Showing posts with label senarai. Show all posts

SENARAI BLOG YANG MENANG LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST

SENARAI BLOG YANG MENANG LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST. Kalau ada blogger yang masih ingat.. Sepanjang bulan puasa hari tu Lazada ada menganjurkan ramadhan raya blogger contest. Aku pun ada join untuk task minggu pertama. Resepi Iftar yang di pertaruhkan adalah Resepi Kari Ikan Salmon. Ha.. kau kaya sangat mak jemah makan ikan salmon katanya. Actually setakat beli seketul dua mampu la.. Kalau nak beli sekor dua pitam jugak kat kaunter cashier tu nak membayar. Sebab family kami kecik. Yang makan cuma 2 mulut. Maka seketoi pun dah cukup. lagi sorang tu jangan harap nak makan ikan padahal masa kecik2 mak dia dah sumbar segala macam ajar dia makan.. Nak buat macam mana dia tetap jadi picky eater.


Alhamdulillah.. resepi yang di pertaruhkan untuk task minggu pertama ramadhan raya blogger contest tu terpilih sebagai salah satu pemenang. Sebenarnya join pun sekadar suka suka.. Tapi tetap la buat sehabis baik katanya. Kalau dah rezeki.. ye dak. Tetap la milik kita. Ada 3 segmen untuk contest ni. Blogger memang boleh join lebih dari satu. Tapi di sebabkan sepanjang bulan puasa aku memang sibuk ke hulu hilir.. Masa tu mood pun tengah up & down. Yelah.. susah hati kena saman. Sementara nak pulihkan semangat yang hilang tu ambil masa jugak la kan.. Sekarang Alhamdulillah.  Emosi tu dah stabil. Dah boleh terima hakikat & kemungkinan cuma usaha masih di teruskan. Selagi ada daya untuk berusaha.. usaha je la. Manatau ada yang nak membantu kan. Tak usaha kita takkan dapat apa apa..

Dalam celah - celah dilanda musibah tu.. tup tup ada orang tag bagitau menang contest lazada tu. Time tu tak silap aku ada kat PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) nak jumpa ketua aktivis dia Dato Nadzim untuk kes saman sivil aku ni. Rasa terkejut juga la kan.. Aku ni bukan selalu sangat join apa2 contest.. Bila join dah menang tu, Allahu dia punya excited macam dapat ferari sebiji pulak hehehehe

Tu la Allah tu maha adil.. dalam tengah berduka di timpa musibah di hadirkan juga kegembiraan kecil untuk buat kita tersenyum. Tak kisah la.. senyuman tu sementara At least dalam celah2 dok berduka lara Alana tu ada juga datang berita gembira. Ye dak.. Kita kena muhasabah diri & selalu bersyukur. Jangan banyak merungut, Insya Allah orang bersyukur ni even di uji dengan musibah pun dia mampu ambil dari sudut yang positif. Ni semua aku belajar sepanjang aku hadap musibah kena saman ni la.. Kau ingat senang ke kena saman, takde duit & nak senyum.. Time tu memang rasa ketat mulut ok nak senyum tapi bila motivasikan diri balik, solat, doa, Isgtifar & baca Al Quran.. Insya Allah, Allah tu bagi jalan, bagi kekuatan & bagi ketenangan.. Seterusnya mulut yang ketat tadi seolah olah dapat minyak pelincir & mampu tersenyum kembali hehehehe.

Membebel dah macam cerpen senarai pemenang Ramadhan raya blogger contest tak jugak tunjuk tunjuk.. Sabaq na.. tunjuk awai2 satgi hangpa tak baca tak bebelan kami yang panjang lebar tu.. kena tunjuk hujung baru hangpa sabaq sikit untuk sampai ke destinasi hehehehe..

Sebelum tu... Drumm please!! Pemenangnya adalah... tengok sendiri senarai blog yang menang kat bawah ni yer hehehehe..

clik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Tahniah kepada semua blogger yang menang. Yang tak menang jangan sesedih.. Lazada ni banyak anjurkan contest untuk blogger. Next time boleh cuba lagi ok! Tak payah nangis bawah bantai sangat la.. berpeta pulak bantal hangpa tu nanti. Dah dah.. lap hingus. Kalau tak menang lazada contest tu try cabutan bertuah ni pulak manatau ada rezeki kan >> 4 Step Mudah Untuk Honda-Nators Menangi Ganjaran Bernilai Sehingga RM30,000 Raya Ni <<

AWAS! INILAH SENARAI BARANG YANG DI LARANG BAWA KE ASRAMA SEKOLAH

AWAS! INILAH SENARAI BARANG YANG DI LARANG BAWA KE ASRAMA SEKOLAH. Seperti kita sedia maklum selepas keluar result UPSR sekarang dah ramai dapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh. Semalam keputusan PT3 untuk pelajar tingkatan 3 pun dah keluar. Bagi adik adik yang nak sambung belajar ke sekolah Teknik, vokasional, atau mana2 sekolah yang berasrama pun kena tahu apa yang perlu di bawa & tidak boleh di bawa ok! Jangan nanti bila kena rampas dengan cikgu tetiba bagi alasan tak tahu pulak..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Tapi budak budak sekarang ni.. Kadang2 walau depa tahu benda2 tu semua tak boleh bawa ke asrama & boleh menyebabkan mereka di buang asrama tetap akan buat perkara yang di tegah jadi mak bapak kena periksa juga beg anak anak sebelum di hantar ke asrama nak2 lagi yang baru pertama kali melangkah masuk ke sekolah berasrama ni. Bukan apa.. kot2 depa seludup sembunyi sembunyi bawa ke asrama nanti..

Barang yang memang di larang di bawa ke asrama adalah

1.Alat Solekmana tau yang perempuan atau spesis perempuan jadian bawa eyeshadow,lipstick,eyebrow bagai ke asrama untuk nak guna keluar dating masa outing nanti)

2. Seluar jeans - Make sure takde seluar jeans je dalam beg pakaian anak anak anda yer. Kau nak ber jeans iblis syaiton tunggu je balik kampung. hehehehe

3. Telefon Bimbit - Yang ni aku tau ramai yang bawa ke asrama/sekolah walau di larang. Tapi kalau kena rampas dengan cikgu mak bapak jangan nak meroyan pulak. Nak viral bagai.

4. Rokok - Yang ni kalau kena tangkap memang buang asrama

5. Komik/Majalah hiburan - Adik2 kau baca buku teks dengan buku rujukan sekolah sudah. 

Terlanjur buat entri aku bagi jugak senarai keperluan yang perlu di bawa ke asrama.. Rujuk gambar di bawah

Sumber : PERATURAN DAN SENARAI KEPERLUAN ASRAMA 2016

Yang mana ada anak baru pertama kali nak masuk sekolah berasrama tu boleh la merujuk pada senarai barangan yang perlu di bawa & tidak boleh di bawa. Jangan nak buat persediaan atau persiapan last minute nanti takut dah sampai asrama ada barang yang tak ada pun susah. Koperasi sekolah bukan jual semua benda nak2 lagi pakaian yang perlu di pakai sepanjang tinggal di asrama.

Moral of the story.. pada adik2 yang bakal masuk asrama tu ingat jangan dok buat aktiviti kongsi cerita seram tengah malam.. Kang ada kencing atas tilam pulak sebab takut nak ke tandas. hehehehe

TERGAMAK KAKAK SEPUPU SEBAR DIARI SAUDARA SENDIRI DI MEDIA SOSIAL

TERGAMAK KAKAK SEPUPU SEBAR DIARI SAUDARA SENDIRI DI MEDIA SOSIAL. Diari ni dulu zaman sebelum wujudnya media sosial memang majoriti orang akan meluahkan perasaan dalam buku diari. Berbanding zaman sekarang manusia menulis diari di media sosial. Mungkin manusia zaman sekarang dah tak suka privacy kisah hidup atau luahan hati dia sebab tu dia boleh tulis terang terangan untuk orang lain baca. Tapi bagi orang yang masih inginkan privacy mungkin masih menulis diari sampai sekarang sebab dia nak tulis sekadar meluahkan rasa atau menyimpan memori untuk di baca masa akan datang. Kalau dulu diari tu siap ada mangga.. lepas tulis memang sorok takut ada yang terjumpa & baca. Punyalah tak nak orang tahu luahan hati kita.. Konsep macam tu pun kita dah paham.. Ia adalah satu perkara paling peribadi.

Aku dulu pun start tulis diari umur 12 tahun. Tapi aku pelik sikit.. Aku tulis diari dalam bentuk pantun. Selalunya bila aku sedih aku tulis la pantun airmata aku.. Lepas dah masuk sekolah menengah aku still ada buku diari yang berbentuk cerita & puisi.. Aku pernah karang satu diari untuk sahabat.. Sahabat yang sampai sekarang aku tak pernah lupa. Diari tu khas aku cerita pasal aku dengan dia jer.. Apa?? Ingat lekatlekit yang berpuaka ni tak pandai berpuitis ke?? Aku memang minat menulis sejak dari zaman sekolah lagi.. Cuma penulisan blog ni tak sama dengan penulisan aku di atas kertas. Aku pun pernah ada cita2 nak jadi penulis dulu.. Tapi start kenal blog terus berkarat otak nak mengarang cerpen apatah lagi nak cuba menulis novel. Dulu banyak jugak cerpen aku karang.. Pernah di siarkan di website karangkraf.

Tu kisah aku la.. Berbalik kisah ni seorang kakak sepupu yang biadap.. dah la dia curi baca diari adik sepupu dia yang aku rasa masih bersekolah rendah lepas tu dia snap & viralkan pulak tanpa fikir langsung perasaan budak tu. Kalau seorang budak dah pandai tulis diari bermakna dia mula rasa perlukan ruang peribadi untuk dia meluahkan perasaan. Maknanya apa yang dia nak luahkan tu adalah rahsia bila dia menulis dalam diari. Benda tu mungkin jadi satu aib pada dia jika orang lain tahu.. Bayangkan bukan kakak sepupu dia je baca diari dia.. Sampai blog gosip popular pun share pasal diari dia tu. Berapa ramai yang baca cerita yang selama ni mungkin menjadi rahsia dari pengetahuan orang lain.


Jangan ingat budak2 tak ada perasaan.. Jangan ingat dia budak dia tak tahu rasa malu. Jangan ingat dia masih budak.. Benda ni takkan menjadi sejarah hitam dalam hidup dia bila dia semakin meningkat remaja & dewasa. Jangan ingat bergurau macam tu tak bagi kesan emosi pada dia. Jangan ambil mudah soal perasaan orang lain nak2 lagi melibatkan rahsia seseorang. Walau dia adik sepupu kau.. Kau tetap tak ada hak nak ceroboh privacy dia kemudian sebarkan kepada orang lain. Jenis sedara macam ni memang jenis yang tak kisah untuk memalukan ahli keluarga sendiri. Boleh putus silaturrahim tau bergurau macam ni.

Kita pun tak suka orang baca diari kita apatah lagi sebarkan apa yang kita tulis dalam diari macam tu jugak dengan orang lain walau orang tu seorang budak. Orang baca mungkin rasa benda tu bukan masalah besar sangat, mungkin yang membaca tak rasa cerita dalam diari tu mengaibkan pemiliknya tapi orang yang jadi mangsa tu mungkin rasa benda tu akan buat dia malu & hilang keyakinan diri nak berhadapan dengan kawan - kawan & orang lain. Confirm ada adegan menyindir punya kalau sedara mara lain baca post kakak sepupu yang kurang ajar tu. Nak2 lagi dia ada tulis senarai ex-boyfriends dia yang aku yakin dia sendiri tak nak orang lain tahu lebih lebih lagi saudara mara dia.

Manusia sekarang ramai yang nak jadi terkenal kat media sosial maka berlaku benda benda macam ni sehingga sanggup memalukan saudara sendiri. Mohon mak bapak dia tahu apa yang dia buat pada sepupu dia & kena bantai sampai dia serik. Sakit pulak hati aku tau!! Yang tukang dok share pun terlibat sama jugak. Amboi kemain hangpa gelak sakan baca diari budak tu kan.. Cuba diari hangpa kena viral macam tu, rasa ada hati ke nak gelak lagi. Silap haribulan ada yang mati bunuh diri sebab tak tahan malu pada orang lain. Ingat bergurau jangan melampau.. Kalau melampau dah tak namanya gurau tapi minta penampau..

YANG PLAN NAK TENGOK WAYANG ESOK, WAJIB BACA NI

YANG PLAN NAK TENGOK WAYANG ESOK, WAJIB BACA NI. Hari ni KL di tutup sebab ada perarakan pakaian beruniform dari 2 kumpulan pancaragam.. Kumpulan kuning & kumpulan Merah. Hanya depa dengan anggota keselamatan je berada kat situ.. Orang awam memang takde sangat. Kedai2 & premis2 perniagaan pun banyak yang tutup bagi memberi laluan pasukan beruniform tu berarak mendung kelabu katanya. Hope esok KL dah bersih dari sebarang kekotoran lah yer.. hehehe


Mungkin hari ni korang terpaksa berkurung dalam rumah.. Esok ada plan nak tengok wayang. Almaklum la sebelum berakhir 2016 katanya tak nak la terlepas filem2 terbaru hujung tahun. Nak2 lagi kalau yang dah berkeluarga.. Hujung2 tahun ni anak2 pun dah habis exam bagai. Buku teks pun dah hantar.. boleh la bawa tengok wayang untuk mereka release tension kan? Kesian dari awal tahun belajar semata mata nak dapat result yang cemerlang agar mak bapak dia boleh snap slip keputusan exam & upload kat media sosial.. Takkan la tak dapat apa2 kot sekadar slip periksa je keluar IG & FB kan...

Sedang elok la.. ambil hati anak yang dari awal tahun hangpa kerah belajar siang malam pagi petang tu. Bawak2 la depa tengok movie2 best. Tapi sebelum nak pergi tengok wayang tu wajib korang tengok ni dulu yer >> Kalau Betul Nak Tengok Filem Best, Ni Korang Kena Tahu Dulu << Bukan apa supaya korang boleh buat survey dulu. Tak membazir beli tiket nanti.

Tetiba Teringat masa kecik2 dulu mak aku selalu bawa kami adik beradik tengok wayang tiap2 bulan. Kali pertama aku masuk panggung wayang masa umur antara 4 tahun macam tu. Masuk nak tengok wayang. lepas duduk kerusi terlipat maka aku tersepit celah kerusi menangis terus ajak balik. hahahaha

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM. Lebih kurang sebulan Giveaway ni berlangsung akhirnya setelah di tilik dalam geluk jampi nujum pak belalang.. Maka dah dapat la senarai pemenang. Walaupun contestant cukup2 syarat jer... Memang nak bagi cukup syarat sebab tak sampai hati pulak nak batalkan Giveaway katanya. takpe la.. pengalaman pertama handle untuk Giveaway sendiri.. Lagipun niat nak bagi pembaca blog lekatlekit.com ni hadiah dah lama.


Sebelum Pemenang nak di umumkan.. Sukacita la admin blog lekatlekit nak bagitau.. Hadiah mestilah di tuntut seminggu dari tarikh pemenang di umumkan. Kalau tak redeem hadiah anda memang akan di kira 'burn' la sebab admin blog anggap anda tidak berminat dengan hadiah tersebut. Jadi semua yang menyertai Giveaway ni kena alert yer...

Dengan lafaz bismillah.. Jemput makan. ok ok.. gurau jer.. Senarai pemenang Giveaway kutuk mengutuk bersama lekatlekitdotcom adalah...

Hadiah utama.. Blog pilihan melekit adalah..
http://aunidenovella.blogspot.my/2016/08/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
Memenangi hadiah berupa 1 face wash 4 in 1 Ronasutra (Done)

Hadiah pertama pengutuk paling kejam..  hehehe
http://www.dianarashid.com/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
Hadiah berupa sehelai tudung Ariani (Done)

Hadiah kedua pengutuk separa kejam.. hehehe
http://www.mariafirdz.com/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
hadiah berupa BB Cream Seqybeauty (Done)

Hadiah ketiga pengutuk boleh tahan kejam.. hehehe
http://awansamudera.blogspot.my/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
hadiah berupa BB Cream Seqybeauty (Done)

Hadiah ke empat pengkritik manja..
https://cikash.blogspot.com/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html
Hadiah berupa Nurrasya Organic Body Wash (Done)

Hadiah kelima pengkritik lite lite...
http://theieraziera.blogspot.my/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html
hadiah berupa Nurrasya Habatus Sauda Hair Treament (Done)

Hadiah keenam.. komen komen manja
http://www.sayidahnapisah.com/2016/09/kutuk-menang-hadiah-bersama.html
hadiah berupa produk buang bulu (honey Wax) (Done)

Hadiah ketujuh.. cuit cuit
http://adna2029.blogspot.my/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html
Hadiah berupa Lipbalm scrub

Hadiah kelapan.. Pengkritik nak duit.. hehehe
http://penselduabee.blogspot.my/2016/09/giveaway-kutuk-mengutuk-bersama.html 
Hadiah berupa Wang Tunai RM20 (Done)

hadiah kesembilan
http://www.kuihsemperit.my/kutuk-menang-hadiah-bersama-lekatlekit-com/
Hadiah berupa Satu Botol Air (Done)

Sila emailkan alamat untuk penghantaran hadiah anda kat lekatlekitgurl@yahoo.com. Sila letak tajuk Pemenang Hadiah Giveaway Lekatlekitdotcom tempat ke... ? Tarikh untuk anda tebus hadiah adalah sebelum 15 oct 2016. Atau boleh jugak PM di facebook NurSuria Azizan

Pada yang tak menang.. Insya Allah jika ada rezeki di lain masa akan di adakan lagi Giveaway gilang gemilang ni. Terima kasih kerana sokongan anda yang tak berbelah bahagi terhadap blog lekatlekit.com ni. bagi mengubati kekecewaan yang tak menang jom la kita ubati kesedihan tu dengan menonton 9 live video di Facebook yang di viralkan ni >> 9 Live Video Facebook yang jadi viral baru baru ni << Bagi yang berjaya mencuri hati ku dengan kutukkan & kritikkan tu.. Tahniah. Jangan lupa kalau buat entri tu war warkan la link penaja hadiah tu tau tanda terima kasih sudi sponsor hehehehe...

RAMBANG MATA BILA CLIK RIANG RIA RAYA LAZADA MALAYSIA

RAMBANG MATA BILA CLIK RIANG RIA RAYA LAZADA MALAYSIA. Dah nak masuk minggu ketiga puasa maka time ni ramai dah mula buat persiapan rumah tak kira la dari segi pakaian, peralatan nak buat kuih muih, mahupun perabot & aksesori untuk rumah. Almaklum la raya kan.. Ramai dah mula wishlist kan barang2 yang mereka harap dapat untuk kegunaan menyambut raya nanti. Nak nak lagi time ni la banyak sale & diskaun. Inilah masa paling sesuai membeli belah barang keperluan.

Aku pun manusia katanya.. Ada impian & keinginan macam orang lain jugak. Aku pun antara tipikal manusia yang ada keinginan & suka membeli. Tapi wishlist seorang isteri, ibu & anak selalunya untuk di manafaatkan seluruh isi keluarga. Biar sama2 rasa. Sepanjang puasa ni aku selalu usya barang2 kat lazada.. Sebab harga di lazada ni lebih murah berbanding portal online shopping yang lain sebab tu la aku lebih suka windows shopping secara online di lazada.

Sebab diskaun dia tak ingat punya buat aku jadi rambang mata kasar & mata hati. Kalau boleh semua nak beli tapi bila budget tu terhad ni je la antara wishlist aku untuk orang2 yang tersayang.

Mak aku adalah tukang masak setiap kali raya. Macam mak mak orang lain jugak. Jadi aku rasa kalau ada Butterfly Electric Pressure Cooker ni pun elok jugak. Memudahkan kerja kerja memasak dia kat dapur & boleh masak macam macam juadah untuk raya nanti. So ini pun antara yang aku harap dapat bagi kat mak aku untuk dia memasak untuk juadah raya nanti.

Cantik kan Butterfly Electric Pressure Cooker. Nak tahu berapa harga dia meh tengok kat sini >> Butterfly Electric Pressure Cooker BPC-5068

Mak mertua aku pernah cakap dia nak satu almari baju lagi bagi menampung muatan baju2 dia yang semakin banyak. Almaklum la perempuan tak kira tua muda.. bab baju bajan memang juara membeli la. So kalau dapat mengembirakan hati mak mertua dengan bagi dia sebuah wardrobe 2 pintu yang under budget selepas diskaun ni pun rasanya mak mertua aku dah senyum sampai telinga. Boleh la dia simpan koleksi baju2 raya dia dengan selamat

Tentu korang tak percaya harga wardrobe ni semurah ni. Meh tengok kat sini >> T.A. TKW-OS 2 Door Wardrobe with Open Shelf (Modi Oak)

Untuk anak aku mesti ada jugak. Sebab dia lahir pada 20 ramadan.. aku rasa hadiah yang paling sesuai adalah Kids Kitchen Cooking Toy Set For Role Play sebab benda ni boleh mengurangkan dia layan video kat youtube atau main game kat gadget2 elektronik yang ada. Pretend play sebenarnya membantu dalam perkembangan kanak kanak. Benda tu salah satu cara merangsang kanak kanak untuk berfikir & bermain menggunakan imaginasi. Sebab anak aku dah nampak minat main masak2 sampai sikat pun jadikan senduk jadi sedang elok la aku beli set ni untuk dia. Harga pun tak mahal malah di riang ria raya lazada selepas diskaun harga tak sampai RM60 pun. Jadi hari jadi ke 5 tahun dia.. kalau dapat bagi dia hadiah ni aku rasa mungkin hari jadi & raya paling bermakna buat anak aku.
Memang korang takkan sangka harga dia semurah ni di lazada. tak caya tengok sendiri kat sini >> Kids Kitchen Cooking Toy Set For Role Play

Untuk suami jangan risau aku tak lupa. sekarang berpantang makan. Tak boleh terlampau berminyak, tak boleh pedas & dia jugak suka makan jenis grill & bakar ni. Jangan hangpa tak tau laki cheq ni pun rajin jugak ke dapur memasak sambil menyepah. Jadi aku rasa nak beli la untuk dia Takada Double Grill Pan sementara tengah murah sempena riang ria raya lazada. Bukan apa raya nanti boleh la masak menu sihat untuk dia nikmati.. Almaklum la maybe dia tak makan rendang tahun ni. hehehehe

Di Riang Ria raya Lazada je korang boleh dapat harga ni. Nak tau berapa harga dia meh tengok kat sini >> Takada Double Grill Pan TK-DGP01 Red 2

Wishlist aku ni tak budget besar mana pun. Dalam RM500 jer.. berbaloi rasanya sebab aku dapat gembirakan semua insan insan aku sayang. Sempena raya ni dengan membeli belah di lazada anda boleh jimat sehingga 92%, jadi pastikan lazada menjadi pilihan anda membeli belah secara online untuk persiapan raya nanti..

Kalau korang ada whishlist yang korang nak bagi kat orang2 tersayang apa kata korang sertai Riang Ria Raya Blogger Contest ni.


Manalah korang orang yang bertuah menang Fujifilm Instax Mini 8 camera ni. Cuma perlu senaraikan whishlist korang jer.. Nak tau macam mana nak join meh tengok kat sini >> Riang Ria Raya Blogger Contest <<

AWAS! INILAH SENARAI RESTORAN DIM SUM YANG HALAL & TIDAK

AWAS! INILAH SENARAI RESTORAN DIM SUM YANG HALAL & TIDAK. Sekarang ni bersepah restoran masakan cina yang halal kat Malaysia selepas makanan cina mula mendapat perhatian pelbagai kaum. Aku makan jugak la kat restoran cina muslim ni.. antaranya kat Bukit antarabangsa.. Lupa pulak nama restoran tu. Sebab dah lama tak pergi. Dulu kerap jugak pergi. Spesis yang jarang nak snap gambar makanan bila kat luar harap otak nak ingat ni memang failed katanya.


Banyak jugak la aku try makan restoran cina muslim ni sebab konsep laki aku makan.. makan sampai jemu. Bila jemu kami akan bercuti makan kat restoran yang sama beberapa ketika. Jadi sekarang memang tekak tak minta nak makan kat restoran cina muslim lagi.. Jadi kami pun tak menerjah mana2 restoran cina muslim.

Tapi hati2.. Yang suka makan masakan cina ni. Jangan hanya kerana dia ada mention 'Pork free' & guna bahan2 mentah dari sumber halal belum tentu halal. Sebab ada yang guna alkohol dalam masakan mereka. Selagi tak ada sijil halal JAKIM terpampang kat restoran tu please jangan makan kalau pemilik dia non muslim. Ni bukan soal racist ke hapa.. Ni soal benda yang nak jadi darah daging kita nanti.

Nak2 lagi peminat Dim Sum ni..Korang kena tahu antara 16 restoran yang popular dengan Dim Sum ni ada yang halal & tidak halal walau dia mention pork free & bahan mentah dari sumber halal sebab ada dia guna bahan tak halal sebagai perasa dalam masakan tu. Supaya korang tak termakan Dim Sum Tak halal meh check kat sini >> 16 restoran Dim Sum Halal & Tak Halal Kat Malaysia Mesti Anda Tahu <<

Kalau mengidam sangat nak makan Dim Sum pilihlah restoran yang memang di sahkan halal yer. Bukan takde.. ada cuma jangan main serbu je walau kat hotel. Sebab ada hotel menyediakan menu Dim Sum walau Pork Free tapi dia guna alkohol dalam masakan. Tetap tak halal.. sebab yang haram bukan je babi ok!

Moral of the story.. Kat Malaysia ni kita bertuah. Nak makan masakan bangsa lain ada banyak restoran yang di sahkan halal JAKIM masih banyak. So, tak payah la nak buat macam darurat sangat.. Asal pork free je terus makan.

HOTEL EKSOTIK UNTUK YANG NAK BER EROTIK BERSAMA PASANGAN

HOTEL EKSOTIK UNTUK YANG NAK BER EROTIK BERSAMA PASANGAN. Esok dah mula cuti panjang sempena Chinese New Year. Ada yang dah siap plan nak buat apa sepanjang cuti ada yang sampai sekarang takde perancangan nak buat apa atau pergi mana mana. Sebab awal tahun ramai yang ambil peluang berkahwin mungkin masa kawen tak ambil cuti panjang. Ni la time nak pergi honeymoon.


Bila nak pergi honeymoon ni mesti la nak duduk tempat yang jauh dari kesibukkan manusia.. tempat yang tenang & suasana yang romantik. Nak pergi jejauh sekarang dengan virus zika bagai tengah menyerangkan. Pergi negara seberang dah la.. Selain save budget mungkin boleh dapat tempat penginapan yang eksotik lagi erotik katanya... hahahaha. yelah.. pasangan pengantin baru mesti la nak pergi tempat2 yang ada aura erotik katanya. Kata nak berbulan madu takkan nak tempat yang buat masing2 jadi stress & bergaduh pulak. Erkk.. kang ada yang tak faham apa tu erotik.  erotik ni membangkitkan nafsu syahwat/ ghairah/ berahi..

Salah ke nak pergi kat tempat2 yang boleh buat pasangan baru kahwin atau pasangan yang nak sambut anniversary kat tempat2 yang menghairahkan? Tak salah.. asalkan tempat tu bukan tempat maksiat & kita pergi pun bukan dengan tujuan nak buat maksiat. Kalau setakat hotel untuk menginap tak jadi hal pun untuk mengeratkan kasih sayang antara suami isteri kan

Jadi yang mana merancangan bulan madu atau merancang percutian bersama pasangan elok la korang tengok hotel hotel berkonsepkan eksotik yang mungkin menambahkan erotik anda kat sini >> 16 Hotel Berkonsepkan Eksotik di Bali Yang Mungkin Buat Anda Terkesima <<

Apapun selamat bercuti pada semua. Yang nak merancang aktiviti erotik bersama pasangan masing2 tu selamat beromantika di tampoi yer... hak hak hak... (gelak nakal). Ok Makcik nak ber kosmetik kejab. Tu la kerja makcik hari hari. hahahaha

INILAH DESTINASI PERCUTIAN PALING HOT 2015

INILAH DESTINASI PERCUTIAN PALING HOT 2015. Kita dah sampai ke penghujung tahun 2015 tapi aku tahun ni nampaknya tak pergi holiday mana2 kot. takpe la maybe tahun depan la kot kalau ada rezeki lebih2. Lebih2 beli bawang.. beras.. gula.. bagai. Syiling2 tu simpan dalam tabung manatau hujung tahun cukup buat tambang pergi umrah katanya.. Insya Allah. Yelah.. Kalau ada rezeki, ye dak.


Sekarang nak pergi mana tak risau sangat la tak tahu destinasi nak di tuju atau jalan ke tempat yang nak di tuju sebab semuanya ada penyelesaian semudah hujung jari. Trend sekarang kalau nak pergi bercuti ni takde la bawa diri atau bawa pakaian jer.. Depa dah stanby gadget2 elektronik untuk memudahkan percutian mereka. Yelah.. dulu maybe kalau kita ke sesatu tempat yang tak pernah pergi kita bergantung sepenuhnya pada mape kan.. sekarang waze.. google.. Tu yang paling menjadi rujukan. Mudah & cepat. Nak2 lagi smartphone sekarang boleh di gunakan pelbagai fungsi.. Bukan sekadar buat panggilan je. So memang trend sekarang pergi bercuti mesti bawa gadget elektronik.

Betapa mudahnya sekarang kan nak pergi bercuti. Dulu rasa orang2 kaya je mampu naik kapal terbang tapi sejak ada penerbangan tambang murah ni.. Semua golongan mampu merasa nak flight dah. Bukan takat boleh pergi bercuti kat tempat hot macam ni >> Destinasi Percutian paling Hot Pilihan rakyat Malaysia << malah walaupun nama penerbangan tambang murah tapi dia punya pramugari & pramugara lebih hot dari pramugari & pramugara flight yang tambah mahal.. hehehehe

Yang mana sempat pergi bercuti dalam tahun 2015 ni gamaknya destinasi hangpa semua ada dalam senarai tempat paling hot rakyat Malaysia pilih untuk pergi bercuti ni ke tidak? kalau ramai yang ke tempat tempat tu memang hot betul la kot kan.. Hot hot jugak la kan.. Nak pergi mana, nak buat apa jangan sampai hot till jahanam sudah. yelah.. hahahaha.

Moral of the story... Dah biasa duduk tempat hot hot ni.. Rasanya kalau ada rezeki nak cari tempat cool cool sikit la. Manalah tau lepas balik bercuti, jadi putih macam salji. hahaha

PERHATIAN! PARA IBU PATUT BACA NI SEBELUM MENJELANG PAGI

PERHATIAN! PARA IBU PATUT BACA NI SEBELUM MENJELANG PAGI. Ok para para sakura sekalian.. op's para para ibu. Terpaksa jugak aku update entri malam hari supaya anda semua tak terlepas perkara ni menjelang pagi esok. Pagi2 semalam punya tu tak payah kenang lagi la. barang yang lepas jangan di kenang kecuali barang yang hilang harus di cari tapi kalau barang yang di rampas.. Sedekahkan je dengan rela hati. hehehehe


wanita bergelar ibu2 sekarang memang tahap super duber woman dah.. Bukan setakat perlu uruskan semua urusan rumahtangga malah dia juga ada urusan berkaitan kerjaya. Walau masih kaki & tangan ada dua tapi dah tak boleh buat kerja macam manusia biasa. Semua kena ada trick & tick nak cepat supaya semua perkara boleh di siapkan on time.

Bila terbaca trick & tips ni macam mana Para ibu boleh menguruskan rumahtangga & anak anak dengan cara yang luar biasa setiap pagi memang kagum jugak la dengan tips dia. Kadang2 tak terfikir pulak nak buat benda tu. Sememangnya agak kreatif yang boleh di pratikkan kepada para ibu di luar sana. Kalau korang nak tahu apa cara yang luar biasa sangat ibu ibu boleh buat untuk pastikan tak kelam kabut nak uruskan anak, sarapan & bersiap pergi kerja setiap pagi.. meh baca info yang sangat berguna di yang mungkin di luar kotak pemikiran kita selama ni >> 6 cara Luar Biasa 'SuperDuberMom' boleh uruskan anak anak setiap pagi tanpa kelam kabut <<

Tu la korang ingat senang ke jadi mak mak ni.. tak sama tau macam jadi mak mak masa main pondok2 dulu. Nak hadap realiti mak mak zaman sekarang rasanya lebih mencabar dari mak mak zaman dulu. Bukan je kudrat yang ada di kerah bekerja malah otak yang cuma 1 akal ni pun perlu di perah agar lebih kreatif menguruskan rumahtangga di zaman semua serba maju,laju & mahal ni.

Moral of the story.. Wanita sememangnya di lahirkan dengan kehebatan yang luar biasa sebaik sahaja dia menjadi seorang ibu. Tak caya.. Lepas jadi ibu hangpa semua akan percaya.

6 BOS TERBAIK DUNIA TERMASUK SEORANG DARI MALAYSIA

6 BOS TERBAIK DUNIA TERMASUK SEORANG DARI MALAYSIA. Bila kita bekerja kita harap dapat bos atau ketua yang baik & terbaik.. Bukan hanya reti jadi bos tapi tak reti nak menjalankan tanggungjawab & tugasan sebagai ketua. Ketua yang hanya tahu mengarah memang sangat2 di benci oleh pekerja.. Ketua yang berlagak pun pekerja tak suka.


Nak jadi bos yang baik tapi tak kena pijak kepala dengan pekerja bukan mudah jugak sebab kalau baik sangat kadang2 staff pulak jadi hilang respect. Yelah.. bos baik katakan. Buat macam mana pun bos sentiasa bagi peluang & sentiasa berlembut. Tapi kat Malaysia ni lebih banyak bos ambil kesempatan kat pekerja dari pekerja ambil kesempatan atas kebaikkan bos. aku ni ada pengalaman terkena dengan bos2 yang suka ambil kesempatan ni. Walaupun baik macam kawan.. Tapi tetap la dia tak jalankan amanah dia sebagai majikan dengan baik. Tipu duit pekerja..

walaupun kat Malaysia ni banyak bos yang tak baik tapi jangan risau masih ada bos yang terbaik tersenarai dalam 6 Bos terbaik dunia. Memang hebat la.. Walaupun aku tak pernah merasa kerja dia bawah syarikat dia.. Almaklum syarikat terbang2 ni den takde qualified katanya. Tapi memang terkejut sebab beliau mampu menjadi salah seorang bos yang di iktiraf sebagai bos paling terbaik di dunia. tentu korang nak tahu siapa kan? Dia adalah CEO Air Asia,Tony Fernandes. Lagi 5 Bos yang di Iktiraf terbaik di dunia korang boleh tengok kat sini   >> 6 Bos Tersenarai Sebagai Yang Terbaik Di Dunia <<

Bos2 kat Malaysia jadikan beliau satu motivasi.. Jadilah bos di sayangi semua Insya Allah next time mana tau lebih banyak bos2 kat Malaysia tersenarai untuk bos paling terbaik di dunia. Nak jadi bos yang baik sebenarnya bukan la susah cuma jalankan tanggungjawab dengan betul & amanah..baru jadi manager branch, time kerja pergi main golf.. Macam mana nak jadi bos yang terbaik. Ops!

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU. Majoriti rakyat Malaysia memang suka makan laksa tak kira dari pelusuk mana pun. Nak2 orang utara la kan.. memang terkenal dengan laksanya. tak kurang jugak melaka, sarawak & johor.. Pun ada laksa mereka sendiri. Walaupun namanya tetap laksa tapi setiap negeri tu kadang2 cara pembuatan laksa tu tak sama langsung apatah lagi rasanya. Aku dulu agak bangang sebab tak tau macam mana rupa laksa johor ni. teringin la jugak nak rasa tapi dok anggap dah lama laksa ni mungkin tak jauh beza dengan laksa utara la. Mungkin rasa tu lain sikit biasa la.. Tapi bila sampai menu yang aku order apsal mee pulak ni. Hahahaha.. Punya cempeqa la masa tu.

Laksa ni homemade. Insya Allah halal.. Aku yang masak sendiri hahaha

Tapi zaman google ni.. Orang malas je akan sentiasa bangang. Search je bersepah dia keluar. Macam2 jenis laksa ada. Tak payah nak bayang bayang dah.. seketoi seketoi dia keluar gambar. Jamu la mata sepuas puasnya sampai kenyang. Kalau dulu aku tak tahu pasal laksa johor.. ni sekali lagi aku terkejut dengan laksa hipster.. Amboi laksa pun tak ketinggalan ikut trend sekarang. Mentang2 wak doyok terkenal dengan fesyen hipster... Laksa pun orang nak hispter kan.



Tak tau apa rasa laksa hispster ni. Rasa macam hispter jugak ke. Tapi tu la kena hati hati jugak nak makan laksa ni. Laksa ni bukan makanan tradisi orang melayu je malah cina pun antara penggemar & peniaga laksa yang popular kat Malaysia ni. Kadang2 aku tengok rancangan kat tv yang berunsurkan travel atau makan makan2 ni.. Main makan je. Kita sendiri tengok orang yang jual tu macam tak confident je macam mana depa boleh selamba makan.

Walaupun pork free (bebas babi) tak semestinya halal selagi tiada pengesahan JAKIM kedai/gerai/restoran tu halal. Kat sini korang boleh tengok menu2 laksa yang halal & tak halal walau dinyatakan 'pork free' tapi tidak ada pengesahan halal >> 9 Laksa Paling Popular Seluruh Negeri Di Malaysia << Jadi senang anda membuat rujukan. Manalah tau tetiba tersinggah at least tahu la kan..

Moral of the story.. yelah, walau tak semua peniaga Islam tu apply certificated halal JAKIM at least sesama islam ni takde la meragukan sangat penggunaan ramuan tu walau halal bukan sahaja dari bahan & ramun malah faktor kebersihan juga di ambil kira
. cuma tu la kalau masakan dari restoran non-muslim ni kalau hanya 'Pork Free' ramuan lain belum tentu halal even hanya menu laksa. ye dak.

KISAH HANTU WANITA PALING SERAM & POPULAR DI DUNIA

KISAH HANTU WANITA PALING SERAM & POPULAR DI DUNIA. Lama rasanya Geng Puaka Lekat Lekit dah menjelajah ke serata dunia memburu hantu2 yang ada jadi malam ni segmen seram serik lekat lekit dapat tiket flight murah Air Asia maka mampu la travel jauh sikit mencari hantu hantu untuk di beri publisiti ke blog puaka lekat lekit ni. hantu pun dah macam retis kan.. ada kategori wanita & lelaki paling popular pulak. Yelah.. depa pun macam public figure dah sekarang sebab cerita2 depa memang mendapat sambutan. Tak caya usya je kat popular post lekat lekit tu.. Orang memang suka baca cerita seram di zaman IT ni. Tu la hakikatnya.

Sumber Google

Dalam banyak banyak hantu katanya inilah senarai hantu hantu wanita paling popular di dunia. walaupun popular ada antara hantu ni aku tak kenal atau pernah baca cerita pasal dia pun. Entah macam mana boleh kategori popular pun tak tau hahaha

Calon calon hantu paling popular adalah...

1. Hantu Mary Gentayangan
Aku tak sure hantu Mary Gentayangan ni adalah hantu Bloody mary ke tidak sebab aku google ada jugak keluar kisah bloody mary tapi bila baca kisah hantu Mary Gentayangan ni macam lain je ceritanya. Bukan apa banyak artikel indonesia so takut panggilan bloody mary ni kat sana jadi Mary Gentayangan. Hantu Mary Gentayangan ni mati pada tahun 30an lagi & menjadi lagenda seram la kat tempat dia. Katanya hantu ni sering berkeliaran Ballroom & kawasan perkuburan Willowbrook. Aku tak sure kat mana yang aku tau kat negara omputih je hahaha. Dia selalu menjelma sebagai perempuan cantik, muda,berambut perang & bermata biru. Pakaian dia standard hantu2 la warna putih cuma hantu mary ni dia pakai pakaian ke party. Tapi pakaian party dia tak tau la moden ke klasik. Kalau klasik2 gaun la kan. Dia akan tahan kereta yang lalu lalang kat situ untuk minta tumpang. Bila ada kereta sudi menumpangkan dia, dia akan minta di hantar ke kawasan perkuburan. Tapi orang yang menumpangkan dia takkan perasan tempat tu kawasan perkuburan mungkin dah di kaburi dengan sihir hantu tu kot. Bila sampai ke destinasi dia.. Hantu mary ni akan hilang macam tu saja. Nasib baik dia hilang, kalau tetiba dia tunjuk muka seram mau terus kering darah mati terkejut macam tu je.

2. Hantu Lady White Di Balete Drive
Nak tau kat mana Balete Drive korang google la sendiri. Aku nak cerita pasal hantu ni je. Biasa la hantu.. Putih jugak jadi pilihan. Memang depa tak minat fesyen2 kpop color block macam ais krim paddlepop tu. Depa suka warna warna suci jer macam kain kapan. Hantu ni dia suka pakai gaun panjang warna putih. Katanya hantu ni suka menjelma di tengah jalan Balete Drive dengan gaya rambut panjang berwarna hitam, muka yang takde wajah (muka kosong) & berlumuran darah. Ni spesis hantu yang tak main la menyamar jadi perempuan cantik bagai. Dia selesa jadi diri sendiri biarpun seram. hahahaha. Petua orang kat situ kalau nak drive jangan sorang2 & pastikan semua seat dalam kereta tu mesti ada orang duduk sebab kalau ada kosong katanya hantu Lady White ni akan duduk di seat kosong tu. Maybe dia mengamalkan konsep berkongsi kereta untuk jimat minyak. hahahaha

3. Hantu Brown Lady Di Rayngam Hall
Hantu Brown Lady ni tak berapa tipikal hantu la sebab dia pilih pakaian berwarna brown (coklat). Hantu ni seramnya terletak pada matanya yang berlubang atau terlopong. Tak tau la kenapa mata dia macam tu maybe kisah kematian dia sama macam cerita kassim selamat kot. Frust lepas tu cucuk mata dengan garfu... erkk.. jangan percaya pulak tu aku punya teori je hahahaha.

4. Hantu Sundel Bolong
Aku ingat Sundel bolong ni cuma cerita dalam filem rupanya sundel bolong ni ada dalam kisah lagenda seram Indonesia tapi di kategorikan sebagai mitos jer. Semua orang tau hantu sundel bolong ni macam mana. Badan dia berlubang kat belakang. Mati akibat di perkosa & menurut cerita mitos indonesia dia melahirkan anak dalam kubur. KatanyA sundel bolong suka menculik bayi2 yang baru lahir.

4. Hantu wewe Gombel
Wiwi Gombel ni dalam bahasa jawa tapi kalau di translate bermaksud roh jahat atau hantu. Kerja dia culik budak budak tapi dia tak buat apa2 la kat budak budak tu. Biasanya budak2 yang di culik tu tergolongan dalam golongan anak anak yang terabai dengan tujuan nak takutkan mak bapak budak2 tu supaya depa ni sedar tanggungjawab depa sebagai mak bapak. Bila depa dah insaf & sedar kesilapan depa baru wewe gombel ni pulangkan anak anak depa. Hantu ni maybe cita2 dia nak jadi kauselor atau parenting blogger kot hehehe. Wewe Gombel ni katanya roh seorang wanita yang mati bunuh diri sebab tak tahan di tuduh membunuh suami sendiri. Katanya laki hantu wewe gombel ni main kayu tiga dengan perempuan lain sebab dia tak boleh beranak. Sebab tak boleh bagi zuriat suami wewe gombel ni hilang perasaan sayang pada dia sehingga dia menjadi gila. Gombel tu adalah nama sebuah daerah di Semarang. Menurut cerita orang2 kat sana Hantu wewe gombel ni suka sangat bertenggek kat satu signboard iklan bir. katanya tempat tu memang tempat kerajaan hantu. erkk.. kerajaan hantu?? Mungkin penempatan hantu la kot. almaklum bahasa indonesia ni lain sikit. Sebab kat situ jadi penempatan hantu sebuah hotel kat bukit gombel tu terpaksa di tutup operasinya akibat muflis. Takde orang menginap la kot. Asal menginap je ada hantu mengendap. hahahaha. Depa kata hantu wewe gombel ni dia punya breast besar & macam buah betik. Hahahaha...

6. Hantu Kuntilanak
Kuntilanak ni bahasa indonesia kalau melayu panggil puntianak. Biasa la pontianak ni asal usul dia yang di momokkan sejak dari kita kecik hantu perempuan yang mati beranak. Kuntilanak ni di namakan sempena cara kematian dia. Gabungan Bunting & anak maka jadilah kuntilanak @ pontianak. apa2 je la kan.. Kat Indonesia kan ada satu bandar bernama pontianak jadi asal usul nama tempat tu katanya ada kaitan dengan pontianak jugak, Menurut cerita pengasas tempat tu di ganggu pontianak ketika dok plan nak buat Istana kat situ. Pontianak ni kategori hantu pendendam. Dia selalu menjelma sebagai perempuan cantik dengan haruman bunga kemboja. Bosan pulak nak cerita panjang2 pasal kuntilanak @ pontianak ni sebab kita sedia maklum kisah dia kan. Cuma dia juga tersenarai sebagai hantu wanita paling popular di dunia la. hahaha

Itulah hantu wanita yang paling popular. Kalau popular tu mesti hantu Malaysia tak tersenarai, pelik betul aku!! Tapi tipikal hantu perempuan ni selain baju putih, rambut mesti panjang. Takde curly, gaya tomboy ke bagai. Hantu perempuan macam wajib rambut panjang. Sapa yang rambut panjang tu pastikan rambut anda terurus & lurus jangan sampai orang tak dapat bezakan hangpa dengan hantu pulak. Selain tak nampak macam hantu banyak kelebihan orang berambut lurus ni. Nak tau apa kelebihannya meh baca kat sini >> Kelebihan wanita berambut Lurus <<

Moral of the story... hantu pun ada jantina sebab depa pun hidup berpasangan & beranak pinak jugak. Depa bukan spesis kuda laut. Cuma hantu lelaki je jarang sangat nak jumpa. Kalau ada pun spesis hodoh2 macam jembalang, hantu raya bagai la. hahahaha

SENARAI NAMA JEMAAH MALAYSIA YANG HILANG DALAM KEJADIAN KREN RUNTUH DI MAKKAH

SENARAI NAMA JEMAAH MALAYSIA YANG HILANG DALAM KEJADIAN KREN RUNTUH DI MAKKAH.  Semua orang tahu tentang kejadian Kren yang runtuh ketika jemaah haji sedang melakukan tawaf di Kaabah. Ada yang cedera & ada yang meninggal dunia & ada jugak masih hilang tidak dapat di kesan. Yelah.. dalam keadaan panik di tempat berjuta manusia tu perkara macam ni kalau berlaku bukan salah pengurusan. Jangan jadi Alvin Tan sangat la nak salahkan Allah & mempertikaikan kekuasaan & kewujudan Allah atas apa yang berlaku di Makkah. Dia kafir.. Jadi dia boleh cakap & pertikai apa saja sebab dia tak percaya dengan Allah. Dia tak tau sebab Allah bagi dia peluang lagi la dia belum di timpa malapetaka sampai sekarang. Anggaplah Alvin Tan ujian besar untuk Umat Islam.

Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan, antara 8 Jemaah yang masih hilang

Ada perkara yang lebih penting kita fokus dari layan & viralkan status Alvin Tan tu. Apa dia buat memang dengan tujuan nak meraih perhatian. Kalau hangpa terus menerus bagi dia publisiti & perhatian kat media sosial memang la dia takkan berhenti menghina agama Islam. So, apa yang boleh kita buat berhenti bagi perhatian pada dia.

Dari dok maki hamun Alvin Tan tu adalah lebih baik hanga mendoakan keselamatan pada semua jemaah haji. Doakan 8 Jemaah yang masih hilang tu di temui dengan selamat. Bagi yang ada ahli keluarga atau saudara mara yang turut menunaikan haji tahun ni boleh la semak senarai nama 8 jemaah yang masih hilang. Yelah.. walau semua waris jemaah yang hilang tu dah di maklum kan manalah tau sedara jauh bau bau bacang yang masih belum tahu maka boleh guna khidmat google untuk mencari

Berikut senarai nama Jemaah haji yang masih hilang

1) Abdul Habib Lahman (68 tahun), Sik, Kedah

2) Shahidan Saad (52 tahun), Kodiang, Kedah

3) Zainun Taha (69 tahun), Ampang, Selangor

4) Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan

5) Munah Jusoh ( 73 tahun), Cherang Ruku, Kelantan

6) Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 tahun), Tanah Merah, Kelantan

7) Abdul Muluk Ishak (71 Tahun), Pantai Remis, Perak

8) Rusiah Suar (56 Tahun), Sungkai, Perak

Pada waris yang ahli keluarga mereka tersenarai dalam 8 jemaah yang hilang ni banyakkan bersabar & berdoa. Insya Allah.. semoga Allah melindungi semua mereka yang masih hilang.

DAH TAK RARE SANGAT LETAK NAMA ANAK PANJANG PANJANG

Budak2 sekarang berapa kerat sangat mak bapak dia bagi nama satu perkataan jer.. Susah nak cari dah nama anak2 sekarang yang pendek2. Majoriti paling pendek pun 2 perkataan jugak. Tu paling pendek kalau paling panjang ikut suka hati mak bapak dia je la nak karang nama anak macam cerpen hahahaha

Bila baca senarai nama anak anak sekarang rasa semput jugak nak sebut.. Dah la panjang sebutan pulak kadang2 yang susah lidah melayu nak sebut. Kalau orang tua2 makan sireh confirm bunyi lain nak2 lagi sebut nama budak2 yang bunyi ala2 western sikit even ada maksud yang baik dalam bahasa arab sekalipun. Kadang2 aku dok baca nama anak orang kat online ni pun aku terfikir kalau jumpa kat luar betui ka aku sebut ni.. Kang salah sebut mak bapak dia terasa pulak. Paling2 gelak kat aku. hahahahaha

Tapi bila trend nama panjang2 & bunyi western ni dah ramai sangat orang buat jadi biasa pulak kita tengok. Takde special dah sebab hampir semua budak sekarang nama panjang2.. kalau sorang dua budak zaman sekarang yang nama satu perkataan contoh macam Ali ka... Shila ka.. jadi rare pulak. Tak caya korang tengok senarai nama kat bawah ni... berapa kerat yang letak nama anak dengan satu perkataan jer?? Takde langsung...


Tetiba je aku rasa aku ada rezeki yang 2nd nanti tetap aku nak kekalkan nama dengan satu perkataan macam anak aku sekarang. Aku rasa zaman sekarang nama satu patah perkataan tu lebih rare kot hahahahahah

P/S : Tak salah nak letak nama anak panjang2... ikut suka hati mak bapak dia la kan cuma sesaja je aku buat entri bila terjumpa senarai nama budak2 sekarang maybe cikgu yang upload kot. Semua panjang2... Yang terpanjang pun ada. hehehehehe


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com