Showing posts with label keju. Show all posts

INI SEBAB ANDA TAK PERLU BELI CHEESY WEDGES KFC LAGI

INI SEBAB ANDA TAK PERLU BELI CHEESY WEDGES KFC LAGI. Sapa yang suka makan cheesy wedges? Aku suka jugak.. Selalu kalau makan kat KFC la.. yelah orang tak berapa ada ada setakat KFC je la mampu makan katanya. Hahahaha... Tapi bukan la tiap - tiap minggu pun makan kat KFC. Muak beb kalau makan tiap tiap minggu melainkan laki aku je tak reti jemu makan ayam. Sekarang ni je kurang sikit dia beli KFC tu.. kalau dulu rasa macam nak menangis bila terpaksa makan kfc seminggu lebih dari sekali. hahahaha


Kalau korang suka makan cheesy wedges lepas baca ni entri korang dah tak perlu beli kat KFC lagi. Aku nak share resepi paling senang di muka bumi ni untuk buat sendiri cheesy wedges ni. Kau makan la sampai muntah keju katanya.. Kos nak buat sendiri of course la lebih jimat kalau di masak dalam jumlah yang banyak. Maybe untuk jamuan hari jadi kecil kecilan kat rumah ker kan.. Atau korang nak buat sebagai jualan untuk tambah sumber pendapatan sampingan pun boleh.

Kat sini untuk memudahkan korang nak buat sendiri cheesy wedges aku share tutorial melalui video kat bawah & kalau nak ambil resepi bertulis boleh ambil kat sini >> [VIDEO] Resipi Cheesy Wedges <<


Senang kan nak buat cheesy wedges sendiri? Kata kunci dia cuma RAJIN je semua pun boleh jadi ye dak? Kalau malas jangankan nak buat cheesy wedges, nak goreng telur mata pun memang tak terbuat punya. hehehehe. Apapun selamat mencuba resepi mudah ni..

STATUS KEHALALAN HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

STATUS KEHALALAN HOKKAIDO BAKED CHEESE TART. Baru baru ni katanya jadi viral pasal Cheese tart ni. Konon ramai sanggup berbaris panjang untuk merasai sendiri keenakkan cheese tart yang jadi viral ni sendiri. Almaklum la.. Kadang2 yang viral ni bukan semua sedap. Boleh jadi indah khabar dari rupa je kan.. Sebab orang sekarang dia tahu dengan viral boleh menaikkan sales dia so dia akan guna strategi untuk memviralkan produk mereka.


Cheese tart ni katanya Tart ini yang padat dengan inti keju cair yang melekat lekit dan diperbuat daripada pastri mentega rangup adalah snek yang sempurna dan sesuai untuk seisi keluarga. Amboi dia punya description tu saja je tau boleh orang meleleh air liur. Tapi awas! Bahaya tau makan cheese tart ni sebab kalau makan satu.. confirm korang nak makan lagi. hahahaha...

Nak menikmati cheese tart ni pun ada cara dia jugak.. Cheese tart sebenarnya lebih sedap di makan ketika masih panas, dalam suhu suam, sejuk & beku.. Pendek kata dalam semua keadaan pun sedap la. Tapi kebanyakkan orang suka makan ketika masih panas atau dalam suhu suam2 macam tu.Dah tu sebaik masuk mulut je cheese dia akan mencair & meleleh2 & anda dapat merasai keenakkannya sampai ke tekak ok!


Cheese tart yang jadi viral baru baru ni adalah di Hokkaido Baked Cheese Tart.. erkk.. nama pun tak berapa Islamik & kemelayuan ni halal ke tidak? Tapi ramai je orang dok makan. Benda ni mesti ramai yang tertanya tanya kan.. Tak berani nak cakap la tapi kalau korang nak tahu boleh check kat sini >> Halalkah Cheese Tart Yang Jadi Viral ni? << Bila dah tahu status kehalalannya baru boleh decide nak makan atau tak, kan?

Penting tau kita menyemak status kehalalan sesuatu premis makanan yang bukan Islam ni.. Jangan sebab Viral & sedap main makan je tak pandang kiri kanan depan belakang dah. Tup tup keluar kenyataan tak halal masing2 mula rasa menyesal sebab dah termakan. Dah jadi darah daging pun.

INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED

INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED. Apa benda yang dah expired korang selalu makan? Kalau aku roti la.. Selagi tak tumbuh cendawan lepas tarikh luput sehari dua tu aku belasah je lagi. Setakat ni takde la cirit birit atau keracunan makanan ke hapa. Roti ni salah satu sebab expired dia pendek adalah kerana dia jenis tak tahan lama. Tapi selagi dia masih dalam keadaan baik,rasa pun masih sama.. Memang masih boleh di makan.


Tapi kalau darurat rasanya bercendawan pun orang makan jugak. Nama pun darurat kan.. Sebenarnya banyak benda yang kita boleh makan walau dah lepas tarikh luput @ expired date. Kena tulis jugak dalam bahasa omputih sebab almaklum la.. Kadang2 ada orang certain2 benda dia memang tak faham bila tulis bahasa melayu walau first language dia melayu je. Dah biasa sebut expired date tetiba orang cakap tarikh luput.. Ting tong kejab dia jadinya. Jadi untuk bagi semua orang faham maka aku kawen campurkan bahasa dalam blog ni macam sembang santai kat cafe. hahaha

Alamak.. terkonar baring pulak. Berbalik kepada kisah benda yang masih boleh di makan walau dah expired yang selama ni kita tak tahu & mungkin kita terkejut sebab selama ni tak pernah tahu benda2 ni still boleh makan kalau masih dalam keadaan baik even expired date dia dah lepas. Mesti rasa nyesal giler kan kalau pernah terbuang benda2 ni bila check dah expired.. Takpe barang yang lepas jangan di kenang nak nak lagi yang dah kena buang. Tak payah nak kutip balik. hahahaha

Untuk tidak buat korang sakit hati dengan lebih lanjut baca blog lekatlekit.com ni.. Yang Mukadimah dia pun dah boleh cerpen sementara nak sampai ke point penting. Jadi marilah den bongkarkan apa benda yang masih boleh makan walau melepasi tarikh luput.. sila la baca senarainya kat sini >> 11 Benda Ni Masih Boleh di Makan Walau Dah Melepasi Tarikh Luput. So Jangan Buang <<

Nampaknya benda2 yang di senaraikan ni kebanyakkan ada stok dalam rumah aku. So, boleh la buat rilex2 kalau masih elok. Tak payah la terkebil2 setiap kali nak makan kena check expired date. Dah la kadang2 susah nak cari kat packaging dia. Almaklum la.. makin tua penglihatan pun semakin mengecil katanya. Kembang kuncup biji mata nak baca tarikh luput.

Moral of the story.. Bagus info info macam ni kita sebarkan untuk di kongsikan dengan mereka yang tak tahu. Jadi kalau korang rasa artikel ni menarik sila share. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com