Showing posts with label kementerian kesihatan Malaysia. Show all posts

CARA UNTUK DAPATKAN SEMULA SUNTIKAN IMUNISASI (VAKSIN) YANG TIDAK DI AMBIL SEJAK BAYI

CARA UNTUK DAPATKAN SEMULA SUNTIKAN IMUNISASI (VAKSIN) YANG TIDAK DI AMBIL SEJAK BAYI. Isu vaksin sekarang tengah hangat di perdebatkan. Yang pro vaksin terus menyampaikan kesedaran betapa pentingnya vaksin kepada bayi, kanak kanak & orang dewasa. Yang antivaksin macam biasa la..mencari hujah & fakta tanpa kajian membuktikan keburukkan vaksin. Sebab aktivis medic yang terdiri di kalangan mereka yang dari bidang kesihatan tidak putus asa menyampaikan kesedaran keperluan vaksin.. Alhamdulillah ramai dah mula buka hati & minda menerima vaksin.

Tapi tu la.. ada yang dah terlepas lama sangat. Dari baby tak pernah vaksin sampai besar dah tak tahu macam mana nak catch up balik Imunisasi suntikan vaksin yang terlepas tu. Perlu ke ambil semua imunisasi yang terlepas sejak bayi atau mengikut keperluan sahaja??

Saya ada tanyakan hal ni kat facebook.. ada beberapa beberap doktor respond so boleh la saya kongsikan bagaimana cara untuk mengambil semula imunisasi yang terlepas sejak bayi tu.

Contohnya anak anda dah terlepas suntikan imunisasi dari bayi sampai umur dah 10 - 11 tahun atau lebih. Atau anda sendiri yang mak bapak anda tidak vaksinkan sejak bayi. Manalah tau hangpa salah seorang anak anak kepada golongan antivaksin.. Masa kecik hangpa tak ada pilihan samada memilih di vaksinkan atau tidak. Semua keputusan mak bapak yang buat tapi bila dah sampai umur 18 tahun hangpa sedar vaksin sangat penting untuk mencegah penularan wabak penyakit yang boleh di cegah melalui suntikan vaksin. So.. hangpa ada niat nak vaksinkan diri sendiri tapi sebab dari lahir sampai dah akil baligh memang tak pernah vaksin jadi tak tau nak mulakan macam mana..

Jangan pening pening kepala atau kecewa sangat. Biar pun terlambat tapi masih ada cara korang nak ambil vaksin tu..

Caranya pergi ke klinik kesihatan nanti doktor bagi jadual suntikan imunisasi yang anda tertinggal & di perlukan mengikut keperluan umur anda masa tu. Tak semestinya korang akan di beri semua suntikan imunisasi yang korang terlepas sejak lahir. Nanti doktor buat check up tengok apa yang perlu di beri untuk anda.

Boleh Follow poster ni cara dapatkan semula suntikan imunisasi anak anda yang tertinggal

Saya dulu pun terlewat 3 bulan untuk suntikan imunisasi untuk anak pertama sebab saya tak tahu kena pergi laporkan kat klinik. Sebab confuse dengan appointment hospital. Ingat semua refer hospital jer.. Mujur la lewat 3 bulan.. sempat catch up yang mana tertinggal. Tak banyak yang tertinggal sangat yelah baru 3 bulan kan?

Tapi bagi anda yang terlepas sampai bertahun tahun suntikan imunisasi untuk anak anak.. Boleh je pergi ke klinik cakap nak ambil imunisasi anak anda yang terlepas. Nanti doktor susun jadual baru untuk suntikan imunisasi tu.

Penting tau ambil suntikan vaksin ni.. Untuk mengelakkan anak anak anda dari dapat penyakit yang dapat di cegah dengan vaksin contoh yang tengah viral sekarang difteria. Bagi yang tak tahu apa tu penyakit Difteria.. sedikit pengenalan tentang difteria

Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria berlaku di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an. Ia jarang berlaku di negara perindustrian kerana pemberian vaksin DPT telah dilaksanakan. 
Penyakit difteria meningkat semasa musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan melibatkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi. 
Penyakit ini dikesan di kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak mendapat imunisasi.
Jangkitan adalah teruk dan boleh mengancam nyawa. Komplikasi adalah sepanjang hayat bagi individu yang tidak mendapat imunisasi secukupnya. Risiko meningkat di kawasan yang sesak dan mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah.
Sumber : Portal MyHealth

Tu salah satu penyakit yang di boleh di cegah melalui suntikan vaksin. Baru baru ni dah ada kematian di kalangan kanak kanak kat malaysia akibat Difteria. Yer.. kanak kanak tu tidak mengambil suntikan vaksin. Tak tau la mak bapak dia antivaksin ke apa.. Tapi laporan kesihatan menyatakan kanak kanak tersebut memang tak ambil suntikan vaksin.

Kanak kanak yang tidak di vaksinkan kalau kena difteria & bergaul dengan anak anak kita yang dah lengkap vaksin pun benda tu merisikokan juga kanak kanak yang di vaksin. Sebab boleh berjangkit cuma yang vaksin ni kalau di jangkiti risiko maut tu kurang la sikit & boleh di rawat berbanding yang tidak di vaksinkan risiko maut adalah sangat tinggi. Yer.. ajal maut Allah yang tentukan.. Tapi Allah pun tak suruh kita hanya duduk tadah tangan & redha.. suruh kita usaha mencegah. Kalau dah usaha.. berlaku juga baru la boleh redha.

Sekarang ni kat Malaysia pun banyak pihak tampil memberi kesedaran tentang kepentingan vaksin & cuba membetulkan salah faham & fitnah terhadap vaksin yang dibuat segelintir golongan antivaksin ni. Pada anda.. Jangan percaya pada mereka yang tiada tauliah dalam sesuatu bidang & hanya merujuk dari pembacaan di internet kemudian mengambil fakta yang tiada kajian atau bukti sahih untuk menghasut orang awam. Jangan merisiko diri sendiri & zuriat anda.

Moral of the story.. Anak adalah amanah Allah untuk kita. Nak beranak pun bukan macam kentut. Perlu melalui proses mengandung 9 bulan, hadap alahan bagai.. Lepas tu nak beranak pun tak ada sambil gelak gelak anak tu meluncur laju tanpa ada rasa sakit. So, jagalah sebaik mungkin. Vaksinkan anak anda untuk mencegah penyakit merbahaya. 

AWAS! BLOGGER, INSTAFAMOUS,SELEBRITI YANG SELALU BUAT REVIEW PRODUK! ANDA MUNGKIN BERISIKO DI SAMAN KKM KERANA PERKARA INI

AWAS! BLOGGER, INSTAFAMOUS,SELEBRITI YANG SELALU BUAT REVIEW PRODUK! ANDA MUNGKIN BERISIKO DI SAMAN KKM KERANA PERKARA INI. Blogger yang baca tajuk entri den mesti cuak kan? Lebih lebih yang ada buat paid review/non paid review/ gift review bagai kan? Lagi famous hangpa lagi banyak la produk review hangpa dapat. Macam den ni blogger suam suam kuku jer.. Dulu banyak jugak la job review tapi bila dah dapat hidayah ni memang semakin kurang dah den buat produk review sebab salah satunya memang saya tetapkan kriteria tertentu sebelum mengambil produk review sekarang. tak cukup memang saya tolak. Dah tak nak bersuhabat menipu pengguna. Dulu tu bukan niat nak menipu tapi cuma tak tahu sebab kurang ilmu. Sekarang dari ilmu & info yang seciput saya cuba pratikkan untuk penulisan review di blog saya masa akan datang.


Saya tahu ada blogger, instafamous & selebriti yang buat review ni tak tahu tentang perkara ni. Ada juga even dia baca dia buat tak tahu sebab kalau dia buat buat macam tahu.. Dia risau rice cooker dia tak cukup beras pulak. Jaga income katanya so buat pejam mata sudah. Esok2 orang tanya.. alasan biasa saya tak tahu. Takpe.. yang mana rasa tak nak follow peraturan & undang2 terpulang. Yang mana rasa nak menulis sesuatu yang selamat & bermanafaat boleh la ambil info yang saya share ni.

Sebagai seorang blogger saya.. ye memang banyak produk review kita dapat. Tak kira produk kosmetik ke, produk supplemet/ubat/jamu, produk makanan.. Kita akan menulis mengikut kehendak client yang kadang2 overclaim. Ada juga produk tak berdaftar tapi kita jarang ambil kisah pasal tu. Yang kita tahu.. kau bayar aku tulis. Tapi ada juga berdaftar tapi iklan atau review yang mereka nak kita tulis melanggar peraturan pengiklanan yang di tetapkan KKM. Pun benda tu salah satu isu besar yang boleh menyebabkan kita even hanya mengambil upah menulis review di saman & di denda. Apa hangpa ingat penulisan outspoken hentam ponder produk je ke boleh kena saman?? Hangpa tu check balik penulisan review hangpa.. Even tulis dengan di selang seling ayat ayat unsur Islamik pun kalau menyalahi akta pengiklanan yang di tetapkan oleh KKM.. tak mustahil boleh juga kena saman dengan KKM.

Jadi sebagai blogger yang menjadi salah satu sumber rujukan pembaca saya nak share perkara ni yang saya ambil dari posting page Public Health Malaysia. Semoga dapat memberi panduan kepada kita terutama blogger yang banyak terlibat dalam penulisan review produk

PANDUAN KEPADA BLOGGER, INSTAFAMOUS & SELEBRITI DALAM PENGIKLANAN PRODUK KESIHATAN
*Termasuk semua yang terlibat dalam penjualan produk tak kira founder/seller/agent

Sebelum membuat iklan, menulis review atau membuat review tak kira cara bertulis audio atau video sesuatu produk pastikan perkara ini terlebih dahulu :

1. PASTIKAN UBAT yang diiklankan/dipromosikan adalah BERDAFTAR dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM (mempunyai nombor pendaftaran MAL) dan bernotifikasi (mempunyai nombor NOT) bagi kosmetik.

Contoh:
☑️MAL20011234T (Ubat)
☑️NOT123456789K (Kosmetik)

2. Sekiranya mengiklankan ubat, PASTIKAN HANYA mengiklankan ubat berdaftar (mempunyai nombor pendaftaran MAL) yang dikategorikan sebagai produk:

☑️Over-The-Counter (OTC): nombor MAL diakhiri huruf X
☑️Tradisional: nombor MAL diakhiri huruf T
☑️Suplemen kesihatan:nombor MAL diakhiri huruf N

3. Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH diiklankan. Ubat preskripsi (nombor MAL diakhiri huruf A) hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.

4. Pengiklanan yang menjurus kepada rawatan dan pencegahan selain daripada penyakit/keadaan
yang dilarang perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU).



5. ELAKKAN mengambil bahagian dalam penyiaran iklan produk kesihatan (contohnya sebagai duta / agen / jurucakap) yang melanggar mana-mana akta yang dikuatkuasakan.

6. JANGAN menyiarkan/mempromosikan iklan makanan yang membuat tuntutan perubatan (melanggar Akta Makanan 1983). Surat pengkelasan produk BUKANLAH satu kelulusan daripada
KKM.

Contoh yang tidak dibenarkan:
➧Minuman A boleh merawat kencing manis dan darah tinggi
➧Jus botanik B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi dan merawat arthritis
➧Minuman pra-campuran C berupaya mengurangkan bengkak prostat

7. JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan makanan yang mengandungi ‘negative list’
melainkan ia telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Contoh produk yang dimakan mengandungi:
☑️Glutathione
☑️Pearl
☑️Gamat
☑️Resveratrol
☑️Bahan negatif lain.

8. JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan kosmetik yang membuat tuntutan
perubatan (bertentangan dengan Kod Pengiklanan Kosmetik). Tuntutan dalam skop kosmetik
sahaja dibenarkan.

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Losyen A boleh merawat eczema dan psoriasis
➧Minyak B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi
➧Losyen C boleh digunakan untuk menguruskan badan
➧Krim D digunakan untuk meningkatkan prestasi seksual

9. JANGAN mengaitkan produk dengan makanan Sunnah atau yang berkaitan dengannya
(bertentangan dengan Pekeliling Jakim Bil 2 Tahun 2016 – Ayat Ruqyah & Makanan Sunnah)

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Produk A dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran
➧Produk B adalah makanan sunnah

10. JANGAN membuat tuntutan/ kenyataan yang mengelirukan pengguna (bertentangan dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999)

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Produk A disahkan halal (melainkan mempunyai sijil Halal yang masih sah)
➧Produk B dibuat daripada bahan-bahan organik (melainkan mempunyai dokumen sokongan
mengesahkan sumber dari bahan organik)
➧Produk C boleh diambil oleh semua peringkat umur termasuklah bayi dan kanak-kanak kecil
(melainkan mempunyai dokumen sokongan mengesahkan keselamatan untuk penggunaan
kanak-kanak)
➧Produk D jika diambil oleh orang dewasa boleh menambah ketinggian (kenyataan mengelirukan
kerana ketinggian orang dewasa tidak boleh bertambah)


TAMBAHAN BUAT SELEBRITI

1. Selebriti dinasihatkan supaya sebelum dilantik menjadi duta / agen, selidik latar belakang syarikat
sekiranya pernah disabitkan dengan mana-mana tindakan undang-undang sebelum ini.

2. Selebriti juga dinasihatkan agar semak laman web rasmi syarikat/media sosial rasmi syarikat
sekiranya ada membuat pengiklanan yangmelanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.

3. Selebriti dinasihatkan agar membuat pengiklanan secara profesional, bertanggungjawab dan tidak
mencipta kontroversi samada yang menyinggung mana-mana kumpulan bangsa, agama dan kaum
dengan mengambil kira sensitiviti adat dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.

⚖️HUKUMAN YANG BAKAL ANDA KENA⚖️

Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam penyiaran sesuatu iklan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 Akta Ubat (Iklan & Penjualan 1956):

☑️Kesalahan pertama - Denda tidak lebih RM 3000 atau dipenjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

☑️Kesalahan berikutnya - Denda tidak lebih RM 5000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

*Boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyiaran sama ada pemilik produk, duta, agen, pengacara, media penyiaran, agensi pengiklanan dan lain-lain yang berkaitan.

Rujukan:
Panduan Kepada Selebriti Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan, Cawangan Kawalan Iklan, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

PRODUK TERKENAL DARI MALAYSIA ANTARA 113 PRODUK KOSMETIK DI KESAN BERACUN OLEH BPOM INDONESIA

PRODUK TERKENAL DARI MALAYSIA ANTARA 113 PRODUK KOSMETIK DI KESAN BERACUN OLEH BPOM INDONESIA. Kembali memeriah karipapusing blog melekit dengan pendedahan produk produk beracun. Kali ni nak share 113 Produk kosmetik beracun yang baru baru ni kena banned di Indonesia Oleh Badan Pengawas Obat & Makanan (BPOM). Ia termasuk produk produk terkenal dari Malaysia.

Produk produk tempatan ni kebanyakkan memang kat Malaysia, Brunei & singapore memang dah kena banned.. So tak pelik Indonesia pun banned jugak. Kalau ada masih yang menggunakan mohon berhenti la. Bukan apa mungkin kesan kemudaratan tu tak nampak di masa sekarang.. Tapi di masa akan datang.


Dari Posting Public Health Malaysia di Laman Facebook mereka

Produk Jenama Terkenal Antara 113 Produk Kosmetik Disahkan Mengandungi BAHAN BERBAHAYA

Fast Fact

➧ Badan Pengawas Obat & Makanan (BPOM) Indonesia telah mengeluarkan senarai produk yang telah dikesan mengandungi racun
➧ Produk kosmestik tersebut telah dikesan mengandungi RACUN seperti hydroquinone, tretinion, merkuri dan lain-lain.
➧ Peniaga di minta menghentikan jualan produk.
➧ Pengguna di sarankan untuk menghentikan penggunaan.
➧ Dapatkan pemeriksaan lanjut.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

HYDROQUINONE
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

- Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

- Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

TRETINION
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

- Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

MERKURI
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.

- Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

- Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

- Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

- Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. Selain itu pastikan juga menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik sebelum membeli atau menggunakkannya. Korang boleh semak semua 113 produk yang di kesan beracun pada gambar di bawah..














Untuk mengikuti info info kesihatan sila follow Public Health Malaysia

Moral Of the story.. Cantik itu bukan putih gebu macam kapas, kulit licin berkilat macam cermin atau putih sampai nampak urat hijau. Cantik itu apabila anda memiliki kulit yang sihat & bebas dari sebarang penyakit bahaya. Tak kisah la apapun warna kulit anda.

CARA BUAT ADUAN ONLINE KE KKM JIKA ADA KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK

CARA BUAT ADUAN ONLINE KE KKM JIKA ADA KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK. Ya Allah sebenarnya saya dah lama berjanji dengan pembaca blog lekatlekit ni nak share cara membuat aduan sekiranya hangpa guna sesuatu produk tak kira kosmetik/skincare atau supplement/ubat & ada kesan sampingan yang tak baik. Tapi saya terlampau banyak masalah.. Maka memory ni dia jadi tak cukup space nak ingat banyak perkara. hari ni teringat janji manis ku itu.. Mana sebab tengah free hari minggu ni saya gagahkan jari menaip entri ni.

Lambakkan produk beracun di pasaran memang bukan spekulasi lagi. Sampai kadang2 kita tak tau yang mana selamat & tidak. Bila terguna produk yang tak selamat.. muka breakout atau kesihatan terganggu.. Nak viral satgi.. see u in court pulak kan? Yelah kita ni jenis bukan formal bila menaip kat social media kan.. Kita kan orang melayu penuh kiasan, sindir, sarcasm bagai kan. Benda tu sememangnya sangat berisiko & membolehkan kita di saman. Tak kisah salah ke tak.. Tapi kalau dah kena saman, nak bela diri pun kena ada kos. Mana ada lawyer nak buat kerja kebajikan untuk sivil case kan?

Tak tau nak buat macam mana ni.. Ok jangan risau. Hak anda sebagai pengguna kalaupun pengeluar produk tak nak bertanggungjawab atas kemudaratan & kerosakkan yang hangpa alami selepas mengamalkan atau menggunakan sesuatu produk. Hangpa buat report kat KKM. Tu mesti nak kata.. Alah.. kak susah la. Nak kena pergi KKM buat report bla.. bla.. bagai.

Alahai dik.. Zaman hujung jari ni semua di mudahkan dah. Report boleh di buat secara online juga. Meh sini kakak nak bagi tutorial macam mana nak buat laporan kepada KKM secara online..

1. Hangpa pi ziarah website NPRA (KKM) dulu kat sini : http://npra.moh.gov.my/

2. Dah masuk ke website npra tu cari button 'Lapor Kesan Sampingan'.Rujuk gambar di bawah


3. Clik kat bahagian Consumer. Sebab hangpa report sebagai pengguna kan? Rujuk pada gambar


4. Clik pada 'Consumer Side Effect reporting form.


5. Lepas tu isi la Form yang di sediakan tu


Tak susah dah sekarang ni semua boleh di buat secara online. Jangan biarkan pengeluar produk tidak bertanggungjawab ni terus mengaut keuntungan dengan menjual produk merisikokan hangpa (Pengguna). Yang mana jadi mangsa produk tu.. Pi ramai ramai report. Setakat pung pang pung pang kat pesbuk.. Tak jadi apa juga kalau tak dak report. Biar semua tindakkan seiringan baru la kita boleh mengurangkan populasi Instant Founder yang tidak bertanggungjawab ni.

Apapapun jadilah pengguna bijak.. Sebelum menggunakan sesuatu produk terutama yang di jual secara online & toko toko jamu.. booth2 yang bersepah kat pasaraya, pasar basah macam NSK tu.. make sure semak betul betul. Tak guna ada data internet tapi tak reti nak cari maklumat. Bersepah orang share pasal produk ni. Kalau tak reti juga tak payah beli produk2 kat tempat2 macam tu.. Pergi la mana2 farmasi, guardian, watsons bagai. Beli la produk kat situ.. Lebih terjamin selamat.

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak. Anda mampu mengubahnya. Peace

CARA MENYEMAK PRODUK UBAT TRADISIONAL, SUPPLEMENT & KOSMETIK YANG DI SENARAIKAN BAHAYA OLEH KKM

CARA MENYEMAK PRODUK UBAT TRADISIONAL, SUPPLEMENT & KOSMETIK YANG DI SENARAIKAN BAHAYA OLEH KKM. Walau ramai yang tahu macam mana nak log in pesbuk.. macam mana nak update ig & macam mana nak baca gosip2 kat blog hiburan tapi depa masih tak tau macam mana nak semak senarai produk yang KKM dah banned sebelum ni sebab di kesan mengandungi bahan terlarang.

Yang viral tu maybe kita boleh dapat tahu melalui perkongsian di media sosial tapi produk yang kurang popular & di viralkan mungkin kita terlepas pandang walau KKM dah keluarkan press release tentang bahaya produk tersebut. Tu sebab kita kena semak sendiri melalui website NPRA. Online kan mudah dari nak call KKM check satu persatu produk kan.



Jadi untuk segmen khidmat masyarakat hari ni.. Takpe la kita bagi sikit tutorial untuk mereka mereka ni supaya lepas ni tak boleh bagi alasan tak reti, tak tahu & tak pernah tahu. Macam biasa la kat blog lekatlkekit ni kalau bagi tutorial memang clean & clear.. Jadi sebelum membebel bebal panjang2 sampai hangpa rasa benci dengan den.. Moh ler kita tengok macam mana nak semak senarai produk yang KKM dah senaraikan sebagai bahaya..

Mula - mula anak anak semua ke pergi ke website NPRA yer..

1. Clik http://npra.moh.gov.my/

2. Di bahagian laman utama, Scroll ke bawah korang akan jumpa ruangan macam kat bawah clik pada tab [ Orang Awam ]


3. Kalau nak check senarai Pembatalan Produk Semulajadi ( Tradisional ) & Kosmetik

clik pada : Senarai Pembatalan ProdukLepas tu dia akan keluar paparan macam ni..



Kalau nak semak Pembatalan Produk Semulajadi (tradisional) clik je pada gambar tu dia akan keluar senarai semua produk yang telah di batalkan oleh KKM kerana mengandungi bahan merbahaya.

Macam tu juga kalau nak semak senarai produk kosmetik yang di batalkan notifikasi oleh KKM just clik pada paparan gambar Pembatalan produk kosmetik dia akan keluar semua senarai produk yang di batalkan kerana di kesan mengandungi bahan terlarang & bahaya.

Ada ke tidak dalam senarai tu produk yang hangpa masih guna sekarang? Kalau ada & rasa sayang buah pinggang atau kulit hangpa untuk jangkamasa panjang mohon berhenti guna yer.

Yang kat atas tu untuk check produk produk yang berdaftar & di tarik balik notifikasi atau MAL oleh KKM. Yang ni kalau nak semak produk yang di kesan mempunyai bahan terlarang & bahaya yang tidak berdaftar dengan KKM.

1. Step dia sama.. cuma clik pada Senarai Produk CampurPalsu (Tidak Berdaftar)


Akan keluar semua senarai produk yang KKM dah senaraihitamkan. So boleh semak samada produk anda  guna tersenarai atau tak. Kalau ada dalam senarai.. cukup cukup la tu dok ambil. Kalau nak ambil juga pastikan ada insuran cover. At least kalau sakit masuk hospital ada insuran cover. Takde la menyusahkan orang lain sebab kedegilan sendiri. hehehehehe

Ni dah bagi tutorial bergambar siap link lagi boleh paham ke tidak anak anak? Kalau tak faham sangat korang clik je pada perkataan2 yang dah di link tu memang den dah masukkan url ke setiap page tersebut. hahahaha

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua pengguna. Yang baik itu dari Allah, yang tak semegah tu dari diri saya sendiri. hehehehe

DAH SEMAK PRODUK ANDA GUNA DARI KILANG BERTARAF GMP ATAU TIDAK?

DAH SEMAK PRODUK ANDA GUNA DARI KILANG BERTARAF GMP ATAU TIDAK? Semalam dok melilau kat news feed FB terjumpa satu page Krim Kilo bertaraf GMP katanya.. wow! Krim Kilo sekarang dah naik taraf yer.. Kalau dah bertaraf GMP tak payah la guna nama krim kilo. Boleh membuatkan orang lain salah faham.. Tapi bila harga seunit produk yang di keluarkan serendah RM4++.. Ragu2 juga dengan kualiti produk tu. GMP betul ke tidak.. tak sure la pulak.


Bagi yang tak tahu.. Semua produk yang berdaftar dengan KKM memang wajib di hasilkan & di keluarkan dari kilang bertaraf GMP. Tu mesti nak tanya GMP tu apa? Ok.. ok.. Hakak explain kat hangpa sikit na.. Apa yang di maksudkan dengan GMP. General Manager Production ke? Bukan...

GMP (Good Manufacturing Practice/Amalan Pengilangan Baik) adalah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia bagi memastikan produk atau kosmetik yang dihasilkan dalam keadaan berkualiti dan bersih. Nak dapat taraf GMP tu perlu la melalui proses permohonan & ada kriteria yang di tetapkan oleh KKM.

Zaman sekarang ni zaman penuh dengan penipuan.. So kita tak boleh percaya sangat kalau ada pengedar yang cakap produk dia di keluarkan oleh kilang bertaraf GMP. Kita kena tengok bukti juga sebelum mengambil kenyataan tu sebagai kenyataan yang jujur & benar.. Produk yang sebelum ni dapat Notifikasi KKM pun banyak kantoi ada bahan terlarang sebab pengeluar produk tak jujur declare bahan bahan yang di gunakan dalam produk inikan pulak status GMP. Jadi penting untuk kita tahu cara - cara nak semak samada kilang yang mengeluarkan produk yang kita guna sekarang benar bertaraf GMP atau tidak..

 Caranya 

1. Pergi ke website http://npra.moh.gov.my/

2. Clik pada Button Information
- clik QUEST List of Manufacturers / Wholesales / Importers
- clik Cosmetic Manufacturer List

(Rujuk pada gambarajah di bawah)


Lepas tu dia akan keluar senarai kilang yang mendapat pengiktirafan GMP oleh KKM. Kalau ada bagus la at least produk anda guna di hasilkan dari kilang yang mengamalkan Amalan pengilangan yang bersih tapi tak bermakna Ingredients dia tu selamat ok! GMP bukan bukti sesuatu produk itu selamat atau halal cuma untuk memastikan produk yang di hasilkan dalam keadaan berkualiti & bersih sahaja. Untuk halal perlu dapatkan Pengiktirafan IMP atau Halal JAKIM. Untuk mengesahkan produk tu selamat ke tidak.. Kena ada bukti dah di RND iatu melalui ujikaji di makmal @ Lab yang di iktiraf. Bukan bakar atas sudu, ok!

Jadi.. elok la sebelum guna apa2 produk check dulu samada ada NOT KKM, GMP kalau perlu status kehalalan. Almaklum kalau di keluarkan dari kilang ni.. Kadang2 non muslim punya kan. Penting juga status halal tu.


Tu salah satu cara nak semak kilang yang mengeluarkan produk kosmetik bertaraf GMP. Sama juga kalau produk makanan atau apa2 produk yang lain. ada kategori dia la..So, boleh check di laman web NPRA.

Semoga info ni memberi manafaat kepada korang semua.. pencinta kecantikkan abadi. hehehehe

INILAH AKTIVIS MEDIA SOSIAL YANG MENENTANG PRODUK BAHAYA & PENIPUAN SAINS PERUBATAN

INILAH AKTIVIS MEDIA SOSIAL YANG MENENTANG PRODUK BAHAYA & PENIPUAN SAINS PERUBATAN. Di era media sosial ni.. Rasanya kita lebih bertuah berbanding mereka yang di era sebelum media sosial. Sebab kalau sebelum era media sosial ni kita cuma dapat info melalui siaran tv, radio & surat khabar jer. Apa depa laporkan itulah yang kita tahu. Tapi di sebabkan teknologi berkembang maju.. Orang dah tak berapa layan info2 dari radio, tv & surat khabar yang banyak tidak telus. Lebih berkonsepkan kau bayar aku siar. Atau bahasa media sosial sekarang membongak je kerjanya.


Sebab tu muncul ramai aktivis di kalangan mereka yang profesional untuk membantu orang awam supaya mendapat info yang tepat. Takde la sepanjang hidup terus kena klepet je kan.. Satgi ada yang tak tau pulak klepet tu menatang apa. Klepet tu kena tipu la.

Lambakkan produk supplement, ubat tradisional, produk kecantikkan, kosmetik, skincare bagai kadang kadang kita yang kurang pandai ni tak tau yang mana selamat & yang mana tidak. Kita cuma berpandukan info yang di beri pengeluar & pengedar produk je. Kau rasa depa nak bagi tau ke kalau produk depa mengandungi bahan terlarang yang boleh merisikokan kesihatan orang lain? Mereput la tunggu depa ni nak jujur. Kalau depa tergamak jual tanpa rasa bersalah & tanpa rasa berdosa pada Tuhan.. Apatah lagi dengan hangpa depa nak rasa bersalah. Melingkup la hangpa kat situ.. Janji depa masyuk boleh kaya raya.



Sekarang ni menjadi trend OEM produk.. ada OEM produk yang ok, selamat & ada RND. bermakna melalui proses ujikaji keselamatannya sebelum di pasarkan tapi jangan tak tau bersepah produk dari kilang OEM yang tidak melalui proses RND & di pasarkan secara berleluasa. Bukan susah nak jadi pengasas produk sekarang ni.. Kau ada duit pergi je beli produk dari kilang OEM.. letak jenama sendiri. settle.

Esok esok bila kantoi dengan KKM.. bagi je alasan fake produk bagai padahal semua tu auta tak nak mengaku kesalahan sendiri.

Sebab tu hangpa kena follow aktivis yang menentang penipuan sains perubatan & produk merbahaya ni kat facebook. Banyak info kesihatan & produk2 yang bahaya mereka akan share. Jangan risau mereka di kalangan golongan profesional dalam bidang masing masing. Kebanyakkan doktor & staff pharmacist KKM. Antara Page & Individu yang ada boleh follow adalah..

Medical Mythbusters Malaysia
Pseudoscience Watch
Dr Rusyainie Ramli
Dr Rafidah
Ammar Kamar
Dr Iqbal Rosaili
Dr Suhazeli Abdullah
Amirul Amzar
Dr Afiq Rahim / DAR
Tinta Mahyuddin
Mahyuddin Mohamed
Abdul Rahman Abdul Kadir
Dziehan Mustapa
Hana Hadzrami
Khairul Hafidz Alkhair
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Noor Hayati Yasmin
Ahmad Firdaus
Dr Beni Rusani
Khairul Yoi 
(Khairul Yoi ni cuma aktivis sosial media buka di kalangan paramedic tapi sangat lantang menentang produk merbahaya. So boleh follow sebab info dia kebanyakkan telus )

Tu antara aktivis di kalangan pakar perubatan yang selalu berkongsi info kesihatan & selalu memberi pendedahan tentang produk2 yang bahaya di media sosial. Kalau rasa nak jadi pengguna bijak.. Follow la. Kalau rasa tak penting.. Ignore je tak ada sapa nak paksa. Den sekadar menyampaikan info jer..

Moral of the story.. Ingat produk merbahaya kadang kadang tidak memberi kesan hari ini pada kesihatan kita tapi ia adalah pembunuh secara senyap & perlahan lahan dalam diri kita. Mungkin kesannya hangpa akan dapat dalam jangka masa panjang. Masa tu mungkin penyelesalan takkan mampu mengubah apa apa..

BENARKAH KKM KEJAR KPI SEHINGGA MENYEBABKAN SEORANG GADIS DI PENJARA?

BENARKAH KKM KEJAR KPI SEHINGGA MENYEBABKAN SEORANG GADIS DI PENJARA? Tu dia.. Sentap warga KKM baca tajuk entri kan? Depa pun dok stanby lawyer dah ka hapa tak tau la kan.. Tapi tengok betul betul jer.. Di hujungnya ada tanda seruan.. bermakna ia bukan tuduhan cuma satu pertanyaan..


Apa kes pulak kejar KPI bagai ni.. KKM pun ada KPI ke berapa kes mereka kena dapat setiap tahun. Maknanya kalau tak cukup kes.. kena jugak cukupkan KPI? Gitu ke? Erkk.. untuk mengambil tindakkan undang - undang kepada pesalah logik ke ada KPI? Musykil jugak la kenyataan dari seorang pakcik yang kononnya anaknya teraniaya kerana KKM nak kejar KPI sehingga anak dia di penjara kerana tak mampu bayar denda. Betul ke tidak meh la baca penjelasan dari Page Medical Mythbusters Malaysia.

Lebih senang den screenshot je lah yer...


Secara logik akalnya takkan la ada KPI untuk mencukupkan kuota kes yang melibatkan kesalahan undang undang ni kan? Rasanya mahkamah kat malaysia ni dah cukup sibuk dengan macam macam kes termasuk kes saman den hehehehehe. Jangan la samakan tugas penguatkuasa ada KPI macam kau jual barang atau servis lain. Kena capai target setiap bulan atau tahun.

Untuk kata KKM dengki ni.. Bagi saya la alasan biasa dengar dari dulu bila individu atau syarikat yang di kenakan tindakkan kerana kantoi melakukan kesalahan yang melibatkan kesihatan pengguna. Mesti tuduh KKM dengki.. KKM test fake produk bagai.. Dah bernanah telinga. Tu pun masih ada si dungu yang masih percaya. Tapi kagum jugak la selama KKM di fitnah dengan macam2 tuduhan bila mengheret atau mengambil tindakkan kepada mereka yang kantoi melakukan kesalahan.. Tak dengar sangat yang memfitnah KKM demi nak meraih kembali kepercayaan pengguna pada produk atau servis mereka di saman fitnah. Tu pun dah cukup bagus.. So, kau tanggung kat mahkamah akhirat esok. Dah la menipu pengguna kau fitnah pulak kat KKM.. meringkuk la dalam neraka nanti.

Kalau betul la KKM ni sejenis pendengki kepada orang awam.. dah ramai rasanya jadi mangsa. Baik dia pilih individu yang lebih kaya.. At least mampu bayar denda. Setakat sumbat dalam penjara bukan dapat apapun.. kerajaan kena tanggung makan minum dia lagi.

Moral of the story.. Untuk menyekat scammer ni bukan mudah. Mereka membiak bagaikan cendawan tumbuh atas taik lembu. Ada tu scammer yang berselindung di sebalik personaliti yang baik suci murni bagaikan minyak masak seri murni melalui pemeringkatan dua kali katanya. Tapi di sebaliknya.. penipu nirrojim.. Jadi berhati hati lah. Orang sekarang sanggup menjadi penunggang & penonggeng agama untuk meraih kesenangan.

AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN

AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN. Sebagai seorang blogger yang tak serik serik nak buat pendedahan ni.. Hari ni popeser lekatlekit nak dedahkan pulak pasal produk yang overclaim dalam mengiklankan produk mereka untuk segmen khidmat masyarakat. Benda ni sangat penting ok untuk kita tahu supaya kita tak mewarisi perangai 'Tipah' yang manjang kena tipu tu. Jangan sampai sebab kebodohan kita yang statik dari dulu sampai sekarang orang jual taik idung gentel2 pun kita percaya kata jamu boleh kuatkan tenaga zahir & batin. Sebab tu di Malaysia ada undang undang nak jual atau iklankan produk perlu berdaftar bagi mengelakkan pengguna tertipu.


Mesti ada yang tak tau macam mana di katakan sesuatu produk tu 'Overclaim'. Tak semestinya produk yang tidak berdaftar dengan KKM je yang selalu overclaim.. bersepah yang berdaftar dengan KKM pun overclaim. 

Overclaim ni bermaksud mengiklankan produk mereka lebih dari tuntutan yang di daftarkan di KKM. Contoh la.. ada seorang pengeluar produk.. Dia nak pasarkan produk dia. Dia pun apply la KKM punya pengesahan.. tak kira la MAL ke, NOT ke hapa ker. Dalam tuntutan tu dia cuma daftar untuk minuman kesihatan bagi mencergaskan badan tapi bila dah lulus & dia iklankan produk dia konon minuman tu boleh menyembuhkan kencing manis, darah tinggi bla.. bla.. bagai. Padahal masa daftar tuntutan dia cuma untuk minuman mencergaskan badan je. Atau dia jual produk kecantikkan.. Dia daftar produk untuk penjagaan harian kulit jer tapi dia iklan konon produk dia boleh merawat keradangan kulit, menyembuhkan eczema bagai.. Itulah di namakan overclaim & ia menjadi satu kesalahan ok!

Bagi produk berdaftar, semasa sesuatu produk tersebut didaftarkan, syarikat tersebut perlu menyertakan sekali apakah tuntutan perubatan yang berkaitan dengan produk mereka beserta bukti-bukti yang menyokong tuntutan tersebut. Hal ini akan dinilai dan produk yang telah didaftarkan hanya boleh membuat tuntutan sebagaimana yang telah diluluskan sahaja. Walaubagaimanapun kelulusan tuntutan ini hanyalah pada produk sahaja manakala sebarang urusan pengiklanan perlu mendapatkan kelulusan berasingan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu. 

Satu lagi kalau nak iklankan produk atau perkhidmatan kesihatan.. macam nak jual ubat atau nak buat servis merawat apa apa penyakit kena ada kelulusan juga ok! Termasuk produk kecantikkan. Apa ingat produk kecantikkan tak kena register ke kalau nak iklan. Kau tak boleh semborono je iklankan produk kau ikut sedap tekak je ok.. Contoh paling senang paham produk Jamu, ubat kuat bagai la.. Tu kategori produk kesihatan.

Semua iklan yang melibatkan produk dan perkhidmatan kesihatan perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), KKM terlebih dahulu sebelum ianya boleh disiarkan. Iklan-iklan yang telah diluluskan akan mencatatkan nombor kelulusan contohnya KKLIU 0001/2014 pada iklan tersebut. Iklan melibatkan produk kosmetik pula perlu mematuhi Kod Pengiklanan Produk Kosmetik bagi memastikan iklan yang disiarkan tidak mengelirukan atau memperdayakan pengguna. Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 juga telah menetapkan 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan seperti darah tinggi, kanser, kencing manis dan lain-lain

Kebanyakkan iklan iklan produk kat socmed (social media) ni memang takde kelulusan. Tu dia main claim je apa dia rasa boleh menarik minat pembeli. Cheq dulu pun bangang.. Kalau tulis review tu main sedap je ikut apa yang client bagi. Sebab tak tau benda tu jadi kesalahan kalau overclaim. Tapi tak ada manusia terus pandai tanpa melalui pengalaman belajar & bodoh dulu kan.. Jadi cheq maafkan diri cheq yang jahil itu. hehehehe

Jadi yang mana berangan nak jadi 'Founder' even founder sekadar letak brand atas produk padahal dia sendiri pun tak ada tauliah dalam bidang tersebut cuma ada duit jer.. Make sure la anda mematuhi peraturan yang di tetapkan. Nak jual produk pi la hantar buat lab test ka hapa dulu.. Nak pasarkan pun sila daftar & nak iklankan pun tetap kena daftar. Ia berkaitan dengan rezeki anda yang akan jadi darah daging. Kalau anda jual produk memudaratkan orang lain.. Boleh jadi haram sumber rezeki tu. Mungkin kat dunia terkabur keharamannya di mata manusia tapi di akhirat tak ada apa boleh mengaburkan keharaman yang dah jadi darah daging kita.. Wallahualam

Moral of the story.. Semua orang buat silap & melalui zaman jahil tapi masih ada peluang kita mencari gali ilmu untuk perbaiki kesilapan tu dari masa ke semasa selagi ada nafas di dunia ni.

Sumber : Jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat

AWAS! ADA PENGEDAR GUNA LOGO MESTI PADA PRODUK UBATAN MEREKA & CLAIM SEBAGAI PRODUK MAKANAN. INI SATU PENIPUAN

AWAS! ADA PENGEDAR GUNA LOGO MESTI PADA PRODUK UBATAN MEREKA & CLAIM SEBAGAI PRODUK MAKANAN. INI SATU PENIPUAN.  Kalau hangpa spesis yang memang suka belek sampai juling sebelum membeli apa - apa prdouk mesti pernah nampak Logo mesti yang banyak ada pada produk. Kebanyakkan pada prioduk makanan, Tak kira la makanan frozen atau supplement (makanan tambahan). Tak pun kat produk2 minuman kesihatan macam kopi bagai tu.. Pernah tengok tak? Kalau tak pernah tengok confirm la hangpa memang tak pernah check langsung produk apa yang hangpa beli betul betul.


Dulu saya pun tertanya tanya juga menatang hapa logo Mesti ni.. Produk mesti beli ke camna? Nampak sangat la tahap pengetahuan masih level tadika katanya. Kerana keinginan nak tahu tu membuak buak.. berombak di dada bagaikan tsunami.. Tak boleh tahan tahan dah bila nafsu ingin tahun sampai di paras bahaya maka kita mengaji dengan en google la sekejab. Apa guna bayar bil internet kalau setakat nak baca blog copy paste gosip hiburan hahaha...

benda ni sangat penting untuk kita tahu sebab ia berkaitan keselamatan kita sebagai pengguna. Setiap pendaftaran KKM tu ada kategori dia.. Macam Notifikasi (NOT KKM) untuk produk kosmetik & kecantikkan.. MAL untuk produk ubatan & MESTI ni kena juga tahu untuk produk kategori mana.. Bukan main tempek je logo sesuka hati.. & nak dapat pengiktirafan setiap logo tu bukan setakat print pada packaging produk. Kena melalui pendaftaran di KKM mengikut terma & syarat..

Jadi jom la kita masuk tuisyen sat kat segmen khimat masyarakat lekatlekit untuk lebih memahami apa maksud di sebalik logo Mesti pada produk..

 Logo mesti pada produk yang kategori makanan ni adalah membawa maksud 

Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Melalui pensijilan MeSTI, pihak pengusaha makanan akan dibimbing bagi membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum pensijilan diberikan. Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini, pihak pengusaha perlu membangunkan satu sistem amalan yang terancang dan didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Antara elemen-elemen utama didalam program jaminan keselamatan makanan yang efektif adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability).

Nilai tambah lain yang terdapat di bawah Skim Pensijilan MeSTI ialah penilaian SME Competetive Rating Evaluation (SCORE) oleh SME Corp dan juga program bimbingan. Ia juga menjadi keperluan kepada pemasaran produk-produk makanan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), COOP1M dan beberapa pasaraya-pasaraya besar. Skim ini juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan lain di mana ia menjadi keperluan kepada Penjenamaan 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pensijilan Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Sumber Laman Web Rasmi  Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia -

Ada produk ubatan yang guna Logo Mesti juga tau dengan alasan produk mereka kategori makanan tambahan tidak perlu MAL KKM. Hati hati ok.. Tengok jugak pada claim sesuatu produk. Kalau dia tulis untuk merawat atau membantu masalah berkaitan penyakit atau untuk tujuan kecantikkan macam melangsingkan badan, untuk kesuburan kehamilan bagai yang menjurus kepada produk ubatan.. dia bukan lagi kategori produk makanan dah. So dia tak boleh guna Logo Mesti Kena ada MAL KKM, ok! Jangan jadi tipah sangat.. asyik tertipu je. Kena bijak. Kalau pendaftaran dengan KKM pun dia tipu.. produk dia jual patut di ragui ok! Produk Jamu tradisional suka claim macam tu.. Tak suka tau Sally tipu tipu pengguna. Sally marah ok! hehehehe

Moral of the story... Mungkin dulu kita bangang macam den ni.. Sebab tu den mula study banyak penipuan dari pengeluar produk ni. Sebagai pengguna.. Jadi den guna blog lekatlekit untuk menyebarkan info & membuat pendedahan agar boleh kurangkan populasi kaki penipu & golongan yang kena tipu. Peace Yo!!

RUPANYA BUKAN SUSAH NAK MOHON NOTIFIKASI KKM PADA PRODUK KECANTIKKAN

RUPANYA BUKAN SUSAH NAK MOHON NOTIFIKASI KKM PADA PRODUK KECANTIKKAN. Dulu aku antara manusia yang jahil ok.. Aku percaya 100% pengasas yang mengeluarkan produk kecantikkan kulit ni menghasilkan produk tu dari formula atau ramuan yang depa sendiri buat.. Mungkin dari petua nenek moyang bagai. Di packaging dalam bentuk yang mudah untuk orang lain dapat & guna. Serius.. Aku dulu antara pengguna local produk jugak. Banyak juga local produk aku pernah guna even masalah kulit wajah aku ni kebanyakkan cantik seketika lepas tu kembali berjurujerawat. Produk apa aku guna tak payah la aku sebut.. Tapi bukan 1 jenama je la.. Lepas cuba satu jenama rasa macam tak mendapat hasil yang aku nak.. aku tukar. Kadang2 atas suggest dari penjual produk tu sendiri.


Dulu.. Aku cukup yakin setiap produk yang ada Nombor Notifikasi KKM tu memang dah di analisa di makmal KKM & terbukti selamat & bebas bahan merbahaya. Sebab aku fikir mustahil KKM akan sewenangnya bagi sesuatu produk tu Nombor Not KKM.. Sungguh aku rasa aku bodoh sombong sebabnya dah la bodoh tak pernah ada rasa nak study pun. Yelah.. Mungkin waktu tu tak ada keperluan kan.. Macam sekarang memang aku banyak mencari maklumat tentang produk kecantikkan ni.. Jadi apa saja info yang aku dapat yang aku tahu masih ramai yang salah faham, aku rasa perlu aku sampaikan pada orang lain dalam penulisan yang mudah di fahami semua golongan. Jadi musibah tu tak semestinya hukuman tapi boleh jadi hikmah juga..

Entri sebelum ni aku ada tulis tentang Notifikasi KKM (Not KKM) Bukan bukti sesuatu produk dah di analisa di makmal KKM sekadar produk yang di bawah pemantauan KKM sahaja. Mesti ramai yang tertanya.. Kalau KKM tak buat proses analisa di makmal macam mana KKM boleh bagi Nombor Notifikasi kepada produk tersebut?  Apa je yang buat KKM lulusan permohonan untuk dapatkan Nombor Notifikasi tu?

Bila aku baca info berkenaan nak dapat Notifikasi produk ni.. Sebenarnya tak susah pun. Boleh apply melalui online & boleh dapat kelulusan lebih kurang 1 - 3 hari sahaja.

1. Proses permohonan boleh dilakukan secara ‘online’ melalui laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Quest 3+. Sistem baru aplikasi QUEST3+ (modul kosmetik notifikasi) ini telah dilancarkan pada 1 Ogos 2016 yang lalu
2. Pemohon perlu mengisi borang notifikasi produk secara lengkap (untuk rujukan, boleh lihat dokumen Annex 1, part 3, Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia) sehingga selesai semua proses termasuk urusan pembayaran. Sila rujuk di bahagian Guidelines Central di laman web NPRA.
3. Nombor notifikasi akan dikeluarkan dalam tempoh 1-3 hari selepas urusan pembayaran selesai dan disahkan oleh NPRA. Urusan mendapatkan nombor notifikasi bagi produk kosmetik tidak memakan masa yang lama seperti produk farmaseutikal lain, contohnya ubat terkawal yang boleh mencecah berbulan-bulan atau setahun.

Atau kalau hangpa nak senang faham pengedar @ pengasas produk ni cuma perlu sediakan dokumen yang di perlukan untuk memohon nombor Notifikasi KKM. Tapi yang pasti untuk apply not KKM ni tak perlu melalui proses analisa di makmal KKM cuma perlu menghantar dokumentasi berkaitan produk tersebut & disokong dengan bukti dokumentasi mencukupi. Pemohon dikehendaki mengemukakan Sijil Analisis (COA) kepada NPCB. Tapi tu la kan.. tetap masih terlepas di pasaran produk yang mengandungi bahan terlarang  ada Not KKM. Tak tau depa buat macam mana. hahahaha...

Syarikat atau orang yang bertanggungjawab meletakkan produk kosmetik di pasaran tempatan mesti memberitahu Pengarah Perkhidmatan Farmasi (DPS) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPCB) sebelum memasarkan, mengeluarkan atau mengimport produk kosmetik. Proses pemberitahuan ini akan membolehkan NPCB mengumpulkan maklumat yang mencukupi mengenai produk kosmetik yang diletakkan di pasaran tempatan.
Adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa sahaja untuk mengeluarkan atau mengimport produk kosmetik tanpa pemberitahuan sebelumnya kepada DPS 
Produk pemutihan dikategorikan mengikut penggunaan dan rumusannya. Sebagai sebahagian daripada aktiviti Pengawasan Pasaran Pos (PMS), pemohon dikehendaki mengemukakan Sijil Analisis (COA) kepada NPCB dalam tempoh satu bulan selepas produk diberitahu. COA ini akan diserahkan secara manual kepada NPCB untuk penilaian dan kompilasi. Memandangkan bahawa pihak berkuasa itu mendapati terdapat beberapa produk yang disamaratakan dengan bahan yang tidak dibenarkan seperti Hydroquinone, Tretinoin, dan sebagainya dalam persiapan pemutihan kulit, keputusan ujian yang diberikan dalam sijil itu akan berfungsi sebagai pengesahan tambahan bahawa produk itu tidak mengandungi item tersebut Dan produk yang telah mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang tempatan. - sumber http://npra.moh.gov.my/index.php/faq/cosmetic

Memang kebanyakkan produk yang kantoi depa akan guna alasan fake product tapi kalau kita yakin dengan kredibiliti KKM mustahil kita akan percaya. Kalau ada yang percaya KKM boleh buat kesilapan macam ni berulang kali kepada banyak produk yang kantoi ada bahan terlarang rasanya hangpa tak perlu lagi nak tengok ada kelulusan KKM ke tidak pada sesuatu produk yang hangpa nak pakai sebab hangpa sendiri tak percaya dengan kepakaran KKM & Hangpa boleh yakin KKM buat silap dalam mengeluarkan laporan terhadap sesuatu produk tu. Bagi golongan macam ni aku rasa korang tak perlu beli produk berpandukan Not KKM. sebab terang terang jenis tak percaya kepada kepakaran KKM.

KKM ni lebih pakar dari yang rasa diri depa pakar. Dari nak ambil sampel produk sampai la yang buat lab test keatas produk tersebut semuanya pakar. Bukan pakar bakar atas sudu, ok! Tak juga pakar jemur krim tengah panas. Peralatan yang di gunakan dalam lab untuk menganalisa sesuatu produk juga bukan setakat penunu bunsen untuk di jadikan dapur membakar krim atas sudu. Jadi.. tak logik la bila sesuatu produk kantoi ada bahan terlarang, seolah olah KKM pulak di salahkan katanya ambil sampel dari fake product. Tapi setakat ni aku tak nampak mana2 pengeluar produk yang pernah kantoi menyaman KKM kalau betul KKM buat test dari fake product yang ada di pasaran. Kalau benda betul berlaku memang boleh menjatuhkan reputasi mereka & mendatangkan kerugian kepada pihak mereka yang tak bersalah. Kalau saman ni.. sedap juga kalau menang. At least boleh cover balik kerugian tu kan... krikk... krikkk... krikkk....

Syarikat yang memasarkan kosmetik bertanggungjawab untuk memastikan produk kosmetik mereka selamat, berkualiti serta tuntutan produk yang dinyatakan pada label atau iklan dapat disokong dengan bukti dokumentasi mencukupi . Melalui sistem notifikasi kosmetik, NPRA sebagai agensi regulatori boleh untuk menyemak semua maklumat berkaitan produk kosmetik yang bernotifikasi melalui sistem pangkalan data.
Tindakan seperti pembatalan notifikasi akan dikenakan terhadap produk kosmetik yang gagal mematuhi keperluan garis panduan dan undang-undang yang ditetapkan. Ini termasuklah produk-produk kosmetik yang dikesan positif mengandungi bahan yang tersenarai dalam Senarai Racun Berjadual di bawah Akta Racun 1952.
Bagi produk kosmetik yang didapati gagal ujian makmal NPRA, syarikat akan diarahkan untuk membuat panggil balik (product recall) produk terlibat daripada pasaran dalam tempoh yang ditetapkan dan seterusnya melupuskan produk kosmetik terlibat. Boleh rujuk produk yang telah dipanggil balik di sini.

Sebab tu kadang2 kita jadi pelik.. Produk yang ada Not KKM pun tetiba KKM keluarkan laporan mengandungi bahan terlarang & merbahaya. KKM hanya akan buat analisa pada produk yang mendapat aduan ramai yang memberi kesan buruk pada pengguna. Tu tujuan produk yang nak di pasarkan kat Malaysia perlu apply Notifikasi KKM. Senang pihak KKM nak take action & kalau pihak pengguna nak ambil tindakkan pun mudah. Sebab maklumat tentang produk tersebut ada di berdaftar dengan KKM. Hangpa kena tahu.. Not KKM bukan bukti kelulusan apa - apa sekadar produk tu di bawah pemantauan KKM sahaja. Boleh rujuk entri ni >> TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT <<

Kebanyakkan local produk.. OEM produk je. Bungkus letak nama & jual. Marketing sapa bagus produk dia laris la kan. Bukan depa susah2 blender bahan, masak, buat ujikaji kat makmal pun produk yang depa jual tu. Sebab tu melambak orang boleh jadi pengasas produk sekarang ni. Modal yang serendah RM1k - RM3K pun katanya boleh buat produk sendiri dah sekarang ni. Yang penting kena pandai marketing jer. Sebab tu kebanyakkan local produk yang ada di pasaran bila kita tanya kat mana kilang yang memproses & mengeluarkan produk tersebut depa tak dapat nak bagitau. Sebab depa memang tak ada kilang sendiri.. Even produk tersebut di kilangkan di Kilang bertaraf GMP pun tidak menjamin ia bebas bahan terlarang ok! GMP hanya pengiktiran amalan pengilangan yang baik.. bermakna dari segi hygiene tu terjamin la tapi dari segi ingredient belum tentu yer. Buktinya banyak produk OEM yang dapat GMP tapi kantoi juga kat lab KKM ada bahan terlarang.
NPRA menjalankan pemantauan terhadap produk kosmetik di pasaran secara berterusan melalui aktiviti surveilans. Ini bagi memastikan produk kosmetik di pasaran mematuhi keperluan undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan. Bagi mendapatkan sampel daripada pihak syarikat untuk tujuan pengujian makmal NPRA, pelbagai cara dilaksanakan seperti membuat pembelian produk kosmetik di pasaran dan turut berkerjasama dengan Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM. 
So, jangan terpedaya kalau produk yang di sahkan KKM mengandungi bahan terlarang tetiba kata produk yang di buat ujikaji tu adalah tiruan. Aku sendiri pernah menghubungi Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM untuk mendapatkan kepastian berkaitan tuduhan KKM buat test keatas produk tiruan ni.. KKM mendapatkan sampel terus dari pengeluar produk tersebut mustahil berlaku sampel yang di ambil dari produk tiruan. Untuk maklumat lanjut hangpa boleh hubungi sendiri 
Unit Aduan,
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-7841 3200
Fax : 03-7968 2251
Email : aduanproduk@moh.gov.my


Tapi pelik juga kan.. Bila sesuatu produk di tarik balik mengandungi bahan terlarang yang merbahaya dengan hanya tukar packaging atau tukar nama dah boleh apply balik Not KKM? Tak boleh nak buat apa bila depa declare sebagai produk baru, nama baru, packaging baru memang la boleh apply NOT KKM balik sebagai produk baru. Syaratnya semua baru walaupun ingredient dalam produk tu sama. Sebab nak dapat NOTIFIKASI (NOT KKM) tak perlu hantar sampel kat KKM untuk di analisa terlebih dahulu sebelum dapat NOT.

Tapi sebagai pengguna tolong jangan jadi bodoh abadi sangat la kan.. Kalau sesuatu produk dah di sahkan KKM mengandungi barang terlarang & bahaya tetiba dalam masa sebulan dua keluar dengan produk baru yang kononnya menggunakan formula baru even ada Not KKM pun secara logik akal nak hasilkan produk kosmetik berkualiti & selamat takkan la masa yang di ambil sebulan dua jer untuk buat formula baru. Even kita bukan saintis, ahli farmasi atau pakar dalam bidang tersebut tapi sebagai manusia yang berakal rasanya boleh fikir kot apa yang logik & tidak. Sempat ke nak buat kajian & analisa kat makmal bagai sesuatu produk tu untuk memastikan ia selamat di gunakan dalam masa sesingkat tu.. Saintis pun boleh tabik hormat kalau ada pengeluar produk sehandal tu. hehehehehehe. Apa yang kita sebagai pengguna boleh buat.. samada memilih produk yang di jual kat drugstore macam farmasi, guardian, watson bagai.. Pilihlah produk yang memang dah lama dalam pasaran yang tidak mempunyai kontroversi terutama yang melibatkan kesan buruk selepas menggunakannya. Kalau sorang dua jer yang ada kesan buruk mungkin bukan salah produk tapi kalau dah ramai.. Takkan nak salah ibu yang mengandung pulak kan? Pepandai la nak hidup hehehehe

Memang bukan semua local produk merbahaya cuma lambakkan produk OEM yang macam macam jenama ni kita tak tahu yang mana selamat & tidak. Bila jadi viral baru kita tahu produk mana yang memberi kesan buruk kepada pengguna. Sekarang ni nak tahu ciri ciri produk ber mekuri & Hidroquinon ni senang je.. Google korang akan dapat info.

Walaupun Islam membolehkan wanita untuk berhias, tetapi dalam menggunakan perhiasan seperti kosmetik yang akan digunakan harus selamat dan tidak membahayakan kulit atau diri penggunanya. Oleh kerana itu, kosmetik yang dipilih harus benar-benar selamat untuk digunakan.
Berikut bahan-bahan kosmetik berbahaya. Seperti sebagai berikut:
Merkuri (HG) atau air raksa merupakan senyawa logam berat yang berbahaya dan bersifat racun sekalipun dalam konsentrasi yang kecil. Ada tiga macam bentuk merkuri (Hg), yaitu uap Hg (unsur Hg), garam Hg, dan Hg organik. Unsur Hg biasanya digunakan di laboratorium penelitian, sedangkan garam Hg pernah digunakan sebagai ubat cacing (HgCl2), bahkan sekarang masih digunakan dalam sejumlah krim kulit sebagai antiseptik. Selain itu garam Hg juga digunakan dalam industri elektronik, pembuatan plastik, fungisida, germisida, formula algam untuk tambal gigi.
kesan mercury yang biasanya digunakan dalam kosmetik krim pemutih adalah:
a. Timbulnya bintik-bintik hitam pada kulit,alergi,iritasi
b. Menyebabkan kerusakan permanen pada susunan syaraf,ginjal maupun otak
c. Mengganggu perkembangan janin terutama bila digunakan dalam dosis tinggi
d. Dalam jangka pendek dosis pemakaian mercury yang terlalu tinggi dapat menyebabkan muntah-muntah, diare dan kerusakan ginjal bahkan menyebabkan kanker pada manusia karena mercury merupakan zat karsinogenik.
Hidroquinon (>2%). Dikategorikan sebagai bahan yang berbahaya bagi kesehatan. Saat ini hidrokuinon masih digunakan sebagian produsen pemutih karena hidroquinon mampu mengelupas kulit bagian luar dan menghambat pembentukan melanin yang membuat kulit tampak hitam.Hidroquinon tidak boleh digunakan dalam waktu yang lama, dan jika pemakaiannya lebih dari 2 persen, harus di bawah kontrol dokter. Penggunaan hidroquinon yang berlebihan bisa menyebabkan oochronosis terhadap orang berkulit gelap. Oochronosis adalah kulit berbintil seperti pasir dan berwarna coklat kebiruan. Penderita oochronosis akan merasa kulit seperti terbakar dan gatal.
Hidroquinon yang biasa terdapat pada bahan kosmetik dapat menyebabkan:
a. Iritasi kulit, kulit jadi merah dan terbakar
b. Menyebabkan kelainan pada ginjal bahkan kanser darah dan kanser sel hati.
c. Sebagai golongan ubat keras, hidroquinon hanya dapat digunakan dengan rnasihat doktor untuk pemakaian diatas 2%.

Apapun.. Sesiapa sahaja boleh menjadi pengasas produk tapi apa yang kita jual tu akan di tanya kat akhirat nanti. Hukum menjual produk yang memudaratkan orang lain adalah haram. Bila kita jual benda haram mustahil la rezeki yang kita dapat tu halal kan? apatah lagi mendapat keberkatan..

Berdasarkan fakta (manath) tersebut, jelaslah bahawa menggunakan kosmetik berbahan merkuri hukumnya haram secara syar’i, kerana terbukti telah menimbulkan bahaya (dharar) pada kesihatan manusia. Jadi walaupun pada dasarnya menggunakan kosmetik bagi wanita itu boleh selama memenuhi syarat-syaratnya. Tapi hukumnya menjadi haram jika kosmetik yang dipakai menimbulkan bahaya (dharar)
segala sesuatu benda/perkara yang berbahaya, sementara tidak terdapat nash syar’i tertentu yang melarang, memerintah, atau membolehkannya, maka hukumnya haram, sebab syariah Islam telah mengharamkan terjadinya bahaya. Dengan demikian, menggunakan kosmetik berbahan merkuri dapat diharamkan berdasarkan kaidah fiqih ini kerana terbukti menimbulkan bahaya bagi penggunanya. Wallahu a’lam
hukum Setiap Perbuatan/Benda Yang Mubah jika berbahaya atau membawa pada Bahaya, maka BENDA/PERBUATAN itu menjadi Haram.menjual benda yang mengandung merkuri hukumnya menjadi haram.

Allah ni nak menguji kita sebagai manusia bukan je dengan musibah malah dengan nikmat kesenangan hidup. Dia bagi kita rezeki melimpah ruah dengan jual produk yang memudaratkan orang lain.. Kenapa dia bagi kalau benda tu salah? Tu la namanya Ujian. Dia bagi tak semestinya dia redha.. Ramai je manusia yang hidup senang lenang kat dunia dengan rezeki dari sumber yang haram. Orang jual dadah, arak bagai pun ramai yang hidup senang lenang. Jangan ingat yang jual benda2 tu non muslim.. Di kalangan orang Islam pun ada. So Apa nak pelik. Hidup ni memang Ujian buat semua manusia. Cuma ujian kita dalam cara yang berbeza. Ada di uji dengan kesenangan & ada di uji dengan kemiskinan.

Apapun entri ni sekadar perkongsian  dalam penulisan santai supaya orang lain lebih memahami & tidak tertipu dengan lambakkan produk kosmetik & kecantikkan yang ada dalam pasaran. Sebagai pengguna kita kena bijak memilih.. Tak perlu takut nak menyampaikan kebenaran asalkan kita sampaikan dengan cara yang selamat & apa yang kita sampaikan itu berfakta & betul even kita miskin sekalipun. Allah tak pernah menghina hamba yang miskin apatah lagi menganiaya mereka yang dari golongan miskin ni.. Allah menguji tanda kasih sayangnya.

Moral of the story...  Sampaikanlah kebenaran. Yang benar tetap akan benar sampai ke akhirat nanti. Dan bukan semua local produk tu tidak selamat cuma kita kena bijak memilih jer. Peace Yo!

Sumber : rahsiafarmasi

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT. Berhenti memberi pendedahan pada orang awam? Oh.. Mustahil. Sebagai penulis even aku ni bukan la baik sangat tapi tidak la sejahat syaiton nirrojim.. Aku rasa apa yang penting untuk aku sampaikan, aku kena sampaikan. Aku bukan tulis blog personal kan.. Blog aku kategori blog santai yang macam macam ada. Aku akan terus menulis selagi aku boleh menulis. Apa yang sedang berlaku kat aku sekarang aku anggap cara Allah menegur & mengajar aku bagaimana untuk lebih berhati hati bila menulis tak bermakna aku akan berhenti menulis yer..


Notifikasi KKM pada produk kosmetik.. Ni yang selalu di jadikan modal kebanyakkan pengasas produk kosmetik untuk mengelirukan pengguna. Mereka akan guna Notifikasi (NOT KKM) ni untuk menyakinkan pengguna produk mereka selamat kerana mendapat kelulusan KKM. Aku ada terbaca kat satu Group Masyarakat Kena Tahu.. Aku copy paste balik yer supaya info tidak bercanggah..

Di Malaysia mengikut undang-undang, Kosmetik perlu dinotifikasi kepada pihak KKM sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna. Notifikasi bermaksud, pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM di mana pihak syarikat perlu mengemukakan maklumat-maklumat berkenaan produk kosmetik yang mereka akan pasarkan.
Produk kosmetik tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan barulah ia dibenarkan untuk dinotifikasi dan dipasarkan di Malaysia.
Notifikasi TIDAK BERMAKSUD bahawa KKM mengeluarkan sebarang bentuk KELULUSAN bagi mana-mana produk kosmetik. Perkara yang sama seperti produk makanan...KKM tidak pernah memberikan sebarang kelulusan.

Korang kena faham.. NOT KKM pada produk kosmetik bukan jaminan produk tu selamat ok! Jadi tak pelik la kalau kebanyakkan produk kosmetik sebelum ni yang ada NOT KKM ni tetiba KKM keluarkan laporan yang mengatakan produk mereka mengandungi bahan seperti merkuri & sebagainya yang bahaya kepada kesihatan manusia. Sebab NOT KKM bukan bermakna produk tu mendapat apa apa kelulusan dari KKM. Ia sekadar sistem notifikasi dan PMS sebagai kawalan regulatori dalam negara. Dengan adanya sistem ini sekurang-kurangnya banyak kes kosmetik yang mengandungi bahan terlarang dapat dikesan. Tu dah terbukti bila semakin banyak local produk yang KKM keluarkan laporan mempunyai bahan terlarang & merbahaya. Tapi Itu yang kita selalu keliru sebab kita anggap NOT KKM ni bukti produk dah di analisa & terjamin selamat. Hope lepas ni kita tak 'Tipah Tertipu lagi yer' hehehe.

Apabila sesuatu produk dikesan mengandungi bahan terlarang, notifikasi produk tersebut akan dibatalkan. Pihak syarikat akan diarahkan untuk memberhentikan penjualan dengan serta merta, membuat panggilbalik produk tersebut daripada pasaran (dalam masa 72 jam) dan melupuskan produk kosmetik terlibat. (Yang ni kebanyakkan pengeluar produk tak buat. tetap jual macam biasa )
KKM juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar kepada orang ramai agar mereka memberhentikan serta merta penggunaan produk kosmetik terlibat sekiranya masih ada dalam simpanan mereka. Maklumat tersebut juga akan dipaparkan di laman web NPRA iaitu npra.moh.gov.my

Tujuan Notifikasi KKM di berikan kepada sesuatu produk kosmetik ni adalah sekiranya berlaku produk tersebut memberi kesan buruk pada pengguna at least pihak KKM mempunyai informasi lengkap terhadap syarikat terlibat dan mudah untuk KKM ambil tindakan dan pihak yang menjadi mangsa boleh mengambil tindakan.

Korang boleh tengok video dari rancangan Selamat Pagi Malaysia yang membincangkan isu ni & boleh baca penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut. kat sini https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/videos/1380794008677760/

Jadi sebelum menggunakan sesuatu produk jangan hanya menilai dari NOT KKM. Aku sendiri pun pernah buat kesilapan macam ni. Bila tengok ada Notifikasi KKM pada produk aku claim.. produk tu memang ada kelulusan KKM & terjamin selamat. Rupanya.. Aku pun di perbodohkan selama ni sebab kurang ilmu. Orang kata bodoh biar sekali.. Kalau berkali kali tu bukan bodoh lagi dah. Tahap bangang mungkin. hehehehe

Kalau Not KKM bukan jaminan sesuatu produk tu selamat di gunakan bermakna kita kena lebih bijak la lepas ni. Nak selamat guna produk yang dah lama di pasaran & tiada kontroversi kesan sampingan.

Jadi kalau korang terguna produk yang tidak selamat atau melihat produk yang masih di jual even KKM dah keluarkan laporan produk tu tidak selamat korang boleh buat pertanyaan & aduan kat sini >> http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms << kalau tak tau macam mana cara nak buat aduan.. next time aku buat tutorial kat hangpa noh.. hehehehe

Moral of the story.. Allah dia bagi rezeki pada sesiapa sahaja tak kira cara kita mencari rezeki tu cara baik ataupun salah. Orang jahat pun ramai hidup senang lenang dalam dunia ni. Allah tetap bagi rezeki kat dia. So, pada peniaga produk ni.. Kena ingat, rezeki yang melimpah ruah Allah bagi tak bermakna Allah redha dengan jalan kita mencari rezeki. Kita dapat kenikmatan & kemenangan dunia.. Tapi akhirat belum tentu. Peace Yo!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com