Showing posts with label pelamin. Show all posts

KENAPA TAK BOLEH HEBOH BILA BUNTING PELAMIN

Setiap pasangan berkahwin ni apa nak pelik bila mengandung kan? Tak ada apa yang nak di malukan kalau mengandung lepas kahwin. Yelah... benda tu normal takde luar biasa pun. Tapi kenapa perlu rahsiakan awal kandungan kalau korang bunting pelamin?

Bunting pelamin ni istilah dia pengantin baru kawen tapi dah di sahkan mengandung mungkin 3 minggu lepas nikah atau sebulan lepas nikah. Memang mood bulan madu tu tak abis lagi.. inai kat jari pun tak luntur sepenuhnya lagi dah mengandung. Kenapa perlu rahsiakan kandungan tu sedang anda tidak melakukan hubungan yang menyebabkan termengandung sebelum nikah.

Ni pendapat Acik lekit la yer... Bukan kata salah tang memana tapi benda ni boleh mengundang fitnah bagi mereka yang tak tahu tempoh persenyawaan boleh berlaku & tempoh kandungan boleh di kesan selepas persenyawaan. Contoh baru sebulan kawen tetiba anda di sahkan mengandung 3 minggu. Atau tak sampai sebulan kawen tetiba dapat detect mengandung 2 minggu. Ada yang rasa sangat mustahil boleh mengesan kandungan seawal tu walau dari segi perubatan tak mustahil pun.
Nak tahu berapa tempoh masa di ambil untuk persenyawaan berlaku & tempoh paling awal boleh mengesan kehamilan sila baca kat SINI
Bila korang tak menyempat nak share korang dah mengandung.. mula la suara2 belakang memuncungkan mulut dari telinga ke telinga.. Rasanya baru je nikah, takkan dah ngandung kot. krik.. krik.. krik.. bila sampai ke telinga korang mesti jugak touching kan. Dah la alahan 1st trimister ni kadang2 menggugat jugak fizikal & mental si ibu tu. Dengar pulak gosip2 liar pasal korang menambah lagi tekanan.. Takut tekanan tu bagi kesan pada kandungan yang sangat2 mentah & boleh jatuh dengan senang.

Dua artis yang pernah menjadi kontroversi sebab bunting pelamin. Ambil pengajaran dari kes 2 retis ni. Tak menyempat sangat nak bagitau orang dah mengandung tak pasal2 orang tuduh depa hamil luar nikah.

Sebab tu la orang tua2 pun ada nasihat.. jangan hebahkan masa awal2 mengandung tapi zaman media sosial sekarang lepas buat pregnancy test terus upload.. Yeah saya dah mengandung. Tak sempat kering urine kat PT tu dah tersebar keseluruh alam maya katanya. Betul.. excited nak jadi mak orang tapi tu la setiap perbuatan kita yang tak menyempat tu ada risiko. So, ada baiknya jugak tunggu la sebulan dua baru announce yang anda bakal jadi ibu.

P/S : den dulu lepas 7 bulan kawen baru melekat. Kalau orang nak pertikai pasal kandungan tu memang tak logik sangat la. Jarak 7 bulan kot bukan 7 minggu lepas nikah. hahahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com