Showing posts with label gangguan jin. Show all posts

PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL

PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL. Kecoh kat social media bila ada pihak mengeluarkan inovasi baru dengan produk jubah kalis sihir.. kalis santau bagai. Apa brand sapa pengasas dia mana boleh petik2 kat sini.. Tak habis lagi yang satu tu kat court.. Almaklum la zaman sekarang kau tulis benda betul ke salah.. Yang berharta juga pegang kuasa. Bukan kata depa lebih berkuasa dari Allah.. Tapi kelebihan yang Allah bagi kat depa tu.. kadang2 depa gunakan untuk menunjukkan kuasa pada orang yang tidak berkemampuan.


Jadi biarlah saya ulas secara genaral jer tanpa sebut jenama atau nama sesiapa. katanya Jubah yang dia keluarkan mempunya satu tenaga yang boleh menghalang dari terkena sihir & santau. Alah.. paling senang untuk elak dari gangguan jin & makhluk halus.. Wah hebat kat jubah tu. Ada aura yang membuat makhluk halus tak berani dekat dengan kita. kekekeke

Semalam tertengok la berita TV yang membangkit isu pasal Jubah Superpower ni sampai boleh halang jin dekat dengan kita.. Pengasas dia tetap mempertahankan produk dia dengan alasan dia sendiri la. Tapi komen dari Mufti Negeri Sembilan.. Mempercayai atau memakai jubah yang claim sebagai kalis sihir ni hukumnya sama seperti memakai tangkal yang ada unsur syirik & khurafat. Sebab kita dah meletakkan pergantungan & perlindungan kepada jubah tu. Kita percaya Jubah tu ada kuasa yang boleh menghalang gangguan jin & makhluk halus ni.

Jubah tu pun harga not bad.. katanya di jahit dengan kaedah falaq. Tak tau la sambil jahit sambil dia baca surah Al Falaq ke macam mana.. Atau benang dia guna di rendam air yang di bacakan surah Al Falaq.. tak sure la maksud dia kaedah falaq tu macam mana. Maybe ada penjelasan dari pengeluar jubah ni nanti. Sejauh mana keberkesanannya.. Saya tak tahu & saya tak pernah cuba. So jangan la tanya saya. kekekeke

Apapun kita semua di beri akal fikiran yang waras.. Pilihan di tangan masing masing. Kita sedia maklum.. Jin & syaitan ni pun makhluk Allah juga jadi depa memang tak ada apa2 kuasa. Kita semua di ajar sejak kecil Ayat ayat Al Quran kalau di amalkan boleh menjadi pendinding kita dari sebarang gangguan jin & makhluk halus ni. Al Quran ni perkara yang perlu di amalkan.. Bukan untuk di jual dalam bentuk air ke, baju ke... Walaupun memang ada dalam rawatan Islam menggunakan air sebagai kaedah rawatan. Air tu di bacakan ayat2 Al Quran.. Tapi setakat ni tak pernah jumpa lagi la dalam rawatan Islam jual jubah untuk halang dari gangguan jin & sihir.

Moral of the story.. Akhir zaman memang akan muncul perkara perkara yang bagi kita di luar logik akal.. Jadi sedarlah tanda tanda kiamat dah mula banyak. Pi la bentang sejadah cepat. Tolong tok siak.. dapat juga pahala bentang sejadah tu. kekekekeke Peace Yo!

BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI

BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI. Tu dia siang siang hari berseram serik lekatlekit pulak dah. Yelah.. cerita fresh from oven katanya kena tulis siap siap.Kalau biar lama2 kang lupa pulak. Almaklum la menulis ni perlukan mood & idea yang fresh katanya. Kali ni tak nak cerita adaptasi dari cerita orang lain tapi nak cerita pengalaman sendiri pulak. Sumpah tak bohong ok!


Rasanya lama rumah aku ni jarang mengalami gangguan bunyi misteri berbanding dulu. Tapi tiba- tiba bunyi misteri tu kembali lagi pulak. Bermula tengah malam semalam.. Alkisahnya.. Time tu aku baru nak terlelap. Kita antara tido & jaga tiba2.. aku terkejut dengan bunyi seperti perabot kayu yang di seret atas lantai. srett... sreeettt... bunyinya di malam yang sunyi hatta bunyi cengkerik pun tak ada. tetiba dengar bunyi tu dengan gemanya sekali. Memberi memberi effect seram jugak kalau orang yang penakut. Bunyi macam tu memang dah biasa cuma bila dah lama tak ada.. Tiba2 kembali tu jadi special case sikit..

Bila aku terbangun tu aku just tengok anak aku je. Bunyi tu aku tak berapa nak kisah sangat dah. Almaklum la dah biasa katanya. So aku sambung tidur balik la tanpa fikir apa apa walaupun ada sedikit rasa yang tak best. Serius rasa ada something.. Tapi aku tak nak terlampau fikir sebab aku rasa nak tidur balik je. Sampai pukul 3.07 pagi.. Tiba2 datang lagi bunyi yang sama agak kuat. "Sreeeeeeeettttttttt!! Buat aku terjaga lagi. Tengok suami aku nyenyak macam tak dengar apa2.. Maybe dia tak dengar kot. Bila terjaga tu aku tengok jam kat smartphone aku. Tepat pukul 3.07 pagi.. Masa aku terjaga masih berbunyi.. Memang mengganggu jugak tidur aku sebab rasa bising. Baca la apa yang patut supaya bunyi tu senyap.. Tapi... Rupa dia memperdengarkan bunyi lain pulak dari kebiasaanya...

Aku ingat sekadar bunyi perabot kayu di seret tengah2 malam buta rupanya semalam dia nak memperdengarkan suara merdu dia pulak... Tiba2 berbunyi macam suara manusia tapi tak jelas la dia sebut sesuatu atau apa. Seakan berbisik suara tu.. Aku dah mula tak sedap hati jugak tapi aku tak kejutkan suami aku. Cuma aku pastikan gangguan tu tak mengganggu tidur anak aku. Tak tau kenapa extreme pulak semalam gangguan tu. Mungkin sebab sebelum tidur aku ada pasangkan ayat ayat rugyah bagi anak aku dengar. Tak ada sebab apa pun aku pasang ayat2 ruqyah tu sebenarnya. Sambil2 tu aku cakap dengan suami kalau tak ada bunyi2 misteri tu selalunya anak aku jarang tejaga & menangis tengah malam walau tak ada menangis teruk teruk sangat cuma kalau ada bunyi2 tu dia kerap terjaga & merengek.

Bila dengar seakan akan suara tu.. Aku berdoa mohon perlindungan dari Allah je la. Nak kata takut sangat sampai menggigil & tak boleh baca apa2.. Serius tak sangat pun. Cuma aku usya jugak sekeliling kot2 dia ada menunjukkan kelibat kat mana mana. Tapi tak ada pulak. Hanya melalui bunyi je dia menyatakan kunjungan dia time tu. Mungkin sebab sebelum tidur aku ada sebut pasal dia kan.. Mesti ingat aku rindu kat dia la tu. Takde maknanya ok!! hehehehe

Akibat asyik terjaga je.. pagi ni memang rasa lemau sikit la. Bila terjaga dengan gangguan bunyi tu memang ambil masa jugak nak pejamkan mata balik. Nampaknya misteri gangguan bunyi kat rumah aku ni masih belum berakhir. Cuma kadang2 dia bercuti panjang buat aku rasa benda tu dah tak ada.Rupanya ada lagi.. Hai la makhluk bunyi.. Bila gamaknya kau nak pulang ke kampung halaman kau. Menumpang dah la tak bayar sewa.. Lepas tu asyik menganggu tidur orang je. hehehe

Tak tau la macam mana nak akhiri gangguan bunyi tu.. Kalau nak suruh pengamal perubatan Islam yang pernah aku pergi buat agak tinggi kos dia.. Lagipun gangguan bunyi tu setakat ni hanya bunyi cuma semalam je bunyi suara. Biarlah di berbunyi.. Malas nak layan katanya. hehehehe

Moral of the story.. Bila berdepan dengan situasi yang menyeramkan paling penting kawal emosi.. Sebab emosi tu kadang2 kalau di luar kawalan boleh menyebabkan histeria jugak. Jangan berimaginasi bukan2.. Aku pratikkan benda tu untuk tidak menakutkan diri sendiri. Bukan saja berdepan dengan situasi menyeramkan malah dalam apa jugak situasi pun kita kalau pandai control emosi Insya Allah kita cool even terpaksa berdepan dengan situasi macam ni pun.

SIKIT2 KENA SIHIR.. SIKIT2 BOMOH

Tak dinafikan doktor tak mampu untuk mengubati penyakit yang berkaitan sihir.. Sepakar mana pun seorang doktor memang dia takde kaedah pembedahan untuk membuang sihir dari badan seorang manusia. Jadi penyakit sihir ni memang kena rawat dengan rawatan alternatif jugak kan.

Tapi sebagai seorang Islam.. memilih kaedah alternatif ni tak boleh la main belasah je pergi kat bomoh2 yang kita sendiri rasa pelik dengan cara rawatan jampi serapah dengan ayam hitam, kambing hitam bagai ni kan.. Sekarang ni dah tak susah, banyak pusat rawatan Islam di serata negeri. Kalau kita terkena penyakit akibat perbuatan syaitan/jin/Iblis ni adalah lebih baik kita memilih pusat rawatan Islam untuk merawat dari kita dok Jumpa tok pawang, kan??

Carian Google
Tapi bila ada manusia yang terlalu percaya pada benda sihir ni.. Terlalu taksub berubat dengan bomoh sana sini.. walhal sakit dia sakit biasa. Boleh telan panadol sebijik tidur sejam.. lepas tu dah ok tetap dia percaya benda2 sihir ni. Sakit sikit kena sihir.. pergi cari bomoh. Bila di suruh berubat cara rawatan Islam.. tak yakin. Katanya, kalau sakit dari perbuatan Jin kena berubat dengan kaedah guna Jin jugak la. Pelik tak dengar bila yang mengeluarkan pendapat ni adalah seorang manusia yang berkelulusan Ijazah, hidup takde la old School sangat.. Pakai takde la kain batik & baju kurung jer.. pendek kata kehidupan dia takde la kuno sangat tapi bab2 sihir menyihir.. bomoh membomoh ni tetiba  akal dia jadi pendek & di zon kuno lagi.

Orang sekeliling sampai pening dengan dia.. Merata negeri di cari bomoh. Sakit tu takde la sampai hari2 histeria ke.. maybe cuma sakit2 badan.. lenguh2.. sengal2.. almaklum la usia pun dah masuk Zon perak, kan.. Tapi kerana kepala hotak dia sah set. Sakit mesti kena buatan sihir.. Dia akan di hantui perasaan di sihir je manjang walhal takde sapapun nak sihir dia. Bomoh ni banyak bomoh cari makan.. bila bomoh cari makan.. maka dia harap pendapatan dari hasil jampi serapah dia la. Bila orang datang kat dia minta tolong tengok2 kan apa yang tak kena.. walau takde yang tak kena kat memana pun tetap dia kata ada yang tak kena jugak. Jangan kata takde bomoh macam tu.. Kadang2 dia main tuduh2 je. Dia tak tuduh secara derect tapi tuduh secara kiasan.. alih2 orang yang tak tahu apa2 dah jadi masam muka.

Sapa yang pernah kena tuduh bomohkan orang tahu la.. (well, sang lekit pun pernah di tuduh bomohkan orang suatu masa dulu walau seumur hidup sang lekit tak pernah pun dapat khidmat mana2 bomoh untuk apa tujuan sekalipun). Tu la padahnya bila belajar tinggi & otak terlebih fungsi maka terasa diri terlebih pandai jadilah macam tu. Kalau sakit dari perbuatan Jin, maka kena berubat pun dengan kaedah yang menggunakan Jin. Maybe dia rasa Jin sama Jin lawan lagi senang. Sebab 1 spesis.. Kelakar tak berapa kelakar sebab apa yang dia percaya dah mula dah terpesong. Moga jadi panduan kepada kita semua.. Sihir memang wujud namun Islam tu dah menyediakan segalanya untuk merawat gangguan jin yang tak memesongkan akidah jadi renung - renungkanlah...


MASAKAN CEPAT BASI TANDA GANGGUAN JIN

Jenjalan kat FB terjumpa pulak info pasal ni. Sang Lekit ni bukan la pandai sangat bab2 jin & syaitan & terminat nak share bila dalam info ni mengatakan salah satu tanda gangguan jin dalam rumah adalah masakan cepat basi. Mungkin info ni juga berguna untuk orang lain apa salahnya sang lekit selit dalam blog melekit ni.

Untuk tidak mengundang salah faham/salah bahasa/salah sangka/salah tulis maka sang lekit copy paste je bulat dari info asal. Jadi kalau nak tahu sila baca hingga ke noktah terakhir yer..


TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )


Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas


Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

SUMBER: Misteri & keajaiban alam
www.facebook.com/mayeenazrich


Sekian copy paste dari sang lekit. Moga dapat memberi manafaat kepada yang memerlukan.

P/S : Info ni sebenarnya dapat dari share cikgu sekolah sang lekit dulu. Thanks yer cikgu walau dulu kitorang (geng nakal) suka gelarkan cikgu ***tet** (kena sensor). kekekeke
 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com