Showing posts with label produk tempatan. Show all posts

INILAH MITOS BILA PRODUK KOSMETIK DI HARAMKAN KKM

INILAH MITOS BILA PRODUK KOSMETIK DI HARAMKAN KKM. Orang melayu dengan mitos/cerita dongeng ni memang tak boleh di pisahkan. Bukan berlaku di zaman dahulukala jer.. Sampai dah pertengahan tahun 2019 pun masih wujud mitos & yang pelik tu ramai sungguh percaya dengan mitos ni. Tahun depan dah 2020.. Gamaknya bila depa nak mulakan anjakan pardigma yer?

Mitos ni di cipta manusia untuk sesuatu perkara yang depa rasa kalau di beritahu tentang kebenaran orang taknak ikut & takkan percaya jadi cara mudah nak orang ikut & percaya.. adalah mereka cerita yang tak ada tapi dengan cara yang nampak benar. Senang faham menipu la. Adoi.. apa susah sangat nak explain tak tau. Mitos adalah penipuan sebab Mitos tak ada fakta & bukti. Simple.

Macam tu juga dengan fenomena yang berlaku dengan lambakan produk kosmetik jenama tempatan yang sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan atas taik lembu. Bukan main subur je.. sana sini semua jadi founder product dah. Budak sekolah pun sekarang dah ada jenama produk kosmetik sendiri kau! Punyalah senang nak claim diri sebagai founder padahal ramai founder jangankan ingredient produk.. pendaftaran KKM pun tak tahu apa. Apa lagi nak cipta formula produk.. Tu pun jangan.. Nak declare diri tu founder.

Gambar hiasan. Sumber Google

Nak jadi founder produk OEM pun tak salah.. tapi study la sikit pasal ingredient produk hangpa nak keluarkan tu. Bertanggungjawab la sikit. Hantar labtest dulu kalaupun tak ada R&D. Pastikan bebas bahan terlarang. Ni dok masuk kelas marketing je sebab nak buat sales juta juta.. Muka orang yang punah ranah hangpa buat pejam mata. Tu dia.. lama dah tak melahar. Geram jugak la... sebab den banyak terima mesej dari pengguna teraniaya mengadu muka nam jahanam hei dengan produk produk kosmetik beracun ni. Tapi apa daya ku.. Aku bukan sesiapa yang mampu menyekat produk produk macam ni dari terus di jual.. Hanya mampu terus bagi info & kesedaran kat social media walaupun di benci ramai.

Berbalik pada Topik asal.. Mitos Tentang produk kosmetik yang dah kena banned dengan kkm.. Kalau hangpa perasan kan. Tiap kali KKM keluarkan press release produk produk kosmetik tempatan y(Local product) yang mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hidrokinion & tretenion mesti ponder akan spin dengan mitos untuk memanipulasi kan fakta KKM & menyembunyikan kesalahan mereka menjual produk beracun. Antara MITOS paling popular

1. FAKE PRODUCT (PRODUK PALSU)
Yang ni memang ramai ponder jadikan alasan. Konon yang beracun tu fake produk seolah olah merendahkan kredibiliti KKM sampai ambil sampel fake product untuk di analisa kemudian declare ada bahan terlarang. Kalau dah betul KKM salah ambil sampel.. pi la saman KKM. Dok ugut netizen yang buat pendedahan buat apa.

2. SABOTAJ
Katanya produk depa di sabotaj oleh pesaing perniagaan yang berniat nak jatuhkan produk depa. Kalau betul kena sabotaj pi la buat polis report & minta siasatan di jalankan. Lepas tu buat la sidang akhbar sapa yang sabotaj bagai tu.. Clean balik nama produk hangpa. Setakat dok buat omongan kosong ja.. Tak ada bukti di sabotaj orang 'kurang cerdik' je percaya. Pengguna bijak dia kuis kuis dengan kaki je alasan macam tu.

Tu antara 2 mitos paling popular di gunakan segelintir founder produk bila produk mereka di senaraikan pihak npra (KKM) mengandungi racun berjadual. Walau tiap tiap tahun kena banned dengan KKM still alasan yang sama jugak. Orang bijak boleh fikir.. kalau produk tu tak ada masalah, takkan tiap tiap tahun KKM nak melalak habaq kat orang ramai produk tu beracun, khenzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz???

Sebenarnya KKM ada SOP sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan media mengumumkan senarai produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual. Tak simply dia nak ambil sampel kat pasar malam bagai. Yang tu hangpa pi baca kat sini >> CARA KKM MENGAMBIL SAMPEL PRODUK SEHINGGALAH MENGUMUMKAN SESUATU PRODUK MENGANDUNGI RACUN <<

Moral of the story.. Founder orang berniaga. Yang jenis berniaga tak ikut law ni memang target dia hanya keuntungan. Konon bantu orang misekin jana pendapatan, bantu suri rumah buat duit beli jajan bagai. Even depa membuka peluang pekerjaan sekalipun.. Kalau produk tu dah sah sah ada racun & membahayakan pengguna takkan kita nak menghalalkan perkara yang memudaratkan orang lain semata mata nak bantu orang lain sedangkan benda tu masih ada pilihan yang lebih baik? Tepuk dada tanya selera.. Peace No war!

MASALAH JERAWAT TAK SUDAH, MEH TRY ELEXA SERUM

MASALAH JERAWAT TAK SUDAH, MEH TRY ELEXA SERUM. jerawat ni bukan setakat remaja baru akil baligh je hadapi.. Mak mak dara yang umur senja nan merah macam saya ni pun tak pernah settle masalah jerawat. Dari anak dara sampai dah ada anak dara sendiri.. Jerawat setia mendampingi katanya. Dah macam saka pulak kan spesis jerawat ni. Tak boleh nak berjauhan langsung. Untunglah orang yang jenis kulit susah nak berjerawat even tak jaga sangat pun tetap kulit licin. Nyamuk hinggap pun boleh mengelungsur jatuh kebawah sebab tak ada tempat berbonggol nak berpaut katanya..


Lambakkan produk jerawat di pasaran ni kadang kadang tak tau nak pilih yang mana satu. Silap pilih terguna produk beracun pun susah juga kan? Walaupun produk yang selamat pun kadang kadang tak sesuai jadi semakin membiak pulak jerawat. Kat situ penting kita kenali jenis kulit, masalah kulit & keperluan kulit sebelum membeli apa2 produk skincare ni. Yang selalu jadi tak serasi sebab kita tak tahu apa keperluan kulit kita.

Memang banyak produk produk yang membantu masalah jerawat ni.. Tak kira di jual secara online atau di drugstore salah satunya produk Elexa serum.


Sedikit pengenalan berkenaan produk Elexa serum ni. Dia memang di formulasi kan untuk membunuh bakteria jerawat & menghalang pertumbuhan jerawat yang baru. Antara kandungan bahan yang terdapat dalam Elexa Serum ni adalah Azelaic Acid di mana fungsi dia memang untuk settle kan masalah jerawat ni la. Paling penting tidak merengsakan kulit & sangat lembut pada kulit.

Sedikit info berkaitan Azelaic Acid 
Asid Azelaic Termasuk dalam kandungan asid yang digunakan untuk pengelupasan yang sememangnya ada fungsi untuk membantu masalah jerawat. 
Azelaic Acid adalah asid di hasilkan secara semulajadi dari biji barli dan gandum. Mempunyai sifat anti-bakteria, anti-radang, dan sifat-sifat dan sifat-sifat lain menjadikan Azelaic Acid berfungsi sebagai bahan utama dalam produk penjagaan kulit untuk merawat jerawat. 
Azelaic Acid mempunyai sifat-sifat yang bergantung kepada pH, yang bermaksud kandungan ini harus berada di tahap keasaman yang tepat untuk berfungsi, iaitu pada pH 4.9 yang lebih kurang sama dengan pH kulit manusia. Di samping itu, Azelaic Acid berfungsi sebagai exfoliator yang lembut atau exfoliator lembut (penglupasan nipis & lembut) yang akan membantu membersihkan liang-liang tersumbat dan mengangkat lapisan atas kulit supaya permukaan kulit licin lagi. Kandungan ini juga dikatakan untuk mengurangkan masalah masalah kulit yang menyebabkan kemerahan dan faedah anti-oksidan. 
Apabila digunakan pada kulit, Azelaic Acid boleh diserap ke dalam liang-liang, dan melawan bakteria jerawat dari dalam kerana sifat anti-bakterinya. Apabila bakteria yang menyebabkan jerawat telah diselesaikan, jangkitan yang berlaku di liang-liang akan pulih lebih cepat, bersama dengan pengurangan jerawat. Oleh itu Azelaic Acid juga merupakan alternatif kepada benzoyl peroksida untuk merawat jerawat dengan risiko yang lebih sedikit atau kesan sampingan berkat sifat anti-radang Azelaic Acid yang boleh melegakan kemerahan dan keradangan di kawasan jerawat. 
Azelaic ACid, yang membantu mencerahkan kulit. Ini boleh berlaku kerana Azelaic Acid menghalang proses menghasilkan melanin yang memberikan pigmen warna kepada kulit. Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran melanin, maka kulit akan kelihatan lebih gelap atau hiperpigmentasi. Dengan kandungan Azelaic Acid, pengeluaran melanin dalam beberapa kawasan kulit dapat dikurangkan, sehingga kandungan ini dapat digunakan untuk merawat hiperpigmentasi, bintik hitam, dan kulit kusam. 
Pada tahun 2002, FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah) meluluskan Azelaic Acid untuk digunakan sebagai rawatan untuk jerawat

Tu serba sedikit berkaitan dengan  Azelaic Acid & macam mana dia boleh membantu masalah kulit jerawat yang terdapat dalam produk Elexa Serum ni. Penting kita tahu juga fungsi bahan yang terdapat dalam sesuatu produk untuk tahu apa manafaatnya bila kita guna.


Ni nak bagitau Elexa Serum bukan penyelesaian semua masalah kulit yang biasa kita baca pada claim produk yang kategori overclaim. Segala jeragat, sopak, panau bagai dia claim boleh sembuh hanya dengan tenyeh tenyeh produk dia katanya. Elexa serum memang dia cuma fokus pada masalah jerawat sahaja. Kesan dia tak ada la pakai seawal 3 - 7 hari dah nampak kesan kebabom.. mak kau gebu bagai. Sekurang kurangnya 4 minggu keatas penggunaan secara consistent baru boleh nampak kesan positif tu. Jangan expect macam produk kilo bermekuri.. seminggu dah gebu gebas tapi akhirnya muka korang macam semak belum di tebas.


Satu lagi ia bukan produk pemutihan kulit juga. So jangan expect juga guna produk ni kulit hangpa yang lahir lahir memang sawo matang lepas guna terus bertukar jadi kulit emma maembong putih melepak tu yer. Sematkan di hati kulit yang cantik bukan di nilai dari warnanya tapi kulit yang cantik adalah kulit yang bersih & sihat.

Elexa Serum jenama tempatan yang bahan bahanya import dari Switzerland. Tapi jangan risau produk ni selamat kerana dah menjalani RnD, ada labtest, di kilangkan di kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Proces), berdaftar dengan KKM & ada certificated halal JAKIM.


NOTIFIKASI KKM (NOT KKM) BOLEH SEMAK DI WEBSITE NPRA


Produk Elexa Serum juga ada semua kriteria produk selamat seperti

✓ Ada lab test
✓ bernotifikasi KKM (NOT KKM)
✓ Formulasi dari Switzerland
✓ Bebas Paraben
✓ Bebas SLS
✓ Tiada bahan berbahaya
✓ 100% Halal
✓ Setaraf Jenama Antarabangsa
✓ Telah diuji secara klinikal dan melalui proses RND selama setahun 
✓ Diproses di Kilang ISO, Islam dan Bertaraf GMP .

Kalau di lihat pada packaging pun cukup kriteria termasuk ada alamat pengilang. Normally produk yang selamat ni berani dedahkan alamat kilang berbanding produk yang krik.. krik.. krik. Depa takkan letak alamat kilang.


Antara bahan yang terkandung dalam Elexa Serum ni

❖ Azelaic Acid
❖ Lemon
❖ Sakura
❖ Aloe Vera
❖ Jojoba Oil

Bagi yang tercari cari produk yang selamat & cukup kriteria yang di perlukan untuk membantu masalah jerawat tu boleh try Elexa Serum ni. Kena di ingat produk yang selamat pun belum tentu sesuai dengan semua orang jadi kena try & error juga. Tak ada produk yang 1 produk sesuai dengan semua orang yer.. So jangan tertipu dengan claim produk produk macam tu. Tu semua konspirasi membongak untuk melariskan jualan.


Untuk info lanjut berkaitan produk Elexa Serum korang boleh la jenjalan di FB page 
 Facebook : Elexa Beauty Malaysia 

Atau hubungi :
 Whatsapp : www.wasap.my/60182087077  

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO. Tu dia walau jenuh dok bagi kesedaran pasal kosmetik/produk timbang kilo ni tapi masih ada yang tak khatam khatam lagi. Saya pun selalu dapat PM tanya produk ni kilo ke tak.. produk ni selamat ke tak.. produk ni ok tak dah macam aku ni pakar menganalisis produk yang ada makmal sendiri kat rumah pulak.

Kita bukan pakar.. dengan tengok je kita dah boleh tahu produk ni selamat ke tak. Tapi di sebabkan lambakkan produk beracun @ produk kosmetik timbang kilo kita dah boleh kenalpasti melalui ciri ciri yang ada pada sesuatu produk tu samada selamat atau mencurigakan.

Pagi ni sempat menonton rancangan Selamat pagi Malaysia.. sejak pakatan harapan menerajui kerajaan baru ni dapat pulak siaran TV1 kat rumah den ni (Ni pun bukan politik tapi kejadian yang benar benar berlaku) maka boleh la menonton TV1 dengan jelas tanpa polkadot. Almaklum la den ni rokyat marhaen yang tak melanggan esteruk atau apa2 siaran TV berdekoder tu. Cuma pakai TV guna area ampaian jer. So memang certain siaran TV dapat dapat atau tak jelas.

So dari perbincangan topik 'Kosmetik Timbang Kilo' Tadi boleh la saya share dengan pembaca blog saya yang masih blur blur menatang apa kosmetik timbang kilo.

Sebagai pengenalan.. Kosmetik adalah produk kecantikkan & penjagaan diri yang di gunakan di luar kulit macam produk penjagaan wajah, produk penjagaan rambut, produk penjagaan kulit badan, pewangi badan & sebagainya. Produk kosmetik ni tak boleh ada tuntutan perubat seperti merawat ia cuma produk kecantikkan & penjagaan kulit/badan/rambut sahaja. Tak boleh claim produk di bawah kategori kosmetik ni merawat gatal gatal ke, ezcema ke hapa.

Produk kosmetik perlu ber notifikasi (KKM) untuk di pasarkan di Malaysia tak kira produk tu produk tempatan (local produk) atau produk luar (International product). Wajib kena ada NOT KKM. Dan NOT KKM bukan kelulusan tapi cuma pengistiharan yang di buat pengeluar bahawa produk mereka selamat & bebas bahan berbahaya. KKM tidak pernah memberi sebarang kelulusan kepada produk kosmetik kerana proses untuk mendapatkan NOT KKM tidak melalui ujian makmal & analisa di lab kkm. Cuma di isytihar oleh pengeluar melalui dokumentasi sahaja.

Kita terus ke Topik Kosmetik Timbang Kilo. Apa tu Kosmetik @ Produk timbang kilo? 

Produk kosmetik Timbang kilo ni adalah produk yang material dia di beli secara pukal (borong) normally dari negara jiran kemudian di packing & di letak label jenama & di pasarkan atau kita biasa dengar produk rebrand. Proses packaging dia pun maybe packing sendiri kat rumah atau tempat tempat yang tidak memenuhi ciri ciri keselamatan & kebersihan yang di tetapkan.

Produk kosmetik timbang kilo ni bila KKM ambil sampel & buat lab test.. Biasanya di cemari dengan bahan di panggil racun berjadual iatu Merkuri, Hidrokinon & tretinoin. Merkuri & hidrokinon biasanya memang dalam dos yang banyak & merbahaya la (dos yang tidak di benarkan) & tretinoin adalah sejenis bahan yang tidak di benarkan dalam produk kosmetik sebab Tretenoin di gunakan untuk merawat masalah jerawat yang serius & perlu berdaftar dengan produk kategori ubat. Iatu perlu berdaftar sebagai MAL kerana dia dalam kategori ubat terkawal. Jadi produk kosmetik yang ber Notifikasi (NOT KKM) memang tidak boleh meletakan Tretinoin dalam produk mereka.

Ciri ciri yang biasa KKM kesan pada produk kosmetik timbang kilo.. Mempunyai warna yang terang (warna warni) & di datangkan dalam bentuk set yang mempunyai krim siang & malam.


Produk yang selamat adalah produk yang dah melalui proses RnD (Research & Development) iatu proses metode penelitian yang digunakan untuk menghasilkan produk tertentu dan menguji keberkesanan & keselamatan produk tersebut. Selain RnD.. produk juga perlu melalui labtest.

Tip memilih produk yang selamat supaya tak terguna produk kosmetik timbang kilo yang mengandungi bahan terlarang adalah..

1. Semak label pada produk pastikan semua label ini ada

➠bahan bahan (Ingredient)
➠Description (penerangan Produk)
➠Cara penggunaan
➠Alamat pengilang
➠Cadangan pada jenis kulit/ masalah kulit yang boleh menggunakan produk tersebut

2. Semak samada produk tersebut samada ada BerNotifikasi yang sah (NOT KKM) ada melalui RnD & labtest atau dermatology test/clinical approve etc..

3. Sebelum mencuba atau menggunakan sesuatu produk kenali jenis/masalah kulit. Pastikan bahan bahan yang terdapat dalam produk tersebut bersesuai dengan jenis/masalah kulit anda. Kalau tidak faham boleh merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang ingredient produk.

Sekiranya anda terguna & mengalami kesan sampingan selepas menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang beracun mohon terus dapatkan rawatan di hospital.

Tu input yang saya dapat dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dengan topik Kosmetik Timbang kilo tadi. Moga info sedikit ni memberi manafaat besar pada anda semua.

Moral of the story.. Sematkan di hati cantik itu sihat bukan putih ke hitam ke kulit korang. So jangan terlalu mengejar nak putih, nak gebu, nak nampak urat hijau sampai mengabaikan keselamatan & kesihatan anda. Katakan tidak pada Produk Kosmetik Timbang Kilo & Bahaya.

PRODUK YANG MENJADI PENAJA DRAMA SEDANG TRENDING DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM

PRODUK YANG MENJADI PENAJA DRAMA SEDANG TRENDING DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM. Zaman sekarang nak menulis pun kena kias kias sebab zaman sekarang kat Malaysia dah ramai jutawan produk. Bila dah kaya raya tak boleh la kau suka2 nak petik dorang satgi jenuh nak kutip derma. Tapi atas dasar tanggungjawab membantu pihak KKM bagi membenteras produk produk bahaya.. Kita sebarkan juga la. Mungkin saya tidak menggunakan produk produk ni tapi saya tahu masih ada pengguna yang mungkin kurang pendedahan masih menggunakannya.


Hari ini KKM telah mengeluarkan satu laporan 5 produk dari 3 jenama tempatan di kesan mengandungi bahan terlarang seperti Merkuri, Hydroquinone & Tretinoin. Ingredient biasa yang di gunakan dalam kebanyakkan produk tempatan yang selalu di kantoikan oleh KKM bila di buat ujian makmal. Sebab racun racun berjadual tersebut mampu memberi kesan kecantikkan yang cepat. Biasa la.. masing nak putih, gebu, flawless, glowing cantik menawan KAN?

Antara produk yang di tarik balik Notifikasi (NOT KKM) salah satu adalah dari jenama produk yang menjadi penaja utama satu drama yang tengah trending sekarang. Korang boleh rujuk sendiri kat press release KKM disini ☛Kenyataan Akhbar KPK 7 Jun 2018 – Produk-produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Walaupun berbuih sana sini orang bagitau.. Tapi ramai lagi yang masih bebal tak mau ambil tau. Tahukah hangpa Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Pada korang yang sedang menggunakan produk yang tersenarai.. Jangan ragu ragu untuk memulakan operasi kuis kuis ke dalam tong sampah. Sedang elok sekarang guardian & watson tengah sale bagai nak giler. Semua produk skincare murah murah & selamat. Tak payah sayang sangat la kulit cantik bertepek merkuri semua tu.. Sayangi diri & organ dalaman anda. Organ kita bukan macam pokok buah buahan yang mana kalau rosak boleh tanam benih dia tumbuh semula ok.

Harap dengan kerajaan baru & menteri kesihatan yang baru ni.. Dapatlah di gubal undang undang lebih tegas & di naikkan denda sehingga RM1juta++ bagi pengeluar produk merbahaya nak nak lagi yang hampir setiap tahun tersenarai di website npra sebagai produk yang mengandungi bahan bahaya. Kalau setakat hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.. memang rasanya tak bagi pengajaran pun. Depa dah kaya.. celah gigi je amount tu boleh bayar tapi pengguna yang dah la miskin, muka pulak jahanam pakai produk depa hanya mampu menangis tepi bucu katil je. Kadang kadang nak cover kos buat rawatan muka yang dah rosak pun tak mampu.

Harap isu lambakkan produk bahaya di pasaran yang semakin menjadi jadi & berleluasa ni dapat perhatian pihak bertanggungjawab. Hope isu ni di pandang serius.. Kesian tau tengok ramai yang mengalami kesan buruk selepas menggunakan produk2 beracun ni. Mereka di kaburi dengan Notifikasi KKM bagi pada produk produk tersebut lalu percaya produk ber notifikasi terjamin selamat sedangkan notifikasi ramai yang masih tak tahu bukan kelulusan atau jaminan selamat pun. Cuma semua produk kosmetik di malaysia kalau nak di pasarkan memang kena berdaftar dengan KKM sebagai Notifikasi. Nak tahu produk tu bebas bahan merbahaya atau tak cuma boleh di sahkan melalui ujian makmal sahaja. Dan sebab tu la orang nasihat beli produk yang ada RnD. Nak selamat beli je kat drugstore. Produk nak letak kat drugstore memang perlu ada pengesahan selamat & bebas bahan merbahaya. Kalau yang terlepas yang pernah jadi isu pun sikit sangat. Tu pun akan serta merta di tarik di pasaran berbanding produk tempatan yang di jual atas talian, di toko toko jamu.. banyak sangat kantoi ada bahan terlarang ni. sebagai pengguna jadilah bijak. Info di hujung jari manafaatkan.

Moral of the story.. Semoga hujung hujung ramadhan ni Allah jentik hati hati pengeluar produk bahaya ni untuk rasa bersalah dengan apa yang mereka buat seterusnya menghentikan terus jualan produk produk bahaya. Nikmat dunia ni sementara tapi ingat kita menuju ke alam abadi di sana.. Apa yang kita buat kat dunia, sumber rezeki yang kita dapat menjadi penentu destinasi akhir kita.

PEST KILLA SENJATA UNTUK ORANG YANG TAKUT LIPAS

PEST KILLA SENJATA UNTUK ORANG YANG TAKUT LIPAS. Lipas ni tak payah berlagak la bukan je perempuan je terjerit jerit kalau nampak, lelaki pun ramai yang takut lipas. Tapi den takde la takut lipas tapi tak sampai la nak peluk cium dengan lipas. Setakat nak main kejar kejar dengan dengan penyapu tu takde hal.. Selalu dah buat kat rumah ni. Kira hero melawan lipas dalam rumah ni, saya la.


Disebabkan ramai spesis takut & geli dengan serangga seperti lipas & cicak, sedang elok la saya memperkenalkan satu senjata yang sangat berkesan untuk menghalau makhluk penceroboh ni dalam rumah kita atau kawasan kawasan kita. tak kira la di opis ke, restoran ke atau mana saja kau berada. Senjata ni takde la macam senapang atau parang.. Ia sejenis semburan penghalau serangga jer. Bunyi macam remeh tapi mempunya kuasa boboiboy juga tau walau idea asal produk ni dari orang asli.

Orang asli kita sedia maklum cara hidup mereka banyak menggunakan hasil alam. Sehingga kini masih ada orang asli yang hidup di kawasan hutan & mengamalkan hidup dengan cara yang di warisi nenek moyang mereka. Tetap hidup juga walau tertinggal dari arus kemodenan & hanya menggunakan bahan bahan semulajadi di sekeliling mereka.

Jangan pandang rendah pada orang asli ok.. Ada idea mereka di ambil sebagai ilham untuk menghasilkan produk. Contoh macam produk PEST KILLA ni. PEST KILLA ni salah satu produk racun serangga yang di cipta oleh para penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP). 2 Tahun penyelidik melakukan kajian untuk mengenalpasti akar pokok tuba yang di gunakan kaum orang asli untuk di jadikan cara menghalau serangga. Bukan 2 bulan yer.. 2 Tahun mereka buat kajian ok! Kalau 2 bulan nak buat produk tu kena pergi kilang OEM. Boleh jadi Instant founder. kekekkee


Para Penyelidik UMP memulakan kajian pada 2013 dan mendapati pokok tuba mempunyai potensi sebagai agen untuk menghalau serangga. Namun jika digunakan secara langsung, ia akan memberi kesan sampingan pada pengguna. Maksudnya kalau terus guna pokok tuba tu akan memberi kesan mudarat jugak la. Jadi berhati hati yer.. So, Para penyelidik cuba menghasilkan satu produk racun serangga yang mesra pengguna berbentuk cecair semburan, berbau wangi & tidak menganggu pernafasan.


laporan akhbar BH ONLINE

Kajian bukan sahaja membabitkan ujian terhadap lipas, semut, lalat dan cicak sahaja tetapi produk berkenaan boleh digunakan untuk menghalau pelbagai jenis serangga, termasuk nyamuk serta lipan. Secara logiknya orang Asli yang tinggal dalam hutan memang terdedah dengan seranggan seperti nyamuk & lipan ni. Jika akar pokok Tuba berkesan menghalau spesis serangga tu.. So, takde la pelik mana Pest Killa yang berasaskan bahan utamanya Akar Pokok Tuba ni mampu membantu menghalau spesis serangga tersebut jugak kan. Cuma di formulasikan dalam bentuk produk yang memudahkan pengguna & selamat di gunakan.

Bukan je boleh di gunakan untuk kediaman atau premis perniagaan.. Boleh je nak sembur pada pokok yang di ancam serangga perosak macam ulat semua tu. habis berlubang kan dedaunan pokok kita kalau di serang ulat jadi penyelesaiannya Gunalah Pest Killa untuk menghalau serangga yang menodai pokok anda. Tak payah risau kalau pada pokok sayuran.. boleh jer sembur. Malah Pest killa selamat untuk kanak kanak & bayi kalau di sembur di dalam rumah. Almaklum la kan.. yang bekeluarga ni ada anak kecil bagai.. Kalau produk beracun ni akan effect kesihatan anak anak kita yang masih kecil & antibodi pun belum kuat. So, lebih afdal guna pest killa ni.. Tapi dah orang kata selamat jangan ada bagi anak minum atau sembur kat badan pulak konon nak elak gigitan nyamuk. Tu kategori melampau tahap minta di kaki kan. kekekkee.


 Pest Killa Untuk Menghalau Serangga Seperti  
☠ Lipas
☠ Semut
☠ Lalat
☠ Cicak
☠ Nyamuk
☠ Lipan

Pest Killa turut meraih Anugerah Produk Paling Inovatif, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Peringkat Antarabangsa (Negara ASEAN) 2016.

 Kelebihan Pest Killa 

Mesra alam.
Mudah digunakan.
Murah dan mampu milik
Membantu memelihara ekosistem kerana menggunakan bahan semula jadi.
Sangat menjimatkan kerana sebotol boleh digunakan antara tiga hingga empat bulan.

Kandungan sebotol Pest Killa ni adalah 500Liter dengan harga RM23 sahaja. Berbaloi la dengan harga. Kalau kita guna racun serangga yang ada di pasaran berbau keras & kuat kadang2 ganggu juga pernafasan kan? Alih alih.. Nyamuk pun tak lari. Siap macam mengejek lagi kat telinga. Ni pengalaman sendiri guna semburan racun serangga yang biasa ada kat pasaran tu. Nak2 yang jenis mesra alam bau lemon bagai. Sembur lipas pun lipas senyum je. Tak ke Haromjadahei.. Lipas pun menganjing balik. hehehehe

Jadi sebab tu korang kena cuba racun serangga yang berasaskan akar pokok tuba yang di gunakan secara tradisional oleh orang asli untuk menghalau serangga sebagai langkah penyelesaian masalah serangga pembawa penyakit di rumah anda. Sedang elok la sekarang ni denggi berleluasa. So, afdal ada 1 botol di setiap rumah produk Pest Killa ni. Nak nak lagi yang spesis fobia & trauma dengan lipas. Ni la senjata korang untuk melawan musuh negara seperti lipas katanya. So, korang tak perlu babikan lipas lagi lepas ni.. Korang cuma perlu sembur ke kat kawasan jajahan korang supaya lipas tak menceroboh. kekekeke


Suruh orang simpan kat rumah tapi tak bagitau ada jual kat mana? Ni rasa nak tukar jadi mak kau hijau ni!! Sabaq na.. Alah apa susah kalau rasa nak beli boleh jer order kat cik akak kita sorang ni. Salah seorang pengedar produk Pest Killa.. Contact number dia kat bawah ni.. Jangan lupa save tau!!

 ☏ Call/Whatsapp 012-2852409 (Elvee Sara) 
 ⚑ Fb Page  Dudukshopping House 


Semoga Hidup Anda Tidak di selebungi lipassssssssssssss

CARA MENYEMAK PRODUK UBAT TRADISIONAL, SUPPLEMENT & KOSMETIK YANG DI SENARAIKAN BAHAYA OLEH KKM

CARA MENYEMAK PRODUK UBAT TRADISIONAL, SUPPLEMENT & KOSMETIK YANG DI SENARAIKAN BAHAYA OLEH KKM. Walau ramai yang tahu macam mana nak log in pesbuk.. macam mana nak update ig & macam mana nak baca gosip2 kat blog hiburan tapi depa masih tak tau macam mana nak semak senarai produk yang KKM dah banned sebelum ni sebab di kesan mengandungi bahan terlarang.

Yang viral tu maybe kita boleh dapat tahu melalui perkongsian di media sosial tapi produk yang kurang popular & di viralkan mungkin kita terlepas pandang walau KKM dah keluarkan press release tentang bahaya produk tersebut. Tu sebab kita kena semak sendiri melalui website NPRA. Online kan mudah dari nak call KKM check satu persatu produk kan.



Jadi untuk segmen khidmat masyarakat hari ni.. Takpe la kita bagi sikit tutorial untuk mereka mereka ni supaya lepas ni tak boleh bagi alasan tak reti, tak tahu & tak pernah tahu. Macam biasa la kat blog lekatlkekit ni kalau bagi tutorial memang clean & clear.. Jadi sebelum membebel bebal panjang2 sampai hangpa rasa benci dengan den.. Moh ler kita tengok macam mana nak semak senarai produk yang KKM dah senaraikan sebagai bahaya..

Mula - mula anak anak semua ke pergi ke website NPRA yer..

1. Clik http://npra.moh.gov.my/

2. Di bahagian laman utama, Scroll ke bawah korang akan jumpa ruangan macam kat bawah clik pada tab [ Orang Awam ]


3. Kalau nak check senarai Pembatalan Produk Semulajadi ( Tradisional ) & Kosmetik

clik pada : Senarai Pembatalan ProdukLepas tu dia akan keluar paparan macam ni..



Kalau nak semak Pembatalan Produk Semulajadi (tradisional) clik je pada gambar tu dia akan keluar senarai semua produk yang telah di batalkan oleh KKM kerana mengandungi bahan merbahaya.

Macam tu juga kalau nak semak senarai produk kosmetik yang di batalkan notifikasi oleh KKM just clik pada paparan gambar Pembatalan produk kosmetik dia akan keluar semua senarai produk yang di batalkan kerana di kesan mengandungi bahan terlarang & bahaya.

Ada ke tidak dalam senarai tu produk yang hangpa masih guna sekarang? Kalau ada & rasa sayang buah pinggang atau kulit hangpa untuk jangkamasa panjang mohon berhenti guna yer.

Yang kat atas tu untuk check produk produk yang berdaftar & di tarik balik notifikasi atau MAL oleh KKM. Yang ni kalau nak semak produk yang di kesan mempunyai bahan terlarang & bahaya yang tidak berdaftar dengan KKM.

1. Step dia sama.. cuma clik pada Senarai Produk CampurPalsu (Tidak Berdaftar)


Akan keluar semua senarai produk yang KKM dah senaraihitamkan. So boleh semak samada produk anda  guna tersenarai atau tak. Kalau ada dalam senarai.. cukup cukup la tu dok ambil. Kalau nak ambil juga pastikan ada insuran cover. At least kalau sakit masuk hospital ada insuran cover. Takde la menyusahkan orang lain sebab kedegilan sendiri. hehehehehe

Ni dah bagi tutorial bergambar siap link lagi boleh paham ke tidak anak anak? Kalau tak faham sangat korang clik je pada perkataan2 yang dah di link tu memang den dah masukkan url ke setiap page tersebut. hahahaha

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua pengguna. Yang baik itu dari Allah, yang tak semegah tu dari diri saya sendiri. hehehehe

SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA

SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA. Assalamualaikum.. Saya yakin ramai di antara kawan2 blogger & pengamal media sosial dah tahu tentang saya di saman oleh satu founder produk ni. Saya tak boleh mention siapa produk apa & siapa pengasasnya secara umum. bagi yang tahu.. Mungkin sedia maklum.


April lalu KKM tengah mengeluarkan laporan terdapat bahan merbahaya dalam produk mereka. Berita tersebut bukan sahaja di sebarkan di media sosial, blog, page2 popular malah berita TV & radio juga menyiarkan berita tersebut. Bukan sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan produk tersebut merbahaya malah Kementerian kesihatan 2 negara jiran (Singapura & Brunei) terlebih dahulu mengharamkan produk tersebut dari di jual di negara mereka kerana mengandungi bahan yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Sebagai seorang blogger surirumah yang menggunakan konsep penulisan secara 'OutSpoken' saya ada menulis isu itu dalam beberapa entri di blog saya dengan lampiran bukti akhbar & bukti pengakuan pengguna. Penulisan saya sememangnya berbentuk santai & tidak formal.

Akibat dari perkara tu saya di saman fitnah/malu oleh pihak mereka. Saya merujuk kepada beberapa peguam sebelum ni untuk memastikan penulisan saya samada ada unsur fitnah atau tidak & kesemua peguam memberi pandangan tiada unsur fitnah. Penulisan saya lebih kepada 'fair comment' namun pihak mereka menggunakan alasan ulasan saya bersifat melampau sebab itu saya di saman. Saman sivil sesiapa sahaja boleh memfailkan.. Namun yang menentukan betul atau salah hanya bila proses perbicaraan di jalankan. Jadi pihak yang di saman terpaksa juga membela diri samada berasas atau tidak tuduhan tersebut. Untuk membela diri juga perlukan kos yang tinggi.

Di sebabkan saya tidak berkemampuan dari segi untuk menyediakan kos bagi mengambil peguam untuk membela diri, saya terpaksa berkerja keras mencari bantuan sehingga ke hari ini. Saya tahu saya tidak menulis fitnah dan saya takkan berputus asa. Saya akan terus berusaha mencari apa saja yang boleh membantu saya selagi Allah memberi kemampuan saya berbuat demikian. Saya masih berusaha, Doakan Allah permudahkan urusan kes saman ini.

Sebagai seorang manusia & sebagai rakyat malaysia walau saya bukan orang kaya tapi saya tetap berhak untuk membela diri. Apa yang saya perjuangan bukan hanya untuk membela diri , malah pengguna yang teraniaya tanpa pembelaan juga. Jadi saya perlukan sokongan dari semua pihak. Sama - sama kita membenteras produk beracun yang masih di jual secara berleluasa di pasaran tempatan.

Saya harap entri ini dapat di panjangan (share) jika anda sudi membantu saya mencari bantuan untuk saya membela diri di mahkamah nanti. Kes ini di failkan di sebuah negeri yang sememangnya jauh dari tempat tinggal saya. Kekangan kewangan & masalah anak saya yang masih perlu perhatian rapi kerana dia seorang kanak kanak mild autisme yang sedang bersekolah membuatkan pergerakkan saya semakin terbatas. Jadi saya terpaksa mencari solusi supaya saya boleh hadir di mahkamah membela diri walau tanpa di wakili peguam. Sekurang kurang saya dapat hadir di mahkamah.

Saya ingin membela diri & saya boleh membuat permohonan untuk menukar mahkamah namun semua itu tetap memerlukan kos. Ini adalah salah satu usaha saya mencari bantuan bukan mengaibkan mana mana pihak. Saya berharap ada mana2 pihak sudi membantu.

Setiap pertolongan walau hanya share artikel ini adalah sangat membantu saya. Selain itu saya mengharapkan doa dari semua.. Sebab saya percaya kuasa doa adalah senjata paling kuat untuk berjuang. Terima kasih pada semua yang sudi share artikel ini. Moga Allah membalasnya dengan seribu kebaikkan.


DOA ADALAH SENJATA. MOHON DOA DARI SEMUA

LAGI PENDEDAHAN KULIT MUKA ROSAK SELEPAS GUNA LOCAL PRODUCT NI

LAGI PENDEDAHAN KULIT MUKA ROSAK SELEPAS GUNA LOCAL PRODUCT NI. Sebelum ni dah kecoh pasal local produk ni katanya masa consistent memang la gebus gebas kulit muka kau! Kalau kau tinggal paling lama seminggu kau akan nampak malapetaka yang akan berlaku pada muka kau yang menggebu gebas lepas guna produk tu. Ni terjumpa lagi satu perkongsian dari pengguna local product yang tengah kontroversi ni.


Kisahnya.. dia tertinggal 3 hari je tak pakai cream dari produk tu.. tetiba muka yang gebu gebas naik jerawat2 halus.. Lepas ni apa lagi alasan seller2 & pengasas produk tu nak bagi. Sebelum ni dok blame konon yang kulit muka rosak guna fake produk.. Tapi sampai sekarang depa tak lampirkan bukti2 yang mengatakan produk mereka sangat selamat bebas merkuri & chemical.. cuma konon tengah bincang dengan lawyer untuk saman menyaman jer.. Kau nak saman sapa? Pengguna yang kulit depa rosak tu ke? hahahaha


Aku memang agak pelik kenapa bila berlaku masalah macam ni mesti timbul isu 'produk tiruan'. Local product ni memang senang di ciplak ke camna.. sebab tak pernah lagi aku dengar produk2 yang dok jual kat farmasi macam bio essence. eucerin..  atau produk yang mahal sikit macam SKII, bagai ada isu 'Fake Product'. Asal local produk bila pengguna mengadu kulit rosak je mesti tuduh pengguna guna fake product. Ke hangpa jual produk timbang kilo? Tu sekadar pertanyaan bukan tuduhan ok.

Naik seram pulak aku bila banyak pendedahan berani mati yang di dedahkan oleh pengguna selepas menggunakan local produk ni. Please la.. Kalau pun nak jadi jutawan produk kosmetik ke hapa.. Jangan memperjudikan kesihatan & keselamatan pengguna. Jual la produk yang betul2 dah di uji & di sahkan selamat. Bukan kau sahkan sendiri produk kau tu selamat ok!.. Bukan nak kondem bisnes orang tempatan tapi bila berlaku benda2 macam ni.. kesian jugak la pada mangsa2 keadaan. Sebab aku dulu pun pernah menjadi mangsa local product jugak. Nanti orang hilang kepercayaan pada local product sebab isu2 macam ni walaupun bukan semua local product tu tidak selamat.

Kepada mangsa product skincare tu aku rasa korang patut buat laporan kepada pihak2 yang boleh mengambil tindakkan terhadap pengasas produk yang menjual produk2 yang tidak selamat ni. Setakat viral tanpa tindakkan susulan pun tak boleh sebab ada orang kulit dia kebal.. bila pakai tak nampak kesan buruk untuk jangkamasa pendek so dia tetap akan terpedaya. Takut jangkamasa panjang hilang hidung ke.. mata ke buta ke.. muka berlubang ke hapa kesian jugak kan. Kalau betul produk tu tak selamat sepatutnya pihak berkuasa kena haramkan penjualannya.

Moral of the story.. apapun pilihan di tangan kita.. Tak mampu nak beli produk selamat sebab mahal guna je cara lama.. Guna bahan2 semulajadi.. Kalau jerawat kau tenyeh je kunyit hidup, nak kulit licin puth gebu guna putih telur buat mask katanya. hehehehe

TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR

TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR. Mister Potato.. Rasanya sejak kecik aku kenal dia melalui iklan untuk makanan ringan potato chips. Almaklum la.. junk food yang memang di gemari ramai terutama kanak kanak sampai sekarang even anak aku pun suka juga potato chips ni. Cuma aku tak bagi la selalu.. Sekali sekala jer tapi anak aku jenis makan apapun tak banyak. So, tak risau sangat kalau dia setakat rasa rasa je junk food tu.


Misteri Potato ni sebagai pengenalan adalah salah satu jenama tempatan untuk produk cip kentang (potato chips). Terkenal dengan watak seorang lelaki yang bermisai lentik & berpenampilan macam orang mexico. Memang popular jugak iklan dia di kaca TV satu ketika dulu.. erkk.. rasa sampai sekarang masih ada lagi kan cuma jarang nampak sangat la berbanding dulu.


Sekarang katanya dia dah tampil dengan penampilan & wajah baru. Wow!! gamaknya macam mana kemunculan terbaru Mister potato ni kan? Tapi walau kita kenal watak mister potato yang bermisai lentik tu sebenarnya banyak perkara yang kita masih tak tahu. tapi sekarang dah terbongkar dalam artikel ni >> Terbongkar Siapa Mister Poato yang sebenar <<


Begitu rupa kisahnya Di sebalik Mister Potato ni.. So pada penggemar Misteri Potato mesti excited kan bila tahu pasal Mister Potato ni. Apapun tak salah nak bersantai santai sambil makan cip kentang ni cuma kita sedia maklum ia adalah makanan yang tidak sihat jadi jangan makan melampau lampau pulak yer walaupun Mister Potato dah keluarkan macam macam perasa baru.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com