Showing posts with label cukur kepala. Show all posts

AWAS! CUKUR JAMBUL AMALAN KHURAFAT & BIDAAH

Ada orang masih mempratikkan amalan sunnah mencukur rambut bayi yang baru lahir & ada yang sayang nak botakkan kepala si comel dorang. Ada yang beranggap benda tu salah satu kenangan dari dalam perut. Yelah.. rambut tu kan tumbuh dari dalam perut lagi mungkin jadi benda yang istimewa kot bagi ibunya.

Tak kisahlah korang pilih untuk cukur botak kepala si comel atau simpan rambut tu dan biar dia gugur sendiri.. Itu hak masing - masing. Dalam hukum pun tak wajib cuma sunat. Tapi tahukah korang banyak kelebihan bila korang melakukan amalan sunnah ni. Yelah.. dah nama pun sunnah, jadi mesti ada kebaikkannya. Namun yang jadi salah adalah amalan mencukur jambul. Beza cukur rambut & cukur jambul ni.. Cukur rambut, sampai botak. Kiranya rambut yang dalam perut tu buang habis tapi cukur jambul ni selalunya majlis adat jer.. dia tak buang semua. Dia gunting sikit2 kat hujung tu jer.. sebagai syarat untuk menyempurnakan majlis adat cukur jambul.. Mungkin masih ada yang tak tahu adat yang masih sesetengah orang pratikkan tu satu amalan yang bercanggah dari hukum.. Jom kita belajar sama2 yer...

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?

Amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain. Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,.(Nak baca Artikel penuh sila clik kat SINI )

Sudut sains melihat, membuang membotakkan kepala bayi terbukti baik. Mencukur rambut bayi tidak terhad kepada orang Islam, sebaliknya turut dilakukan tanpa mengira kaum. Akar rambut terbentuk sejak janin berusia sekitar lapan minggu dan terus berkembang hingga lahir. Rambut pertama ini diistilahkan dengan velus, terlalu halus hingga sukar dilihat dan disentuh, ia boleh gugur dengan sendirinya tetapi selalunya keguguran itu tidak cantik sebab tidak rata. Orang Melayu menggelarnya ‘cukur bantal’. (artikel penuh kat SINI )

Jadi pada para mak bapak kat luar sana.. Jangan nak sayang2 sangat rambut baby yang baru lahir tu. Baby tetap comel walau botak sekejab. Lagipun dengan membotakkan bayi korang yang baru lahir senang kita nak cuci daki2 kat kepala dia. Daki2 kat kepala baby ni tak bagus boleh menyebabkan baby sakit nanti. Untuk kebersihan & kesihatan baby kita jugak. Dan jangan melakukan amalan cukur jambul sejemput tu yer.. Kalau nak cukur botakkan terus. Ikut sunnah bukan ikut adat,hokay!!

Moral of the story tiada satupun amalan sunnah tu untuk tujuan memudaratkan jadi jangan risau atau takut untuk melakukannya.

Lala jugak tak terkecuali melakukan amalan sunnah ni.. Bercukur sampai licin. Kesannya kulit kepala lala bersih & rambut pun cantik

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com