KISAH ADIK AKU SI SOROK HANTU

KISAH ADIK AKU SI SOROK HANTU. Sebab dok membaca kisah kisah orang sesat & hilang dalam hutan, bukit bukau & gunung ganang sepanjang bulan ni tiba tiba teringat satu kisah yang pernah berlaku dalam family aku sendiri satu ketika dulu. Masa aku masih kecil. Adik beradik aku pun kecil lagi. Sebab jarak antara kami 6 adik beradik ni selang setahun atau 2 tahun je. Jadi kami semua macam kecil serentak & membesar pun serentak la kan. Bayangkan mak ayah cuma kerja biasa bukan kakitangan kerajaan membesarkan kami 6 adik beradik yang rapat rapat. Strunggle kan? 

Tapi yang aku nak share ni bukan la kisah struggle mak ayah aku besarkan kami tapi satu kisah yang pernah buat 1 family panik termasuk la sedara mara. Adik aku nombor 4 hilang. Aku tak berapa ingat kes dia hilang tu. Rasa dia lari sebab mak aku suruh mandi kot tak silap aku. Lepas tu hilang dekat 1 hari. Puas orang cari yang pelik jumpa dia dekat tempat orang dah cari tu. Dia duduk kat bilik air luar. Dulu bilik mandi rumah aku kat luar. Kat situ ada telaga lama dah tak guna. Masa tu kami memang dah guna air paip. Telaga tu aku pun dah tak ingat bila last guna. Yang aku ingat hidup aku dah guna air paip. Tapi masa tu telaga tu masih ada cuma jadi telaga buta dah kot. Dah kering & dalam proses nak tutup & timbuskan je 

Jumpa adik aku tu rasa dekat maghrib ke malam. Dia kata memang dia duduk situ je sepanjang hari. Dia nampak je orang cari dia cuma orang tak nampak dia. Pelik kan? Begitulah cerita tipikal yang biasa kita dengar dari orang di sorok hantu. Dia duduk di tempat di mana dia nampak orang sibuk cari dia tapi orang je tak nampak dia. Sama macam kisah adik aku ni. Aku tak tahu samada adik aku masih ingat cerita ni atau tak tapi memori aku tiba tiba ingat balik. 

Aku tak tahu la betul atau tak di sorok hantu macam orang dulu dulu anggap tapi itulah yang berlaku. Aku cuma ceritakan balik ikut persepsi orang dulu dulu masa adik aku hilang tu. Tapi perkara macam ni memang boleh berlaku. Makhluk ghaib boleh menyembunyikan seseorang dari pandangan mata orang lain dengan izin Allah. Sebab mereka pun wujud & kita kena percaya sebab itu ada dalam ajaran agama Islam cuma di ingatkan jangan terlalu taksub sehingga mengsyirikan Allah. Itu sahaja. 

Apapun adik aku yang kena sorok hantu tu pun dah dewasa. Umur dia dengan aku cuma beza setahun. Masih bujang. Kerja gomen. Yang nak ngorat sebab senang nak buat loan jangan mimpi. 

Comments