CARA MENYEMAK PRODUK UBAT TRADISIONAL, SUPPLEMENT & KOSMETIK YANG DI SENARAIKAN BAHAYA OLEH KKM. Walau ramai yang tahu macam mana nak log in pesbuk.. macam mana nak update ig & macam mana nak baca gosip2 kat blog hiburan tapi depa masih tak tau macam mana nak semak senarai produk yang KKM dah banned sebelum ni sebab di kesan mengandungi bahan terlarang.
Yang viral tu maybe kita boleh dapat tahu melalui perkongsian di media sosial tapi produk yang kurang popular & di viralkan mungkin kita terlepas pandang walau KKM dah keluarkan press release tentang bahaya produk tersebut. Tu sebab kita kena semak sendiri melalui website NPRA. Online kan mudah dari nak call KKM check satu persatu produk kan.
Jadi untuk segmen khidmat masyarakat hari ni.. Takpe la kita bagi sikit tutorial untuk mereka mereka ni supaya lepas ni tak boleh bagi alasan tak reti, tak tahu & tak pernah tahu. Macam biasa la kat blog lekatlkekit ni kalau bagi tutorial memang clean & clear.. Jadi sebelum membebel bebal panjang2 sampai hangpa rasa benci dengan den.. Moh ler kita tengok macam mana nak semak senarai produk yang KKM dah senaraikan sebagai bahaya..
Mula - mula anak anak semua ke pergi ke website NPRA yer..
1. Clik http://npra.moh.gov.my/
2. Di bahagian laman utama, Scroll ke bawah korang akan jumpa ruangan macam kat bawah clik pada tab [
Orang Awam ]
3. Kalau nak check senarai Pembatalan Produk Semulajadi ( Tradisional ) & Kosmetik
➠ clik pada :
Senarai Pembatalan Produk. Lepas tu dia akan keluar paparan macam ni..
➠ Macam tu juga kalau nak semak senarai produk kosmetik yang di batalkan notifikasi oleh KKM just clik pada paparan gambar
Pembatalan produk kosmetik dia akan keluar semua senarai produk yang di batalkan kerana di kesan mengandungi bahan terlarang & bahaya.
Ada ke tidak dalam senarai tu produk yang hangpa masih guna sekarang? Kalau ada & rasa sayang buah pinggang atau kulit hangpa untuk jangkamasa panjang mohon berhenti guna yer.
Yang kat atas tu untuk check produk produk yang berdaftar & di tarik balik notifikasi atau MAL oleh KKM. Yang ni kalau nak semak produk yang di kesan mempunyai bahan terlarang & bahaya yang tidak berdaftar dengan KKM.
Akan keluar semua senarai produk yang KKM dah senaraihitamkan. So boleh semak samada produk anda guna tersenarai atau tak. Kalau ada dalam senarai.. cukup cukup la tu dok ambil. Kalau nak ambil juga pastikan ada insuran cover. At least kalau sakit masuk hospital ada insuran cover. Takde la menyusahkan orang lain sebab kedegilan sendiri. hehehehehe
Ni dah bagi tutorial bergambar siap link lagi boleh paham ke tidak anak anak? Kalau tak faham sangat korang clik je pada perkataan2 yang dah di link tu memang den dah masukkan url ke setiap page tersebut. hahahaha
Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua pengguna. Yang baik itu dari Allah, yang tak semegah tu dari diri saya sendiri. hehehehe
Terimakasih memberi info yang terbaik.. Moga Allah membalas jua...
ReplyDelete