GUNA MAKANAN DALAM PERMAINAN
Pagi semalam sempat tengok rancangan Ewah - Ewah yang bertemakan permainan. Peserta adalah di kalangan artis2 Malaysia. Riuh & meriah rancangan tu sebab pengacara dia Nabil & wahid senario. Memang kecoh la..Bukan nak cerita pasal kemeriahan, kekecohan atau keriuhan rancangan tu tapi nak kopek pasal isu permainan yang menggunakan makanan. Semua orang tahu idea mencipta rancangan berunsurkan permainan & menggunakan makanan sebagai bahan permainan ni datangnya dari barat dulu. Ye ke?? Ke Jepun?? Mana2 la janji bukan bermula dari Malaysia tapi menjadi ikutan oleh negara2 lain.
Korang rasa sesuai ke main dengan makanan ni?? Bagi sang lekit la macam 1 pembaziran yang terang lagi nyata depan mata. Macam dalam rancangan ewah2 semalam.. pertandingan buat sandwich siapa lebih tinggi dengan pecahkan telur guna sebelah tangan tanpa telur kuning tu pecah dalam mangkuk. Lepas rancangan tu agaknya dorang makan tak sandwich yang comot dorang buat tadi. Rasanya tak makan kot.. Atau telur yang dorang pecahkan berpuluh2 biji tu dorang goreng buat telur dadar tak untuk makan tengahari. Dah tentu tak mungkin, kan??
Jadi di mana destinasi makanan2 tu selepas rancangan tu?? Kalau dah makan tidak, nak framekan buat kenang kenangan pun tak boleh dah sah2 la tong sampah juga yang telan semua benda tu. Kan Membazir? Kat somalia sana orang mati kebuluran tak makan, kita kat sini sampai buat main je benda makan. Menangis orang somalia tengok tau!
Jadi relevankah rancangan yang berunsurkan permainan menggunakan bahan makanan. Lain la pertandingan makan. Dah tentu masuk melalui mulut terus ke perut.
Carian google