Showing posts with label pendedahan. Show all posts

PANAS!!! INILAH PENIPUAN SEGELINTIR MUA BILA BUAT REVIEW

PANAS!!! INILAH PENIPUAN SEGELINTIR MUA BILA BUAT REVIEW. Tu dia satgi kena serang dengan MUA MUA kat malaysia ni tak tau la. Pepandai hang dok kata MUA MUA menipu buat review yer.. Hang tak serik serik lagi ka?

Nanti sat na... Jangan mengelebah bewa sangat. Baca dulu apa yang kami nak dedahkan ni. Kat tajuk tu tulis segelintir bermakna bukan semua. Konsep dia sapa makan cili dia terasa pedasnya. Saya tak tulis atau point mana2 individu. tak ada nama sesapa kan kat situ? Jadi kalau hangpa MUA yang tak buat benda2 yang bakal saya dedahkan ni.. please tak payah nak touching sangat ok! Kalau yang touching tu bermakna hangpa buat la yer.

Alkisahnya semalam tertengok video pendedahan yang di buat oleh Faiz Firdaus di account media sosial dia tentang penipuan segelintir MUA bila buat review. Faiz Firdaus ni antara individu yang selalu berkongsi tip.. Ada juga dia buat review produk2 makeup tapi review dia review yang jujur sebab kebanyakkan produk dia beli sendiri. So memang dia antara individu yang selalu kena kecam dengan geng2 ponder yang tak puas hati dengan review jujur dia.


Pendedahan yang dia buat bagi saya banyak info yang membantu kita orang perempuan ni yang suka makeup. Percayalah ramai antara kita yang pernah tertipu dengan perkara ni termasuk la saya sebab kita kurang knowledge & info. Takpa.. semua orang belajar dari kesilapan.

Kita sedia maklum MUA (Jurumekap/Andam/Make Up Artist) ni sekarang antara individu yang laris di cari oleh pengedar/penjual/founder produk kosmetik. Lebih lebih lagi yang popular di sosial media & yang rajin sangat buat live tutorial makeup di FB/IG atau mana2 medium sosial media. Sebab populariti mereka mampu memberi impak kepada jualan sesuatu produk.

Tapi yang tak bestnya.. Ada yang tak ada etika. Bermaksud tidak jujur bila buat review sesuatu produk. Itu yang Faiz Firdaus cuba bongkarkan supaya kita pengguna tidak tertipu & terpedaya dengan review review tidak jujur dari segelintir MUA ni. Sebab apa.. mereka cuma buat kerja apabila di bayar kan..

Jom kita tengok apa yang tidak benar dalam review sesuatu produk foundtion yang sering di lakukan oleh segelintir MUA tak bertanggungjawab ni. Saya tulis secara ringkas point point yang di sebut untuk kupasan & ulasan lanjut korang boleh tengok sendiri pada video yang saya link kan bersama yer.

1. Bila promot foundation yang tone cerah (kebanyakkan brand yang keluarkan cuma 1 warna foundation sahaja).. konon boleh cover semua cela cela di wajah.. nak sekata dengan tona kulit pakai bedak yang gelap sikit. Sebenarnya itu adalah menipu! Foundation kena pilih mengikut warna kulit. Tak jadi cantik pakai foundation yang lebih cerah dari kulit kemudian nak sekatakan dengan warna kulit asal pakai bedak code gelap sikit. Memang tepuk gomak la muka hangpa ok!

2. Foundation yang konon makin lama pakai Makin glowing. Tak ada foundation yang makin lama kita pakai makin glowing. Makin berpeluh makin glowing. Yang glowing tu mungkin muka kita dah berminyak ketika panas atau berpeluh.. jadi berkilat kilat.. Bukan effect kecantikkan dari foundation tu. Memang tak ada foundation yang ada fungsi membuatkan muka korang makin glowing semasa berpeluh. Yang ni pun menipu! Overclaim!!

3. Pakai moisturizer &  serum je muka jadi flawless bila makeup. Itu menipu! Tak ada fungsi moisturizer @ serum yang membuatkan make up jadi flawless. Dia ada step lain lagi yang memerlukan anda buat dalam makeup untuk memastikan makeup anda cantik & tahan lama bukan sekadar apply moisturizer @ serum saja.

4. Autone & mesra wuduk. Itu menipu.. tak ada foundation yang autotone sebab 1 warna foundation takkan mampu sesuai untuk semua jenis kulit. Maksudnya bila korang apply terus dia ikut warna kulit korang. Itu semua bohong belaka. Mesra wuduk pun pembohong jugak. Ada ke korang pakai foundation lepas tu pergi bilas dengan air terus tanggal foundation tu? Paling2 kena gosok2 juga tu pun majoriti memang tak betul2 bersih. So kat mana mesra wuduk. Mesra wuduk macam pakai bedak serbuk @ loose powder. Celup dalam air pun dah hilang kesan bedak tu. So jangan percaya kalau ada foundation cakap autone & mesra wuduk.

5. Foundation yang mempunyai SPF & tak perlu pakai sunblock lagi. Itu menipu.. sebab spf yang ada dalam foundation masih tak mampu melindungi kulit anda dari sinar UV. Tetap kena apply sunblock juga untuk protect kulit anda. Tak boleh guna hanya foundation sebagai sunblock. Kalau ada penjual kata guna foundation mereka tak perlu pakai sunblock lagi itu adalah menipu.


Boleh Tonton Video pendedahan dari Faiz Firdaus disini

Jadi kalau korang nak beli foundation & ada claim macam di atas tak kira claim tu di buat oleh founder/penjual atau review dari MUA.. tak payah fikir panjang. Memang fakta mereka tu tak betul & overclaim. tak ada foundation yang dapat berfungsi seperti yang di sebut. Tu semua taktik marketing nak melariskan produk je. Sebagai pengguna.. Kena bijak sikit. Selama ni hangpa dok pakai foundation so boleh nilai sendiri. Pernah ke jumpa kat drugstore foundation yang claim macam tu?

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak jangan jadi pengguna yang senang kena pijak. Anda mampu mengubahnya.

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT. Berhenti memberi pendedahan pada orang awam? Oh.. Mustahil. Sebagai penulis even aku ni bukan la baik sangat tapi tidak la sejahat syaiton nirrojim.. Aku rasa apa yang penting untuk aku sampaikan, aku kena sampaikan. Aku bukan tulis blog personal kan.. Blog aku kategori blog santai yang macam macam ada. Aku akan terus menulis selagi aku boleh menulis. Apa yang sedang berlaku kat aku sekarang aku anggap cara Allah menegur & mengajar aku bagaimana untuk lebih berhati hati bila menulis tak bermakna aku akan berhenti menulis yer..


Notifikasi KKM pada produk kosmetik.. Ni yang selalu di jadikan modal kebanyakkan pengasas produk kosmetik untuk mengelirukan pengguna. Mereka akan guna Notifikasi (NOT KKM) ni untuk menyakinkan pengguna produk mereka selamat kerana mendapat kelulusan KKM. Aku ada terbaca kat satu Group Masyarakat Kena Tahu.. Aku copy paste balik yer supaya info tidak bercanggah..

Di Malaysia mengikut undang-undang, Kosmetik perlu dinotifikasi kepada pihak KKM sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna. Notifikasi bermaksud, pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM di mana pihak syarikat perlu mengemukakan maklumat-maklumat berkenaan produk kosmetik yang mereka akan pasarkan.
Produk kosmetik tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan barulah ia dibenarkan untuk dinotifikasi dan dipasarkan di Malaysia.
Notifikasi TIDAK BERMAKSUD bahawa KKM mengeluarkan sebarang bentuk KELULUSAN bagi mana-mana produk kosmetik. Perkara yang sama seperti produk makanan...KKM tidak pernah memberikan sebarang kelulusan.

Korang kena faham.. NOT KKM pada produk kosmetik bukan jaminan produk tu selamat ok! Jadi tak pelik la kalau kebanyakkan produk kosmetik sebelum ni yang ada NOT KKM ni tetiba KKM keluarkan laporan yang mengatakan produk mereka mengandungi bahan seperti merkuri & sebagainya yang bahaya kepada kesihatan manusia. Sebab NOT KKM bukan bermakna produk tu mendapat apa apa kelulusan dari KKM. Ia sekadar sistem notifikasi dan PMS sebagai kawalan regulatori dalam negara. Dengan adanya sistem ini sekurang-kurangnya banyak kes kosmetik yang mengandungi bahan terlarang dapat dikesan. Tu dah terbukti bila semakin banyak local produk yang KKM keluarkan laporan mempunyai bahan terlarang & merbahaya. Tapi Itu yang kita selalu keliru sebab kita anggap NOT KKM ni bukti produk dah di analisa & terjamin selamat. Hope lepas ni kita tak 'Tipah Tertipu lagi yer' hehehe.

Apabila sesuatu produk dikesan mengandungi bahan terlarang, notifikasi produk tersebut akan dibatalkan. Pihak syarikat akan diarahkan untuk memberhentikan penjualan dengan serta merta, membuat panggilbalik produk tersebut daripada pasaran (dalam masa 72 jam) dan melupuskan produk kosmetik terlibat. (Yang ni kebanyakkan pengeluar produk tak buat. tetap jual macam biasa )
KKM juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar kepada orang ramai agar mereka memberhentikan serta merta penggunaan produk kosmetik terlibat sekiranya masih ada dalam simpanan mereka. Maklumat tersebut juga akan dipaparkan di laman web NPRA iaitu npra.moh.gov.my

Tujuan Notifikasi KKM di berikan kepada sesuatu produk kosmetik ni adalah sekiranya berlaku produk tersebut memberi kesan buruk pada pengguna at least pihak KKM mempunyai informasi lengkap terhadap syarikat terlibat dan mudah untuk KKM ambil tindakan dan pihak yang menjadi mangsa boleh mengambil tindakan.

Korang boleh tengok video dari rancangan Selamat Pagi Malaysia yang membincangkan isu ni & boleh baca penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut. kat sini https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/videos/1380794008677760/

Jadi sebelum menggunakan sesuatu produk jangan hanya menilai dari NOT KKM. Aku sendiri pun pernah buat kesilapan macam ni. Bila tengok ada Notifikasi KKM pada produk aku claim.. produk tu memang ada kelulusan KKM & terjamin selamat. Rupanya.. Aku pun di perbodohkan selama ni sebab kurang ilmu. Orang kata bodoh biar sekali.. Kalau berkali kali tu bukan bodoh lagi dah. Tahap bangang mungkin. hehehehe

Kalau Not KKM bukan jaminan sesuatu produk tu selamat di gunakan bermakna kita kena lebih bijak la lepas ni. Nak selamat guna produk yang dah lama di pasaran & tiada kontroversi kesan sampingan.

Jadi kalau korang terguna produk yang tidak selamat atau melihat produk yang masih di jual even KKM dah keluarkan laporan produk tu tidak selamat korang boleh buat pertanyaan & aduan kat sini >> http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms << kalau tak tau macam mana cara nak buat aduan.. next time aku buat tutorial kat hangpa noh.. hehehehe

Moral of the story.. Allah dia bagi rezeki pada sesiapa sahaja tak kira cara kita mencari rezeki tu cara baik ataupun salah. Orang jahat pun ramai hidup senang lenang dalam dunia ni. Allah tetap bagi rezeki kat dia. So, pada peniaga produk ni.. Kena ingat, rezeki yang melimpah ruah Allah bagi tak bermakna Allah redha dengan jalan kita mencari rezeki. Kita dapat kenikmatan & kemenangan dunia.. Tapi akhirat belum tentu. Peace Yo!

LAGI PENDEDAHAN KULIT MUKA ROSAK SELEPAS GUNA LOCAL PRODUCT NI

LAGI PENDEDAHAN KULIT MUKA ROSAK SELEPAS GUNA LOCAL PRODUCT NI. Sebelum ni dah kecoh pasal local produk ni katanya masa consistent memang la gebus gebas kulit muka kau! Kalau kau tinggal paling lama seminggu kau akan nampak malapetaka yang akan berlaku pada muka kau yang menggebu gebas lepas guna produk tu. Ni terjumpa lagi satu perkongsian dari pengguna local product yang tengah kontroversi ni.


Kisahnya.. dia tertinggal 3 hari je tak pakai cream dari produk tu.. tetiba muka yang gebu gebas naik jerawat2 halus.. Lepas ni apa lagi alasan seller2 & pengasas produk tu nak bagi. Sebelum ni dok blame konon yang kulit muka rosak guna fake produk.. Tapi sampai sekarang depa tak lampirkan bukti2 yang mengatakan produk mereka sangat selamat bebas merkuri & chemical.. cuma konon tengah bincang dengan lawyer untuk saman menyaman jer.. Kau nak saman sapa? Pengguna yang kulit depa rosak tu ke? hahahaha


Aku memang agak pelik kenapa bila berlaku masalah macam ni mesti timbul isu 'produk tiruan'. Local product ni memang senang di ciplak ke camna.. sebab tak pernah lagi aku dengar produk2 yang dok jual kat farmasi macam bio essence. eucerin..  atau produk yang mahal sikit macam SKII, bagai ada isu 'Fake Product'. Asal local produk bila pengguna mengadu kulit rosak je mesti tuduh pengguna guna fake product. Ke hangpa jual produk timbang kilo? Tu sekadar pertanyaan bukan tuduhan ok.

Naik seram pulak aku bila banyak pendedahan berani mati yang di dedahkan oleh pengguna selepas menggunakan local produk ni. Please la.. Kalau pun nak jadi jutawan produk kosmetik ke hapa.. Jangan memperjudikan kesihatan & keselamatan pengguna. Jual la produk yang betul2 dah di uji & di sahkan selamat. Bukan kau sahkan sendiri produk kau tu selamat ok!.. Bukan nak kondem bisnes orang tempatan tapi bila berlaku benda2 macam ni.. kesian jugak la pada mangsa2 keadaan. Sebab aku dulu pun pernah menjadi mangsa local product jugak. Nanti orang hilang kepercayaan pada local product sebab isu2 macam ni walaupun bukan semua local product tu tidak selamat.

Kepada mangsa product skincare tu aku rasa korang patut buat laporan kepada pihak2 yang boleh mengambil tindakkan terhadap pengasas produk yang menjual produk2 yang tidak selamat ni. Setakat viral tanpa tindakkan susulan pun tak boleh sebab ada orang kulit dia kebal.. bila pakai tak nampak kesan buruk untuk jangkamasa pendek so dia tetap akan terpedaya. Takut jangkamasa panjang hilang hidung ke.. mata ke buta ke.. muka berlubang ke hapa kesian jugak kan. Kalau betul produk tu tak selamat sepatutnya pihak berkuasa kena haramkan penjualannya.

Moral of the story.. apapun pilihan di tangan kita.. Tak mampu nak beli produk selamat sebab mahal guna je cara lama.. Guna bahan2 semulajadi.. Kalau jerawat kau tenyeh je kunyit hidup, nak kulit licin puth gebu guna putih telur buat mask katanya. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com