PROGRAM REALITI TV BERTUKAR JADI RANCANGAN BERSAMAMU
Part yang dok merasuah dengan cerita sedih tu yang bukan kata tak kesian tapi ada sedikit kemeluatan kat situ.. Pertandingan nyanyian bukan orang nak vote kau atas dasar kau orang susah, nak kena sara family tapi pertandingan nyanyian orang vote pada kemampuan vokal & persembahan kau. Kau nak tagih simpati pi masuk bersama mu kalau betul2 kau susah yang perlu bantuan dari pihak lain. Ni datang ujibakat bila tak terpilih mula tersedu sedan cerita kesusahan yang di hadapi.. Buat orang rasa bersalah sebab tak boleh nak tolong kau sebab kau takde kriteria yang depa nak untuk melayakkan kau mencuba nasib dalam pertandingan tu. Watdehek!
Apa2 rancangan realiti TV pun mesti ada babak2 airmata cerita keperitan hidup.. Nak jadi penyanyi sebab nak tolong keluarga susah. Ni adik kakak abang.. Berapa ramai peserta rancangan realiti TV yang tak berjaya pun dalam seni hiburan. Ada yang jadi juara lepas tu senyap.. Belum tentu jadi penyanyi tu menjamin kau hidup senang. Ikut nasib jer.. Yang suara kebabom pun kadang2 tak bernasib baik dalam bidang seni, apatah lagi setakat suara karaoke.. Jangan mengharap nasib kau macam Najwa latif sangat.. suara karaoke pun mampu berjaya. Dia suara karaoke pun dia ada kelebihan mencipta lagu sendiri yang bersesuaian dengan suara dia. Lebih bagus pi cari kelebihan dulu sebelum mencuba nasib dalam bidang seni. Setakat pandai pegang mic jer.. Jangan berangan sampai ke angkas lepas, ok!
Hope lepas ni kalau ujibakat rancangan realiti nyanyian ni takde sangat la drama2 airmata meraih simpati judges untuk dapat melayakkan diri ke peringakat seterusnya. Sebab kalau kau tak layak kau menangis berbaldi pun depa cuma pujuk kau sabar jer. Orang yang tengok dari simpati rasa nak maki. Sebab kau paksa orang terima kau sedangkan kau memang tak layak. Jadikan pengajaran pada mereka2 yang nak pergi ujibakat.. sila tak payah cuba merasuah dengan cerita sedih kalau tak dapat lebih baik kau terima hakikat.
P/S : aku ni suka tengok ujibakat jer.. tapi belum tentu ikuti persembahan depa tiap2 minggu. hahaha
betul.
ReplyDeletei dont think "menceritakan kesusahan" is better way to show your talent
btul2... stuju sangat. mmg meluat tengok yang tagih guna air mata... tak perlu la macam tu...
ReplyDeletemalas nk tgk program realiti..cukup2 la dh bnyk pnyanyi kt malaysia ni..hhehhe
ReplyDeletepaling epic yang interview utk mas idayu tu lah :) hadoii. memang kita yang tengok stress dengan mamat tu
ReplyDeleteIsu ni laki aku bangkitkan.... dia kata kalau nak buat citer sedih pi masuk bersamamu.... aku pun sakit , teringin jumpa zamani, tapi takdelah meroyan gitu.... modal basi kak suria... dari dulu gitu... macam jadi retis bley tanggung hidup sampai mati...
ReplyDeleteTengok gak. Alahaiiii...nak ujibakat jadi penyanyi sambil minta simpati kot. Rasanya tak perlu lah nak citer kesusahan hidup bagai kan. Tak sesuai.
ReplyDeletesekarang ni trend terbaru ialah nak hantar mak ayah pergi haji... dia igt senang nak pegi haji, kena ada kuota, kena tunggu giliran tapi xpelah, harap2 betul betul lah mak ayah diaorg dapat g haji.
ReplyDeleteBetul cakap kak suria tu. Ramai betul yg pergi ujibakat pastu bila tak terpilih, rasuah artis dgn cerita susah dia. Kalau susah kerjalah. Bukan jadi penyanyi.
ReplyDeleteDah lama tak tengok rancangan mencari bakat ni, Suria. Dah melambak sangat sampai tak tahu nak tengok mana satu. Memang part memilih ni kita yang bukan juri pun dah pening. Kadang boleh guling-guling bawah meja makan lagi tengok keletah mereka. Bab suara tak sedap tu, kalau naik pun entahlah berapa lama boleh bertahan. Kalau perempuan, boleh juga cari laki orang kaya!
ReplyDeletesuka part ujibakat sebab lawak..tapi dah lama tak tgk tv :(
ReplyDelete