CARA UNTUK DAPATKAN SEMULA SUNTIKAN IMUNISASI (VAKSIN) YANG TIDAK DI AMBIL SEJAK BAYI
Tapi tu la.. ada yang dah terlepas lama sangat. Dari baby tak pernah vaksin sampai besar dah tak tahu macam mana nak catch up balik Imunisasi suntikan vaksin yang terlepas tu. Perlu ke ambil semua imunisasi yang terlepas sejak bayi atau mengikut keperluan sahaja??
Saya ada tanyakan hal ni kat facebook.. ada beberapa beberap doktor respond so boleh la saya kongsikan bagaimana cara untuk mengambil semula imunisasi yang terlepas sejak bayi tu.
Contohnya anak anda dah terlepas suntikan imunisasi dari bayi sampai umur dah 10 - 11 tahun atau lebih. Atau anda sendiri yang mak bapak anda tidak vaksinkan sejak bayi. Manalah tau hangpa salah seorang anak anak kepada golongan antivaksin.. Masa kecik hangpa tak ada pilihan samada memilih di vaksinkan atau tidak. Semua keputusan mak bapak yang buat tapi bila dah sampai umur 18 tahun hangpa sedar vaksin sangat penting untuk mencegah penularan wabak penyakit yang boleh di cegah melalui suntikan vaksin. So.. hangpa ada niat nak vaksinkan diri sendiri tapi sebab dari lahir sampai dah akil baligh memang tak pernah vaksin jadi tak tau nak mulakan macam mana..
Jangan pening pening kepala atau kecewa sangat. Biar pun terlambat tapi masih ada cara korang nak ambil vaksin tu..
Caranya pergi ke klinik kesihatan nanti doktor bagi jadual suntikan imunisasi yang anda tertinggal & di perlukan mengikut keperluan umur anda masa tu. Tak semestinya korang akan di beri semua suntikan imunisasi yang korang terlepas sejak lahir. Nanti doktor buat check up tengok apa yang perlu di beri untuk anda.
Boleh Follow poster ni cara dapatkan semula suntikan imunisasi anak anda yang tertinggal |
Saya dulu pun terlewat 3 bulan untuk suntikan imunisasi untuk anak pertama sebab saya tak tahu kena pergi laporkan kat klinik. Sebab confuse dengan appointment hospital. Ingat semua refer hospital jer.. Mujur la lewat 3 bulan.. sempat catch up yang mana tertinggal. Tak banyak yang tertinggal sangat yelah baru 3 bulan kan?
Tapi bagi anda yang terlepas sampai bertahun tahun suntikan imunisasi untuk anak anak.. Boleh je pergi ke klinik cakap nak ambil imunisasi anak anda yang terlepas. Nanti doktor susun jadual baru untuk suntikan imunisasi tu.
Penting tau ambil suntikan vaksin ni.. Untuk mengelakkan anak anak anda dari dapat penyakit yang dapat di cegah dengan vaksin contoh yang tengah viral sekarang difteria. Bagi yang tak tahu apa tu penyakit Difteria.. sedikit pengenalan tentang difteria
Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria berlaku di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an. Ia jarang berlaku di negara perindustrian kerana pemberian vaksin DPT telah dilaksanakan.
Penyakit difteria meningkat semasa musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan melibatkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi.
Penyakit ini dikesan di kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak mendapat imunisasi.
Jangkitan adalah teruk dan boleh mengancam nyawa. Komplikasi adalah sepanjang hayat bagi individu yang tidak mendapat imunisasi secukupnya. Risiko meningkat di kawasan yang sesak dan mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah.
Sumber : Portal MyHealth
info yang menarik..
ReplyDelete