Showing posts with label nugget ayam. Show all posts

RESEPI NUGGET AYAM PALING MUDAH

RESEPI NUGGET AYAM PALING MUDAH. Hamboi!!! lama na.. Takdak segmen dapur lekatlekit ni. Update blog pun dah tak daily macam dulu. Masak pun macam tu. Kadang kadang tapau je sebungkus untuk makan sorang. Kadang masak je apa yang ada kat rumah. So jangan tanya la pasai pa 4 bulan lepas beranak boleh dapat berat 39kg. Turun dalam 8kg jugak la. Tanpa supplement, produk kurus.. Senam pun dak. Tapi memang aktif la dengan kerja kerja rumahtangga. Di tambah dengan ada baby ni pepaham je la. Malam berapa kali kena bangun bagi susu. Tu antara faktor jugak la berat turun tapi Insya Allah bahagia je.

Sesekali masuk dapur tu ada la menu menu nya. Kalau menu biasa biasa yang dah pernah share resepi kat blog ni takkan la nak update 2 kali. Of course la menu yang baru pertama kali cuba & menjadi saja akan di share dengan hangpa macam resepi nugget ayam ni.


Kisah dia nak buat bebola ayam.. Tapi Allahu.. tak jadi pulak bulat bulat & kenyal lepas rebus. Sebab bentuk dia gaya bebas macam popcorn chicken yang frozen kita beli kat luar.. Memula namakan dia popcorn chicken. Tapi bila makan rasa ala ala nugget ayam KFC pulak di tambah size dia agak besar berbanding popcorn chicken jadi rasanya layak la dia di namakan nugget ayam. Tu dia.. fasa nak bagi nama menu pun dah panjang cerita dia kan.

Ada yang minta resepi sebab katanya tengok gambar saya share kat FB nampak sedap. Bukan nampak memang sedap la. Sapa suka nugget ayam KFC Insya Allah suka nugget ayam saya ni. Tengok si suami pun makan banyak memula dia tu tak tahu yang bini dia buat sendiri nugget tu. See.. laki pun tak perasan nugget homemade ni sama rasa sedap macam nugget kfc tu kekekeke

Resepi mula mula lebih kurang nak buat bebola ayam tapi tak menjadi so transform jadi nugget ayam

Bahan bahan nya

1. Isi ayam kisar (saya guna yang frozen jenama Ramly)
2. Tepung Jagung
3. Telur Ayam 2 biji
4. Serbuk Lada Putih
5. Serbuk Lada hitam
6. Minyak Masak
7. Tepung Ayam Goreng (ikut suka la nak pakai brand apa)

Cara memasak

Step pertama

Masukan
➠Isi ayam kisar (Dalam setengah paket tu)
➠tepung jagung (Dalam 2 - 3 sudu cukup la)
➠Sebiji telur ayam (ambil putih telur sahaja)
➠Serbuk lada putih (1 sudu)
➠Serbuk hitam (ikut rasa sendiri)
➠1 Sudu minyak masak
➠garam sebagai perasa (Tapi saya guna lada putih Ajishio yang dah include garam so saya tak masukkan garam lagi)

Semua bahan tadi gaul sebati

Gaul sebati macam ni yer

Kemudian gentel bulat bulat rebus dalam air mendidih (Tapi nak senang masuk dalam loyang & kukus. Nanti dah masak & sejuk potong je ikut bentuk yang di sukai. Lebih cantik)

Den gentel bulat bulat sebab mula mula nak buat bebola ayam tapi bila rebus dia jadi pelbagai bentuk tu yang transform jadi nugget ayam

Dah siap rebus @ kukus..

Step Kedua

Celup nugget yang dah rebus @ kukus (kalau kukus yang dah siap potong ikut bentuk kesukaan anda) tadi dalam telur kemudian gaulkan @ salut dengan tepung ayam goreng kemudian goreng dalam minyak panas dengan api yang sederhana supaya tak hangus. Dah garing angkat & hidangkan.

* Boleh juga tambah sayur sayuran macam lobak merah atau apa apa sayuran yang sesuai dalam adunan sebelum merebus atau kukus. Kalau nak bagi sihat sikit kan nugget hangpa.

* Boleh juga guna serbuk roti untuk gaulkan pada nugget sebelum goreng tapi saya tak suka nanti sejuk dia jadi keras. Saya memang suka nugget kfc yang lembut & mewah dengan rasa daging ayam bukan tepung. Kalau sejuk pun still lembut.


Siap dah nugget ayam homemade. Senang kan? Yang nak buat bento anak ke sekolah korang boleh juga guna acuan bentuk yang cantik cantik untuk menarik minat anak nak makan.

Semoga resepi mudah ni memberi manafaat & kena la dengan selera hangpa yer. Selamat mencuba

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com