SIKIT2 KENA SIHIR.. SIKIT2 BOMOH

7/03/2012 12:14:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Tak dinafikan doktor tak mampu untuk mengubati penyakit yang berkaitan sihir.. Sepakar mana pun seorang doktor memang dia takde kaedah pembedahan untuk membuang sihir dari badan seorang manusia. Jadi penyakit sihir ni memang kena rawat dengan rawatan alternatif jugak kan.

Tapi sebagai seorang Islam.. memilih kaedah alternatif ni tak boleh la main belasah je pergi kat bomoh2 yang kita sendiri rasa pelik dengan cara rawatan jampi serapah dengan ayam hitam, kambing hitam bagai ni kan.. Sekarang ni dah tak susah, banyak pusat rawatan Islam di serata negeri. Kalau kita terkena penyakit akibat perbuatan syaitan/jin/Iblis ni adalah lebih baik kita memilih pusat rawatan Islam untuk merawat dari kita dok Jumpa tok pawang, kan??

Carian Google
Tapi bila ada manusia yang terlalu percaya pada benda sihir ni.. Terlalu taksub berubat dengan bomoh sana sini.. walhal sakit dia sakit biasa. Boleh telan panadol sebijik tidur sejam.. lepas tu dah ok tetap dia percaya benda2 sihir ni. Sakit sikit kena sihir.. pergi cari bomoh. Bila di suruh berubat cara rawatan Islam.. tak yakin. Katanya, kalau sakit dari perbuatan Jin kena berubat dengan kaedah guna Jin jugak la. Pelik tak dengar bila yang mengeluarkan pendapat ni adalah seorang manusia yang berkelulusan Ijazah, hidup takde la old School sangat.. Pakai takde la kain batik & baju kurung jer.. pendek kata kehidupan dia takde la kuno sangat tapi bab2 sihir menyihir.. bomoh membomoh ni tetiba  akal dia jadi pendek & di zon kuno lagi.

Orang sekeliling sampai pening dengan dia.. Merata negeri di cari bomoh. Sakit tu takde la sampai hari2 histeria ke.. maybe cuma sakit2 badan.. lenguh2.. sengal2.. almaklum la usia pun dah masuk Zon perak, kan.. Tapi kerana kepala hotak dia sah set. Sakit mesti kena buatan sihir.. Dia akan di hantui perasaan di sihir je manjang walhal takde sapapun nak sihir dia. Bomoh ni banyak bomoh cari makan.. bila bomoh cari makan.. maka dia harap pendapatan dari hasil jampi serapah dia la. Bila orang datang kat dia minta tolong tengok2 kan apa yang tak kena.. walau takde yang tak kena kat memana pun tetap dia kata ada yang tak kena jugak. Jangan kata takde bomoh macam tu.. Kadang2 dia main tuduh2 je. Dia tak tuduh secara derect tapi tuduh secara kiasan.. alih2 orang yang tak tahu apa2 dah jadi masam muka.

Sapa yang pernah kena tuduh bomohkan orang tahu la.. (well, sang lekit pun pernah di tuduh bomohkan orang suatu masa dulu walau seumur hidup sang lekit tak pernah pun dapat khidmat mana2 bomoh untuk apa tujuan sekalipun). Tu la padahnya bila belajar tinggi & otak terlebih fungsi maka terasa diri terlebih pandai jadilah macam tu. Kalau sakit dari perbuatan Jin, maka kena berubat pun dengan kaedah yang menggunakan Jin. Maybe dia rasa Jin sama Jin lawan lagi senang. Sebab 1 spesis.. Kelakar tak berapa kelakar sebab apa yang dia percaya dah mula dah terpesong. Moga jadi panduan kepada kita semua.. Sihir memang wujud namun Islam tu dah menyediakan segalanya untuk merawat gangguan jin yang tak memesongkan akidah jadi renung - renungkanlah...

8 comments:

  1. pelik jugak tu..bomoh ni tau nak menipu org sajo..berubat cara islam sudehhh...

    ReplyDelete
  2. mcm kt kmpung dulu, memula sorg tu sakit, bomoh tu ckp bwh dpur dia tu (bwh simen) ada org letak benda...gali2 pecah simen mmg ada botol letak jarum2 gitu la... memula xnk caya tp dh nmpk kan...

    pastu lama kemudian ada jugak org kmpung dekat2 situ jugak sakit, mtk bomoh yg sama, pun same jugak bomoh kata kt bwh simen ada org letak benda...korek2 mmg ada...xlama lepas tu, ada lagi org sakit....pun sme jugak....

    pastu dh tak caya dah... takkan la org yg menyihir tu guna bomoh yg sama sbb benda yg sama aje bwh simen tu... pastu takkan la setiap bomoh guna benda yg sama...even kt klinik pun ubat stiap klinik tak sama takkan la bomoh guna benda yg sama...

    pastu dah tak caya...mengarut je sume tu... sakit pun tak hilang jugak rawat gune bomoh, tambah dosa ngn syirik lagi lah!!

    tp if bomoh tu sblm rawat dia solat hajat dulu, or baca ayat2 quran, baru cara... if tak, tak payah nk caya sangat la kan... mengarut je...

    p/s : pjg nye!!! sori kak hahahhaha

    ReplyDelete
  3. akak paling takut nak jumpa dengan bomoh & doktor.. hehe..

    ReplyDelete
  4. tak leh percaya... better jumpa ustaz2 yang rawat guna bacaan ayat suci al-Quran :)

    ReplyDelete
  5. akak lekit. lame tak karya.

    orang kite ni cepat buat keputusan. tu masalahnye

    ReplyDelete
  6. akhir zaman, Nabi s.a.w pernah beri amaran tntang fitnah. Sihir ni banyak bersengkongkol dengan fitnah..paling tidak fitnah iblis

    ReplyDelete
  7. Bawa bawalh bertaubat. Bomoh bukan semua ya betul... Ilmu agama pun ada yg lekat celah pintu je :p

    ReplyDelete
  8. byk bmoh yg guna asap.. pdahal asap tu mknn jin.. adui, seram..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com