Showing posts with label baik. Show all posts

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG. Tiap kali raya isu ni mesti jadi viral nak nak lagi keluar dari mulut selebriti kan.. Kesahnya budak budak yang tak reti behave bila bertandang kat rumah orang. Sepahkan makanan... berlari sana sini, main tu ni.. Pecahkan pinggan mangkuk tuan rumah bagai. Akan keluar la rungutan & kecaman dari netizen yang akan menyalahkan mak bapak budak budak yang katanya tak reti nak ajar anak. Yelah anak depa tertib lentik katanya. Suruh duduk.. dia duduk.. suruh makan dia makan.. seinci pun tak bergerak kalau kat rumah orang. Anak hang pulak macam lipas kudung.. seminit pun tak boleh diam. Confirm la hang tak reti ajar anak katanya...

Gambar sekadar hiasan

Aku ni rasa raya tahun ni selain rumah mertua aku.. ada sebuah rumah je kawan kepada suami aku level pakcik2 dah aku pergi masa raya pertama. Anak aku takde la ramas2 kuih, pecahkan gelas orang atau lari sana sini. Sebab rumah pakcik tu ada kucing2.. dia dok mengadap kucing tu jer sampai balik. Tak pulak dia sepak2 atau pukul2 kucing tu. Dia cuma tengok usap2 & mengomel sorang2 dengan kucing tu.. Even anak aku mild autisme + Add.. tapi dia tak hyper atau agresif cuma kalau not in mood memang dia meragam jugak.

Tuan rumah pun takde la urut dada sangat kan even aku dah mention awal2 anak aku ni macam mana tapi sebab sepanjang kat rumah kawan suami aku tu dia sangat behave senang sikit mak bapak dia nak menyembang sambil makan makan. Tapi tengok budak lain yang normal pulak tak behave tumpahkan air bagai. See.. tak semua special kids ni bermasalah ok! Nak2 lagi ada anak pakcik tu dok melayan dia.. selfie bagai. Elok pulak dia bagi kerjasama dengan anak dara tu.. Autisme ni kalau di terapi, dididik & di asuh dengan baik.. makin besar ciri ciri dia semakin hilang. Macam anak aku pun banyak ciri2 autisme dia yang dah hilang sebab tu orang yang pertama kali jumpa bila aku cakap autisme masing2 macam tak percaya. Tapi still ada la masalah behavior kadang2. Bergantung pada mood tapi di sebabkan aku ni mak yang garang maka boleh la control juga.

Pun macam tu memang aku tak suka bertandang rumah orang. Sebab anak aku pun macam anak orang lain tak kira normal ke tidak.. Nak2 jumpa budak2 lain yang tengah dok melasak. Dia pun akan naik tocang dua juga la. Sebab aku taknak kalau anak aku terbuat perangai yang orang tak suka.. orang bercakap belakang. Zaman viral media sosial ni satgi dok up pulak anak aku buat tu ni padahal orang tak tahu masalah dia. Nampak normal tapi tidak tipikal. Orang ni kadang2 depan kita je dia manis mulut.. konon takpe budak budak je katanya. Belakang kita mulut muncung sedepa punya nak mengumpat. Status FB boleh buat novel dia punya karang.. Jadi berhati hati la. Memang ramai spesis bermuka muka macam ni.

Dulu.. Nak beraya kat rumah orang ni maybe tak jadi masalah even anak lasak tahap gaban tapi zaman sekarang ni.. Rasanya tak lama lagi budaya kunjung mengunjung ni akan hilang. Hanya di pratikkan oleh golongan tua yang anak2 dah besar panjang jer.Yang anak2 kecik tengah membesar maybe rasa duduk rumah layan TV lagi bagus dari bertandang rumah orang. dari kena umpat & jadi viral.. Kalau aku memang sakit hati orang mengata anak aku beb. Biar umpat aku jangan anak aku.. Kalau anak hangpa macam budak2 ni ok la kan bawa pi beraya rumah orang >> [VIDEO] Keluarga Dilawat 'Tetamu Special' Di Pagi Raya. Nampak Seram, Tapi Sebenarnya..<<

Kadang2 bukan salah didikan.. Ada budak2 yang jenis tak makan saman. Macam status blogger diana rashid tulis.. Takkan kat rumah orang kita mak bapak nak tunjuk perangai singa kita depan orang. Budak2 ni kadang2 bila kat rumah orang, jumpa pulak geng.. dia lupa dah cubit tampar mak dia. Jadi Bukan semua salah didikan. Budak.. fitrah dia bermain. Bersyukur la dapat anak yang dengar cakap.. Tapi kalau dapat anak tak makan saman ni, hangpa duduk je kat rumah tunggu orang datang. Biarlah orang nak kata apapun.. kalau angkut anak beranak pi beraya rumah orang anak buat perangai pun orang mengata jugak. So, memang tak ada cara nak elak dari tutup mulut orang mengata. Macam aku senang.. mampuih pi la nak mengata janji aku tak mau menyusahkan orang & aku tak mau menyusahkan anak aku jugak. Nak jaga hati orang takkan sampai nak menyakitkan anak sendiri. Dah tau ada memang tak boleh behave.. tak payah pulun sangat la kan.

Nak2 lagi yang ada anak ADHD @ hyperactive, autisme bagai ni.. Budak2 macam ni orang nampak je macam normal sebab tu ramai yang salah faham. Jadi.. bagi aku la yang ada special kids nak nak lagi yang memang tahu dia tak boleh nak duduk statik 1 tempat.. korbankan la keinginan kita nak bertandang rumah orang terutama hari raya. lebih lebih lagi rumah manusia yang tak faham masalah anak kita. Tak payah sesedih sangat la.. Banyak cara kita boleh buat untuk cari keseronokkan & kebahagian sendiri.

Moral of the story.. Kalau rasa anak kita memang jenis tak reti diam.. duduk je kat rumah atau berkunjung kerumah orang yang kita tahu boleh terima anak kita. Selalunya keluarga terdekat je la kan.. Buat apa kita nak pergi rumah orang yang kita tahu banyak rules kalau nak beraya kat rumah dia & salah sikit asyik nak viral je. Takut orang kata tak bermasyarakat atau tak reti bersosial? Sematkan dalam hati.. Ada ku kesah apa orang nak kata. Tu je cara paling berkesan. Orang tak boleh faham masalah kita so kita tak perlu terhegeh hegeh sangat nak bertandang rumah depa. Alah setakat jamu air oren dengan ketupat rendang tu.. apa la sangat.

BERAT BADAN MENURUN SELEPAS 2 MINGGU BERHENTI PIL PERANCANG

BERAT BADAN MENURUN SELEPAS 2 MINGGU BERHENTI PIL PERANCANG. Aku ada baca jugak pil perancangan (planning pills) ni boleh menyebabkan berat badan naik dengan jayanya. Tapi mengikut pengalaman mak aku dulu katanya bila dia ambil pil perancangan berat dia jadi terlalu susut.. so, dia tak meneruskan pil perancangan biar je beranak setiap tahun sampai 7 orang lepas tu terus ikat lepas lahir anak ke 7. Tu pengalaman mak aku sendiri..


Aku.. yup pengamal pil perancangan sejak kelahiaran anak. Anak aku sorang je & aku takde planning nak tambah rakyat malaysia lagi buat masa ni. Sebabnya.. perlu ke aku nak bagitau. Apapun sebab cukup korang tahu aku ada alasan aku tersendiri kenapa & mengapa.. Selama mengamalkan planning pills ni.. Memang perasan berat badan tu naik jugak la walau tak sampai tahap gemuk atau obesiti. Paling berat selepas ada anak.. adalah 45kg. Memang serius chubby sungguh aku time tu. Sebab tinggi aku cuma 140 & berat ideal aku sepatutnya 38 -39kg. Sekarang berat aku 40kg. Tu last aku timbang la..

Tapi terasa jugak la baju seluar longgar sejak akhir akhir ni.. Dok terfikir jugak kenapa tetiba macam mengurus je ni.. Diet tu tidak tapi aku biasa makan tak ikut time. Dulu pun sama, gemuk jugak. Bila teringat je la aku dah skip planning pills dekat 2 minggu sebab lupa nak topup stok habis. Di tambah sejak mertua sakit.. ni banyak perkara jadi lupa nak buat. Suami pun sibuk dengan kerja.. sibuk uruskan hal mak dia.. kadang2 pesan pun dia terlupa, Tak salahkan dia la.. sebab time ni memang nampak dia sangat sibuk nak uruskan semua perkara. Nak skip kerja selalu kang terbantut pulak ekonomi kami ni.. Jadi terpaksa jugak la suami aku bahagikan masa dia yang memang nampak sangat tak cukup tu demi tanggungjawab dia pada mak dia & pada anak & isteri. terima kasih suami hehehehe

Di sebabkan tu.. aku secara tak sengaja stop la planning pills sebab dah skip lebih 2 minggu so kalau nak continue kena tunggu next period.. Secara tak pulak badan semakin mengecil. Hahaha.. ok la tu kira niat nak kurus tetiba je dia bagi kurus tanpa diet. Tapi hope tak kurus sampai tahap jerangkung la hahaha.. Kang sedih pulak tengok diri sendiri.

Tu pengalaman aku la.. bukan merujuk dengan mana2 doktor. Aku agak je la sebab skip ambil planning pills berat pun turun sebab biasanya kita sedia maklum kan.. kesan pengambilan planning pills ni adalah pertambahan berat badan. Sebab ramai orang merancang secara semulajadi.

Moral of the story.. Tak kisah korang nak pilih plan secara semulajadi atau dengan ubat. hak masing masing la kan.. Tak perlu nak kondem. Apapun yang kita pilih ada risiko cuma kurang atau lebih je risiko. hehehehe

PETANDA KENING & KELOPAK MATA BERGERAK

PETANDA KENING & KELOPAK MATA BERGERAK. Tetiba hari ni nak google pasal petanda anggota badan bergerak gerak.. Aku selalu mengalami gelaja kelopak mata bergerak gerak ni.. Walaupun macam2 tafsiran yang di buat melalui gejala kelopak mata tiba2 bergerak sendiri tapi aku tak nak ambil sebagai satu kepercayaan tapi aku ambil sebagai satu kebetulan..


Yup selalunya kalau kelopak mata kanan bergerak gerak.. akan di susuli berita gembira selepas tu & kalau kelopak mata kiri bergerak gerak ada je perkara duka atau sedih atau sakit hati nak berlaku.. Tapi yang jarang berlaku pada aku adalah kening bergerak gerak sendiri.. Kebetulan pagi ni tetiba kening kiri bergerak gerak sendiri.. Gerakkan yang kuat & terasa jugak la. Sesaja la google nak tahu apa tafsiran di sebalik kejadian macam tu..

Yang aku baca kalau kening kiri bergerak gerak petanda nak dapat duit.. Alhamdulillah. Moga melimpah ruah la rezeki aku hujung tahun ni. Tapi takde la aku percaya & berharap sangat. Nak duit macam biasa la kena kerja.. So aku terus je buat kerja aku macam biasa yang boleh mendatangkan duit. Rezeki tu semua dari Allah.. Kening bergerak ke hapa.. Mungkin 'sign' dari Allah mungkin jugak kebetulan.. Wallahualam. Allah lebih mengetahui segalanya.

👀 Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
👀 Alis Kiri – akan mendapat wang.
👀 Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
👀 Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
👀 Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
👀 Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
👀 Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
👀 Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
👀 Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
👀 Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
👀 Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Dari sudut sain perubatan & kesihatan pula ada alasan dia tersendiri.. Jika kelopak mata bergerak gerak ni dari sudut kesihatan ia di sebut sebagai ‘Eye Twitching‘. Antara penyebab berlakunya eye twitching ini adalah

Tekanan
Keletihan
Eye Strain (Ketegangan Mata)
Mata Kering
Pemakanan Yang Tidak Seimbang


Mungkin juga la kan.. Kadang2 letih dok tengok skrin pc buat kerja2 kat blog, scroll FB bagai. Nak nak lagi kalau dapat data Internet macam ni >> 10 GB Facebook + 10GB Basic Internet. Kalau Nak Sila Tengok kat sini << Confirm melekat lekit terus depan skrin phone sampai tak berkedip mata. Mungkin benda tu menyebabkan berlaku ketegangan mata, mata jadi kering. Di tambah lagi kita ni bukan pengamal diet seimbang sangat hahahaha...

Apapun andai ia satu 'Signal' dari Allah pada sesuatu perkara moga yang datang tu baik baik saja.. Kalau yang kurang baik pun moga di permudahkan segalanya. 

MALAIKAT MEDIA SOSIAL SEMAKIN RAMAI

MALAIKAT MEDIA SOSIAL SEMAKIN RAMAI. Zaman media sosial dengan trend viralnya kita boleh baca macam2 kisah dari perkongsian orang lain. Ada yang kisah benar.. ada jugak yang nak popular create kisah imaginasi yang seolah2 mengambarkan perkara tu benar benar berlaku. Kadang2 aku dok baca viral kat facebook ada yang aku rasa macam tak berapa logik walau ramai percaya. Sebab zaman orang semua berebut2 nak jadi popular di media sosial.. nak jadi hotstuff.. nak dapat ramai follower.. macam2 trick depa guna. So, apa yang kita baca.. tak semua boleh di ambil sebagai satu kebenaran.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Tadi terbaca satu viral kisah seorang 'Paklong' katanya pergi ke ATM mesin naik motor dengan seorang anak perempuan. Nak ambil duit sebab duit makan dah tak ada. Gas kat rumah pun dah habis.. tekan2 duit tak keluar. Bukan duit dalam mesin ATM tu habis tapi duit dalam account dia yang tak ada. Anak dia tak masukkan lagi walaupun anak dia dah janji nak masukkan. Bila call katanya anak dia sibuk... suruh call balik malam. Menurut cerita tu anak dia kerja kat KL..  Paklong tu tak tau la dari mana.. Tak tertulis dalam kisah yang di viralkan..


Aku hanya membaca & tak rasa aku perlu menghentam anak dia. Dia cuma cakap anak dia kat KL.. kita tak tau anak dia kerja apa, tinggal kat mana. Hangpa tau dak.. Kat KL tu berlambak golongan gelandangan yang bekerja cuma tak mampu nak sewa bilik atau rumah sebab sewa kat sana mahal sedangkan kos sara hidup tinggi. Sapa tahu anak paklong tu antara mereka tergolongan dalam golongan miskin bandar? Kita tak tau masalah orang.. Kita tak payah nak menghukum sangat. Pun macam tu aku tak kata la anak paklong tu pun susah kat KL sebab tu tak mampu nak hantar duit kat family dia kat kampung.. Yang aku nak bagitau kat sini. Tak ada sapa tahu apa kisah anak dia kat KL.. so tak payah nak jadi nujum pak belalang.. Nujum temberang sangat la dok menilik kehidupan orang seolah2 hangpa tau semua perkara yang jadi dalam keluarga depa. Samada betul ke anak dia mengabaikan dia atau sebenarnya anak dia kat sana pun kais pagi makan pagi, mereka je tahu.

Yer.. betul ada banyak kes anak anak abaikan mak bapak bila dah berjaya. Tapi yang korang tak tahu kadang2 bapak atau mak yang terabai masa tua tu ada sejarah masa mudanya. Mungkin depa mengabaikan anak anak masa kecik.. Banyak kes.. Ibu terpaksa membesarkan anak sendirian. Bapak ada pun macam bangkai. Tak guna sesen. Tak peduli anak anak. Bila dah tua.. anak dah membesar tanpa didikan agama yang cukup. Bapak pun perangai syaiton nirrojim.. Bila anak dah ada kehidupan sendiri benda tu jadi macam satu dendam lama yang tunggu masa nak membalas. Tu yang kadang2 berlaku kes mak bapak terabai di hari tua. Yer.. betul la walau macam mana pun.. Mak Ayah ni wajib kita jaga. Kalau kita derhaka tak cium bau syurga. Tapi tu la kesan dari membesar melihat perangai mak bapak tak bertanggungjawab.. anak anak pun rasa mereka pun tak perlu bertanggungjawab. Sebab manusia ni kita faham la.. Hati lebih menguasi akal. Nafsu lebih menguasi Iman.. Point dia tetap apa yang berlaku bukan dari kesalahan sebelah pihak je. Walau bukan semua kes mak bapak terabai tu tak jaga anak dengan baik. Tapi ada sesetengah kes.. kisah silam dia macam tu.

Yer.. aku dulu pun kadang2 suka judge juga dari cerita sebelah pihak.. tapi kalau dah lama hidup di media sosial patut dah faham permainan media sosial ni. Patut belajar banyak perkara bukan main share je tak tau hujung pangkal.

Kes Paklong tu.. Pada yang memviral kalau niat kau nak membantu, bantu je la. Perlu ke kau mengaibkan anak dia walau orang tak kenal anak dia pun. Yelah.. orang sekarang buat benda baik kena viralkan. Semua berlumba lumba nak jadi 'malaikat' media sosial kan. Tunjuk mereka dah melakukan satu kebaikkan tapi pada masa yang sama kebaikkan yang depa buat tu di sertakan dengan kisah yang mengaibkan orang lain. Itulah 'Malaikat' media sosial yang rasa mereka dah cukup baik.. spesis macam ni sama je poyo macam mamat2 ni >> VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? << hehehe

Apapun aku doakan buat Paklong, Family Paklong & anak paklong tu di limpahi rezeki yang berpanjangan supaya mereka dapat hidup dengan selesa. Semoga anak anak beliau akan sentiasa menjadi anak yang mengenang budi. Amin...

ENTRI BUAT CASHIER GUARDIAN SRI DAMANSARA KUALA LUMPUR

ENTRI BUAT CASHIER GUARDIAN SRI DAMANSARA KUALA LUMPUR. Aku ni memang suka membeli belah kosmetik & skincare kat guardian. Tak tau la aku rasa serasi sangat dengan guardian. Merata cawangan guardian area KL/Selangor ni aku dah singgah. Macam2 jenis pekerja/staff/salesgirl guardian aku jumpa. Bila berurusan dengan manusia ni kita sedia maklum la ada macam macam perangai.

Gambar Sekadar Hiasan

Ada kalau kat dalam Mall besar tempat orang ada - ada (orang kaya) shopping dia punya salesgirl kadang2 memang agak kerek muka depa. Tengok yang mana muka berkrim makeup ala2 retis atau nampak bawa handbag branded bayar pakai credit card maka layanan dia pun standard apa yang depa pakai la. Kalau kita ni pakai bawak handbag pun beli kat lazada.. brand pun tak nampak kadang2 dia tengok kita jeling2 je. Kita tanya pun kadang2 jawab nak tak nak. Kalau kat tempat terpencil sikit.. Dia tak mengkastakan pelanggan dia dia suka buat perangai macam amazon.. sembang kuat2.. Lepas tu malas nak layan customer. pepandai kau la nak cari barang even dia nampak kau tercari cari apa2 pun dia malas nak ambil tahu. Kau kena pergi hadap dia baru dia bagi pertolongan cemas katanya. hehehe

Tapi bukan semua.. Kebanyakkan staff2 guardian ok ok belaka. Semalam singgah kat guardian Sri Damansara lepas habis urusan kat hospital sungai buloh. Biasa la anak aku setiap 6 bulan ada check up perkembangan dia kat paedriatik. Topup barang2 keperluan seorang gadis cantik katanya.. Ok! Maaf kalau ada yang termuntah.Yang di beli shampoo si budak lala.. eyeliner untuk mak budak, foundation sponge yang dah rabak terpaksa tukar, hair serum yang dah kering terpaksa refill & lipgloss pink color seban macam tak serasi aku nak pakai lipstik merah ang ang. Pi mai pi mai aku cari lipgloss color jugak hahaha

Beli macam sikit jer rasa tu pun nak bayar dekat RM60. Tu pun aku skip beli mascara yang ada 2 fungsi untuk bulu mata & bulu kening sebab mascara aku banyak lagi. Kalau ambil RM100 jugak kena bayar. Tu baru singgah guardian belum singgah tempat lain. Oh duit! sesungguhnya nilai mu semakin kecil di zaman barang semakin mahal hahahaha

Perempuan tetap la perempuan nak2 lagi perempuan perasan cantik macam aku.. Dia punya membelek bermacam benda.. dia punya bertanya pasal produk tu ni lebih dari jumlah barang dia beli. Kejab aku tanya mascara la.. tanya tu tanya ni.. Sebab yang paling hampir dengan aku budak cashier tu.. so aku refer dengan dia la. Tapi aku kagum sangat dengan budak cashier Sri Damansara ni.. Orangnya free hair, kulit putih, muka berjerawat tapi dia punya PR memang bagus ok! Apa2 kita tanya kebanyakkan dia boleh jawab dengan baik. Pengetahuan dia pada setiap produk yang aku tanya pun not bad. Tone dia pun sangat jelas & sedap di dengar. Menusuk ke sanubari cara dia melayan & bercakap dengan customer. Bukan dengan aku je.. Malah aku tengok dengan customer lain pun sama jer. Orang nampak nampak memang sangat confident bila bercakap. Terkagum sekejab aku dengan cara & layanan dia. Apapun akak bagi 5 bintang kat awak tapi akak lupa nak tengok nametag awak nama apa hehehe.

Nak kerja kat tempat macam guardian ni bukan saja kena ramah, kena sentiasa senyum & kena sabar dengan kerenah pelanggan malah kena jugak tahu serba sedikit pasal barang2 yang di jual kat situ. At Least orang tak pandang rendah sangat dengan kerja salesgirl & cashier. Bila kau expert dalam kerja kau.. kau akan nampak macam educated ok walau kerja kau bagi sesetengah orang kerja biasa je.

Moral of the story... Zaman orang tak boleh hidup tanpa internet macam ni >> Kalau Anda Ada 5 Ciri ni, Awas! Jangan Berada Di Tempat Tiada Access Internet, mungkin anda akan jadi stress << Apapun yang kita buat berisiko jadi viral & orang perkatakan di media sosial. Jadi jagalah perangai.. Agar kalau jadi viral pun tentang perkara yang baik baik je. Manusia zaman sekarang bukan setakat internet je atas tapak tangan, dalam poket, dalam handbag tapi camera & video cam pun jugak sentiasa di usung sebab memang dah include dalam smartphone. hehehehe

TERKINI! CARA NAK BAGI AWARD KEPADA KAWAN BAIK ANDA DI FACEBOOK

TERKINI! CARA NAK BAGI AWARD KEPADA KAWAN BAIK ANDA DI FACEBOOK. Zaman dah berubah jadi cara berkawan pun berubah mengikut peredaran zaman. Kalau dulu istilah kawan adalah orang yang kita sentiasa jumpa, boleh berbual, sentiasa bersama.. lepas zaman kawan melalui pena. Ambil alamat kat majalah kemudian kirim surat.. lepas zaman tulis surat masuk ke era IT. Semua berkawan depan skrin je.. even lepak semeja pun tetap depa berinteraksi melalu media sosial. Seolah2 macam tak ada kat depan mata jugak.


Betapa zaman merubah segalanya. Kalau dulu cara nak menghargai seorang kawan ada yang karang puisi, sajak.. Ada budget sikit bagi hadiah atau tujukan lagi tapi zaman sekarang dah ada cara paling mudah untuk menghargai seorang kawan katanya. Dengan memberi Award melalui facebook. Tu dia.. lepas tu semua pemberian kita maya maya belaka. Tak ada lagi sesuatu berbentuk fizikal atau material yang boleh kita simpan untuk jadi kenangan.

Aku ni ada ke kawan baik selain family aku, suami & anak? Entah la aku sendiri pun tak sure sapa kawan baik aku.. Yang pasti masih ada kawan yang masih baik dengan aku kat alam maya ni. Sentiasa menyokong jatuh & bangunnya aku. Masih tetap menjadikan aku kawan walaupun kadang2 aku ni suka juga berperangai annoying. Terharu jugak dengan sokongan kawan2 yang macam tu. Cuma yang aku mampu ucap terima kasih jer..

Jadi pada sesiapa yang ada kawan baik atau kawan yang baik di facebook tak tau cara nak hargai mereka meh la kita pakat memberi mereka award ni mengikut kategori mereka yang korang tahu >> Cara Untuk Menghargai Kawan Baik Adalah Adalah Memberi Award Ni << Mesti kawan kawan anda terharu terima award ni percaya. Mesti persahabatan maya korang akan lebih happening. Tak caya try la.

Moral of the story.. Seorang kawan yang baik adalah seorang yang baik. Maka jadilah seorang yang baik, Insya Allah secara automatik anda akan menjadi seorang kawan yang baik. hehehehe

ANTARA BLOG YANG SUKA KECAM ORANG

ANTARA BLOG YANG SUKA KECAM ORANG. Tu dia... Kritik ke puji ke tak tau la kan. Katanya blog lekatlekit.com ni blog yang banyak tulis entri kecam orang sana sini. Dengar statement macam tu aku terbayang yang blog aku ni sangat bahaya. Seolah2 mengambarkan sesiapa sahaja di kecam dalam blog lekatlekit.com akan jadi viral di mana hidup mereka akan berubah 360 darjah. Mereka takkan berani lagi keluar rumah. Hidup mereka akan di selubungi ketakutan. hahahaha


Melampau sangat la kan imaginasi aku hanya kerana satu statement seseorang yang katanya dulu suka baca blog lekatlekit ni tapi sekarang dah tak suka sebab banyak kecam sana sini. Zaman blog lekatlekitgurl.blogspot.com memang aku akui.. entri2 aku banyak mengupas kupis & kopek dengan rakus & kejam isu2 semasa, dunia hiburan atau apa2 yang berlaku di media sosial. Memang aku tulis tanpa belas kasihan. Konsep aku sapa makan cili dia terasa pedas, kalau aku tak point sebiji2 nama atau muka sesapa. Kalau aku point seseorang tu maka tuju kat dia je la tapi selalu aku guna konsep mengecam secara umum. Orang kata kecam tapi sebenarnya menegur secara outspoken apa yang aku rasa tak patut berlaku.

Yup.. masa tu memang aku umpama sang singa yang sentiasa mencari mangsa je. Jangan dok bagi aku nampak benda pelik & jelik mesti aku kupas,kupis & kopek dengan lantang kat blog sampai ada yang rasa nak menangis bawah bantal. Tu dulu la... Zaman lekatlekit.com sekarang ni kelantangan tu rasanya makin kurang even tak hilang. Mustahil manusia mampu berubah secara drastik. Entri2 blog aku sekarang leih kepada review produk,cerita seram, isu semasa tu still ada, resepi & entri2 dari special 8share yang aku rasa best nak share kat blog. Sebab banyak sangat isu jadi aku tak tumpu pada konsep mengecam orang sangat la. Yelah.. aku kecam orang nampak yang orang kecam aku sapapun tak peduli. Kesian kan... Padahal aku ni antara manusia yang memang menjadi bahan kecaman orang cuma orang2 mengecam ni depa jenis buat cara sorok2. tup tup dengar je orang bagitau sipolan tu kemain mengumpat aku, kemain hasut orang suruh benci aku, kemain kutuk aku. Yang tu lagi bahaya. Macam virus.. tetiba mati je tak tau punca. Tapi macam biasa... sikit pun aku rasa tak mengugat kebahagian rumahtangga aku. Jadi telan & hadam biar dia jadi taik.. lepas tu buang kau akan rasa lega sangat. hahahaha

Orang nampak aku jahat sebab sikap aku yang suka bagi pandangan yang tak ada unsur2 kipas susah mati. Kau kawan ke lawan ke.. Kalau aku tak setuju samada aku tak join perbincangan dengan kau atau aku komen ikut apa yang aku rasa betul. Bukan aku kata aku sentiasa betul.. Maksudnya aku bagi pandangan mengikut apa yang aku setuju je. Kalau pandangan kau aku rasa tak setuju.. maka aku cakap tak setuju la. Nak suruh aku jadi hipokrit sangat kau dah kenapa? Kalau kau harap aku kawan dengan kau aku perlu setuju semua cara & pendapat kau la. Kirim salam tepi tepi je la.. Mimpi la kau harap aku akan puji kau sampai langit ke 7 setiap masa.

Cuma bezanya sekarang.. mungkin faktor usia semakin emas ni & faktor komitmen yang semakin bertambah. Banyak perkara yang aku nak kena fokus terutama anak aku yang masih perlu lebih perhatian dalam segala bab.. Maybe sebab tu kot aku semakin tak ada masa nak ikuti banyak sangat isu yang berlaku melibatkan manusia lain di media sosial. So mempengaruhi la penulisan aku di blog. Sebab konsep aku menulis apa yang aku tahu & suka. Apa yang kita suka ni boleh berubah sebab hati manusia ni hati yang boleh berubah. Tak mustahil dari blogger tetiba berubah jadi atlik sukan macam depa ni >> Inilah Atlit wanita Yang Ramai Orang Ingin Tengok Mereka Beraksi di Suka Olimpik 2016. Boleh tahan lawa jugak la << Jadi apa nak pelik tetiba nampak blog lekatlekit.com ni dulu kemain lancang kuning dia menulis sekarang dah jadi blog ala2 mak mak yang gilakan kecantikkan & masakan gitu. Padahal benda tu bukan baru sekarang aku suka.. Jadi tak mustahil kalau tetiba lepas ni Blog lekatlekit.com jadi blog sukan pulak, kan? Minat aku menulis ni boleh berubah bila2 masa jer... So kalau tetiba aku jadi blogger pengulas sukan pun aku rasa tak mustahil. hahahaha

Entri popular kat blog aku pun banyak pasal skincare. Bermakna orang baca blog aku bukan semata mata nak tengok sapa mangsa kecaman aku yang seterusnya la. Orang nak tahu jugak pasal produk kecantikan selain cerita seram. So sesapa rasa nak guna khidmat aku untuk review produk, meh email lekatlekitgurl@yahoo.com atau nak letak iklan dalam bentuk banner pun boleh

Aku cuma manusia.. Yang mungkin berubah bersama masa. Aku cuma manusia yang mustahil sempurna. Aku cuma manusia yang ada keinginan untuk jadi yang baik, terbaik & paling baik.. Cuma manusia ni kadang2 susah nak control nafsu jadi kesempurnaan sebagai manusia tu bukan senang untuk di miliki. Yang penting kita ada niat & usaha kearah itu, Insya Allah.. Allah akan sedia memberi kita petunjuk & hidayah.

P/S : Maaf ni bukan entri drama airmata bagai.. Entri sekadar bercerita.Kalau orang lain boleh cerita pasal diri dia kat blog kenapa tetiba aku tak boleh & nampak annoying kan? Apa ingat dalam hati aku tak ada taman ke? hahahaha

SUDAHKAH ANDA LAKUKAN PERKARA NI SEPANJANG RAMADAN?

SUDAHKAH ANDA LAKUKAN PERKARA NI SEPANJANG RAMADAN? Sekejab je masa berlalu hari ni dah 10 ramadan. Dari segi masa, berpuasa sekarang memang tidak la mencabar sangat berbanding dulu. Dulu rasa masa macam panjang sangat sekarang alahai.. singkatnya masa sesingkat pemikiran manusia zaman sekarang. hikhikhik..


Sepanjang bulan puasa ni orang banyak cerita pasal juadah berbuka & bersahur, resepi kuih muih, resepi biskut raya, cerita pasal koleksi baju raya. Tu je paling meriah cerita dia sepanjang 10 ramadan ni. Almaklum la.. kita ni masuk je ramadan terus asyik fikir preparation nak raya je. Asal puasa je mesti fikir raya.

Sikit sangat la kita fikir pasal dosa pahala, pasal nak memperbaiki ibadat bagai apatah lagi fikir pasal 6 perkara ni walaupun perkara ni bukan perkara yang susah nak di laksanakan >> 6 Perkara Mudah Yang Orang Terlupa Atau Malas Nak Buat Sepanjang Ramadan << Almaklum la busy katanya. Banyak jemputan majlis berbuka puasa sana sini. Full pack dia punya jadual harian sampai dapur kat rumah pun tak sempat nak tinggalkan kesan tapak kaki. Balik rumah cari katil jer.

Jangan macam tu.. terutama blogger. Jangan kejar sangat jemputan berbuka puasa sepanjang ramadan ni. Tu tak termasuk lagi jemputan untuk mempromosikan baju raya dengan jenama retis bagai. Silap haribulan bulan puasa jadi lebih sibuk berbanding bulan bulan lain. Limit kan menerima jemputan tu. Luangkan masa di rumah nak2 lagi yang dah berkeluarga. Lebihkan masa bersama anak anak. Bulan puasa ni je kadang2 senang nak kumpul & makan sama sama. Tapi kalau bulan puasa pun dari Ahad ke Sabtu penuh dengan event tu ni.. Kesian mereka2 yang di rumah.

Kang ada pulak yang cakap aku ni jeles sebab tak dapat attend majlis2 macam tu.. Nak kata tak dapat tu rasanya aku tak pernah ambil peluang tu selama menjadi blogger. Buat masa ni lebih selesa berblog macam ni jer. Masing2 ada cara mereka. Ada yang suka present diri mereka di khalayak ramai ada yang suka privacy. Apapun berblog tiada syarat so itu semua pilihan masing masing.

Cuma tu la jangan berpada pada dalam buat sesuatu perkara sebab komitmen kita bukan hanya pada blog. Begitu juga yang menjadikan blog sebagai kerjaya & sumber pendapatan utama. Tetap perlu ada masa bersama keluarga.

Moral of the story.. Di bulan ramadan ni selain bulan merebut ganjaran pahala.. Bulan yang Allah ciptakan untuk mengeratkan silaturrahim & hubungan kekeluargaan jugak. Jadi jangan sia sia kan bulan penuh keberkataan ni dengan terlalu banyak masa berada di luar dengan program2 yang di anjurkan.

VIRAL! SCREENSHOT PRANK PALING BIADAP SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI

VIRAL! SCREENSHOT PRANK PALING BIADAP SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI. Pagi tadi terbaca satu screenshot yang tengah viral. Screenshot tu pada asalnya di kongsi dalam satu group rumahtangga. Nak tunjuk kat orang kononnya betapa baik & sweetnya laki dia la tapi penerimaan yang dia terima jadi sebaliknya. Takde orang nak puji perbuatan melampau dia kenakan laki dia macam tu. Semua mengeji tindakkan perempuan tu walau tak tahu siapa. Nasib baik orang tak tahu account media sosial kau kalau tak confirm bukan kau je dapat malu.. sekali laki kau pun kena jugak tau.


Niat mungkin saja nak menyakat suami dia tapi cara dia tu agak melampau. Silap haribulan boleh jadi janda kau! Rasanya gurauan macam ni tak perlu ada dalam rumahtangga. Laki mana tak menyirap kalau tetiba bini dia mengaku mengandung anak lelaki lain. 




Alkisahnya cik kak ni nak prank laki dia cerita la konon kenal sorang lelaki ni dalam 2 bulan. kemudian keluar pergi rumah jantan tu then terlanjur & mengandung. Konon nak bagitau orang walau dia bergurau macam tu sekalipun laki dia tetap boleh sabar & takde keluarkan kata kata kesat. Kononnya laki ni memang jenis laki yang baik tak pernah maki hamun dia walaupun kadang2 dia termaki laki sendiri. Laki kau memang baik cik kak tapi kesian dapat bini macam kau.



Aku pun jenis gurau kasar dengan laki aku tapi ada batasan. Bergurau dengan petik nama laki atau perempuan lain memang takkan ada dalam gurauan kami laki bini. Apatah lagi nak buat prank bodoh macam perempuan tu buat. Dalam rumahtangga tak patut ada lawak lawak jahanam macam tu cik Kak ooi. Sangat bahaya. Silap langkah talak 3 kau dapat. Kesabaran orang jangan uji sangat sebab sabar manusia ni ada limit.


Lawak2 macam tu memang tak sesuai. Benda ni berkaitan maruah seorang lelaki. Lelaki mana tak rasa tercabar kalau bini dia dok tidur dengan lelaki lain belakang dia. Ingat suami kita manusia bukan malaikat so jangan nak uji melampau lampau sangat. Banyak lagi cara untuk korang buat mengeratkan hubungan tu contoh macam buat benda ni >> Korang dah pernah buat benda ni dengan pasangan masing masing? << Bukan je mengeratkan hubungan malah boleh menyihatkan badan lagi. Lagi sweet dari dok prank laki mengandung anak orang lain. 

Moral of the story.. Bila orang rasa dia terlampau urban & open minded so apa yang depa buat dah tak fikir panjang. Mungkin depa rasa dengan tidur dengan lelaki lain even bersuami satu trend kot, so tak salah la benda tu boleh di jadikan bahan bergurau. Mohon pergi kursus pra perkahwinan sekali lagi la cik kak Ooi!

TERBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA HANYA DENGAN 8 SOALAN NI

TERBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA HANYA DENGAN 8 SOALAN NI. Ramai orang takkan mengaku dia kawan jenis makan kawan atau kawan yang tak baik. Semua rasa dia dah jadi terbaik untuk kawan dia. Bila tak di di peduli dia mula rasa tak di hargai sedangkan jarang orang nak sedar diri sebenarnya perangai dia sebagai seorang kawan pun bukan elok sangat dengan kawan kawan lain. Maka orang pun malas nak layan dia dengan baik.


Manusia mana yang perfect ye dak. Aku sendiri pun mengaku diri aku ada buruk jugak sebagai seorang kawan. Tapi kalau ada kawan yang boleh terima perangai buruk kita tu syukur la kan. Kalau yang tak boleh terima kita tak boleh paksa. Orang nak suka atau tak.. Tu hak dia la kan. Dalam hidup ni mustahil la kita mampu buat diri kita di sukai semua orang. Kalau kita pun ada orang yang kita tak suka apatah lagi orang lain. Mungkin kita salah seorang orang dia tak suka.. tak boleh nak buat apa la kan.

Sebagai manusia yang kadang2 kita tergolongan dalam golongan tak sedar diri jugak.. Dok sentiasa rasa diri dah cukup baik pada kawan kawan kadang2 boleh buat kita tak nampak kesalahan & keburukkan kita yang buat orang benci kita. Kena ada orang atau sesuatu yang menyedarkan kita. Ingat senang ke nak cari seseorang yang mampu buat kita sedar diri yang kita tu buruk perangai. Kebanyakkan dari kita memang susah nak mengaku perangai kita buruk, ye dak?? Alah.. tak payah nak menidakkan sangat la.. Memang kebanyakkan kita ada perangai macam tu.

Jadi kalau nak harap manusia tegur kadang2 kita tak boleh terima teguran sesama manusia ni. Almaklum la spesis manusia ni memang ada ego tersendiri. Kalau yang ego high level sampai ke langit tujuh tu lagi la susah nak tegur. Jadi untuk tidak buat kita terus hanyut dalam anggapan sendiri yang konon kita dah cukup baik dengan kawan kawan, elok la tengok kat sini macam mana 8 soalan ni mampu membongkar segala perangai buruk & baik kita terhadap seorang kawan >> 8 Soalan ni mampu membongkar perangai sebenar anda pada seorang kawan <<

Sekarang dah tau sebenarnya perangai korang tu macam mana? Kalau sedar bagus la. Ternyata anda dah mampu berpijak di bumi yang nyata bukan lagi terawang awang dengan persepsi sendiri terhadap diri sendiri. Apa yang buruk tu berusaha perbaiki & yang baik tu kekalkan. Insya Allah bila masing2 sedar diri buruk & baik kat mana.. Tak ada persengketaan yang akan berlaku.

INI YANG PERLU ANDA BUAT PADA KERETA ANDA MENJELANG 2016

INI YANG PERLU ANDA BUAT PADA KERETA ANDA MENJELANG 2016Tak kira lelaki atau perempuan ramai dah miliki kereta sendiri sekarang ni cuma aku rakyat malaysia yang masih setia dengan kereta remote control je. Kereta kena pegang stereng ni aku belum cukup matang untuk miliki katanya. Almaklum la.. bawah 18 tahun mana boleh apply lesen kereta kan. hahahaha... statement minta kena cubit beramai ramai.


Tapi kesian jugak la kan masuk 2016 semua dah naik termasuk kos maintenance kereta. Nak tak nak terpaksa hadap.. cukup tak cukup terpaksa bayar untuk memastikan kereta tu sentiasa boleh bergerak bila di perlukan. Kita memang dah takde pilihan selain hadap. Macam2 tips orang bagi untuk pastikan kita dalam jimat kos untuk kereta ada yang effective ada yang sebenarnya takde apa2 kesan pun.

Semua orang rasa apa yang anda rasa sekarang. tapi masih ada cara macam mana anda nak pastikan kereta anda tak selalu sangat minta di belai dengan duit. Dan anda kena lakukan perkara ni bila dah masuk tahun 2016. Dah tak boleh sambil lewa lagi nak buat benda ni. Kena buat secara consistent. Nak tau apa yang anda kena buat pada kereta anda bermula dari sekarang meh baca kat sini >> 6 Cara Anda Kena Mula Partikkan Pada Kereta Anda Mulai Sekarang <<

Jangan malas.. jangan tunggu2.. jangan bagi banyak alasan sebab setiap hari harga barang semua semakin naik tak ada yang turun kecuali hujan. Jadi buat persediaan awal supaya anda tak perlu keluar kos yang banyak bila kereta meragam.

GHAIRAHKAN PERCUTIAN DENGAN 'BARANG BAIK PUNYA' NI

GHAIRAHKAN PERCUTIAN DENGAN 'BARANG BAIK PUNYA' NI. Tu dia.. Barang baik apa tu. Jeng jeng sangat tau tajuk entri ni. Barang baik ni bukan sebarangan barang tau.. Kalau nak pergi bercuti ada 'Barang Baik Punya' ni confirm nikmat percutian anda akan jadi lebih berganda. Keghairahan bercuti mungkin melonjak ke level yang lebih tinggi dari biasa. Jadi jangan lepaskan peluang membongkar apakah barang baik punya yang aku maksudkan ni.


Nak pergi holiday .. Sudah pastinya kita nak semua barang yang di bawa berfungsi sepanjang kita bercuti. Gamaknya kalau ada poket doremon.. Orang nak bawa poket doremon je sebab senang. Semua ada dalam tu. Kalau tertinggal barang pun.. keluarkan pintu ajaib balik je kerumah ambil. Tapi Doremon tu wujud cuma dalam imaginasi pereka dia je. Mana ada dalam realiti kehidupan kita ni.

Tapi ada satu barang 'baik punya' ni yang mempunyai banyak fungsi ketika anda bercuti. Memang bermanafaat jugak la dia sepanjang percutian anda sebab dia bukan buat satu kerja malah boleh buat macam2 kerja untuk anda. Walaupun kecanggihan dia tak sampai tahap doremon tapi sipi sipi doremon tu ada la sebab ia berkaitan teknologi jugak. Senang di bawa kemana mana tanpa ada masalah.

Ni kalau sesapa ada 'barang baik punya' ni confirm rasa nak bercuti sepanjang tahun. Jadi kalau korang nak tahu apa benda 'Barang Baik Punya' ni.. Baik ke tidak dari sudut penilaian anda meh tengok kat sini >> Inilah 'Barang Baik Punya' Yang Memudahkan Percutian Anda << Kalau dapat seketul ni pun best. Tapi macam biasa la..Barang baik bukan semua mampu milik. Hahahaha

Moral of the story.. Nak barang baik kau pun kena usaha yang lebih baik. Kalau usaha kau pun ala kadar maka yang dapat pun ala kadar. Barang baik pun kadang2 jadi kemudaratan balik kalau guna cara tak betul. Walaupun barang baik ni katanya memudahkan anda dalam banyak perkara ketika bercuti tapi kalau terlebih guna mungkin percutian anda jadi percutian 'Najwa Latif je.. kenapa najwa latif sebab najwa latif je nyanyi lagu ada lirik.. kosong..kosong..kosong... hahahaha

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA. amboi tajuk entri macam tajuk novel seram jer kan.. Padahal penulisan blog aku ni cukup tak formal. Ala2 mesyuarat makcik2 bawah pokok membincangkan isu anak si Tijah nak berkahwin tiba2 jer.. hahahaha. Biasa la tajuk blog melekit kena berkonsepkan ala2 seram gitu. Walau cerita atau review filem seram bercuti buat seketika waktu. Tunggu Lazada hantar DVD player jab yer.. Nanti kita pergi memancing hantu.


Ingat entri semalam Misteri kehilangan tanpa tanda, Ghaib Di alam Nyata.. Kalau terlepas baca satgi hangpa pi la baca. Tak sampai 24jam.. Misteri tu terungkai apabila malam menjelma ketika aku mengangkat bantal2 untuk mempersiapkan diri tidur... Bertaburan organ dalaman dia atas lantai. Ku kutip satu persatu lalu ku cantum semula menjadi sempurna. Ku cucuk wayar menyambung nyawa yang mati seketika siang tadi.. Ku cuba CPR sehingga dia hidup semula. Maka berkhidmat semulalah Galaxy Y untuk tuannya...

Kempunan la nak merasa enpon baru. Baru dok bincang2 dengan asben aku semalam nak pergi ambil simcard kat Maxis center.. Ada rezeki nak cari enpon baru bagai.. Dah dia pulang kepangkal jalan. Betul la kan.. kejadian ni betul2 macam aku dok cakap dalam entri2 sebelum ni. Kadang2 Allah hilangkan sesuatu.. Bila kita dah tak mencari lagi tetiba dia muncul semula. Sama je macam kes2 ni >> Kejadian Yang Tak Di Sangka Yang Benar Benar Buat Orang Rasa Syukur Sangat. Mesti Korang Pernah Alami Perkara ni  <<

Memang awal2 aku sedar hilang tu aku cari jugak. Aku dah cari bawah katil, atas katil semua tak jumpa. Tak tau terselit celah bantal. Lepas dah tak jumpa aku redha jer la.. Anggap bukan rezeki aku la. So, aku tak cari lagi. Just fikir nak ambil balik simcard je. Bila kita tenang jer... senang je benda tu muncul semula tak payah cari cari lagi. hahahaha

Lepas ni kalau hilang buat rilex sudah.. enpon aku ni zaman pra sejarah maybe ada saka yang jaga. Hilang kang pandai2 dia cari Tuan dia balik. hahahaha. Apapun.. Alhamdulillah. Budget yang konon nak beli enpon baru boleh la di manafaatkan kat Guardian ker.. The store ke.. hahaha.

INI SEBAB ORANG JUJUR BUKAN KAWAN YANG BAIK

INI SEBAB ORANG JUJUR BUKAN KAWAN YANG BAIK. Nak cari kawan carilah kawan yang tak jujur sangat. Boleh menipu sunat, menipu besar & kalau boleh cari yang paling Win menipu lagi bagus. Kalau yang jujur ni kebanyakkan menyakitkan hati. Tak reti bermulut manis langsung. Apa dia rasa dia cakap jer.. Tak reti langsung nak bodek atau kipas supaya kita rasa kembang semangkuk. Memang menyakitkan hati kawan yang terlampau jujur ni, kan?

Biasa la kawan baik je boleh gelakkan kawan sendiri kan.. Kalau kawan tak baik gelak mau jadi gaduh

Kalau yang pandai menipu.. Tak kira la kau makeup macam mak lampir sekalipun tetap dia puji kau sampai langit ke tujuh. Dia sanggup biarkan orang gelakkan muka kau yang macam hantu kak limah dari bagitau perkara yang sebenar. Apatah lagi kalau kau buat perkara yang tak betul.. Insya Allah akan betul semua pada mulut dia. Tapi pada akal & hati dia belum tentu dia setuju dengan hangpa. Silap2 belakang bukan takam tikam, cincang lumat terus. Dia kutuk kaw kaw punya. Tanpa belas kasihan terus. Tapi di sebabkan dia sentiasa gud gud depan hangpa.. Hangpa pun rasa dialah kawan paling memahami maka susah sikit la hangpa nak detect kecurangan seorang kawan di belakang hangpa. Depan apa hangpa buat semua takde salah.. Belakang 1 novel dia karang buruk hangpa.

Tapi hakikatnya.. Orang lebih selesa berkawan dengan orang yang sentiasa sependapat, sentiasa puji, sentiasa sokong dia jer.. Sekali kau tak sependapat dengan dia, selamanya dia isytihar musuh. Padahal.. dalam banyak2 perkara cuma 1 je dia bercanggah pendapat dengan hangpa. Terus label dia bukan kawan baik.

Kesimpulannya spesis yang tak boleh terima perbezaan pendapat ni kena kawan dengan orang2 yang suka menipu & tak jujur je. Kalau jujur sangat dia mudah sentap. Dia cuma nak dengar yang puji2 & sokong2 je dari kawan2 dia. Yang tak sependapat tu tak layak geng dengan dia walau kau dah berkawan dengan dia sejak kecil sejak dari zaman ni lagi >> 17 Perkara Yang Kanak Kanak Zaman 80an & 90an Pernah Buat << tetap dia boleh reject kau hanya sekali kau tak sependapat dengan dia.

Moral of the story.. Aku kawan dengan sesiapa pun kat alam maya ni kalau nak bagi komen & pendapat jarang sangat la komen yang jenis menjaga hati ni. Komen aku tak kira sokong ke tak sokong, aku komen berdasarkan pendapat aku sendiri. Atau kalau aku rasa orang tu macam jenis otak jenis terkongkong sikit, aku malas nak komen atau tengok langsung dah post dia. Sebab kalau aku nampak, takut terkomen yang tak sependapat tacing sampai ke tulang rusuk pulak.

AWAS! QARIN MODEN YANG BERDAMPING DENGAN KITA BUKAN LAGI JIN

AWAS! QARIN MODEN YANG BERDAMPING DENGAN KITA BUKAN LAGI JIN. Qarin.. hangpa tau ka apa tu Qarin? Ok ok.. bagi yang masih tak tau apa tu qarin meh la aku bagi info sikit tentang Qarin. Qarin adalah jin yang berdamping dengan manusia macam kembar. Setiap manusia yang lahir ke dunia ada qarin sendiri. Qarin ni ada kafir & Islam.. Yang kafir macam biasa la akan mendorong kita buat benda2 tak baik & Islam mengajak kita membuat kebaikkan.


Tapi Qarin versi digital yang aku nak cerita ni Qarin Zaman moden. Dia tak lahir bersama manusia tapi kebanyakkan generasi baru sekarang lahir2 je memang dah kenal Qarin ni. Budak sekarang seawal 1 hari pun dah di dedahkan dengan Qarin berteknologi tinggi ni. Jadi dia membesar pun bersama Qarin versi digital ni. Qarin ni pun membawa 2 perkara jugak. Kalau salah guna jadi keburukkan.. kalau di gunakan dengan betul dapat la manafaat. Qarin ni jugak sekarang ni banyak menjadi punca penceraian. Bukan punca penceraian je malah melalui Qarin jugak melahirkan ramai penipu,penyamar & pemfitnah. Besar impak Qarin versi digital ni.. Pendek kata Qarin ni jugak banyak merosakkan hubungan antara manusia.

Qarin versi digital ni ada macam jenis.. samsung.. iPhone.. lenovo..bla.. bla.. dot com. Banyak sangat bangsa dia tak tertulis aku dalam entri ni. Bukan je banyak jenama tak kurang jugak dalam pelbagai bentuk & rupa paras begitu jugak dengan harga. Ni bukan jenis Qarin yang include masa lahir ok! Ni Qarin yang di jual di kedai2 gadget elektronik. Qarin buatan manusia. hahahhaha

Itulah Qarin versi digital yang buat manusia tak boleh berenggang dengannya. Dari celik mata sampai tutup mata melekat je kat tangan macam kembar siam. 24/7 tak pernah berpisah.

Beli mahal kadang2 kita rasa sakit hati jugak dengan kewujudan dia dalam hidup kita. Rasa macam nak musnahkan tapi sayang. Cuma bukan semua orang jenis sayang Gadget Qarin ni.. Ada jugak yang lebih sayangkan hubungan yang terjalin jadi depa ambil keputusan memusnahkan Qarin Smartphone dengan cara yang kita sendiri tak sanggup nak buat. Inilah cara paling kejam pernah aku tengok. Kalau korang nak tau caranya meh tengok kat sini >> 10 cara memusnahkan telefon anda tanpa ada rasa menyesal kemudian hari <<

Moral of the story.. Memang tak banyak beza antara Qarin & gadget2 sekarang. sebab tu aku gelarkan dia sebagai Qarin. Apapun tak semua Qarin tu membawa kejahatan macam tu jugak dengan smartphone kita cuma yang menentukan baik atau buruk cara kita gunakannya.

MONA FANDEY ISTERI YANG SETIA & SENTIASA JAGA SOLAT

Kisah mona fandey yang biasa kita dengar adalah kisah kejam pasal pembunuhan seorang ahli politik, kisah2 mistik & seram berkaitan penglibatannya dalam ilmu hitam.. Jarang kita dengar orang cerita pasal kebaikkan seorang yang di katakan memiliki senyuman yang menyeramkan ni. Sepanjang kes dia dulu.. gambar2 yang terpampang di surat khabar atau television waktu tu.. kebanyakkan gambar dia tersenyum. Tak pernah ada kes dia maki wartawan ke, sepak cameraman ke.. Dia sentiasa senyum bila lensa di halakan pada dia.


Aku sendiri pun tak pernah tahu kisah ni yang di ceritakan sendiri seorang warden penjara wanita kajang yang waktu tu di tugaskan menjada Mona Fandey.. Menurut ceritanya Mona fandey seorang yang sangat peramah, menjaga solat 5 waktu & rajin mengaji malah menjadi kawan baiknya di penjara sebab Mona Fandey seorang yang suka bercerita tapi cerita dia takde yang memburukkan orang lain. Lebih kepada berkongsi kisah kehidupan peribadi dia jer..

Yang kita tak tahu sebenarnya Mona Fandey pernah di dapati tidak bersalah kerana pembunuhan itu di lakukan oleh suspek pertama & kedua iatu suaminya affandi & pembantunya. Dia boleh di bebaskan tapi dia memutuskan jika suaminya tidak di bebaskan dia jugak tidak mahu di bebaskan. Dia rela mati di tali gantung bersama suaminya. Dia mengorbankan peluang di bebaskan untuk bersama suaminya. Warden penjara yang berkongsi cerita tu katanya sepanjang dia menjaga mona fandey tiada langsung kejadian mistik atau seram macam di canangkan pihak media berlaku. Malah saat kematiannya juga.. Jenazahnya dalam keadaan sempurna & senang di uruskan.

Bekas suami Mona Fandey jugak tak percaya Mona akan membunuh orang dengan kejam.. sebab katanya nak siang ikan pun dia menangis sebab kesian. Malah sepanjang perbicaraan bekas suami & anak anak mona Fandey sentiasa hadir di mahkamah memberi sokongan. Malah anak2 mona fandey jugak sentiasa menyokong ibunya kerana bagi mereka, mereka lebih mengenali siapa ibu mereka.

Itulah sisi baik seorang yang di panggil Mona Fandey yang tak pernah didedahkan & setelah 21 tahun kes tu berlalu baru di ceritakan. Kesian kan.. 21 tahun kita di momokkan dengan kisah seram, kisah kejam, kisah mistik yang mengaibkan seseorang yang dah meninggal dunia sedangkan apa yang berlaku sebaliknya.

Moral of the story.. Sejahat jahat manusia.. selagi dia bernama manusia pasti ada sisi baik yang mungkin kita yang orang pandang baik sangat pun tak mampu buat seperti yang dia buat. Muhasabah diri.. Belajar dari kesilapan. teguran ni untuk diri aku sendiri jugak.

Artikel penuh boleh baca kat sini >> Mona Fandey Pembunuh Kejam? - Maaf, Anda Salah, Baca Pendedahan Dari Sarjan Azizah Ini

BUDAK PENGHANTAR @ RUNNER PALING POPULAR DI MALAYSIA

Lepas ni aku rasa mesti ramai mat mat rempit dapat hidayah untuk bekerja sebagai seorang runner sebabnya sejak menjadi viral kisah seorang runner yang mengambil upah menghantar barangan orang dengan upah ikut ikhlas orang nak bagi. Memang bukan semua orang mampu buat macam tu. Normally orang caj ikut kilometer paling tak ada rate tertentu. Gamaknya kalau orang bagi RM2 pun dia hantar jugak.

Sebab service dia yang cekap & amanah ramai yang mula guna khidmat dia termasuk artis lagend Fauziah Ahmad daud. Ramai kot kenal Ogy Ahmad Daud ni.. kalau dia jadi juri rancangan realiti tv confirm kritikan dia pedas2 belaka. Orangnya pun garang. Ternampak dia post pasal runner yang semakin popular ni.






















Tu la kan orang kata bila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas kita tak perlu mencanang keikhlasan kita orang sendiri boleh nampak & nilaikan. Mungkin sebab keikhlasan & sikap jujur dia buat kerja.. Ganjaran yang mungkin dia sendiri tidak pernah sangka akan dapat menjadi rezeki dia hari ni. Tiba tiba jer dia jadi popular.

Kalau korang nak baca kisah Runner popular ni korang boleh baca kisah hidup dia yang mungkin menjadi inspirasi & motivasi kepada kita kat sini >> Kisah Ahmad Faizal, 'Runner' Yang Terima Upah Seikhlas Hati Tanpa Paksaan <<

Moral of the story.. Nak buat perkara baik ni tak perlu muka ensem, badan sado popular seantero alam maya atau luar alam maya.. Cukuplah di hati kita tersemat satu sifat jujur & ikhlas melakukannya.. Insya Allah kecantikkan dari dalam tu akan terpancar di wajah & perwatakkan kita. Orang tengok muka pun tak menyampah. hehehehe. Ok lepas ni aku nak jadi baik macam dia... Peace!


BERKHAYAL BUAT KITA LEBIH KREATIF

Berkhayalan ni kategori berangan la jugak. Benda yang paling best buat.. Aku dulu suka jugak berangan/berkhayal ni sebab masa zaman muda rumaja aku suka mengarang cerpen, puisi bagai. So salah satu cara nak mendatangkan ilham adalah dengan cara berangan. Aku dulu suka berangan kalau travel jauh2 sebab aku tak payah drive tapi sekarang jangankan nak berangan nak mimpi pun rasa macam tak sempat.

Sumber Google

Sebenarnya orang suka berkhayal @ berangan ni bukan semua spesis mat jenin @ minah jenab yer.. Setiap perkara tu ada baik & buruknya termasuk la berangan. Antara kebaikan berangan ni adalah mampu meningkatkan kreativiti. Tu aku memang setuju sebab berangan ni kadang2 mencetuskan idea yang best nak2 lagi untuk seorang penulis. Tapi tulis blog macam tak berapa sesuai pulak.. tulis novel,cerpen, skirp drama @ filem memang sesuai untuk orang suka berangan.

Selain boleh tingkatkan kreativiti berangan @ berkhayal ni boleh gembirakan hati. Ni pun aku setuju.. Bila sedih try berangan sesuatu yang best Insya Allah even cuma khayalan mampu buat kita rasa happy. Sebab apa aku cakap, sebab aku pun pernah buat. hahahaha. Berkhayalan jugak di katakan boleh menajamkan ingatan. Yelah.. otak asyik bekerja so takde la berkarat sangat. Otak orang suka berangan ni kategori otak yang rajin bekerja kerana sentiasa berfikir.

Selebihnya nak tahu kebaikkan berkhayal ni korang baca sendiri la kat sini >> Mengelamun Baik Untuk Anda? Bagaimana?

Moral of the story... Berangan @ berkhayal ni memang bagus kalau tak di lakukan 24 jam sehari. Tapi kalau 24 jam berangan jer.. kerja apa pun tak jalan memang la tak lama kau yang selamat jalan. hehehehe



BERGOSIP BAIK UNTUK OTAK & MEMANJANGKAN UMUR

Biasanya orang selalu kaitkan gosip dengan sesuatu benda yang negatif tapi ada jugak orang rajin mengkaji kebaikan bergosip terhadap kesihatan manusia. Bukan la aku nak menggalakkan orang bergosip tapi sekadar share info menarik yang aku baca. Masing2 dah besar.. dah reti kot nak nilai baik buruk sesuatu perkara.

Sumber Google

Yang aku baca Gosip katanya baik untuk kesihatan & otak sebab bila bergosip kita lebih akrab dengan kawan sepegosipan, boleh belajar menerima maklumat penting dari orang yang kita percaya & mampu memanjangkan umur. Semua ini adalah kemampuan komunikasi yang vital yang boleh mencegah manusia untuk mati cepat.

Juga di katakan boleh membuatkan manusia tu jadi bahagia bila bergosip sebab manusia katanya perlu jaringan sosial untuk rasa bahagia. Selain tu boleh meningkatkan komunikasi.. yelah.. gosip memang perlukan komunikasi mana boleh sampai dari hati ke hati je kan.

Hasil kajian tu aku tak nak komen la baik atau tak.. Sebab aku pun manusia tak lepas dari bergosip. Mengaku siap2 sebelum kena maki #MakKauHijau katanya. hahahaha tapi apapun perbuatan hendaklah berpada pada & bersederhana. Benda yang baik pun kalau di lakukan secara berlebihan boleh menjadi kemudaratan.

Moral of the story... erkk.. apa gosip kita hari ni. Meh la kita bergosip untuk kesihatan otak & panjang umur. hehehhehehe

 Sumber : Gosip Meningkatkan Kesihatan Manusia 

RAHSIA KETAWA YANG TAK SEMUA ORANG TAHU

Yang kita tau ketawa bila rasa seronok, lucu & kadang2 gelak sebab nak tutup malu & sedih pun ada tapi tanpa kita sedar sebenarnya ketawa ni ada rahsia lain. Rahsia tersembunyi di sebalik ketawa ni sebenarnya banyak.. tapi meh la kita cerita salah satu rahsia yang paling mengejutkan ni (mengejutkan la sangat)... hehehehhee


Korang rasa mana lebih penat? Ketawa atau kayuh basikal? Memang la banyak ketawa pun penat jugak kan.. tapi kalau orang suruh pilih senaman mana korang rasa nak buat.. samada ketawa atau berbasikal rasanya lagi ramai pilih ketawa..

Itulah rahsia ketawa yang masih ramai tak tahu. ketawa 100 kali bersamaan 15 minit senam berbasikal. Ketawa dapat meningkatkan kadar jantung dan menggunakan banyak otot dimuka, perut dan diafragma. Jadi kalau malas nak bersenam sila rajin ketawa yer... kekeke

Moral of the story even ketawa banyak kebaikkan dari sudut kesihatan tapi kalau ketawa tak semena mena tu dah tanda2 awal penyakit mental. Jadi nak ketawa bila kena pada keadaan semasa jer.. Ketawa banyak pun tak elok jugak. Jadi berpada pada dalam ketawa. kekekeke

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com