CARA UNTUK DAPATKAN SEMULA SUNTIKAN IMUNISASI (VAKSIN) YANG TIDAK DI AMBIL SEJAK BAYI
CARA UNTUK DAPATKAN SEMULA SUNTIKAN IMUNISASI (VAKSIN) YANG TIDAK DI AMBIL SEJAK BAYI. Isu vaksin sekarang tengah hangat di perdebatkan. Yang pro vaksin terus menyampaikan kesedaran betapa pentingnya vaksin kepada bayi, kanak kanak & orang dewasa. Yang antivaksin macam biasa la..mencari hujah & fakta tanpa kajian membuktikan keburukkan vaksin. Sebab aktivis medic yang terdiri di kalangan mereka yang dari bidang kesihatan tidak putus asa menyampaikan kesedaran keperluan vaksin.. Alhamdulillah ramai dah mula buka hati & minda menerima vaksin.Tapi tu la.. ada yang dah terlepas lama sangat. Dari baby tak pernah vaksin sampai besar dah tak tahu macam mana nak catch up balik Imunisasi suntikan vaksin yang terlepas tu. Perlu ke ambil semua imunisasi yang terlepas sejak bayi atau mengikut keperluan sahaja??
Saya ada tanyakan hal ni kat facebook.. ada beberapa beberap doktor respond so boleh la saya kongsikan bagaimana cara untuk mengambil semula imunisasi yang terlepas sejak bayi tu.
Contohnya anak anda dah terlepas suntikan imunisasi dari bayi sampai umur dah 10 - 11 tahun atau lebih. Atau anda sendiri yang mak bapak anda tidak vaksinkan sejak bayi. Manalah tau hangpa salah seorang anak anak kepada golongan antivaksin.. Masa kecik hangpa tak ada pilihan samada memilih di vaksinkan atau tidak. Semua keputusan mak bapak yang buat tapi bila dah sampai umur 18 tahun hangpa sedar vaksin sangat penting untuk mencegah penularan wabak penyakit yang boleh di cegah melalui suntikan vaksin. So.. hangpa ada niat nak vaksinkan diri sendiri tapi sebab dari lahir sampai dah akil baligh memang tak pernah vaksin jadi tak tau nak mulakan macam mana..
Jangan pening pening kepala atau kecewa sangat. Biar pun terlambat tapi masih ada cara korang nak ambil vaksin tu..
Caranya pergi ke klinik kesihatan nanti doktor bagi jadual suntikan imunisasi yang anda tertinggal & di perlukan mengikut keperluan umur anda masa tu. Tak semestinya korang akan di beri semua suntikan imunisasi yang korang terlepas sejak lahir. Nanti doktor buat check up tengok apa yang perlu di beri untuk anda.
Boleh Follow poster ni cara dapatkan semula suntikan imunisasi anak anda yang tertinggal |
Saya dulu pun terlewat 3 bulan untuk suntikan imunisasi untuk anak pertama sebab saya tak tahu kena pergi laporkan kat klinik. Sebab confuse dengan appointment hospital. Ingat semua refer hospital jer.. Mujur la lewat 3 bulan.. sempat catch up yang mana tertinggal. Tak banyak yang tertinggal sangat yelah baru 3 bulan kan?
Tapi bagi anda yang terlepas sampai bertahun tahun suntikan imunisasi untuk anak anak.. Boleh je pergi ke klinik cakap nak ambil imunisasi anak anda yang terlepas. Nanti doktor susun jadual baru untuk suntikan imunisasi tu.
Penting tau ambil suntikan vaksin ni.. Untuk mengelakkan anak anak anda dari dapat penyakit yang dapat di cegah dengan vaksin contoh yang tengah viral sekarang difteria. Bagi yang tak tahu apa tu penyakit Difteria.. sedikit pengenalan tentang difteria
Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria berlaku di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an. Ia jarang berlaku di negara perindustrian kerana pemberian vaksin DPT telah dilaksanakan.
Penyakit difteria meningkat semasa musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan melibatkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi.
Penyakit ini dikesan di kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak mendapat imunisasi.
Jangkitan adalah teruk dan boleh mengancam nyawa. Komplikasi adalah sepanjang hayat bagi individu yang tidak mendapat imunisasi secukupnya. Risiko meningkat di kawasan yang sesak dan mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah.
Sumber : Portal MyHealth
Tu salah satu penyakit yang di boleh di cegah melalui suntikan vaksin. Baru baru ni dah ada kematian di kalangan kanak kanak kat malaysia akibat Difteria. Yer.. kanak kanak tu tidak mengambil suntikan vaksin. Tak tau la mak bapak dia antivaksin ke apa.. Tapi laporan kesihatan menyatakan kanak kanak tersebut memang tak ambil suntikan vaksin.
Kanak kanak yang tidak di vaksinkan kalau kena difteria & bergaul dengan anak anak kita yang dah lengkap vaksin pun benda tu merisikokan juga kanak kanak yang di vaksin. Sebab boleh berjangkit cuma yang vaksin ni kalau di jangkiti risiko maut tu kurang la sikit & boleh di rawat berbanding yang tidak di vaksinkan risiko maut adalah sangat tinggi. Yer.. ajal maut Allah yang tentukan.. Tapi Allah pun tak suruh kita hanya duduk tadah tangan & redha.. suruh kita usaha mencegah. Kalau dah usaha.. berlaku juga baru la boleh redha.
Sekarang ni kat Malaysia pun banyak pihak tampil memberi kesedaran tentang kepentingan vaksin & cuba membetulkan salah faham & fitnah terhadap vaksin yang dibuat segelintir golongan antivaksin ni. Pada anda.. Jangan percaya pada mereka yang tiada tauliah dalam sesuatu bidang & hanya merujuk dari pembacaan di internet kemudian mengambil fakta yang tiada kajian atau bukti sahih untuk menghasut orang awam. Jangan merisiko diri sendiri & zuriat anda.
Moral of the story.. Anak adalah amanah Allah untuk kita. Nak beranak pun bukan macam kentut. Perlu melalui proses mengandung 9 bulan, hadap alahan bagai.. Lepas tu nak beranak pun tak ada sambil gelak gelak anak tu meluncur laju tanpa ada rasa sakit. So, jagalah sebaik mungkin. Vaksinkan anak anda untuk mencegah penyakit merbahaya.