BENARKAH KKM KEJAR KPI SEHINGGA MENYEBABKAN SEORANG GADIS DI PENJARA?
![]() |
Untuk kata KKM dengki ni.. Bagi saya la alasan biasa dengar dari dulu bila individu atau syarikat yang di kenakan tindakkan kerana kantoi melakukan kesalahan yang melibatkan kesihatan pengguna. Mesti tuduh KKM dengki.. KKM test fake produk bagai.. Dah bernanah telinga. Tu pun masih ada si dungu yang masih percaya. Tapi kagum jugak la selama KKM di fitnah dengan macam2 tuduhan bila mengheret atau mengambil tindakkan kepada mereka yang kantoi melakukan kesalahan.. Tak dengar sangat yang memfitnah KKM demi nak meraih kembali kepercayaan pengguna pada produk atau servis mereka di saman fitnah. Tu pun dah cukup bagus.. So, kau tanggung kat mahkamah akhirat esok. Dah la menipu pengguna kau fitnah pulak kat KKM.. meringkuk la dalam neraka nanti.
kerajaan dan masyarakat kena sama2 kerjasama, kalau masyarakat asyik backup mmg bercambah la depa ni
ReplyDeleteBoleh jugak dijadikan penanda aras.
ReplyDeleteMana-mana pengeluar produk baru yang menawarkan segala macam perkara ajaib, yang bila mereka mula nak promote je mesti nak kondem KKM, bolehlah kita berjaga-jaga... tu mesti sebab produk dia yang problem.
Sebelum orang ramai pertikai produk mereka, mereka lebih awal lagi salahkan KKM. Beberapa kali juga jumpa produk yang macam ni.