffic jugak. Traffic tu adalah pengunjung blog, pengunjung adalah pembaca even baca tajuk je pun. Sebab tu dia tulis blog. Kalau dia rasa nak tulis untuk dia sendiri baca lagi bagus dia tulis diari. kena kutuk pun tak, hati pun tak sakit ye dak??

Jadi pada korang semua yang ber impian untuk jadi blogger terkenal dapat cover untuk majalah, surat khabar, boleh interframe dalam tv & radio jangan jadi blogger macam dia. Pi la tulis tips kecantikkan ke,tips jaga anak ke, tips masakan ker (ini bukan sindiran tapi memang kenyataan).. atau tulis je kisah kehidupan seharian korang. Best ke tak best cerita korang tu bukan penentu korang boleh atau tak jadi popular keluar muka kat media massa & elektronik yang penting korang kena tahu macam mana nak ketengahkan penulisan & blog korang jer. Ingat semua blogger popular tu best sangat ke cerita dia dalam blog (tapi ada jugak yang best cuma jumlahnya tak ramai).. Tapi di sebabkan dia pandai guna strategi untuk menaikkan blog dia maka blog dia di kenali even penulisan biasa biasa jer. Termasuk rajin pergi event2 atau bersosial di luar laman sosial dengan blogger lain. Nanti senang nama & blog korang di sebut sebut... kekekeke.

Jangan jadi macam blogger berbakat dalam penulisan blog Nyah Zulfikar Hazri pemilik blog rasa hati.. even dia berbakat & penulisan dia memang best tapi di sebabkan dia tak pandai ketengahkan blog dia maka dia tak popular. Nak2 lagi sekarang dia bz dengan bisnes dia.. langsung blog terabai. Sedikit kerugian kat situ sebab pada pandangan aku dia sangat2 berbakat dalam bidang penulisan even dia banyak tulis pasal kisah nostalgia dia je.

Aku memang tak mampu buat semua tu. Aku ada keterbatasan & aku tak rasa kepuasan menulis sangat kalau aku ikut konsep sama macam blogger pemes amos yang lain. Biasa la citarasa manusia kan berbeza. Matlamat setiap orang pun tak sama. So aku pentingkan kepuasan aku dalam menulis bukan populariti semata mata. Tapi setiap orang ada impian & target masing.. Cuma tu la.. kalau penulisan macam aku ni nampak macam berani & lantang tapi tak banyak peluang untuk jadi popular & terkenal sangat. Kalau korang nak jadikan blog sumber pendapatan, maka kena ada populariti. Jadi jika korang mengimpikan sesuatu yang gilang gemilang penuh glemer dengan menulis blog.. konsep penulisan macam blog aku adalah tidak sesuai korang jadikan contoh walau mampu juga jana pendapatan tapi takde la banyak sangat. Itu sahaja tips dari aku yang tak popular bagaimana korang nak jadi blogger popular. Yang penting usaha, doa & tawakal.

erkk.. sebenarnya aku maksudkan diri sendiri yang tak patut jadi contoh rupanya. hahahaha.. ok tamatlah riwayat kesan degil.

P/S : Pendapat & tips ni adalah dari pemerhatian aku selama 6 tahun menjadi blogger tersembunyi di alam maya. populariti kadang kadang bukan semua di nilai dari bakat seseorang tapi ia wujud dari cara bagaimana sesorang itu mengetengahkan diri dia. itu adalah kenyataan yang kita tak boleh nafikan. So, sesiapa sahaja berpeluang untuk jadi popular bergantung pada rezeki & usaha masing2.

SEDEKAH PALING MUDAH CLIK BUTTON SHARE

memang dia bukan anak kita.. kita tak rasa susah apa yang menjadi kesusahannya. Kita tak merasa perit apa yang menjadi keperitannya.. Tapi mampukah kita tidak merasa sedih melihat penderitaannya.. Dia terlalu kecil tapi terpilih untuk meneria Ujian & dugaan berat. Sekecil umurnya setahun lapan bulan.. Tapi dugaannya yang dewasa pun belum tentu mampu hadapi
 tiada siapa menduga takdir ALLAH. Pada usia tujuh bulan, Adik Izz tiba-tiba tenat dan keadaan itu memerlukan pembedahan segera dilakukan untuk memastikan punca sebenar.Setelah pembedahan dilakukan, doktor mengesahkan bahawa usus kecil Adik Izz telah terbelit Hati ibubapa mana yang tak luruh mendapat tahu perkhabaran seperti itu lebih-lebih lagi apabila mereka dimaklumkan bahawa peluang untuk Adik Izz hidup hanyalah 70 peratus.Adik Izz disahkan menghidap Short Bowel Syndrome. Pada usia sekecil itu, pejuang kecil ini telah melalui beberapa siri pembedahan disebabkan penyakit yang sangat rare ini. -entri penuh tentang penderitaan Adik Izz boleh baca kat sini >> Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq <<
Adik Izz.. Memerlukan simpati & bantuan dari kita semua. Jika ada kemampuan dari kewangan, sumbanglah dalam bentuk kewangan, takde duit sumbangkan dengan cara menyebarkan khabar ni, kalau tak mampu sebarkan.. Sedekah doa untuk kesembuhan & kesihatan Adik Izz

Untuk sebarang sumbangan boleh merujuk kepada Bapa kepada Adik Izz
Blog : http://ekjozbuluh.blogspot.com/
 Fanpage : PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome

Betapa mudahnya zaman sekarang kita hendak melakukan sedekah.. Mungkin sedekah kita bukan berbentuk harta atau wang ringgit tapi dengan sebarkan perkara ni mungkin di terima Allah sebagai satu sedekah siapa tahu. Dengan share kita mungkin yang berkemampuan dari segi kewangan dapat menyalurkan bantuan. Maka bantulah apa yang kita mampu. Takkan tak mampu walau hanya dengan 1 clik share kot....Sama2 kita doakan yang terbaik budak adik Izz.


AKU TAK TAKUT PADA JIN KERANA AKU SEORANG IBU

Itulah naluri seorang ibu. Akan jadi kuat & berani dengan apa saja bila berkaitan dengan anak. Kalau korang ikuti blog ni ada 2 entri yang aku cerita pasal kesihatan anak aku sejak dua menjak ni.
(Boleh rujuk entri ni BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH &
RUPANYA DAH LAMA AKU TINGGAL DENGAN JIN )

Semalam.. sehari selepas dapatkan rawatan di Al Qayyum.. lala dah tunjuk perubahan yang baik bila dia dah tak demam & dah ada selera untuk minum susu macam biasa. Siang semalam dia aktif & takde tunjuk apa2 perangai tak sihat atau pelik. Sampai malam dia tidur dalam pukul 11 & terjaga menangis menjerit2 dalam pukul 2 pagi. Waktu tu sungguh aku & asben memang panik. Tapi dalam hati aku sentiasa mencabar apa saja yang menganggu anak aku waktu ni untuk muncul depan aku. Macam pengamal perubatan Islam cakap anak aku terkena gangguan jin, aku memang cabar berapa banyak jin yang ada dalam rumah aku sekarang untuk muncul berdepan dengan aku. Sungguh perasaan takut takde langsung.


Seorang ibu ni boleh jadi apa saja untuk anak. Anak umpama kekuatan & sumber keberanian buat seorang ibu. Inilah kelebihan seorang ibu agaknya.. menjadi penenang ketika anak takut, merawat ketika sakit & boleh jadi apa saja untuk anak selagi dia mampu. sesungguhnya kemampuan seorang ibu itu seolah2 olah tiada batasan biarpun pada zahirnya dia tak terdaya tapi di hatinya sentiasa tetap ingin cuba yang terbaik untuk anak.

Bila di pilih menjadi seorang ibu aku lebih tahu perasaan mak aku selama membesarkan kami adik beradik. Mak even seorang yang garang tapi mak bagaikan perisai pada semua anak anaknya. Mak aku seorang yang berani & tak takut berdepan dengan apa atau sesiapa saja yang dia rasa mengancam diri dia & keluarga dia even kekuatan & kudrat wanitanya yang kecik molek tu tak seberapa.Mak aku memang seorang pelindung tak kira dari waktu dia galas tanggungjawab jaga adik adik dia sehinggalah dia menjadi seorang ibu pada 6 orang anak perempuan.

Sempena hari ibu biarpun aku menyambut dengan dugaan macam ni tapi aku tetap rasa syukur sebab aku di beri peluang menjadi seorang Ibu & masih mempunyai mak sehingga hari ni. Allah takkan menduga aku pada sesuatu perkara di luar kemampuan aku. Aku tetap yakin & percaya bahawa ujian ini hadir bersama kekuatan & ketabahan jadi Insya Allah aku akan terus usaha & doa yang terbaik. Buat Mak selamat hari Ibu.. Mak adalah kekuatan kami selamanya. Buat anak ku.. Mami takkan berputus asa untuk shahila even terpaksa korban apa saja yang mami ada. Jangan takut atau risau.. shahila akan mami lindungi selagi ada nyawa.

P/S : Jin jugak makhluk ciptaan Allah yang ada fungsinya di ciptakan. Jadi sebagai manusia & sebagai seorang yang beragama Islam kita harus percaya kewujudan makhluk ghaib namun elakkan dari taksub @  takut secara berlebih lebihan. Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah.. maka mohonlah pertolongan kepada Allah.


MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI BUKAN KESIMPULAN NAMUN ITULAH JAWAPAN

Semalam hampir seluruh dunia berhujan airmata.. Tapi bagi mereka2 yang ada rasa simpati & hati la sebab bukan semua manusia yang ada rasa sedih untuk trajedi ni. Masih ada yang rasa.. takde rasa apa2. Takpe.. hak masing2 la nak rasa apa - apapun tapi yang penting even kita takde rasa apa2 pun hormatilah perasaan orang lain.

Semalam.. kenyataan DS Najib yang dengan sedihnya mengatakan...  Pesawat MH370 di sahkan berakhir di lautan hindi memang merentap jiwa2 kita apatah lagi jiwa2 ahli keluarga mangsa.

Bagi aku yang pernah menghadapi kehilangan orang tersayang.. Sekurang kurangnya aku nampak.. dia pergi dengan tenang.. dia di mandikan, di sembahyang dan seterusnya di kebumikan.. Dan sehingga kini aku masih boleh melihat 2 nisan kaku sebagai tanda di situ bersemadinya dia yang ku sayangi.. Tapi mereka.. 17 hari menanti, dan berakhir dengan satu kenyataan.. semua bersemadi di lautan hindi.. mereka takdapat mandikan, sembahyangkan & semadikan.. apatah lagi dapat meletak tanda 2 nisan untuk jadi peringatan di situ bersemadi insan tersayang... Sungguh perit melaluinya.. kita melihat dengan hati pun tak mampu rasa apa yang mereka rasa

Tuhan menulis mereka yang terpilih. Mendapat jutaan doa.. sesungguhnya mereka terlalu istimewa. Mereka di limpahi kasih dari semua orang.. biarpun dari orang2 yang selama ini tak pernah di kenali.

Biarpun hanya dengan kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan.. Pesawat Mh370 berakhir di lautan hindi.. masih belum ada bukti yang mengesahkan mereka bersemadi di lautan ganas itu tapi dari analisis, teori.. Mereka mengesahkan itulah yang berlaku. Masih ada harapan biar setipis kulit bawang, namun kenyataan semakin nyata. Redha... Mungkin tidak mustahil ada keajaiban.. Namun jangan sandarkan. Kan lebih terluka bilamana harapan cuma berjawab hampa. Cuma terus berdoa semoga Allah memunculkan semua petanda.. samada hidup atau mati nya mereka.

 Berakhir di lautan hindi mungkin itu bukan kesimpulan selagi bangkai pesawat masih belum di temui tapi terimalah itulah jawapan yang kita tertanya tanya selama 17 hari lalu. Yang terbaik adakalanya pahit.. Namun hikmah tersembunyi memberi ganjaran di masa depan nanti. Allah itu tidak pernah kejam... Percayalah,ini cuma teguran kecil pada kita yang selama ini leka.

Buat semua keluarga mangsa.. Salam takziah moga Tuhan memberi kamu semua kekuatan & kepada Alfatihah untuk yang beragama Islam.. Moga kamu di tempatkan bersama orang2 yang beriman.. Pergilah dengan tenang, Mungkin itu lebih baik dari menghadap hari hari yang mendatang, sesunguhnya kamu semua istimewa terpilih untuk mendapat jutaan doa dari manusia.

Sebahagian dari krew & penumpang

24 Mac 2014
Berhujan airmata seluruh dunia
Pada insan2 berjiwa
Tunduk mengadap kenyataan
Tenggelam Mh370 bersama insan
Mungkin selepas ini
Tiada lagi tangis tawa mereka
Ya Allah ku hanya membayang
Kedukaan mereka yang bukan kepalang
Aku sudah rebah, Aku rasa lemah
Aku seolah mendengar
mereka menangis dalam samar
Meratapi pemergian tak berjenazah
Peluk cium kain baju arwah
Rupanya tiada tertulis
Mereka bertemu, berpelukan & menangis
Ya Allah.. Aku yang rebah
Ya Allah kau sertakan bersama tabah
Agar mereka gagah biar payah
Ku kira 16 hari lalu..
Mereka masih menunggu
Namun takdir Allah menulis segalanya
Mereka menunggu kita di sana
Memori penuh duka dan airmata
MH370 terpahat kenangan luka



MH370 HARI KE 7, PETUNJUK DI LAUTAN HINDI

Pagi hari ketujuh.. Biarpun segala petunjuk sebelum ini menemukan jalan buntu mengesan pesawat Mh370 bersama penumpang & anak kapal, hari ni usaha mencari beralih ke lautan hindi pula.

 Sumber astroawani

Biarpun ini masih bukan jawapan cuma salah satu usaha menjejaki misteri kehilangan pesawat MH370, harap ia membuahkan hasil. Semua yang menanti mengharapkan kepulangan.. Apa juga bentuk kepulangan itu, mereka semakin redha, Insya Allah.

Kita tidak punya kepakaran atau peralatan canggih.. Kita hanya menunggu khabar dari mereka. Tapi kita ada senjata doa.. Terus berdoa. Jangan putus harapan selagi harapan itu masih ada. Biar apa juga spekulasi, selagi kita tidak melihat kenyataan terus dengan usaha kita iatu berdoa.

Ya Allah.. di hari ke tujuh ini masih menjadi rahsia Mu, Kau masih ingin menguji kami hamba yang selama ini lalai & leka dengan kenikmatan yang Kau beri.. Moga ada simpati & kasih sayang dari Mu Ya Allah, Untuk kau munculkan sebarang tanda bagi kami menjejaki mereka. #prayforMH370


MH370, HARI KE 6 YANG MASIH MISTERI YANG BANYAK CUMA SPEKULASI

Pagi hari ke 6 ni aku masih tunggu khabar dari sesuatu yang masih samar. Macam tu jugak orang lain, lebih2 mereka yang ada talian dengan mangsa. Kita yang tak pernah kenal pun terkesan dengan apa yang berlaku, apatah lagi mereka yang selama ni duduk sebumbung, makan semeja atau tidur sebantal.


Macam2 spekulasi... Ada yang sangat percaya dengan spekulasi ada yang tunggu saja laporan berita terkini dari masa ke semasa. Yer.. spekulasi ada yang boleh pakai teorinya & ada yang terlalu merepek yang pasti spekulasi tak mampu ubah keadaan hanya memudaratkan. Aku pun ada spekulasi sendiri.. aku pun kadang2 bersetuju dengan sesetengah spekulasi tapi aku kunci jari untuk menyebar sebarang spekulasi sebab kadang2 spekulasi yang melampau boleh menganggu emosi orang lain sedangkan apa yang kita tunggu masih takde clue.

Kita cuma ada senjata Doa sekarang ni.. Moga Allah bersimpati mendengar rayuan doa kita kepada semua mangsa yang terlibat dalam misteri MH370. Terus berdoa.. hentikan spekulasi. Bukan masa mencari salah siapa.. ini masa mencari mereka. Aku percaya sekarang semua yang terlibat berusaha kerang menjejaki semua mangsa Mh370 yang terlibat. Bukan sekadar untuk tunjuk buat kerja padahal tak berusaha. Aku tak percaya misi mencari & menyelamat ni sekadar melepas batuk di tangga. Kita yang menanti cuma ada kuasa berdoa, terus berdoa.

Ya, Allah trajedi kehilangan MH370 benar2 merentap jiwa2 insan. Lemahnya Iman.. pasti berantakkan. Ya Allah.. kau kekal merahsiakan, kami hamba Mu semakin hilang pedoman. Ya, Allah berikan kami kekuatan, berikan mereka ketabahan.. Kau berikan jalan untuk semua mangsa di temukan. Apa juga keadaan, Kami terima sebagai suratan. Ya, Allah.. maha pengasih, maha penyanyang, maha mendengar doa2 kami, maha memakbulkan permintaan kami.. Moga ada simpati dari Mu, Ya Allah pada yang kami yang menanti penuh resah.



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com