PROGRAM REALITI TV BERTUKAR JADI RANCANGAN BERSAMAMU
Aku suka tengok ujibakat rancangan realiti tv nak2 lagi yang nyanyi2 sebab banyak part2 yang kelakar. Sebab yang datang ujibakat tu kadang2 depa tau depa takdak bakat menyanyi pun tapi datang semata mata nak jumpa artis pujaan jer.. Ada juga yang perasan berbakat sebenarnya berkarat.. Tu pun lawak jugak over confident lepas tu tak boleh terima kenyataan bila tak dapat.. Dan yang wajib ada merasuah cerita sedih untuk dapat simpati supaya terpilih..Part yang dok merasuah dengan cerita sedih tu yang bukan kata tak kesian tapi ada sedikit kemeluatan kat situ.. Pertandingan nyanyian bukan orang nak vote kau atas dasar kau orang susah, nak kena sara family tapi pertandingan nyanyian orang vote pada kemampuan vokal & persembahan kau. Kau nak tagih simpati pi masuk bersama mu kalau betul2 kau susah yang perlu bantuan dari pihak lain. Ni datang ujibakat bila tak terpilih mula tersedu sedan cerita kesusahan yang di hadapi.. Buat orang rasa bersalah sebab tak boleh nak tolong kau sebab kau takde kriteria yang depa nak untuk melayakkan kau mencuba nasib dalam pertandingan tu. Watdehek!
Apa2 rancangan realiti TV pun mesti ada babak2 airmata cerita keperitan hidup.. Nak jadi penyanyi sebab nak tolong keluarga susah. Ni adik kakak abang.. Berapa ramai peserta rancangan realiti TV yang tak berjaya pun dalam seni hiburan. Ada yang jadi juara lepas tu senyap.. Belum tentu jadi penyanyi tu menjamin kau hidup senang. Ikut nasib jer.. Yang suara kebabom pun kadang2 tak bernasib baik dalam bidang seni, apatah lagi setakat suara karaoke.. Jangan mengharap nasib kau macam Najwa latif sangat.. suara karaoke pun mampu berjaya. Dia suara karaoke pun dia ada kelebihan mencipta lagu sendiri yang bersesuaian dengan suara dia. Lebih bagus pi cari kelebihan dulu sebelum mencuba nasib dalam bidang seni. Setakat pandai pegang mic jer.. Jangan berangan sampai ke angkas lepas, ok!
Hope lepas ni kalau ujibakat rancangan realiti nyanyian ni takde sangat la drama2 airmata meraih simpati judges untuk dapat melayakkan diri ke peringakat seterusnya. Sebab kalau kau tak layak kau menangis berbaldi pun depa cuma pujuk kau sabar jer. Orang yang tengok dari simpati rasa nak maki. Sebab kau paksa orang terima kau sedangkan kau memang tak layak. Jadikan pengajaran pada mereka2 yang nak pergi ujibakat.. sila tak payah cuba merasuah dengan cerita sedih kalau tak dapat lebih baik kau terima hakikat.
P/S : aku ni suka tengok ujibakat jer.. tapi belum tentu ikuti persembahan depa tiap2 minggu. hahaha