DAH SEMAK PRODUK ANDA GUNA DARI KILANG BERTARAF GMP ATAU TIDAK?
Bagi yang tak tahu.. Semua produk yang berdaftar dengan KKM memang wajib di hasilkan & di keluarkan dari kilang bertaraf GMP. Tu mesti nak tanya GMP tu apa? Ok.. ok.. Hakak explain kat hangpa sikit na.. Apa yang di maksudkan dengan GMP. General Manager Production ke? Bukan...
GMP (Good Manufacturing Practice/Amalan Pengilangan Baik) adalah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia bagi memastikan produk atau kosmetik yang dihasilkan dalam keadaan berkualiti dan bersih. Nak dapat taraf GMP tu perlu la melalui proses permohonan & ada kriteria yang di tetapkan oleh KKM.
Zaman sekarang ni zaman penuh dengan penipuan.. So kita tak boleh percaya sangat kalau ada pengedar yang cakap produk dia di keluarkan oleh kilang bertaraf GMP. Kita kena tengok bukti juga sebelum mengambil kenyataan tu sebagai kenyataan yang jujur & benar.. Produk yang sebelum ni dapat Notifikasi KKM pun banyak kantoi ada bahan terlarang sebab pengeluar produk tak jujur declare bahan bahan yang di gunakan dalam produk inikan pulak status GMP. Jadi penting untuk kita tahu cara - cara nak semak samada kilang yang mengeluarkan produk yang kita guna sekarang benar bertaraf GMP atau tidak..
Caranya
1. Pergi ke website http://npra.moh.gov.my/
2. Clik pada Button Information
- clik QUEST List of Manufacturers / Wholesales / Importers
- clik Cosmetic Manufacturer List
Lepas tu dia akan keluar senarai kilang yang mendapat pengiktirafan GMP oleh KKM. Kalau ada bagus la at least produk anda guna di hasilkan dari kilang yang mengamalkan Amalan pengilangan yang bersih tapi tak bermakna Ingredients dia tu selamat ok! GMP bukan bukti sesuatu produk itu selamat atau halal cuma untuk memastikan produk yang di hasilkan dalam keadaan berkualiti & bersih sahaja. Untuk halal perlu dapatkan Pengiktirafan IMP atau Halal JAKIM. Untuk mengesahkan produk tu selamat ke tidak.. Kena ada bukti dah di RND iatu melalui ujikaji di makmal @ Lab yang di iktiraf. Bukan bakar atas sudu, ok!
Terima kasih utk info yg bermanfaat
ReplyDelete