Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts
30 November 2017 0 Komen Melekat

HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA

HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA. Di sebabkan malam ni malam Jumaat.. Malam paling afdal katanya memomokkan manusia penakut macam hangpa.. Maka bersiaran la segmen seram serik lekatlekit di blog lekatlekit.com ni. Jarang jarang sekali den membuat kompilasi cerita seram yang pernah di alami geng mat motor ni. Apa ingat lab cecah lutut.. tak ketaq lutut ka jumpa hantu.. Depa memang berani lab lab kat konar tajam tapi nampak hantu semua pecut juga hahahaha

Gambar sekadar hiasan

Sebab ada beberapa cerita dari pengalaman mat motor yang den dapat dari sebuah forum.. tapi den pilih satu cerita je antara cerita2 yang di kongsikan kat situ. Banyak2 satgi ada yang kejung depan blog den pulak lepas baca. Tak pepasal den di persalahkan oleh 7 keturunan hangpa. 

Alkisah cerita dia seorang mat motor ni nak balik dari hartamas dengan kawan kawan dia. Of course naik motor.. Takkan la naik angin pulak kan? Kisah mat motor kot.. Masa dia mula sedar diri untuk pulang kepanggal jalan.. erkk.. kerumah time tu dah pukul 11.55 malam. So dia berkonvoi balik dengan 2 orang lagi kawan yang sebab jalan balik tu sehala.

Sampai exit tol rawang salah sorang terus ke tangjung malim katanya.. dua lagi masuk exit tol rawang. Sampai sungai choh kawan dia yang konvoi dengan dia balik rumah maka dia meneruskan perjalanan sendirian menuju ke sg buaya yang katanya lebih kurang 10km dari rumah kawan dia tadi.

Sampai kat satu simpang nak masuk jalan gelap dia stop sat kat tepi jalan.. Tujuan dia nak tunggu kot2 ada kereta lalu boleh la menumpang pulang bersama sama. Bukan tumpang kereta tumpang beriringan sebab dia takut. See... Mat motor pun ada fear factor dia ok. Dia takut sebab jalan gelap katanya... Time tu dah pukul 12.45.. Dah tau takut gelap tetengah malam baru hang ingat rumah sapa suruh. hahahaha

Dok tunggu sebiji kereta pun tak lalu masa tu. Sebab jam pun dah 1 pagi so nak tak nak dia gerak juga sengsorang pelan pelan. Masuk je jalan gelap terus dia pasang high beam pastu tunggang motor maintain 100kmh walau dalam hati tu dah cuak. Risau berlaku apa2 memang mampuih la dia. Sesambil layan konar kiri kanan tetiba ada something ketk helmet dia dua kali. Time tu dia buat tak tau lagi sebab dia syak maybe serangga terlanggar visor helmet dia. So dia teruskan perjalanan ini.. menuju destinasi, berbagai lebuhraya di laluli.. Sorry admin blog ternyanyi pulak. heeehe

Sampai last corner katanya.. Tempat tu memang port bebudak motor maut katanya. Dia tunggang macam biasa memang tak pandang side mirror langsung tengok jalan jer. Katanya ngam ngam kelur corner tetiba.. mak kau hijau! Tu dia terlatah pulak.. Bukan apa dia nampak ada sesuatu berdiri tepi jalan. High beam motor dia pulak ngam ngam sulu kat era menatang tu.. Na'uzubillah.. Nampak la jelas sekujur tubuh serba putih.. (standard uniform makhluk tu) dok park elok.. baik punya tepi jalan.

Apa hangpa ingat mat motor tu nak bagi tumpang bonceng kat belakang. Sorry ok! Dia pecut sampai redline sambil terkumat kamit la membaca apa je dia inga. Sampai rumah tak turun buka gate dah.. main langgar je. Tak sempat off motor terus ketuk pintu panggi mak dia.. Time tu memang meremang segala bulu yang ada. Bila mak dia buka jer pintu terus menerpa masuk tak buka kasut. Bayangkan la macam mana takutnya mat motor tu. Sampai mak dia tak tanya pun tak jawab sepatah. Terus masuk mandi, ambil wuduk & solat Isya sebab dia belum solat katanya.

Moral of the story.. Tak kira kau mat motor, konar baring cecah lutut ada rekod cium tar jalan setiap tahun tapi masih tak pernah serik bawa motor.. tetap jangan sesuka balik lewat malam. Baru acah acah possing tepi jalan.. hang dah pecut sampai kecut.. Belum dia tumpang seat belakang.. Gamaknya putus urat kentut. hehehehe

02 August 2017 0 Komen Melekat

KISAH SERAM & MISTERI BERLAKU DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

KISAH SERAM & MISTERI BERLAKU DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR. Terpaksa mencuri masa untuk mengisi slot segmen seram serik lekatlekit ni. Maaf lah ye hantu hantu semua kami tak dan nak bagi publisiti kat hangpa sangat sekarang ni. Bersusun kerja kat blog menanti giliran untuk muncul dia di blog lekatlekit ni. Tapi di sebabkan kami tak mau buat peminat cerita seram blog lekatlekit hampa & kecewa maka kami cuba mencuri masa yang halal untuk hiburkan hangpa dengan cerita seram.


Kali ni jom kita berparanormal pulak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Tapi kali ni kami buat kompilasi cerita cerita seram pendek yang pernah berlaku kat situ la. Baru meriah sikit kan.. hehehehe

Di Ganggu  Jelmaan Wanita Berambut panjang Bersama budak kecil.

Dalam Komplek Mahkamah Kuala lumpur ni ada lokap polis dekat basement area belakang KMKL. Katanya yang selalu kena sakat ni para guard guard la. Time dia beroperasi kira kira dalam pukul 1 - 2 pagi. Biasa la time macam tu memang time dia (Makhluk halus) berjimba raya & berpesta muda mudi ye dak. Guard memang la kena berjaga. Dah nama pun jaga ye dak.. takkan nak tidur pulak kot. Katanya kerap depa terserempak dengan Jelmaan seorang perempuan berbaju hitam, berambut panjang bersama seorang budak kecil lingkungan umur 4 - 5 tahun. Dia akan datang ke kaunter guard & bertanya jalan balik atau jalan keluar dari mahkamah. Bila di datangi wanita misteri tu, orang yang di tegur akan bagai di pukai. Mereka akan jadi bangang sekejab hanya menunjuk arah tanpa mampu berkata apa aa sehingga lembaga berupa wanita tersebut hilang menembusi dinding mahkamah barulah depa akan sedar & terasa pelik juga takut. Lepas tu akan dengar suara mengilai tak hengat punya. Bayangkan hangpa dalam situasi tu. Rasanya hangpa nak cari jalan balik rumah sendiri pun dah tak jumpa kot hehehehe

Jelmaan Makhluk Berpakaian Putih & menjelma dalam rupa peguam di malam hari

Katanya berlaku di tingkat 4 aras kiri. Selalunya yang terkena staff yang balik lewat malam la. Ada yang di ganggu dengan satu makhluk berpakaian serba putih yang akan pandang mangsa dengan pandangan yang seram & tajam.. Selalunya dia akan duduk di hujung blok. Dia akan ikut mangsa sehingga masuk dalam lift & turun ke bawah. Katanya lagi laju hangpa berjalan.. semakin laju juga pergerakkan dia mengikut hangpa. Kadang2 dia menjelma menyerupai lawyer. Kalau ikut logik akal memalam mana la nak ada lawyer. Tak ada ke di bicarakan malam malam buta kat mahkamah. Apa yang pelik walau dia dalam rupa lawyer tapi bila semakin dekat, akan nampak keadaan lawyer cuma ada kepala sampai paras perut je.. Bawah pada tu memang tak nampak. Kira dia halimunan separuh badan la ni.

Jelmaan makhluk duduk di bangku bahagian dagang 7

Berlaku kat tingkat 4 tapi di aras kanan. Ada satu bangku yang berdekatan dengan bahagian dagang 7 katanya ramai orang akan terserempak & setiap kali di tegur.. Dia akan pandang lepas tu terbang & hilang. Normally orang yang kena sakat.. confirm lari turun ke bawah. Gila kau nak tunggu. Takkan nak duduk kat situ lagi tunggu dia datang. Memang tak la kan.

Jadi sapa yang bekerja di komplek mahkamah kuala lumpur tu.. Hati hati lah yer. Siang - siang hari ok la tapi yang kena stayback sampai lewat malam kalau terserempak dengan lawyer ke hapa jangan ramah mesra sangat. Manalah tau kan.. nasib baik tak berapa baik malam tu.
25 July 2017 4 Komen Melekat

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI. Tu dia.. Dia mai dah.. siang siang hari segmen seram serik lekatlekit bersiaran ni. Bukan apa.. hari2 kami dok tengok ada ja keywords kisah seram lekatlekit melekat kat blog kami ni. Hangpa rindu dengan kena momok dengan kisah seram ka.. Maaf la kami bukan nak buat hangpa semua tertunggu tunggu update terkini kisah seram kat blog puaka ni.. Tapi Almaklum la kami la bergelut dengan perkara yang lebih serius. So, kami terpaksa buat banyak kerja sikit nak cari side income bagi menampung kos guaman. Mohon doa dari semua juga.. Semoga Allah permudahkan segala urusan..


Kes tu kita letak tepi sat na.. Ni kami nak share dengan hangpa 1 kisah seram yang berlaku kat seorang nurse baru yang di tugaskan kat wad baby. Misi ni dia memang tak ada masalah nak jaga baby sebab dia memang sukakan baby. Di tambah lagi dia pun ada anak yang usia dalam setahun.. So, tak kekok sangat la dia dengan baby. Dah jadi mak mak gitu la.. dah expert macam mana nak handle baby ye dak.

Setakat baby meraung bagai.. takde masalah la bagi misi ni walau mula2 dulu memang benda tu agak merimaskan tapi bila dah lama dia dah biasa so tak ada apa yang membingitkan telinga dia lagi. Nak jadi misi kena lagu tu la.. Bukan setakat jaga anak orang tapi juga berkaitan dengan amanah & tanggungjawab pikul tugas tu. So,misi - misi kena ingat memilih kerjaya sebagai misi pikul tanggungjawab yang besar. Kalau rasa tak mampu mohon pilih kerjaya lain.. Tak semua orang sanggup jadi misi. Ada yang belajar separuh jalan lari pun ramai hahahaha

Nak di jadikan kisah seramnya.. Lepas 2 bulan kerja shift siang so kena la rotate.. maka dia di tugaskan kat shift malam pulak. Tak aci la sepanjang zaman kerja shift siang ja kan. Apa ingat kerja kilang je ada shift ka. Kerja misi pun ada shift. Ingat hospital buka office hour ja ka. Hospital ni 24 jam beroperasi ok! heheheh... macam la orang tak tau kan.

Pada satu malam yang sepi.... Bukan! Bukan pakmat jual topi.. bukan juga topi pak mat koyak pak mat jual tempoyak.. Semua tu tak ada kena mengena dengan kisah ni. Pak mat punya watak tak ada dalam ini cerita ok! Kisahnya semasa misi ni bertugas night shift bersama 3 lagi misi yang lain di wad bayi. Hari pertama shift malam tu tak ada apa2 yang berlaku.. Hari kedua pun sama juga. Semuanya dalam keadaan baik tapi bila masuk malam ketiga...

Jeng.. jeng.. jeng.. sesuatu telah berlaku. Jangan buat spekulasi. Ni bukan cerita pasal lagenda hantu susu datang ketuk rumah orang sambil dukung batu nisan minta susu ok! Tu kisah dah jadi sejarah. Hantu susu pun dah pencen gamaknya. Sekarang lepak dalam dalam hutan makan duit pencen dah gamaknya dia. Lama sangat berkhidmat sebagai hantu untuk memomokkan orang awam.

Nak di jadikan cerita masa tiba giliran misi ni bagi susu kat baby yang terjaga pukul 2 pagi. Almaklum la baby kan.. memang setiap sejam dua mesti bangun nak menyusu. Sapa pernah beranak pinak tahu la.. Termasuk la aku. Mencabar kesabaran beb.. baru terlelap sejam anak dah bangun nak menyusu...

Dalam celah2 kesunyian malam ni tiba2 ada seorang bayi lelaki menangis bagai nak rak.. Terkejut jugak la misi tu. Nak nak lagi sepanjang dia bertugas memang tak pernah dengar tangisan baby senyaring & sekuat tu.

Apa lagi kelam kabut la si misi ni pergi ke bilik yang menempatkan katil baby tu. Dalam celah celah tu dia dengar  pulak suara seorang wanita yang minta dia cepat ke katil baby tu. Sekali lagi dia terkejut sebab mana ada ibu ibu yang terjaga atau masih berjaga dia wad. Tapi dia anggap mungkin cuma mainan perasaan dia jer. Yelah tengah2 malam ni.. bunyi angin pun kadang2 dengar macam orang tengah menyembang ye dak..

Bila dia sampai je kat bilik baby tu.. terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh juga la.. Mana taknya dia nampak bayangan seorang wanita berada luar cermin bilik. Bukan apa luar cermin bilik tu memang ada ada tempat yang boleh sapa2 berpijak. Kira bukan tingkap terjun ke bawah terus la. Tapi masa tu mungkin dia tak sempat berfikir secara logik kot.. terus dia cuba menyelamatkan wanita di luar cermin tu tapi bila di buka tingkap lain pulak yang berlaku.. Mesti hangpa tak sabaq kan nak tau apa berlaku pada wanita di sebalik cermin luar tingkap tu. Adakah ia spiderman yang boleh melekat pada dinding??

Bukan... Bukan spiderman. Bila di buka saja tingkap tiba2 bayangan wanita tersebut terbang dengan pantas. Sebab terkejut.. terjerit juga la dia. Mujur tak terpengsan kat situ. Gila kau.. bukan setakat meremang bulu roma.. Bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu negara ku. Hantu kot nampak depan mata... Bila kawan2 si misi tu dengar dia menjerit depa pun segera la datang. Lepas dah cool down sikit, terus dia pergi ambil baby yang menangis. Mujur baby tu tak ada apa apa.

Lepas dah pastikan semua dalam keadaan selamat baru dia bagitau kawan kawan dia apa yang dia nampak. Sebab dia tak puas hati dia siasat apa kaitan baby tu dengan jelmaan wanita yang dia nampak tu. Barulah dia tahu ibu kepada bayi tu meninggal dunia selepas melahirkan anak. Walaupun cik misi tu berpendapat mungkin roh ibunya datang menjenguk anaknya.. Tapi sebagai orang islam kita kena tahu, Orang yang dah meninggal dunia takkan kembali kedunia dalam apa bentuk jelmaan sekalipun. Tu semua perbuatan jin & syaitan untuk menyesatkan manusia.

Moral of the story.. Jin & syaitan ni ada kat mana2 terutama dengan bayi yang masih kecil. Sebab tu la kalau kat rumah jangan biar bayi kecil sendirian atau ibu yang tengah berpantang tinggal sendiri. Dalam keadaan yang masih lemah.. Boleh berlaku macam macam gangguan.


24 May 2017 0 Komen Melekat

PENGALAMAN SERAM PRAMUGARI BAS PUAKA KETIKA MELALUI LEBUHRAYA SEGAMAT

PENGALAMAN SERAM PRAMUGARI BAS PUAKA KETIKA MELALUI LEBUHRAYA SEGAMAT. Hangpa rindu kami dak? Maksud kami rindu cerita seram kat blog kami ni.. Alah, minggu lepas ada ja kan kami share kisah seram. Baru ja berapa hari tak dak kisah seram baru hangpa dah rindu rinduan. Yalah.. tak lama lagi ramadon bakal tiba. Time tu orang tak sibuk nak memburu kisah seram dah orang sibuk kejar nak pi terawih & nak buru malam lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir ramadhan kan.. Jadi di kesempatan yang ada tinggal tak berapa hari lagi ni nak ke bulan ramadhan meh la kami momokkan hangpa dengan cerita seram.

Gambar sekadar hiasan

Malam ni segmen seram serik lekatlekit akan berkongsi sebuah cerita dari pengalaman seorang pramugari bas ekspress.. Apa tak pernah dengaq bas ada pramugari. Takpa la ni hang dah tau kan bas pun ada pramugari juga. Untuk bas bas eksekutif la. Normally bas yang ada pramugari ni untuk perjalanan jauh macam bas dari KL terus ke singapore. Bas double decker. Tugas pramugari bas ni pun lebih kurang macam pramugari kapal terbang jugak la. Untuk mengedarkan makanan & minuman kepada penumpang. Ok ok.. dah cukup la berkenalan dengan pekerjaan pramugari bas ni.. Kita terus ke kisah seram serik lekatlekit yer..

Alkisahnya pramugari ni.. Katanya selalunya bas yang dia bekerja ni jarang kosong tapi hari tu penumpang yang naik dari singapura untuk ke KL cuma 6 orang sahaja. Jadi jumlah semua yang ada dalam bas tu termasuk & dia pemandu bas cuma 8 orang la. Syok la dia penumpang tak ramai, kerja pun tak banyak la kan. Boleh la rilex2 sikit sepanjang perjalanan katanya. Ingat dekat ke dari singapura ke KL ni. Aku pernah jugak naik kereta dari KL ke JB. Lepas park kereta kat stesen bas Larkin, ambil bas pergi Singapore jalan jalan katanya. Percutian yang di rancang tetiba laki aku pi jenjalan kat sana.. Takkan kata tak mau pulak kot. Letih jugak la sebab perjalanan darat ni memang agak jauh.

Berbalik kisah atas bas tadi.. Semua penumpang pilih seat kat tingkat atas maka hanya ada dia & pemandu bas je kat tingkat bawah. memandangkan tak ada penumpang so lampu pun di padamkan. Konon pemandu dia rasa lebih fokus memandu kalau lampu di padamkan. Si pramugari ni bila takde kerja dia duduk je kat sebelah pemandu main game kat telefon. Apa lagi dia nak buat.. Takkan nak bermanja dengan pemandu pulak. Kang ada bas terjun laut pulak katanya. hehehehe

Time tu dah senja nan merah masa bas masuk ke lebuhraya segamat - Yong peng. Katanya lebuhraya ni memang terkenal dengan 1001 kisah seramnya. Yelah.. betul la tu sebagai pemburu cerita seram ada jugak aku terbaca kisah2 seram berkaitan lebuhraya ni. Cuma kalau aku lalu lebuhraya ni hope momok2 kat situ bagi tanda hormat & jangan nak sakat sakat aku la kan.. Kang aku majuk tak mau bagi hangpa publisti kat blog ni baru tau. Hormat sifu ok! hahahahaha

Menurut cerita dari mulut ke mulut.. lebuhraya tu agak keras. Yer.. keras sebab tar bukan span. Tu aku tau tapi keras yang di maksudkan kat sini adalah berpuaka. Kata orang tempat tu bekas kawasan perkuburan & banyak jugak pemandu kat situ di tumpangi tanpa rela. Selalunya dia act like a bos la.. tak main duduk seat depan dengan pemandu.. dia duduk kat seat belakang jer. Kejadian2 seram tu di katakan selalu berlaku selepas matahari terbenam. Yelah.. siang2 hari kau nak menyakat ada yang kena sepak terpelanting atas highway tu gamaknya hehehehe

Pun macam tu pramugari ni jarang ambil kisah pasal cerita2 seram kat lebuhraya tu sebab selama 2 tahun dia berkerja memang tak pernah terserempak dengan benda benda pelik, mistik & misteri. Sebab dia jer belum pernah.. Maka hari itu adalah hari dimana 'depa' nak beramah mesra dengan dia. Tu la berlagak sangat tak mau ambik tau pasal depa, kan depa datang berkenalan.

Alkisahnya malam tu.. Dia rasa lain macam sangat. Tetiba je bulu tengku meremang. Yang driver tu nampak macam biasa jer memandu sambil di temani siaran radio. Suasana luar memang gelap gelemat bak kata orang kedah. Gelap gelemat tu sama je maksud dengan gelap gelita. Cuma sekali sekala tu nampak cahaya dari kenderaan lain bila memotong bas depa tapi cahaya tu hanya beberapa saat lepas tu kembali gelap gelemat.

Tak lama lepas tu... Jeng jeng.. dia ternampak sesuatu yang berjarak beberapa meter dari belakang dia & pemandu bas tu. Kemain elok lagi terbaring siap berbantal kau! Dia elok la baring santai orang yang nampak dia menggigil macam nak tercabut lutut dah. Pramugari tu apa lagi.. Baca la apa2 ayat yang dia ingat. Time tu kalau ingat alif ba ta jer pun rasanya dia bantai baca juga la sebab takut.

Inilah gambar yang katanya terakam dari cctv bas tersebut

Lepas tu dia cuba bagitau pemandu bas tu suruh tengok makhluk terbaring belakang depa tapi di sebabkan pemandu tu tak nampak apa2 yang pelik so dia anggap pramugari tu je berimaginasi. Sebab tak puas hati pramugari tu suruh pemandu tu tengok dari cctv.. Maka kelihatan apa yang ada kat situ masa tu. Waktu tu katanya gambar dari rakaman CCTV bas tu jadi viral sekejab kat company depa kerja. Pramugari tu pulak katanya lepas beberapa bulan dia pun resign. Makhluk yang terbaring kat belakang pemandu bas tu katanya hilang sebaik sahaja mereka sampai di seremban. Nasib baik dia hilang.. Kalau ikut balik sampai rumah tak ke haru biru unggu kelabu. Maybe rumah dia kat seremban kot.. Tumpang naik bas nak balik kampung la tu. Sebab ngantuk tu yang di baring hehehehe

Sejak tu bas tu di gelar bas puaka. Bas dari syarikat mana, no plat berapa Wallahualam. Tak pulak depa bagitau kami. Gila ka hapa depa nak sebarkan. Confirm orang tak naik bas tu. hehehehe

Moral of the story.. Ketahuilah jin pun kadang2 penat jugak terbang sebab tu depa pun nak naik bas jugak. Hahahahah. Peace Yo!
15 May 2017 2 Komen Melekat

SERAM! DENGAR SUARA MENANGIS SELEPAS AYAT MANZIL DI BACAKAN DALAM SEBUAH RUMAH DI ALOR SETAR

SERAM! DENGAR SUARA MENANGIS SELEPAS AYAT MANZIL DI BACAKAN DALAM SEBUAH RUMAH DI ALOR SETAR. Maaf la.. cerita ni sebenarnya nak tulis dalam minggu lepas tapi sebab busy dengan hal hal yang lebih penting maka cerita ni pending sekejab. Yelah nak post cerita seram yang di kongsikan oleh pembaca blog lekatlekit ni bukan main copy paste jer cerita depa bagi. Kena olah & edit apa yang patut ok.. I memang gitu suka menulis dengan gaya penulisan I sendiri.. Untuk kepuasan sendiri ok! Rasa macam tak best pulak penulisan orang lain kat blog ni... hehehehe


Ok.. di sebabkan ada stok cerita seram yang di peram sampai jadi jeruk maka malam ni segmen seram serik lekatlekit kembali menghantui semua peminat cerita seram. Tajuk entri pun ada yang dah meremang bulu roma katanya.. Belum lagi baca ceritanya. Gamaknya lepas baca bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu negaraku. Tu dia.. dia punya intro macam seram sangat kan.. Takpa.. seram ke tidak jemput la membaca yer.. Buat macam blog sendiri tapi jangan suruh buat macam blog sendiri hangpa hack pulak blog kami. Baca jer macam blog sendiri yang lain2 buat macam blog orang jugak. hehehehe

Alkisahnya berlaku pada seorang gadis yang tinggal di alor setar, kedah sana nu... Ni kira geng satu negeri dengan kami la cuma daerah tak sama. Kami kat kulim.. so, hope hantu tu tak sampai rumah kami na..  Gadis ni dia tinggal hanya berdua dengan mak dia.. Benda ni masih baru lagi berlaku. Kira2 dalam beberapa minggu lepas la. Sila semak tarikh entri ni di publish nak tau berapa lama peristiwa ni berlaku. Jangan hangpa baca tahun 2018 nanti.. dok bayang beberapa minggu yang lepas di tahun 2018 pulak. Ni kisah 2017 ok..

Benda tu katanya dok mengamuk dalam rumah depa. Pernah berlaku satu kejadian di mana masa tu dia tengah solat maghrib tetiba dengar orang bersin Hattcummm... tepi telinga dia tapi dia still boleh rilex & buat tak tau lagi masa tu walaupun dia boleh dapat rasa dalam rumah dia ada something wrong sedang berlaku. Sebab dia sentiasa rasa ada orang memerhati dia dalam rumah. Kalau ikut tanda tanda gangguan makhluk halus ni.. Yang tu pun tersenarai salah satu tanda gangguan jin jugak.

Jadi bila dia rasa rumah dia mula ada penghuni lain yang tak di undang maka dia cuba menghalau makhluk2 yang menumpang free tu dengan bacaan ayat2 Manzil. Dia buka bacaan ayat Manzil tu kat bahagian tingkat atas rumah dia.. Rumah dia maybe rumah kampung so tingkat atas tu lantai dia papan. Macam rumah orang dulu2 tu la.. Masa dia pasang bacaan ayat Manzil tu tiba2 dengar macam orang hentak kaki dengan kuat. Memang jelas depa dua beranak boleh dengar bunyi hentakkan tu.. nak2 lagi lantai papan kan? Bunyi dia memang kuat la.

Tu ok lagi.. Katanya paling extreme gangguan ni benda ni main gigit2 barang pulak. Dah macam tikus pulak aku rasa hantu ni. Tak hantu sungguh takut takutkan orang cara gigit barang.. apa barang???? hehehehe...  Mula2 baju lepas tu dia gigit wayar internet yang sambung dengan modem. Katanya sebelum tu dia ubah modem.. Maybe sebab tak jumpa modem wayar pun jadi la dia gigit.

Menurut orang yang hantar cerita ni.. Benda tu sebenarnya di hantar oleh seseorang untuk porak perandakan hidup depa. Sampai hati hangpa noh.. penaya orang macam tu. Tak dak benda lain dah ka hangpa nak kirim dari kirim jin & setan kat rumah orang. Orang macam ni kita kena kirim dia ke neraka jahanam jer kalau dia tak insaf hehehehe. Tapi kata tuan punya cerita cuma kepastian tu belum dapat samada betul atau tak benda tu di hantar seseorang atau benda tu lintasan yang menyinggah kerumah dia. Lintasan tu.. macam jin yang suka singgah2 rumah orang la. Atau di sebut sebagai jin pindah randah.

Katanya sebelum ni ada juga gangguan mistik cuma tak seteruk yang jadi sejak dua menjak ni. Selain gigit2 barang dalam rumah.. Benda ni suka juga main pintu. Kalau malam2 tutup pintu tak rapat akan dengar bunyi orang main pintu. Sebab geram asyik main pintu, sipolan ni pernah tutup pintu bilik rapat2 dia akan tunjuk protes pulak. Pernah satu malam tu katanya dia pergi minum air kat dapur. Tutup pintu tak rapat.. bila datang balik pintu dah ternanga luas terbuka. Memang katanya boleh dengar macam ada orang lain dalam bilik tu padahal bilik tu kosong & depa pun jarang masuk.

Pernah katanya satu hari tu dia sendiri bacakan ayat Manzil lepas tu tetiba dengar perempuan menangis dalam 4 - 5 saat macam tu. Bayangkan benda ni berlaku kat hangpa.. Gamaknya hangpa terus baca ka hangpa terus padam ja? Kalau dah sampai macam tu punya gangguan rasanya bukan mainan perasaan lagi memang ada sesuatu di sebalik yang mata kasar tak nampak. Tak tenang hidup kalau ada makhluk macam dok main aucak aucak dalam rumah ni.. Dia aucak kita cari tak nampak. Boleh mendatang perasan cuak.. kalau kena mood tak baik maybe rasa nak penyepak tapi kalau datang mood takut memang rasa nak teriak. hehehehe

Pernah jugak depa minta bantuan pengamal rawatan tradisional ni.. Tapi alih2 di tinggalkan saka harimau kat depa. Terus depa serik la nak guna khidmat bomoh2 ni.. Sekarang depa tengah cari mana2 pengamal rawatan cara Islam yang boleh bantu buang gangguan dalam rumah depa tu.. Lokasi di Alor setar.. so kalau ada sapa2 tahu atau kenal mana orang yang boleh halau benda tu.. nanti tinggalkan contact number kat komen. Kami bagi kat dia..

Moral of the story.. Apapun gangguan yang kita terima tak kira gangguan secara fizikal atau spiritual, ia adalah bentuk Ujian dari Allah juga. Mungkin apa yang berlaku dari kelalaian & kesilapan kita sendiri maka kembali la kepadaNya & mohonlah keampunan & perlindungan dari yang maha Kuasa. Insya Allah.. tiada masalah yang tiada penyelesaian.
11 April 2017 2 Komen Melekat

SERAM! MISTERI TETAMU TIBA TIBA CHECK OUT DI SEBUAH HOTEL PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU

SERAM! MISTERI TETAMU TIBA TIBA CHECK OUT DI SEBUAH HOTEL PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU. Kalau dah minat tu.. Dia memang rajin la mentelaah. Serata forum aku cari cerita seram. Lepas ni boleh dapat title Puan Seri Seram Serik Lekatlekit katanya. Yelah.. Dah sinonim dengan cerita seram katanya. Walaupun sinonim dengan niche seram ni.. Blog aku jugak di kenali dengan macam2 niche ok.. Sebab tu masih mendapat kepercayaan untuk  review hotel la.. homestay,pakej percutian,produk kecantikkan & kesihatan,kosmetik, produk kanak kanak & bayi & macam - macam lagi la. Tu dia berbakat sungguh kan lekatlekit ni dalam penulisan di blog. Semua dia sapu.. Biasa la.. Dalam penulisan ni kena di pelbagaikan baru orang tak boring baca ye dak..


Walaupun macam - macam niche & genre penulisan aku ni.. Tapi di sebabkan minat cerita seram aku adaptasikan minat tu dalam blog. Bukan sekadar tiru tiru nak pancing traffic orang. Aku memang tak suka nak jadi saka orang.. Aku ni ada ego tersendiri. Bila apa yang aku nak buat tu Insya Allah aku buat sungguh2 bukan acah - acah & ajet ajet jer ok.. Di sebabkan kecintaan aku dalam cerita seram ni.. So hari ni untuk segmen seram serik lekatlekit aku nak share satu kisah seram yang berlaku kat sebuah bilik hotel di pantai batu buruk, kuala terengganu. Terengganu ni antara negeri yang jarang aku share kisah seram.. Alang2 dah jumpa kisah seram yang berlaku kat terengganu ni elok la kita momok momokkan orang terengganu pulak kan..

Alkisahnya sekeluarga ni pergi bercuti kat kuala terengganu.. Sedang elok depa nak check in masuk sebuah hotel di pantai batu buruk ni time maghrib. Time hantu setan merayap la tu.. Mula2 tu depa nak tempah bilik receptionist tu kata bilik full.. tup tup.. ada orang check out. Memang rezeki depa la nak dapat bilik kat situ. Depa tak tau rezeki depa jugak tu nak berkenalan dengan 'orang' kat situ.

Terpaksa la tunggu sekejab sementara housekeeping nak kemas2 & bersih2 dulu bilik tu. Almaklum la baru je guest keluar kan. So cadar selimut tuala bagai nak kena tukar jugak. Kang bagi terus bilik bekas di tiduri oleh manusia lain.. Viral pulak seantero alam maya. Orang yang check out tiba2 tu tak tau pasal apa tapi ok la kan... Di sebabkan ada yang check out secara tiba2 macam tu jadi ada la satu kekosongan bilik untuk depa menginap.. Tapi di sebabkan family yang baru nak check in memang tak tahu apa apa so depa pun tak terfikir la sampai kearah misteri & mistik. Malah tak sempat pun nak fikir bukan bukan dah.. asalkan dapat bilik dah cukup bagus katanya.

Sampai la.. depa check in ke bilik tu.. Bermula episod misteri wan peah.. Tu dia tetiba wan peah pulak.Wan Peah kat perak dah kenapa pulak jauh dia travel sampai kuala terengganu.. Ok ok.. bukan wan peah. Dalam 1 family tu si mak yang kena kacau dulu. Menurut cerita mak dia.. lepas di keluar dari bilik air dalam bilik tu tetiba dia nampak ada perempuan duduk atas katil tapi tak nampak muka sebab dia duduk dalam keadaan muka di sembamkan kat lutut.. Alah macam gaya orang tengah frust gitu.. Mana datangnya perempuan misteri atas katil tu? rasanya bukan ahli keluarga dia. Bila mak dia ternampak benda tu.. kejung la sekejab beliau.. Terkejut, terkujat, terkentut semua ada la. Kau apa tau bukan pernah tengok hantu secara live show macam tu. Hanya orang pernah jumpa benda2 gini je tahu macam perasaan & reaksinya.. erkkk.. macam aku pulak yang ada pengalaman tengok makhluk halus kan..

Tapi lepas mak dia pandang balik.. Benda tu dah tak ada so mak dia masa tu tengah siap2 nak solat maghrib sedang elok la di segerakan menunaikan kewajiban. Di lengah2 satgi awek ponti tu ajak lepak sekali atas katil pun masalah jugak kan? Tapi perasaan seram tu tetap la ada kan.. Kita cuma manusia biasa katanya. tak mau la cakap besar. Satgi dia mai jengoi (tunjuk) muka.. baru nak belajar mengeja perkataan 'menyesal'.

Tu mak dia.. Si Ayah pun tak terkecuali jugak ok! Tak adil la sakat sorang je. Tak fair & lovely katanya.. Ayah pulak masa tengah solat tetiba tak boleh bangun sebab dia rasa macam ada orang tekan leher dia sampai melekat atas sejadah. Ni bukan macam cerita yatt hamzah yang dahi melekat kat atas sejadah masa solat taubat ke hapa... Ni kes lain ok. Tapi lepas beberapa saat macam tu baru bapak dia boleh bangun balik. Nasib baik beberapa saat jer.. buatnya dia sengguk kepala orang tua tu dalam beberapa jam mau tak kejung kejang pakcik tu kat atas sejadah.Kesian aku terbayang keadaan pakcik masa tu.. terkiat kiat nak angkat kepala tak boleh..

Dahsyat jugak.. Orang tengah solat tu dia redah je. Sakat tetap sakat.. kalau tak.. tak hantu namanya. Kalau tak sakat macam mana nak ada koleksi cerita seram kan? Harap david teo terbitkan filem seram.. menangis je menonton. Bukan menangis takut.. tapi menangis dok kenang dosa maki hamun dia jer. hahahahaha. 

Maka misteri kenapa guest sebelum ni tetiba check out tu terjawab la secara tak rasmi. Mungkin tak tahan la kot kena kacau macam tu.. Nak holiday pun spoil mood. Maka segera angkat kaki la kan..

Moral of the story.. kalau ikutkan mana2 hotel ni mesti ada 1 bilik bersama kisah seramnya. Rasa pihak hotel kena book 1 bilik untuk hantu jangan bagi guest masuk. Apa.. ingat hantu tak demand ke? depa pun nak tidur hotel jugak ok!
24 February 2017 0 Komen Melekat

JANGAN TUTUP LAMPU SURIAFM KONGSI KISAH SERAM DARI BLOG LEKATLEKIT

JANGAN TUTUP LAMPU SURIAFM KONGSI KISAH SERAM DARI BLOG LEKATLEKIT. Masa mula2 tulis blog serius tak terlintas dalam hati aku akan di kenali dengan blog cerita seram ni. Sebab masa mula2 tulis blog lebih kepada personal & kisah2 berkisarkan aktiviti aku dengan online radio jer.. Almaklum la time tu sibuk dok bercinta katanya hahahaha.. Lepas tu aktif ber DJ kat radio online. So, kisah2 hidup cheq ja jadi inspirasi cheq menulis. Masa bujang pergerakkan tak terbatas.. Masa banyak habis kat luar dari dalam rumah berbanding sekarang masa banyak habis kat rumah berbanding di luar. Jadi aku terpaksa lebih kreatif untuk mengisi kekosongan di blog katanya.. hehehehehe


Dulu aku banyak mengupas kupis isu2 semasa.. isu2 yang berlaku di media sosial.. Lepas ada anak aku tak dapat lagi nak tengok wayang so aku mula berjinak jinak jadi collector dvd filem seram sebab aku memang suka tengok filem seram berbanding genre lain. Contoh filem yang aku tak minat nak tonton, filem2 macam ni >> 4 Benda Pelik Yang Buat Orang Tertanya-Tanya Pasal Wolverine Baru Ini<< aku Kurang minat sikit la walau ramai orang suka. sebab cerita2 aksi & fiksyen macam ni.. bukan selera aku sangat. Aku suka filem2 seram yang natural. Cerita pontianak.. hantu raya... saka bla.. bla.. bagai macam tu. Tapi kalau filem Resident Evil tu aku suka la pulak. Maybe sebab ada zombie. Yang mula2 la.. Yang baru2 ni.. tak tau la taste ke tidak. hahahahaha

Dari situ timbul idea nak berkongsi review filem seram, kisah seram bagai kat blog. Tercetus ni bukan dari inspirasi sesiapa la.. Tapi dari minat aku sendiri & aku manafaatkan benda tu dalam blog. Walaupun dah ramai blogger buat blog cerita seram ni. Aku bukan pencetusnya tapi tetap apa yang aku buat bukan ter inspirasi dari mana mana blog, ok!

Sedar tak sedar blog lekatlekit sekarang dah terkenal dengan cerita seram. Walaupun blog aku bukan sekadar kongsi kisah seram je. Macam2 aku sumbat dalam blog ni. Segala review produk skincare, kosmetik, service, isu semasa,gosip,hiburan,review drama & filem.. pendek kata baca blog lekatlekit ni dah macam surat khabar. Macam macam ada. Astro pun jatuh ranking no 2 ok! hahahahaha. Memang rojak habis la kan.. Cuma sebab mungkin bila semakin banyak kisah seram dalam blog ni dia jadi macam satu trademark pulak untuk blog lekatlekit. Lagipun penulisan aku memang dah berpuaka kalau tak tulis cerita seram pun. Tu ramai haters hahahaha...

Semalam perasan satu entri kisah seram dari blog aku tetiba dapat view yang agak banyak. Tak tau siapa yang share.. Cuma pagi ni perasan Page Jangan Tutup Lampu SuriaFM mention aku kat post share entri tu. Maybe Page Jangan Tutup Lampu yang menyumbangkan traffic ke blog lekatlekit la kot.. Viral kecil kecilan je la entri tu.. Untuk 1 malam yang tak sampai 24 jam tu.. Cecah 4 angka pageviews jugak la. Ok la kan.. menyumbang traffic di blog lekatlekit katanya. Terima kasih yang berkongsi & sudi baca entri tu yer... rerajin la korang mentelaah cerita2 kat blog ni selalu ok supaya hidup anda di selungi misteri.... hahahahaha

Peminat Cerita Seram Meh Like Ramai Ramai Page ni

Sebenarnya apapun kita nak buat make sure kena istiqomah.. Jangan guna asyik meniru je. kena kreatif dalam penulisan blog ni. Dalam berblog kita kena cari sesuatu yang boleh buat orang kenal blog kita. Tak semestinya hangpa kena tulis cerita seram jugak & belum tentu hangpa tulis cerita seram blog hangpa akan di kenali sebagai blog cerita seram. Tak kira la apa konsep atau genre atau niche yang hangpa nak ketengahkan.. Yang penting create benda tu sampai jadi identiti. Identiti tu la yang membantu blog kita lebih menyerlah.. jangan hangat hangat taik ayam jer.. kalau hangat hangat taik ayam je maka yang kau dapat taik je la. Bila dapat taik jangan sedih yang busuk2 je kau dapat hidu.. hehehehe


Satgi ada pulak dok muncung2 tepi telinga.. Macam la hebat sangat blog lekatlekit tu. Kalau nak kata hebat ada yang lebih hebat tapi biaq pi la aku nak rasa blog aku hebat jugak. Sebab rasa tu kadang2 membantu memberi motivasi kepada diri sendiri ok!. Hahahahaha.. At least tak ada rasa down sangat nak terus berblog kan.. Ni aku belajar dari blogger Kak Diana Rashid. Kita kena angkat blog sendiri.. Istilah blog tepian longkang yang aku suka guna dulu, aku cuba hapuskan dalam diari seorang blogger. Harus sentiasa cakap blog kita hebat.. Sebab kata2 tu pun satu doa. Jadi tiap2 hari buka je blog niat dalam hati.. "Nak update blog paling hebat di dunia." hahahaha... Insya Allah.. dalam banyak2 doa, mana tau ada satu hari Tuhan Makbulkan.. siapa tahu.

Moral of the story.. Tulis la apa yang kita tahu, kita suka, kita minat & kita selesa. Insya Allah benda tu membantu penulisan kita lebih menyerlah & nampak natural. Tak nampak la sangat kau sekadar ikut je apa orang buat padahal kau sebenarnya tak berbakat pun hahahahaha.

P/S : Sesiapa ada kisah seram yang nak di kongskikan di blog lekatlekit boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com
21 February 2017 3 Komen Melekat

5 LAGU SERAM MENYERU MAKHLUK HALUS TIDAK DI GALAKKAN UNTUK DI NYANYIKAN

5 LAGU SERAM MENYERU MAKHLUK HALUS TIDAK DI GALAKKAN UNTUK DI NYANYIKAN.  Bukan sesuatu yang pelik sangat la kalau ada lagu2 di gunakan untuk menyeru makhluk2 halus ni.. Tu perkara yang sejak zaman dahulu kala lagi ada. Sebab tu kadang2 bila kita dengar orang baca mentera2 yang berunsur syirik & khurafat ni macam ada melodi.. Bukan je manusia, hantu pun boleh boleh terpukau juga ok dengan lagu. hahahaha.. Jadi tak pelik perkara tu ada kaitan dengan makhluk halus.


Dulu pernah terbaca satu lagu yang di katakan di nyanyikan oleh seorang penyanyi Indonesia yang dah meninggal dunia. Kononnya lagu tu di rakaman selepas di mati & rakaman tu di temui di tempat dia mati tu. Lagu tu memang agak menyeramkan sebab aku pernah dengar. lagu tu menceritakan pasal satu pontianak.. Akhir lagu tu ada suara penyanyi tu ketawa mengilai ngilai. Tu salah satu lagu yang menyeramkan pernah aku dengar. Tak tau la cerita penyanyi yang dah mati tu nyanyi betul ke tidak.. Saja je aku share nak bagi ada mood seram katanya. ahahaha

Jadi untuk lebih menaikkan mood seram meh la kita tengok carta lagu2 seram. Antara lagu lain yang di kaitkan dengan lagi menyeru syaitan atau hantu ni adalah..

Lingsir Wengi

Menurut kepercayaan sesetengah orang jawa, jika lagu ni di nyanyikan maka tunggu je la satgi Kuntilanak (Pontianak) akan datang kepada hangpa. Lagu ni juga di katakan di nyanyikan sejak turun temurun oleh orang2 jawa tapi tak ada siapa tahu siapa komposer (pencipta) lagu ni. Tak payah teka Aidit Alfian la.. Memang bukan dia. Aidit Alfiat antara lagu popular dia Kalis Rindu yang penyanyi Elyana nyanyi tu. Walaupun di kaitkan dengan perkara mistik tapi lagu ni banyak je korang boleh cari kat internet. Malah boleh download lagi.. Kalau ada nak try test power boleh la dengar & hafal kemudian nyanyi tengah2 malam. Untung datang pontianak boleh paku kemudian buat bini hahahahaha

Asereje Las Ketchup

Lagu ni pernah popular dulu. Tak kira kecik besar tua muda gemuk kurus.. Semua tahu lagu ni. Menjadi siulan muda mudi termasuk kanak kanak. Sebab lagu dia sangat catchy.. Kalau dengar mesti rasa nak hentak2 kaki hahahah... Lagu ni di katakan lagu puja setan (syaitan). Menurut info tak berapa sahih aku baca.. Lirik lagu ni kalau di terjemah dalam bahasa  Amerika Selatan & sepanyol.. ada lirik yang menyebut nama iblis. Kononnnya sapa nyanyi lagu ni akan di dekati Iblis.. Masalahnya tak nyanyi pun ramai dah manusia macam iblis jugak hahahahaha.

Malam Satu Suro

Malam satu Suro ni kalau ikut kalendar jawa.. kira macam tahun baru la. Mereka akan raikan tahun baru jawa ni selepas Maghrib sebab depa percaya hari bermula selepas matahari terbenam bukan tengah malam macam kita ni. Kita masuk pukul 12.01 minit tengah malam dah bertukar tarikh kan. Orang jawa percaya satu suro ni adalah hari keramat. Sebab tu la lagu malam satu suro di anggap mistik & boleh memanggil makhluk halus.

Nina Bobo

Ni bukan bobo si sotong yang buat video miming lagu Sayang tu yer... Jangan salah faham pulak OK! Kalau bobo made in Malaysia tu tak seram tapi gedik je lebih ahahaha. Cuma jadi seram kalau sapa terbuat bini je. hahahaha.  Ni kira macam lagu rakyat Indonesia la.. Hampir semua parents kat sana pernah nyanyikan lagu Nina Bobo ni kepada anak anak mereka. Lagu ni kisahnya bermula.. kononnya selalu di nyanyikan seorang ibu kepada anaknya yang berketurunan Indonesia - Belanda yang bernama Helenina Mustika yang susah nak tidur. Lagu ni di ciptakan oleh ibunya sendiri. Alkisahnya budak ni dah terbiasa di dodoi dengan lagu ni sebelum tidur maka setiap kali nak tidur dia kena dengar lagu ni. Budak ni mengidap penyakit kronik. So bagi menghiburkan anaknya.. si ibu menanyikan lagu Nina Bobo ni.Dijadikan kisah sedih.. si anak meninggal dunia. Tapi selepas di meninggal dunia si ibu sering dengar anaknya menangis minta di dodoikan dengan lagu tu.. Maka setiap malam si ibu akan menyanyikan lagu Nina Bobo walau anaknya dah meninggal dunia.

Malam Jelangkung

Lagu Malam Jelangkung ni di nyanyikan bila bermain sebuah permainan yang memanggil roh. Alah maybe lebih kurang macam permainan spirit of the coin tu la kot. Peralatan permainan ni menggunakan patung kayu, kertas dan pensil. Nak main permainan tu kena nyanyi lagu tu dulu. Mungkin berfungsi sebagai mentera untuk menyeru roh la kot. Tak tau la samada permainan ni betul2 boleh panggil roh.. Tapi mana ada roh orang mati balik ke dunia ye dak. Kalau yang datang tu dah tentu jin & syaitan jer. Permainan ni agak popular di Indonesia.

Kebanyakkan lagu - lagu menyeru hantu ni adalah dari negara Indonesia. Maka dengan ini Indonesia menjuari kategori lagu seram paling popular. Tahniah kepada komposer lagu2 tersebut yang tak tau ntah siapa. Walaupun lagu depa popular tapi kesian tak dapat royalti. hehehehe.

Moral of the story.. Kalau lagu2 yang ada unsur2 menyeru jin & syaitan memang tidak di galakkan di nyanyikan takut rosak akidah pulak walau sekadar suka suka pun. Alahai banyak lagi kot lagu yang best2 kau boleh nyanyi.. Takde sangat lagu nak nyanyi.. nyanyi ke lagu selimut putih. Insya Allah bukan takat seram maybe anda menggigil ketakutan & terus Insaf tak berani tinggal solat lagi. hehehehe
04 February 2017 2 Komen Melekat

MISTERI JELMAAN DUA GADIS INDIA TINGKAT BAWAH MID VALLEY DI TENGAH MALAM

MISTERI JELMAAN DUA GADIS INDIA TINGKAT BAWAH MID VALLEY DI TENGAH MALAM. Malam ni segmen seram serik lekatlekit kembali menghantui anda semua di blog lekatlekit.com.. Dok asyik cerita panas isu2 semasa, review produk je kan.. bosan jugak. Sesekali kena jugak share kisah2 seram, mistik & misteri ni. Baru la terbeliak sikit biji mata hangpa malam - malam ni kan? Bukan terbeliak pasai apa.. sebab takut nak tidur. Asyik terbayang bayang benda yang menakutkan. hahahaha


Bagi kaki kaki lepak Mid Valley yang suka layan midnite movie tu harus baca ok.. Mungkin cerita ni membuat anda mendapat hidayah & kembali kepanggal jalan. Serik untuk keluar sampai lewat malam lagi...

Alkisahnya.. di ceritakan oleh seorang hamba Allah (lelaki) kejadian seram yang berlaku pada diri dia di tahun 2013. Waktu katanya dia baru habis tengok midnite movie filem The conjuring. Sedangkan elok la tengok filem seram.. Belum habis feel seram tu dah di hadap dengan kejadian seram.

Masa tu katanya dah pukul 2.00am. Memang waktu2 puncak hantu2, jin & setan berkeliaran, berpesta muda mudi la.. Kawan2 dia lain semua dah berambussss.. ikut northwing dia jer bajet hero gigih turun guna escalator yang dah di tutup ikut laluan southwing. Bila sampai kat ground floor dia mula cuak.. Tengok semua pintu dah lock.. sapa sorang pun dah takde even pak guard pun dah tak tau mana melingkup time tu. Sunyi basi... Nasib baik la tetiba dia nampak 2 orang awek india kat kaunter pertanyaan... Maka dia pun pergi la hadap dua minah tu nak tanya kat mana pintu keluar. Tapi minah dua orang tu cuma gelakkan dia.. Sebab terdesak dia tanya lagi. Salah sorang dari awek india tu jawab.. bertahun depa duduk kat situ ni kali pertama orang tanya depa macam mana nak cari jalan keluar.

Si mamat ni mula pelik bila awek tu cakap dah bertahun depa duduk situ. Untuk kepastian dia tanya apa maksud bertahun duduk situ. Bermastautin dalam Mid Valley kan dua minachi ni? Tak ada rumah ke? Bergelandangan dalam Mid Valley ke? Tapi jawapan yang di terima buat semua usus mamat ni kecut.. Katanya depa duduk situ dari sejak sebelum Mid Valley wujud lagi. Dah la tengah malam.. Tak berapa lawak sangat la apa yang minachi tu cakap. Apa lagi berdesup perginya mamat tu. sedar sedar dia dah ada kat starbuck di luar Mid Valley.

Tengok kemain bersungguh dia lari Pak guard mymar tegur tanya kenapa dia lari macam lipas kudung. Dia pun cerita la kejadian yang berlaku kat dia.. Menurut cerita pak guard tu katanya sebelum ni pun ada orang lain pernah terserempak dengan dua awek india misteri tu tapi dia & geng2 guard yang lain tak pernah pulak terserempak. Maybe banyak sangat cerita pasal awek india misteri tu management arahan para guard untuk mengesan siapakah awek india tu tapi sampai sekarang depa tak pernah jumpa. Semakin yakin la mamat ni yang dia jumpa tu bukan manusia...

Moral of the story.. Nak tengok wayang tengok la siang siang yer. Memalam ni bukan je berisiko terserempak dengan makhluk2 seram malah manusia pun boleh jadi menyeramkan nak2 lagi kalau berada di tempat sunyi ni.
17 January 2017 4 Komen Melekat

AMARAN SERAM STALKER DARI ALAM GHAIB

AMARAN SERAM STALKER DARI ALAM GHAIB. Pepagi dah taip cerita seram.. Almaklum la kena tulis sementara masih ingat. kang lewat2 draft entri masuk petang dah lupa. Lagipun I kan blogger aktif & rajin.. Mesti ada daily update. Semalam pun 4 entri berjaya di update. Macam tu la kehidupan seorang blogger.. Alasan idea tak ada tak boleh kerap2 sangat dok jadikan alasan.. sebab bila kau pilih jadi blogger & nak dapat manafaat dari blog memang kau kena sentiasa cari idea & kreatif bila menulis di blog. Kalau tak mampu buat dua perkara tu.. better pergi cari benda lain la buat. Memang berblog tak sesuai buat golongan yang sentiasa kekeringan idea & kurang kreativiti.


Dari zaman bujang aku tinggal kat rumah ni. Sebab aku menyewa sorang sorang jadi bila kawen tak payah nak susah2 cari rumah. Sewa rumah pun masih rendah berbanding tempat lain. Buat apa nak bayar sewa rumah mahal2.. 10 tahun pun tetap rumah orang. Lain la sewa beli kan..

Rumah aku ni sejak aku tinggal dengan adik & sepupu aku lagi memang dah ada gangguan bunyi. Lepas depa dah pindah tinggal aku sorang gangguan bunyi tu masih ada. Tapi sebab aku ni sangat positif.. aku ingat bunyi tu datang dari rumah jiran atas. Walaupun minat cerita seram tapi aku tak obses sangat dengan benda2 mistik so aku memang tak terfikir selama ni bunyi tu something wrong somewhere. Yelah.. bunyi jer takde dengar mengilai ke hapa. Bunyi guli jatuh.. Bunyi perabot kayu di seret.. kadang2 bunyi tapak kaki orang berjalan cuma pernah sekali aku dengar suara misteri di tengah malam cuma tak jelas apa yang di cakap.. Sebab mula2 memang tak terfikir bunyi tu bukan bunyi yang manusia buat. Selepas jiran atas dah pindah & rumah tu dah kosong pun still ada bunyi yang sama. Yang aku boleh tahu bunyi tu bukan dari manusia.. masa pergi merawat anak aku kat pusat rawatan Islam Al Qayyum.. Perawat kat situ yang bagitau. Tapi sebab dah biasa hidup dengan bunyi bunyian misteri.. dah takde rasa apa - apa yang seram. Kadang2 aku anggap macam irama harian wajib dengar je hahaha..

Semalam aku up la satu status berkaitan gangguan bunyi tu.. Tup tup.. semalam masa tidur aku macam bermimpi ada satu suara yang marah bagitau aku.. Sebab aku tulis kat status macam tu.. Dia buat anak aku sakit. Terbangun dari tidur tapi tak tahu pukul berapa suami cakap badan anak aku panas.. Aku dalam keadaan mamai2 macam tu rasa blur sekejab. Tapi tak fikir apa2 la.. Just bangun basahkan tuala kecil selimut anak aku supaya suhu panas turun. Letak cool fever sambung tidur. Tapi tetap terbangun untuk basahkan tuala. Pagi ni nampak demam dia pun macam dah turun... Risau jugak jadi macam dulu.. malam jer demam. siang sihat. Hope tak berlaku lagi trajedi macam tu...

Status yang aku tulis sebelum tidur semalam

Amboi.. benda tu pun pandai stalk Facebook aku kan... Stalker dari alam ghaib ni nak block tak boleh. Dah la stalk orang lepas tu touching nak warning2 orang.. Tak 'hantu' la beb! hahahaha... erkk.. kang malam ni dapat warning lagi matilamak... hahahahahaha

Apapun.. benda ni memang wujud tak mustahil dia ada berdampingan dengan kita. Menurut perawat dari rawatan Islam yang aku pernah pergi.. Dia dah lama tinggal kat situ so memang agak susah untuk di halau. Kena rajin2 baca yassin la kot.. Manatau sampai satu masa dia surrender & packing balik kampung dia dalam belantara sana. hehehehe
09 January 2017 0 Komen Melekat

WAD 9 HOSPITAL SELAYANG SINONIM DENGAN KEMATIAN

WAD 9 HOSPITAL SELAYANG SINONIM DENGAN KEMATIAN. Mak mertua saya masih di ward.. Tapi setakat semalam tekanan darah dia dah semakin menurun 141 - 143. Dah kategori stabil jugak la tu dalam usia dia yang dah 55 tahun tu kan.. Dah boleh makan & minum tanpa bantuan tiub cuma selera je masih kurang. Masih tak boleh bangun maybe sebab effect dari strok & dia paralyzed separuh badan sebelah kiri. Memang doktor pun dah bagitau lepas ni dia tak boleh bergerak. Kaki & tangan sebelah kiri memang tak berfungsi setakat ni. So, terpaksa la menjalani fisioterapi & try berurut cara tradisional la. Sebab strok tak sampai ke saraf muka.. so bahagian muka tak terjejas & boleh cakap macam biasa..


Semalam.. sempat terserempak dengan satu kematian yang berlaku di wad 9.. Tapi sebenarnya semalam dalam jarak masa yang tak berapa jauh ada 2 kematian melibatkan warga emas. Yang satu memang tak tahu katil mana & wad mana walau dalam wad 9.. 9A ke 9B.. ke 9 mana tak tahu tapi berhadapan wad MIL aku.. sempat la tengok satu kematian melibatkan warga emas berbangsa melayu, Islam. Innalillahiwainnalillahhirojiun... Sambil tengok petugas yang menguruskan jenazah untuk di hantar ke bilik mayat ada la seorang abang tu datang beramah mesra dengan suami. Mula2 dia tanya yang meninggal tu siapa.. Orang melayu ke? So kami jawab yer.. melayu. Lepas tu dia mula bukan cerita.. Kat wad ni memang kerap berlaku kematian. Katanya wad tu memang yang di tempatkan kat situ kebanyakkan yang dah 50 - 50 atau tunggu masa je untuk pergi. Cara dia bagitahu tu.. macam nak cakap wad 9 ni memang sinonim la dengan kematian. Aku just dengar la.. Malas nak menyampuk orang lelaki berbual. Suami aku cuma jawab.. kalau dah sampai masa tak kira kat wad mana.. mati jugak.

Betul la tu.. walau kebetulan kat situ selalu berlaku kematian tapi yang perlu kita tahu bukan sebab tempat tu yang menyebabkan kematian seseorang. Kematian bukan macam penyakit berjangkit.. Kau tidur atas katil wad yang pernah ada orang meninggal dunia.. kau berisiko akan mati kat situ jugak.  Jangan mengarut sangat la manusia wei...So tak payah la risau kalau korang kena admit wad nak2 perempuan mesti la masuk wad 9 kalau hospital selayang ni. Even katil yang ada tidur tu pernah berlaku kematian.. Takde malaikat maut standby kat situ kalau belum sampai ajal korang. Atau yang lebih orang takut dari Malaikat maut adalah hantu.. Mitos ni memang masih ramai yang percaya. Konon badi orang mati la.. roh orang mati yang tak tenteram ganggu orang yang tidur di katil dia pernah mati la.. Please stop fikir benda mengarut. Kadang2 sebab hangpa dok fikir macam tu yang buat anda rasa takut & terbayang benda yang sebenarnya tak ada. Walaupun aku minat dengan cerita seram aku tak taksub percaya benda karut sampai macam tu. Cuma kadang2 yang mengarut tu macam best je jalan cerita dia.. Memang drama habis. Jalan cerita dia memang penuh suspend katanya. hahahaha

Moral of the story.. Mati itu pasti tapi mati kat wad 9 hospital selayang belum tentu walau masa kau admit condition kau 50-50 je. hehehehe
01 January 2017 0 Komen Melekat

PERKARA PALING MENYERAMKAN BERLAKU DI MALAYSIA

PERKARA PALING MENYERAMKAN BERLAKU DI MALAYSIA. Kat Malaysia ni kalau nak tengok filem seram memang la kau jangan harap la akan rasa seram sampai nak kencing pun kau sanggup bawa teman masuk tandas sekali.. Memang tak jumpa la filem2 seram melayu sekarang yang betul - betul seram. Setakat rancangan geng paranormal cari entiti pun dah takde apa yang menyeramkan. Paling2 terakam gambar asap atau titik titik cahaya jer.. Mula2 di tayangkan rancangan macam tu memang excited la juga.. Tapi bila di tayangkan lagi rasa tak ada apa yang best dah pun..


Kalau google kisah2 seram pun.. Sekadar baca je la. Tetap feel seram tu tak sampai. Erkk.. lupa nak cakap aku cakap pasal aku bila tengok filem atau baca cerita seram.. Orang lain aku tak pasti la feel seram dia level mana kan.. Kalau aku la.. setakat hantu 'fake' ni memang seurat bulu roma pun belum tentu berdiri...

Tapi ada satu perkara paling menakutkan rakyat Malaysia sekaligus menjadi perkara yang paling menyeramkan kat malaysia. Benda ni kalau berlaku confirm sesak habis petrol pump.. Boleh jadi huru hara jugak la.. Nak tau benda apa sila tonton video kat bawah ni..


Seram tak seram.. tengok je terus lari masuk kereta balik katanya. Mungkin dia akan trauma nak pandu kereta lagi lepas ni. Jangankan bawa kereta bawa motor pun mungkin dia tak sanggup lagi. Tak mustahil suatu hari kat Malaysia ramai orang kembali ke zaman pra kemerderkaan iatu kayuh basikal sebab perkara yang menyeramkan ni berlaku secara berleluasa. hehehehehe

Nak buat macam mana.. seram tak seram tetap kena hadap. Apa yang korang boleh buat untuk tidak rasa seram sangat cuma try buat benda ni >> Yang Ada Buat Bisnes Makanan Mungkin Ni Membantu anda << Mungkin kalau success anda dah takkan rasa seram untuk apa2 yang berlaku lagi. Yelah bila ada duit & ekonomi kukuh benda2 macam ni takkan jadi benda menyeramkan dah. hehehehehe
16 December 2016 1 Komen Melekat

NAMPAK LEMBAGA BERTENGGEK ATAS KIPAS BILIK ASRAMA LELAKI SEKOLAH AGAMA DI GOMBAK

NAMPAK LEMBAGA BERTENGGEK ATAS KIPAS BILIK ASRAMA LELAKI SEKOLAH AGAMA DI GOMBAK.  Hari jumaat malam sabtu kembali bersiaran kisah seram serik lekatlekit setelah lama menyepikan diri. Almaklum la pentulis kisah seram sekarang ni ada sedikit kemalasan untuk pergi berburu cerita cerita seram. Mood tu on of jer.. Malam ni pun malas malas rajin tapi tetiba rasa rindu bertamu di ruang hati yang kosong tak berpuaka sejak dua menjak ni.. Buat aku gigih jugak mengarang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Malam ni kita cerita aku nak share satu kisah seram yang berlaku di asrama lelaki sebuah sekolah agama di Gombak. Aku tak tau la berapa banyak sekolah aliran agama kat Gombak.. Yang aku tahu cuma satu. Tu pun selalu jer ternampak.. Selebihnya nanti aku interview laki aku. Untuk memastikan sekolah mana yang di maksudkan.. Kalau satu satunya sekolah aliran agama kat Gombak tu ada.. bermakna kejadian tu berlaku kat sekolah yang selalu aku nampak tu la kan..

Kisah ni berlaku kat budak ni semasa dia bersekolah kat situ. Katanya masa tu dia tingkatan 1. Kira baru melangkah ke sekolah menengah la ni. Dia duduk asrama. Walaupun jarang nak dengar kisah2 seram yang berlaku kat asrama lelaki.. Tapi tak semestinya makhluk2 ni tak berminat nak menyakat bebudak lelaki ok! Baru2 ni yang berlaku kejadian histeria beramai ramai kat sekolah di bangi pun dia pukul rata semua. Lelaki perempuan kena jugak.

Budak ni duduk asrama di tingkat 5. Kira paling atas la. Kisahnya bermula di satu malam yang sepi.. pi.. pi.. (baca dalam nada bunyi gema.. hihihi). Time tu bebudak asrama tu dah nak tidur. Dah pukul 1 pagi la katakan.. Takkan nak main dam ular lagi kan. Ada yang kena sebat dengan warden asrama pulak nanti. Katanya masa dia nak tertidur tetiba dengar bunyi ayam berkokok.. Jadah ayam berkokok tengah malam. Ayam salah setting alarm gamaknya. Lepas bunyi ayam berkokok dengar pulak bunyi macam ada something tengah cakar dinding tapi budak cuba buat tak tahu & tidur. Tapi tetap dia backup juga la dengan bacaan ayat kursi.. Bagus dik.. Kalau kau buat terlebih tahu pergi siasat bagai takut kena sorok dengan hantu pulak memalam buta.

Esok harinya dia cuba tanya dengan kengkawan dia lain samada dengar bunyi apa2 tak malam tadi tapi tak ada sesiapa dengar apa2 jadi dia ambil keputusan tak berkongsi kisah bunyi bunyian yang dia dengar malam tadi.

Kira malam pertama tu just dia warm up jer kat bebudak tu... Malam kedua bukan sorang je yang kena. Melibatkan 1 dorm pulak.  Tiba2 bekalan elektrik terputus kat dalam bilik depa ni. Dalam keadaan gelap gelita bagaikan dayang senandung... tetiba masing2 terasa macam angin bertiup kuat masuk dalam asrama mereka. Masing2 mula cuak tapi nasib baik ada seorang yang berani pergi ke kotak suis utama & on kan balik. Selepas dua minit macam tu.. Asrama mereka kembali bercahaya dengan sinaran lampu. Tapi benda tu katanya berlaku berulang kali.. sampai 3 kali jadi dalam satu malam

Malam keempat agak ganas sikit.. Salah seorang dari penghuni dorm tu kena tampar dari belakang & dia mengadu sakit. yang lain bila nampak kejadian macam tu semua jadi panik & ingat budak tu kena renjatan elektrik so depa pakat bawa kawan depa nan sorang ni keluar dari bilik menuju ke dewan. Kat dewan baru masing2 nampak terdapat kesan lebam pada leher kawan yang katanya kena tamparan misteri dari belakang tu. Masing2 jadi blur.. sebab tak tahu apa sebenarnya yang berlaku kat bilik asrama mereka

Jadi 4 daripada yang ramai - ramai tu ambil keputusan untuk kembali ke dorm menyiasat. Sampai je dalam bilik masing2 nampak satu lembaga yang menyeramkan bertenggek atas kipas dalam bilik mereka. Apa lagi masing lari lintang pukang sampai ada yang tak sedar pakai selipar lain lain. Turun tangga pun main lompat jer nasib baik tak jatuh tangga. Sampai je kat dewan so di canangkan la pada yang lain apa yang depa nampak

Maka mereka sepakat semua naik ke dorm & membaca ayat kursi serta salah seorang dari mereka melaungkan azan. Alhamdulillah lepas tu keadaan kembali baik. Nasib baik bebudak ni dah ada asas agama. Tahu jugak la nak buat apa bila berlaku perkara perkara macam tu ye dak.. So, jadikan pengajaran yer mak bapak dia luar sana. Jangan sibuk nak anak pandai membaca sebelum 4 tahun.. terlupa nak ajar mengaji. erkk.. mengata diri sendiri ke ni? hihihi

Katanya.. itu bukan malam terakhir mereka di ganggu. Malam seterusnya sorang lagi pulak kena. Almari sebelah dia tetiba berbunyi & pintu almari terbuka sendiri. Asal asrama je mesti hantu nak main dengan pintu almari kan? Yelah tu je perabot yang ada selain katil kan.. Sebab takut dia tarik selimut sampai tutup muka tapi menatang tu tarik kaki pulak. Sampai pagi tak tidur di buatnya budak tu. Sampai sudah katanya dia tak buka mata sebab tak berani nak tengok benda yang ganggu dia malam tu walau dia tak dapat tidur.

Bila pernah jadi budak asrama.. Antara kisah yang mungkin berlaku adalah gangguan mistik macam tu.. Memang popular sangat la kan. Cuma kadang2 tak ada gangguan pun boleh rasa macam ada gangguan bila terlalu taksub dengan kisah generasi ke generasi pasal cerita seram yang berlaku di asrama. Almaklum la budak asrama memang jadi rutin kot kumpul ramai2 kemudian bukan cerita hantu.Bila dah bosan tu la kerja dorang. Lepas ni bebudak yang duduk asrama kalau bosan sangat jangan nak buat forum cerita seram sangat.. korang tukar buat benda - benda ni pulak >> Ni Perkara Yang Anda Boleh Buat Kalau Bosan Tanpa Mengeluarkan Budget <<

Moral of the story.. jin syaitan ni bersepah. ada je kat mana mana.. So, tak mustahil dia boleh menjelma kat mana mana untuk menakutkan manusia lebih lebih kat asrama sekolah dimana ramai budak budak baru nak up acah acah dewasa.hehehehe
07 December 2016 2 Komen Melekat

15 DECEMBER BAKAL DIHANTUI DENGAN HAUNTED SCHOOL

15 DECEMBER BAKAL DIHANTUI DENGAN HAUNTED SCHOOL. Bagi peminat cerita & filem seram ni dia macam alert jer kan kalau ada cerita atau filem2 seram terbaru. Almaklum la.. Sebagai peminat tegar tiap kali keluar filem baru Instinct tu dah dapat rasa tu katanya.. Macam ada kuasa mistik jugak. hehehehe


Aku ni seperti yang ramai sedia maklum memang peminat cerita & filem seram nak2 lagi Filem thailand. Filem Seram Thailand memang jarang mengecewakan aku walau ada jugak yang tak menepati standard seram & citarasa puaka aku tapi jumlahnya sangat sedikit berbanding Filem Malaysia terutama terbitan MiG. hahahaha. Agaknya bila la Filem Terbitan MiG ni nak ada anjakkan paradigma sampai aku boleh jadi peminat setia filem2 seram keluaran MiG. Satu harapan besar juga sebab MiG antara produksi yang banyak menghasilkan filem2 seram tapi cuma filem yang di terbitkan tu bukan je tak seram malah tak best langsung untuk di tonton.

Berbalik kepada Filem Seram Terbaru dari Thailand ni, Haunted School. Tajuk pun dah mengambarkan kisah seram yang berlaku di sekolah. Dari sinopsis yang aku baca kisahnya tentang sekolah yang mempunyai satu misteri. Walaupun pelajar bertukar ganti tapi bangun & bilik2 di situ masih kekal sama tanpa ada sebarang perubahan. Kisahnya berlaku pada hari orientasi di mana ada sekumpulan pelajar ni tidak menghadiri kelas. Mereka duduk melepak sambil bercerita kisah seram bagi menakutkan sesama sendiri. Kejadian seram bermula bila semua watak2 dalam cerita seram mereka tu menjadi nyata & menghantui semua pelajar di sekolah tersebut membuatkan sekolah itu semakin tidak selamat. Nak tahu apa berlaku seterusnya kena la tonton sendiri.

Trailer Filem Haunted School

Nampak ada dah Blogger hiburan mula mempromosikan filem ni. Mula di edarkan tiket2 percuma untuk tayangan perdana pada 14 December nanti. Bertuah la sapa dapat kan? Of course ada blogger akan dapat. Kalau tak ada anak ni, nak jugak aku rebut tiket tayangan perdana tapi apakan daya semua tu terpaksa di korbankan & tunggu je la DVD keluar nanti untuk di jadikan koleksi. Nasib baik walaupun aku minat dengan filem2 seram Thailand ni tapi aku takde la obses nak jadi orang pertama menonton sesebuah filem. Aku rilex je sampai aku jumpa dvd dia kat pasaran.

Tak silap aku kat Thailand dah keluar bulan october lepas. Ni kalau online rasanya dah ada cuma maybe tak ada subtitle la kot. Kalau korang faham bahasa Thailand boleh la tengok, ye dak. Tapi aku memang nak tengok biar puas hati. Sebab tu aku tak suka dvd cetak rompak.. Tapi kalau cetak rompak yang rakam dari Astro First tu boleh la layan. Gambar ok & subtitle pun ok tapi beli dvd cetak rompak banyak risiko. Kau tak tau yang mana dia rakam dalam panggung wayang, yang mana dia rakam dari astro first & yang mana dia ambil dari original copy. Kau cuma boleh beli & lepas beli baru kau tahu kualiti dia macam mana. Selalu terbeli yang rakam panggung memang tahap rasa nak maki. dengar orang sembang la.. gambar senget benget, alih2 aku tak tengok pun. Jadi sebab aku taknak spoil mood sendiri, aku lebih suka beli original. hehehehehe

Jadi pada yang tak berkesempatan bawa anak anak pergi bercuti sempena cuti sekolah ni boleh la bawa pergi tengok wayang tapi tengok la filem yang bersesuaian dengan umur anak anak korang. Kalau yang anak2 dah besar nak bawa tengok filem haunted school ni boleh la.. Kalau yang masih kecik2 tu tak sesuai la kan...
28 November 2016 1 Komen Melekat

KAIN BURUK BERGERAK MEMBENTUK SATU LEMBAGA MENYERAMKAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI GELANG PATAH

KAIN BURUK BERGERAK MEMBENTUK SATU LEMBAGA MENYERAMKAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI GELANG PATAH. Setelah sekian lama segmen seram serik lekatlekit bercuti.. Malam ni kembali bersiaran setelah hati ini terasa rindu nak menghantui semua pembaca setia blog lekatlekit. Tak tertahan rasa rindu ni untuk menyeramkan anda semua. Jika tak di lempiaskan nafsu seram ni, mungkin aku akan bertukar jadi pontianak. Maka terpaksa la menunaikan perjanjian saka di blog ni.

Gambar sekadar hiasan

Malam ni kita singgah ke johor sekejab memburu kisah kisah seram yang pernah berlaku kat sana. Kisah ni di ambil kat Facebook Kisah Kisah Seram By Egai. Kisahnya pasal seorang wanita yang mengalami satu pengalaman yang menyeramkan sampai longgar kepala lutut menggigil katanya. Ianya berlaku di sebuah sekolah menengah di gelang patah. Waktu tu dia diajak menemani tunang dia yang nak siapkan kerja sikit kat opis sekolah tu. Waktu tu dalam pukul 9.30 malam. Perjalanan nak sampai ke sekolah tu dari rumah lebih kurang setengah jam. Katanya jalan area gelang patah time malam2 ni memang gelap gelita dengan hutan kiri kanan katanya. So pemanduan pun tak boleh la pecut macam kat litar lumba.

Sampai je kat kawasan sekolah, depa pun parking la kereta dalam kawasan sekolah. Cuma tunang dia je naik ke opis.. Yang perempuan ni tunggu dalam kereta. Kang berdua duan muncul orang ketiga pulak kan.. Sementara tunggu tunang dia siap kerja, apa lagi layan facebook la. Boleh update status check in kat mana2 kan.. hehehe.. Lepas lebih kurang 10 minit macam tu tetiba tunang dia sms suruh tutup enjin kereta & naik ke opis. Walaupun bukan kali pertama dia teman tunang dia ke opis tapi selalunya dia tunggu dalam kereta. Malam ni pelik tunang dia suruh naik ke pejabat pulak. Tak nak jadi tunang derhaka maka dia pun ikut la apa yang tunang dia suruh. Sementara tunggu tunang dia siapkan kerja dia duduk baca surat khabar. Tapi masa dok tunggu tu katanya dia dah rasa lain macam. Rasa meremang bulu tengkuk.. jantung rasa berdebar debar tapi dia tak layan sangat la perasaan lain macam tu.

Dah siap kerja tunang dia, maka mereka pun bergerak la nak keluar dari opis tapi belum sempat dia melangkah keluar tunang dia suruh tunggu sampai dia siap tutup semua lampu supaya mereka boleh jalan bersama ke tempat letak kereta. Dia ingat tunang dia tetiba jadi penakut malam tu.. Tapi disitulah bermula sebuah kisah seram yang tak mungkin di lupakan

Masa tunang dia nak mangga grill pintu opis tu, dia sedang bersandar kat tembok tepi koridor panjang. Tetiba mangga jatuh, so dia pandang kearah mangga tu di atas lantai. Masa dia nak angkat kepala tu secara tak sengaja dia terpandang di hujung koridor & ternampak satu lembaga yang dia sendiri tak boleh nak gambarkan macam mana. Macam beruk ada, macam burung pun ada.. sedang bergayut kat jerigi besi. Katanya nampak macam warna coklat, hitam macam kain yang dah carik atau macam bulu panjang meleret2 atas lain sambil bergerak gerak. Ketinggian katanya paras pinggang. Pinggang dia la kot.. Kalau pinggang aku memang pendek. Dia pun aku tak tau tinggi berapa cm. Bayangkan paras pinggang sudah la kan.. Bila dia cuba alih pandangan & pandang balik tetiba hilang. Apa lagi cepat2 dia cuit tunang dia ajak balik.

Masa dalam perjalanan nak ke tempat parking tu masing2 diam. Selalunya tunang dia suka mengusik tapi malam tu masing2 diam. Masa nak dekat sampai ke kereta, si tunang ni jalan depan & yang perempuan tu pulak jalan belakang. Berlaku lagi kejadian yang buat kering gel2 lutut dia katanya. Masa tunang dia sampai ke pintu kereta.. tengah nak buka pintu... Dekat dengan kereta dia ternampak macam selonggok kain buruk, comot bergerak2.. makin lama makin tinggi kain2 tu bergerak sampai membentuk satu kelibat yang seakan akan manusia. Time tu macam kena sumpah dengan sang gedempai jadinya minah tu.. Kaku, membisu, kelu bagai dah..  Lembaga tu mula menunjukkan dirinya yang seperti manusia berambut panjang duduk betul2 mengadap perempuan tu. Tetiba dia terasa tangan dia kena tarik. Tunang dia yang tarik tangan tu bukan lembaga tu. Tunang dia pun tanya,.. kenapa & apa yang dia nampak sambil suruh dia masuk kereta. Masa tu baru dia rasa macam tersedar dari mimpi ngeri. Lepas masuk kereta mereka pun beredar

Masa dalam kereta ketakutan tu belum habis.. dia terasa macam semua sendi menggigil, gigi terketap ketap. Dia jadi blank sekejab. Masa tunang dia berhenti di pondok pengawal, dari cermin sisi dia dapat lihat lembaga tu berdiri dekat pintu belakang kereta. Time tu rasa jantung nak macam meletup. Tunang dia nampak dia semakin pelik.. tanya lagi kenapa. Dia cuma cakap nak balik jer. Masa dalam perjalanan balik tu kereta pulak jadi berat tak boleh tekan minyak lebih dari 70km. Si tunang dia pulak asyik urut leher jer & mengeluh kereta macam berat semacam.

Lepas 10 minit sampai rumah tunang dia sms & cerita apa yang berlaku masa kat opis sekolah tadi. Dia kata dia nampak dari luar tingkap ada bayang2 asyik lalu lalang sebab tu dia suruh perempuan tu naik ke opis. Tunang dia tahu yang dia nampak something. Lagipun sekolah tu memang banyak berlaku kejadian mistik & ada orang pernah nampak benda benda pelik & seram & pernah berlaku pelajar di serang histeria.

Begitu la pengalaman seram yang di kongsikan.. Kita membaca mungkin tak mampu rasa takut seperti orang yang mengalaminya.. sebab tu kita boleh cakap. Aku ni setakat baca cerita2 seram.. memang tak ada feel. Macam aku la tengok filem seram.. kadang2 rasa nak marah sebab tak rasa seram langsung. Tapi aku tak harap la melalui pengalaman seram terserempak dengan apa2 makhluk tu hehehe...

Moral of the story.. jangan buang kain buruk merata rata. Tak pasal2 jadi saka ganggu orang lain. hehehe
24 October 2016 1 Komen Melekat

TEKNIK MERAKAM GAMBAR/VIDEO HANTU / ENTITI MENGGUNAKAN WEBCAM

TEKNIK MERAKAM GAMBAR/VIDEO HANTU / ENTITI MENGGUNAKAN WEBCAM. Seharian blog tak berhapdet katanya hari ni. Mood kelautan hindi sekejab mencari ketenangan yang hilang... Tapi Alhamdulillah aku sentiasa cuba fikirkan sesuatu yang positif untuk memujuk hati & akhirnya mood berblog pun kembali.

Majalah G-Files

Masa dok melayan budak shahila mewarna & membaca ikut suka dia tu.. Ntah dari mana dia selongkar jumpa la majalah G-Files yang menulis & memaparkan kisah paranormal. Tak tau la majalah ni tahun bila.. sejak budak shahila semakin besar ni habis khazanah alam di selongkarnya dalam rumah ni. Walaupun aku tau aku dah pernah baca majalah ni tapi sesaja belek balik. Kot2 ada benda best boleh share kat blog.

Memang ada banyak bahan boleh di jadikan entri terutama cerita seram cuma aku tertarik nak share teknik menangkap gambar/video hantu atau entiti menggunakan webcam. Almaklum la sekarang ni kan orang cukup suka la viralkan gambar2 entiti yang ternampak kat cctv la.. yang nampak dalam gambar di ambil la atau geng2 paranormal yang merakam entiti ketika memburu hantu. Ramai orang zaman sekarang suka buat aktiviti rare macam mencari tempat2 berhantu & cuba merakam kehadiran makhluk halus.

Jadi buat ghost hunter yang masih peringkat amatur tips ni mungkin membantu anda untuk mendapatkan imej2 entiti yang di cari. Yang perlu anda tahu untuk merakam gambar atau video entiti

1. Pilih webcam yang bagus dari segi FPS (Frame Per Second) & resolusi yang di kehendaki. 20 - 30 FPS dah mencukupi.

2. Letakkan webcam di tempat yang terang & kurang halangan.

3. Webcam boleh di letakkan di koridor luar rumah

4. elakkan daripada meletak webcam dekat objek yang akan memantulkan cahaya.

Jadi Pencari2 hantu sekalian yang baru berjinak jinak dengan memburu makhluk halus ni boleh la cuba. Make sure sekurang kurangnya hafal ayatul Qursi yer. Manalah tau.. Sebagai backup katanya. Pastikan korang bukan jenis acah acah berani tapi nak tengok cerita ni pun tak berani >> Astro Nak anda menjadi orang pertama tengok cerita seram ni <<. Yang spesis macam tu belum layak nak join aktiviti paranormal ok!

Moral of the story.. Kalau dia tak kacau kita, kita pun rasanya tak payah nak cari dia sangat la. Walaupun aku peminat cerita seram tapi aku tak pernah ada keinginan nak jumpa dengan makhluk tu.
10 October 2016 2 Komen Melekat

8 HAIWAN YANG DI KATAKAN BOLEH MENGESAN KEHADIRAN MAHLUK HALUS

8 HAIWAN YANG DI KATAKAN BOLEH MENGESAN KEHADIRAN MAHLUK HALUS. Dalam masyarakat kita memang ada yang percaya haiwan boleh nampak atau rasa kehadiran makhluk halus atau makhluk ghaib ni. Dari kecik pun rasanya kita biasa dengar orang tua2 kaitkan haiwan dengan kehadiran makhluk halus ni. Jadi kita pun membesar la dengan kepercayaan tu...


Katanya.. Kehadiran makhluk halus jugak boleh di kesan dengan perilaku atau bunyi dari haiwan yang tiba2 mungkin perangai dia jadi pelik & mencurigakan.. atau bunyi dia jadi lain macam yang boleh buat kita rasa seram. Betul tak betul.. Allah maha mengetahui segalanya..

Antara 5 haiwan yang di katakan boleh mengesan kehadiran makhluk halus ni adalah..

1. Burung hantu
mentang2 nama dia burung hantu.. hangpa pun nak kaitkan dia dengan hantu jugak. Tapi burung hantu ni rupa pun agak menyeramkan & dia pun jenis hidup waktu malam jer. Antara kepercayaan yang karut atau mitos ni adalah.. Bila dengar suara burung hantu, harus segera masuk kerumah atau menjauhi tempat burung hantu bertenggek. Kononnya kalau kita tetap berada di tempat yang berdekatan dengan burung hantu akan menerima gangguan dari makhluk halus. Katanya boleh menyebabkan histeria jugak. Menurut orang tua tua.. bila burung hantu berbunyi ia petanda ada makhluk halus disitu.

2. Ayam Jantan
Mitos tentang ayam jantan yang boleh mengesan kehadiran makhluk halus ni adalah.. Katanya kalau ayam jantan ni berkokok di waktu tak sepatutnya macam malam hari tu petanda kehadiran makhluk halus kat situ. Ni kira greeting la kot.. nak menyambut makhluk halus yang datang bertandang hahaha...

3. Anjing
Yang ni ramai orang percaya. Tapi bunyi anjing ni ada macam2 tone tau. Kalau tone dia nampak makhluk halus tu dengar macam sayup sayup jer... Kalau kita dengar pun meremang bulu roma. Kalau setakat dia menyalak macam menyampah tengok muka kita lain bunyinya. Ada mitos yang mengatakan anjing dapat berinteraksi dengan makhluk halus.

4. Burung Gagak
Menurut kepercayaan sesetengah orang kalau burung gagak tiba2 berbunyi riuh berdekatan dengan rumah menandakan ada orang yang meninggal dunia. Selain boleh mengesan kematian, burung gagak jugak dia anggap haiwan yang sial. Sampai hati tau labelkan burung gagak macam tu walau dia agak pengotor. Ada orang percaya kalau burung gagak banyak di kawasan rumah mereka penghuni rumah boleh terkena sihir. Selain tu burung jugak di percayai sesetengah orang menjadi tumpangan atau tunggangan makhluk halus untuk datang mengganggu manusia.

5. Kucing Hitam
Sebagai pencinta kucing.. yang ni paling aku rasa mengarut. Selama dok bela kucing berbagai warna termasuk kucing warna hitam pekat melekat ni memang tak ada pun rasa ia ada kaitan dengan makhluk halus. Tapi kalau di eropah.. kucing hitam di percayai ada kaitan dengan makhluk halus sebab mereka percaya kucing hitam tu jelmaan ahli sihir. Yang biasa kita dengar mitos kalau kucing hitam langkah mayat.. adalah petanda tidak baik. Selain tu kalau kucing hitam mengiau bunyi macam sedih jer.. petanda kehadiran makhluk halus. Ada orang percaya.. setiap langkah kucing hitam tu sebenarnya dia ikut makhluk halus.

6. Cicak
Ada orang kata kalau cicak bunyi tu tempat tu ada la sesuatu yang menumpang atau tinggal terutama rumah la. Ni kira mitos yang agak popular jugak la...

7. Ikan Puyu
Ikan puyu di memang terkenal dalam kepercayaan mitos orang2 melayu. Ada orang percaya selain ikan puyu mampu melindungi rumah dari di masukkan pencuri atau orang yang cuba nak guna ilmu pukau sebab katanya pukau takkan berjaya selagi ada benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga. Kalau malam2 ni rasanya bukan ikan puyu je berjaga.. lipas pun banyak suka berjaga malam hahaha. Jadi selamat la kot kalau rumah tak ada ikan puyu tapi banyak lipas. ikan puyu sejenis ikan yang tidak tidur malam. Tapi setakat ni kepercayaan tu masih dalam kategori mitos. 

8. Angsa
Ni samseng paling Otai dalam kampung zaman aku kecik kecik dulu. Dia tak kira kau jahat ke baik ke hantu ke manusia.. semua dia kejar lepas tu dia sudu. Angsa di katakan haiwan yang sangat peka melihat daripada sudut jauh & dapat mengesan kehadiran makhluk halus atau jin khadam seseorang. Tapi macam biasa.. sejauh mana kebenarannya tidak dapat di pastikan.

Itulah 8 haiwan yang di kaitkan dengan makhluk halus bersama kisah kisah mitosnya tersendiri. Info ini sekadar hiburan bukan untuk menjadi kepercayaan. Kalau dah mitos tu bermakna ia tidak ada fakta atau rujukan sahih dari mana2 bagi membuktikan kebenarannya. Apapun tanpa makhluk halus ni kat mana2 pun ada.. cuba check atas kepala. mana tau ada makhlus halus.. petanda atas kepala anda makhluk halus adalah anda sering rasa gatal2 & terasa sesuatu yang sedang merayap di atas kulit kepala anda. hehehehe...

Tapi kalau anda peminat cerita seram.. rasa boring la blog lekatlekit.com ni.. kata blog seram tapi tak seram pun cerita2 dia. Ok ok.. ada lebih seram korang boleh tengok kat sini >> Apabila Pelawat misteri Memasuki kampung yang tenang ini ... satu persatu hilang nyawa << Ada berani? Kalau tak berani tak payah gebang sangat la.. hahahahhaa
22 September 2016 2 Komen Melekat

KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM

KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM. Sekarang ni orang tengah sibuk tulis pasal filem seram Volkswagen kuning. Tapi aku malam ni nak cerita pasal pasaraya Tesco pulak. Jarang kat blog lekatlekit.com ni nak share cerita seram melibatkan pasaraya sebab tak banyak kisah seram melibatkan pasaraya. Almaklum la pasaraya sapa nak kisah sangat pasal hantu sebab kat dalam tu banyak benda yang boleh menghantui pengunjung katanya hahahhaa...


Alkisah pasal pasaraya Tesco Mergong Alor Setar ni katanya berhantu. Setiap kali budak kecik yang di bawa masuk ke situ akan menangis. Menurut cerita orang2 la kan.. katanya memang kat situ kawasan panas sikit. Yang menyebabkan dia jadi berhantu adalah sebab berjiran dengan dua kubur katanya. Asal berhantu je hangpa nak kaitkan dengan kubur kan.. Kubur tu di pagar dengan Zink yang tinggi tapi tinggi lagi kebolehan hantu untuk menyakat manusia kat situ.

Menurut cerita yang aku baca.. Dari cerita pekerja Tesco & pekerja Pizza hut kat situ.. Mereka pernah ternampak satu lembaga hitam  bertenggek kat dahan pokok yang berada di tengah2 antara dua kubur tersebut. Tak tau la apa menatang yang bertenggek malam2 buta kat situ.. Di tambah seram lagi pengawal keselamatan kat situ pun selalu terbau wangi di sertakan dengan perasaan seram sejuk bila melalui kawasan tu. Tak tau kejadian seram tu ada kaitan dengan dua kubur misteri tu atau tidak.. Sebab kubur misteri tu pun tak tau macam mana boleh ada kat situ.


Elok la berhantu sikit pasaraya ni.. Bukan apa kalau dia tak berhantu ramai pulak kaum wanita naik hantu. Nak2 lagi nampak perkataan keramat 'Sale' tu boleh histeria jadinya. Bila ada kisah2 mistik melibatkan pasaraya tu.. Kurang sikit aktiviti yang menyeramkan para suami di lakukan oleh kaum wanita hahaha.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;