Showing posts with label cikgu. Show all posts

MURID OKU DI TONYOH MAKANAN OLEH CIKGU SEBAB LAMBAT MAKAN

MURID OKU DI TONYOH MAKANAN OLEH CIKGU SEBAB LAMBAT MAKAN. Cikgu kalau mengajar sekadar nak dapat gaji setiap bulan memang boleh nampak keikhlasan mengajar depa tu dari perbuatan depa terhadap anak murid. Bukan aku tuduh semua cikgu tak ikhlas mengajar kerana Allah tapi kita memang tak boleh nafikan sekarang ni ramai yang pilih profesion sebagai guru sekadar nak ada kerja & gaji yang boleh menampung kos hidup mereka je. Tu yang kadang2 tak boleh kawal emosi bila terbeban dengan banyak kerja.Yelah la sebelum ni dia bayang kerja dia dari pukul 7.30 sampai 2 petang jer.. Bila cuti sekolah dia boleh holiday tapi bila jadi cikgu yang berlaku sebaliknya. Mungkin benda tu memberi sedikit tekanan & menyebabkan anak murid jadi mangsa. Tapi bukan semua cikgu yer.. segelintir sahaja.

Gambar Sekadar Hiasan. Carian Google

Jadi cikgu ni aku sendiri nampak memang kerja & tanggungjawab depa sangat berat nak2 lagi yang ajar budak2 kecik 4,5 & 6 tahun kat tadika. Bukan setakat mengajar malah kena mengasuh jugak. Almaklum la.. budak2 umur macam tu ada yang tak mampu urus diri sepenuhnya lagi. Apatah lagi kalau anak murid tu tergolong dalam golongan kanak kanak keperluan khas (OKU) tak kira la delay development ke, autisme ke, disleksia ke,sindrom down ke hapa... Kalau yang kita boleh nampak jelas kekurangan dia macam sindrom down ni senang. Tapi kalau autisme serius.. nak2 lagi yang mild autisme. Pandangan mata kasar memang tak mampu nak detect mereka adalah autisme. Tapi boleh kesan.. bila tengok cara mereka bermain, bergaul & belajar. Macam anak aku pulak.. masalah dia speech delay & Low attention. Tu masalah dia paling ketara. Bergaul & bermain setakat ni takde masalah. Malah aku dok ajar kat rumah dia boleh ikut cuma tu la attention suka hilang. Dia buat latihan sekejab.. kejab lagi tetiba dia buat benda lain. Lepas tu sambung buat balik. Cikgu pun kata tang social tu dia memang ok je. Kalau tengok dari pandangan mata kasar.. macam budak2 normal jugak sebab dia tak ada hyperactive atau ADHD.

Hari2 sebelum pergi sekolah, di sekolahkan mak dia dulu kat rumah. Setakat ni dia boleh la buat latihan menulis sambung titik2 tu. Bahan belajar dia aku google & print out je. Sebab dia pun memang dah kenal huruf & number jadi kena buat latihan menulis pulak la. Sebelum ni asyik menconteng je. Lepas bagi Jus Caliph ada la progress yang membanggakan. Senang sikit nak suruh belajar. Dari menconteng dah mula nak menulis. Ok la tu kan..  Kat sekolah pun aku tengok memang cikgu dok bagi latihan tu sekarang. Apa ingat aku dok meronggeng kat blog je ke?Tu sebab sekarang ni tak sempat sangat nak beramah mesra kat blog orang.

Cikgu anak aku yang sekarang ni pun tak faham sangat tentang masalah anak aku. Kalau cerita pasal autisme dia tak tahu apa2 apatah lagi aku nak explain kat dia pasal sensory problem yang anak aku hadapi sekarang. Cikgu sebelum ni.. (cikgu ganti) Alhamdulillah dia memang faham sebab dulu dia ambil course perkembangan awal kanak kanak.. so, senang saya aku nak follow up perkembangan anak aku kat sekolah. Tapi cikgu sekarang 2 hari masuk mengajar dah merungut pasal anak aku yang memang ada masalah attention ni. Aku cakap kat dia.. Doktor yang suruh aku hantar ke tadika biasa.. Memang 3 bulan pertama masalah attention tu mungkin ada. Sebelum aku hantar aku dah mention kat cikgu sebelum ni. Dia kata tak ada masalah. Depa akan bantu dia dalam pengurusan diri nanti. Aku bagitau kat rumah aku ada buat homeschooling so jangan risau. Malah kerja2 yang dia buat kat rumah haritu aku hantar kat cikgu manalah tau kot2 penyelia dia nak tengok. Yelah kat sekolah cikgu tak reti nak tarik perhatian dia untuk buat aktiviti Sebab dia ada cakap.. risau takut pemantau dia datang tengok keadaan anak aku yang kurang fokus masa belajar. Kertas kerja yang aku bagi anak aku buat kat rumah tengok dia ambil jugak. Anak aku bukan hyperactive lari sana sini atau kacau kawan pun. Cuma dia jenis belajar tapi tak duduk statik. Suka berubah tempat.


Cikgu merungut pun hati seorang ibu ni rasa sedih & bersalah sangat.. Inikan cikgu tonyoh makanan yang dia sedang makan dengan alasan nak disiplinkan diri. Gamaknya cikgu tu kat rumah dia mendisiplinkan anak2 dia cara macam tu kot. Lambat makan kena tonyoh muka dengan makanan. Dah tau budak tu budak keperluan khas (OKU) ada autisme.. Tetap kau nak trick dia macam budak normal memang bukan makin elok tapi bakal merosakkan lagi pemikiran dia. Ni cerita bukan pasal anak aku tau. Setakat ni cikgu anak aku takde la buat bukan bukan. Ni kisah aku baca dari blog OhBulan tentang luahan hati seorang ibu yang kecewa dengan tindakkan cikgu yang bagi dia agak melampau sebab anak dia seorang Autisme.


Cikgu tu katanya tak mengaku dia buat macam tu masa di panggil bersemuka selepas mak bapak budak tu buat komplen pada pihak sekolah tapi banyak saksi di kalangan pelajar kat situ nampak cikgu buat macam tu kepada budak autisme ni. Tau pulak takut yer..Kes tu dah jadi kes polis bila keluarga kanak kanak tersebut membuat laporan polis. Bukan kata cikgu tak boleh cuit langsung anak murid.. tapi agak agak la. Budak tu special kids kot..  Anak aku pun aku pesan kat cikgu kalau nak bagi dia dengar cakap, marah sikit pun takpe. Marah sikit la.. kalau sampai maki hamun, tunggu mak dia masuk mengadap la.Sebab cara tu salah satu cara aku mendisiplinkan anak aku jugak. Sebab tu dia lebih dengar cakap aku dari bapak dia sebab aku lagi garang. hahahaha.

Mendidik dengan mendera jauh beza yer cikgu cikgu. Kalau dah macam tu kau trick budak OKU bukan mendidik tapi memang minta kena herdik. Takde alasan yang boleh membetulkan perbuatan macam tu tak kita kau buat kat murid normal sekalipun. Memang cara didikan macam tu nampak biadap & kejam sangat. Kalau kau nak tonyoh muka anak kau.. tu kau punya pasal tapi kalau kau tonyoh muka anak orang macam tu memang kau cari pasal.

Kalau nak tenyeh sangat muka.. Sila tenyeh muka murid yang tengah cikgu mengajar depa dok selfie dengan muka macam ni >> Asal Usul Selfie & duckface << Tonyoh sampai muncung terpenyet pun takpe. Lagi boleh dok muncung lagi tu tak kira masa depa dok selfie. Hahahaha

Moral of the story.. Rasanya kementerian pendidikan kena bagi kursus kat semua guru2 tak kira bukan guru pendidikan khas kesedaran tentang autisme. Sekurang kurangnya cikgu tahu apa itu autisme sebab sekarang ni banyak murid yang ada autisme belajar di aliran perdana. Sebab autisme ni ada banyak level.. ada yang high functioning memang boleh belajar di aliran perdana & orang pun mungkin kurang perasan yang dia ada autisme cuma ada la certain perangai autisme tu still ada. Dah banyak golongan autisme yang berjaya & pegang jawatan dalam bidang profesional macam doktor. Sebab aku pernah baca seorang student ni nak buat thesis ke hapa pasal autisme. Kebetulan masa tu dia kena jaga mak ke bapak dia kat wad.. sambil jaga sambil siapkan assignment.. tetiba datang seorang doktor tanya dia tengah buat thesis pasal autisme ke? Lepas tu doktor tu cakap dia pun salah seorang autisme jugak dulu. See... kalau anak kita di dignose sebagai autisme jangan putus asa tapi terus usaha. Anak anak autisme masih ada masa depan yang cerah. Autisme bukan malapetaka tapi sebenarnya anugerah paling istimewa sebab kebanyakkan mereka ada kebolehan yang mungkin lebih hebat dari anak anak normal.

CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU!

CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU!. Pejam celik dah sebulan anak aku ke sekolah tabika ... Alhamdulillah aku sentiasa pantau perkembangan dia kat sekolah. Cikgu cakap ok je. Dia boleh bergaul cuma masalah biasa dia cuma attention. Tu aku sedia maklum memang anak aku ada masalah. Anak aku ni.. Perkembangan dia delay. Dia ada SI problem yang memerlukan terapi untuk pulihkan. Therapist dia pun selalu mention, Insya Allah masalah SI ni boleh hilang cuma perlukan terapi. Aku just cuba yang terbaik je.. Selebihnya aku redha dengan anugerah Allah paling aku sayang ni. Sebolehnya aku tak nak bebankan anak aku di luar kemampuan dia.


Selepas sebulan kesekolah.. hari kedua di bulan kedua persekolah tetiba balik muka dia ada kesan luka. Muka bapak dia pun jadi muka orang terluka sangat. Almaklum la.. anak kesayangan. Dah tu.. itulah satu satunya anak dia setakat ni. Sebab bapak dia yang collect dia dari sekolah semalam.. (memang rutin pun bapak dia hantar & ambil dari sekolah kecuali ada hal aku la take over tugas tu). Kata bapak dia cikgu cakap dia garu tapi serius kesan luka tu memang bukan kesan garu. Lagipun selama 4 tahun aku jaga sendiri anak aku tak pernah pulak lala garu muka dia sampai luka macam tu. Kuku pun aku sentiasa potong pendek. Kesan dia macam tercucuk sesuatu. Bertitik2 macam tu kesan luka dia. Muka pun comot sikit.. sebab aku tau anak aku menangis. Yelah.. aku yang jaga dia selama 4 tahun 100%. Aku tahu macam mana kesan anak aku lepas menangis.

Aku syak cikgu tak bagitau perkara sebenar apa yang berlaku kat anak aku. Memang alasan.. "dia garu kot.. " tu mencurigakan sangat. Aku bukan nak salahkan cikgu tapi aku risau bila cikgu cuba sembunyikan sesuatu yang berlaku pada anak aku macam ni, aku rasa anak aku tak secure kat sekolah. Kalau dia jatuh ke, kawan yang buat ke atau apa2 je.. Just bagi tahu benda yang betul. Bila dia bagi alasan yang tak logik.. serius aku rasa tak puas hati sangat. Aku dah mention awal2 anak aku macam mana.. Dorang yang cakap takde masalah nak terima anak aku sekolah kat situ. Aku tak paksa pun. Tapi dorang yang bagi jaminan Insya Allah dorang akan bantu anak aku.

Ni kesan luka dah kering sikit aku snap pagi tadi. Memang tak nampak langsung macam bekas dia garu. Dekat sangat dengan mata..

Cikgu.. aku cuma harap jangan menipu. Aku takut bila cikgu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku benda ni akan mudaratkan anak aku nanti. Kalau dia tak sesuai sekolah kat situ, at least aku tahu & boleh fikirkan cara lain untuk sekolahkan anak aku. Jangan bila tanya semua ok.. tapi sebenarnya tak ok. Sekarang suami aku pun dah tak confident nak hantar ke sekolah.. cuma aku cakap takpe. Just tahun ni. Ikut suami aku dia tak bagi dah anak aku sekolah kat situ bukan sebab anak aku tak boleh calar sikit tapi sebab anak aku tak boleh berkomunikasi lagi. Dia speech delay. Dia macam budak baru belajar cakap je sekarang. Tak pandai cerita sangat so benda ni paling merisaukan kami bila berlaku perkara2 macam ni.

Moral of the story.. Pengajaran buat cikgu cikgu tadika benda macam ni bukan perkara remeh untuk di selindungkan bagi sesetengah mak bapak macam kami ni. Kami bukan nak salahkan cikgu. Kami tahu cikgu cuma mengajar bukan mengasuh tapi lumrah budak tadika yang baru kenal persekolahan memang tugas cikgu agak berat sebab kena pantau supaya tak berlaku kemalangan2 yang boleh mengakibatkan kecederaan. Yelah.. kita manusia kadang2 terlepas pandang tapi harap jujur dengan mak bapak pelajar tu apa yang berlaku. Menipu bukan penyelesaian tapi permulaan sebuah masalah yang mungkin jadi lebih besar. Aku taknak perkara macam ni di biarkan nanti sampai satu masa bagi kemudaratan pada anak aku. Tu benda paling aku risau. Serius.. aku tak salahkan cikgu cuma aku terkilan sebab aku rasa cikgu tak bagi tahu benda yang betul apa yang berlaku kat anak aku.

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA. Jadi cikgu sekolah kebangsaan, cikgu sekolah menengah atau pensyarah di universiti aku rasa cabaran dia tak sebesar jadi cikgu tadika ni walau cikgu tadika ni gaji pun tak seberapa sangat. Tapi aku tak cakap la jadi cikgu ni kerja dia senang. Jadi cikgu apapun zaman sekarang memang mencabar. Cuma aku rasa cabaran tu tak sama berbanding cabaran jadi cikgu tadika ni. Sejak 3 hari anak aku di tadika.. Memang aku nampak cabaran jadi cikgu tadika ni hanya orang2 tertentu je mampu galas tanggungjawab dengan gaji tak seberapa tu. erkk.. aku pun sebenarnya tak pasti gaji cikgu tadika tu berapa yang aku agak mungkin lebih rendah dari cikgu sekolah kebangsaan la.


Bayangkan la.. hari ketiga persekolahan pun still ramai yang datang sekolah menangis,mengamuk tak nak masuk sekolah terpaksa cikgu dukung budak yang meronta2, pujuk.. Bukan sorang dua.. malah ber orang2 macam tu. Mujur anak aku takde la tahap macam tu. Nak masuk tu je kena pujuk dah masuk kelas.. tengok ramai kawan & banyak mainan dia dah ok sampai la pukul 4.30 kejab lagi tengok muka mak bapak dia terus Uwaaa... macam setahun kena tinggal. Rindu gamaknya. Tak pernah kena tinggal sepanjang hidup dia. Tapi sekejab je macam meluahkan perasaan. Nak cakap tak berapa pandai.. dia luahkan cara macam tu la.

Tapi sepanjang sesi persekolahan setakat ni cikgu cakap memang dia tak ada masalah menangis ke, merengek ke,kacau kawan2 ke cuma anak aku dia ada masalah fokus dengan attention je. So, dia memang jenis tak boleh duduk statik lama2 satu tempat dengan masalah makan. Tapi anak aku memang tak ada masalah hyperactive tau. Dia cuma ada masalah attention je. Dia tak hyper. Walaupun dia suka bergerak tapi takde la sampai tak duduk diam langsung. So cikgu dia pun rasa tak susah nak handle dia selain masalah nak pujuk dia makan je. Almaklum budak2 ni makan nak yang sedap kat mulut depa je macam budak2 ni >> Terkejut Ibu bapa bila lihat melalui video apa yang anak mereka makan <<

aku dah inform kat cikgu awal awal. 3 bulan pertama pun therapist dia dah bagitau kat aku memang masalah attention tu ada. Tapi Alhamdulillah.. cikgu dia sentiasa positif & sudi membantu kekurangan anak aku tu. Aku risau cikgu tak dapat handle tapi cikgu pulak bagi semangat kat aku jangan risau.. Insya Allah nanti ok katanya. Sekarang dia baru nak sesuaikan diri dengan suasana sekolah.

Nak jadi cikgu tadika, nak hadap budak yang mungkin pertama kali melangkah ke alam persekolahan atau pertama kali berpisah dengan mak bapak macam anak aku yang 1 jam pun tak pernah berjauhan dengan aku selama ni bukan mudah. Cuma mungkin anak aku dia excited ramai kawan je so dia boleh serasi dengan cepat. Aku tengok gelagat budak2 tadika datang sekolah pun aku rasa aku tak mampu nak jadi cikgu tadika. Tu yang mengamuk tak nak masuk kelas.. ada yang melasak tak ingat dunia sampai nak pecah anak tekak cikgu jerit pun satu hal jugak. mau kena sedut inhaler gamaknya kalau aku jadi cikgu tadika. hahaha.

Nak jadi cikgu tadika.. Tahap kesabaran & keikhlasan memang kena tinggi. Kalau jenis jadi cikgu tadika sekadar untuk dapat gaji aku rasa memang tak mampu bertahan. Baik la fikir dulu sebelum pilih kerjaya sebagai cikgu tadika ni. Bukan semua orang mampu pikul tanggungjawab. Jadi cikgu tadika ni bukan je sebagai seorang cikgu malah cikgu tadika ni ambil tanggungjawab macam pengasuh budak jugak la. kalau rasa tak tahan dengan kerenah budak2 Baik tak payah. Kang anak murid menangis.. dengan cikgu2 sekali ikut menangis. hahahaha Budak 5 & 6 tahun la katakan..

Moral of the story.. Cikgu pertama kebanyakkan dari kita semua adalah cikgu tadika bagi yang pergi tadika la tapi cikgu pertama ni kadang2 jarang kita raikan sedangkan merekalah orang pertama yang memperkenalkan kita dengan alam persekolahan. Yang paling sabar mendidik kita sebelum tanggungjawab tu di ambil alih cikgu di sekolah rendah. Alhamdulillah aku masih ingat nama cikgu tadika aku dulu.. Cikgu Rohana yang sangat baik.

KISAH KAD RAYA PERTAMA YANG BUAT AKU TERHARU

Aku budak kampung.. Lahir & membesar kat kampung. Bersekolah pun di kawasan perkampungan jugak even sekolah aku takde la daif sangat. Alhamdulillah kalau zaman aku sekolah tu kira ok la sekolah aku tu berbanding sekolah asben aku even kat KL pun sekolah papan katanya...

Sumber google sekadar hiasan

Kisah kad raya pertama aku dapat ni.. Ya Allah kalau aku ingat balik rasa nak nangis bawah bantal. Punyalah teruja masa tu dapat kad raya sampai kusam kat tu aku usung merata2 even nak pi main dengan kengkawan kat kampung pun aku usung jugak. Baca berkali2 tulisan dalam kad raya tu seolah2 baca novel panjang yang tak abis episodnya. Yelah... nama pun barang pertama kali dapat, dia punya excited mengalahkan kera dapat bunga.

Kad Raya pertama aku dapat masa umur 8 tahun darjah 2 di sekolah kebangsaan permatang Tok dik yang di beri oleh cikgu kelas aku waktu tu, Cikgu yang bagi aku kad raya tu bagi aku sangat baik, sangat penyayang Cikgu Fauzilah. Dia bukan bagi kat aku sorang tapi kat semua murid dalam kelas aku tu. Tak sangka dah berpuluh tahun terputus khabar dengan cikgu aku tu tetiba terjumpa balik kat FB.

Ni la cikgu Fauzilah.. Ni aku rasa gambar lama sebab wajah ni aku masih ingat masa mengajar aku dulu. Sekarang dah berubah sikit mungkin faktor usia tapi cikgu tetap cantik sebab cikgu sangat baik

Terima kasih cikgu... waktu usia macam tu kat sekolah cikgu umpama ibu kepada saya. Zaman tu cikgu banyak garang2.. Tapi cikgu Fauzilah ni tak garang tapi penyayang buat kita rasa seronok dalam kelas dia. Dia pernah ajar kami buat sketsa pentas untuk hari penyampaian hadiah.. Time tu aku pun berlakon jugak. Tak sangka ramadan kali ni menemukan kita semula. Semoga cikgu kami sentiasa di lindungi Allah, di limpah rezeki & kebahagian & di balas semua kebaikkannya dengan setimpal jasanya pada kami. Insya Allah, kasih sayang kami kekal di hati untuk cikgu yang baik, Cikgu Fauzilah.

P/S : Keistimewaan seorang guru dia kekal menjadi guru kepada seorang murid walau anak muridnya tu waktu tu lebih berjaya dari dia tetap dia akan di panggil CIKGU sampai akhir hayatnya. Berbanggalah jika anda seorang guru sebab Gurulah yang menghasilkan ramai insan berjaya di dunia ni.

Salam aidilfitri buat semua kawan2 saya & juga pembaca blog saya. Andai selama ni penulisan & kata2 saya menguris hati kamu, saya pohon kemaafan.. Selamat hari raya.


BUDAK DARJAH 2 DAN 4 TENGOK PORNO DI KOMPUTER SEKOLAH DAN ROMEN BUDAK 7 TAHUN

Macam mana la sekolah tu tak menyekat laman pornografi dari boleh di akses melalui komputer di sekolah?? Apakah pihak sekolah rasa budak sekecil tu tak pandai tengok pornografi melalui internet. Aduhai cikgu cikgi.. Zaman serba maju & laju ni dah takde apa yang mustahil kot.

Pagi2 lagi dah terbaca kat blog Sozcyili pasal budak lelaki dua beradik sorang darjah 4 & sorang lagi darjah 2 tengok filem lucah kat komputer sekolah. Mungkin teransang & nak cuba buat apa yang depa tengok tu maka depa pun ajak la sorang member budak pompuan umur 7 tahun datang rumah depa kononnya nak tolong buat kerja sekolah. Alih2.. depa kerjakan budak kecik tu.

Gambar takde kena mengena dengan cerita. sekadar hiasan. -sumber google-

Bayangkan baru besar tu dah pandai tengok porno & romen anak orang... Kalau besar sikit lagi entah apa dia buat. Makin mantap la kot skill nak rogol anak orang. Yang paling aku rasa tak boleh terima.. macam mana komputer sekolah boleh akses laman web lucah ni?? Macam mana pihak sekolah tak terfikir nak block semua laman web lucah di komputer sekolah?? Macam mana dorang boleh terlupa benda2 macam ni??

Yelah.. orang kata lagi tak terhantuk selagi tu tak rasa sakit. Ni dah jadi moga semua sekolah kat Malaysia ni tak kira sekolah tadika sekalipun kalau ada computer & akses internet tu sila la block laman2 web yang tak sepatutnya di tonton di sekolah. Jangan fikir budak kecik tak reti.. ni bukan budak kecik zaman 90an kebawah.. ni budak2 zaman 2000an keatas, hokay!

Apapun semoga anak2 kita di jauhkan dari terjebak dengan gejala2 negatif macam ni.. Amin

Sumber berita dari Sozcyili

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

MELAMPAU! CIKGU TASKA LAYAN BUDAK MACAM SAMSENG

Dua tiga hari ni dok baca status kawan den yang dok cerita perihal cikgu taska anak dia. Anak dia yang sorang tu dah besar & pandai cakap so apa2 yang jadi kat taska dia balik la cerita kat mak dia. Sebagai seorang mak ni even dengar cerita pasal anak orang lain memang marah jugak. Bayangkan mak budak tu yang dengar sendiri dari mulut anak dia pasal kekurang ajaran cikgu taska tu??

Nak tau cerita dia jom kita baca sama2 kisah yang den dah printscreen dari wall status kawan den ni.. Kalau sakit hati den tak tanggung hokay


 Lokasi taska ni dekat area saujana impian kajang. nama taska tak dapat nak mention sebab tak dapat keizinan dari tuan empunya status.

Apamacam sakit hati tak baca. Sebab pengasuh2 taska macam ni la banyak kes baby mati tersedak susu. Paling best boleh cekak baju budak & ugut/marah sebab budak tu ngadu kat mak dia. Kalau kau rasa heroin sangat pun bukan dengan budak. Kau try pergi buat kat mak dia macam tu tengok. Kalau kau tak telan gigi bermakna nasib kau memang baik la.

Dah la tiap2 bulan bayar mahal.. Alih2 layan anak2 kita macam tu. Korang tak sakit hati ke? Soal sakit hati tu soal tak berapa besar tapi soal keselamatan anak2 yang dalam jagaan taska sepanjang mak bapak dorang kerja tu yang paling penting. Kalaupun tak cedera fizikal.. kecedearaan emosi pun jangan pandang remeh. Boleh menganggung pembesaran anak jugak tu.

Pengusaha2 & cikgu2 mahupun pengasuh2 kat taska ni korang ni hati iblis ke hati apa?? Mentang2 yang kau jaga tu anak orang boleh buat suka hati la.. Anak orang tetap manusia bukan anak patung, hokay!! Kalau dah rasa tak mampu pikul tanggungjawab better cari kerja lain. Kalau kau rasa kau brutal sangat kau pergi la jadi buruh kasar kat tapak pembinaan tu. Sesuai la dengan kau yang tak reti nak bezakan anak orang dengan dinding batu yang boleh suka2 hati kau nak buat apapun. Tak pun kau pergi la jadi security.. sesuai sangat dalam keadaan sekarang yang banyak kes jenayah, rompakkan. Kau kuat sangat kau pergi la lawan dengan penjenayah.

Orang tinggalkan kau amanah untuk kau jaga & pastikan dorang selamat & terlindung dari sebarang ancaman & bahaya tapi kalau kau dah jadi satu ancaman & bahaya pada anak2 orang macam mana?? Ingat.. Kau kerja bukan di bayar dengan peluh ketiak je tau!! Gaji kau tiap2 bulan tu jangan sampai jadi tak berkat sebab kau tak tunaikan amanah & tanggungjawab yang orang bayar kat kau. Jadi ingat yer cikgu2 taska.. Jangan ingat benda tu kecik kau boleh pejam mata. Sekali kena menangis seumur hidup. ada faham??


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

SAMPAI PENGSAN TENGOK CIKGU HENSEM

Entri ni bersempena hari guru haritu. Terlupa pulak nak wish selamat hari guru buat semua guru2 & bekas guru2 daku tak kira yang sayang cheq atau yang menyampah dengan cheq mahupun cheq pernah menyampah. Menyampah tak bermakna benci yer cikgu.. Marah2 sayang jer. Terima kasih sebab kerana cikgu cheq mampu tulis blog hari ni.

Berbalik pada kisah kenangan daku masa sekolah dulu.. Kenangan tengok cikgu ensem sampai pengsan Uolls.. Dahsyat tak?? Terimbau memori ni sebab ada kawan den upload pic dengan cikgu sipolan tu kat FB.

Alkisahnya.. hari pertama masuk tingkatan dua kalau tak silap. Wajib la hari pertama sekolah ada perhimpunan. Biasa la perhimpunan akan abis time matahari dah memacak even matahari pagi lagi tapi tetap panas Uolls. Nak di jadikan cerita.. hari pertama tu ada sorang cikgu baru masuk mengajar kat sekolah sang lekit. Masa perhimpunan harus daku yang didepan dalam barisan. Yelah.. tak cukup inci nak nyorok belakang. Tu pun mula2 taknak baris kat depan.. tapi cikgu paksa.

Hari tu daku pun sebenarnya masih demam. Tapi dalam demam tengok muka cikgu baru ensem terus terpana gitu. Daku ni asyik la usya dia sebab muka dia ada iras2 pelakon/penyanyi shajiry. Manalah tau kot2 retis jadi cikgu datang ngajar lak kat sekolah daku kan?? Harus usya betul2.. cari perbezaan dari persamaan yang ada sebab taknak jadi silap mata. kekekeke...

seperti biasa.. Sampai di hujung2 perhimpunan harus la nyanyi lagu negeri kedah sebagai penutup kan. Kalau sapa2 yang bersekolah kat negeri kedah depa tau la lagu negeri kedah ni dia punya mendayu2 boleh buat orang lena kat tapak perhimpunan. Sambil gerak bibir dalam nada tak bunyi nyanyi lagu negeri kedah tu.. amik kesempatan usya cikgu ensem. Makin lama pandang.. makin blur.. permandangan jadi macam air mengalir tu. Gosok mata pun still kabur.. Tup.. tup.. padam. Sedar2 dalam bilik kesihatan sekolah dah. Oh.. malunya daku pengsan rupanya. Sampai pengsan la aku usya cikgu ensem.

Bila lama2 cikgu ensem tu ngajar kat sekolah den.. dah tak angau sangat la dengan dia sebab dia selalu kantoikan daku dalam beberapa aktiviti nakal kat sekolah.. salah satu kalau sang lekit lewat sampai sekolah. Selalunya den & kawan den akan letak beg kat pondok rehat.. tak nampak sangat datang lewat. Kalau masuk kelas cikgu tanya.. alasan jumpa cikgu kauseling ker.. cikgu memana ker. Tapi cikgu ensem tu dia macam tau jer trick tu. Kena satu hari dia kena ganti cikgu yang tak datang mengajar dalam kelas den.. sekali daku masuk dia tanya kenapa lewat masuk kelas. Alasan standard la bagi.. kemudian terus dia suruh pergi ambil beg kat pondok rehat. Katanya trick tu dia dah tau.. Yang lain2 kantoi malu lak den nak cerita. Den ni kan nakal sikit. Nakal je ok!

Cikgu ensem ni memang di gilai student perempuan.. Nak2 lagi time tu cikgu ensem baru je umur 24 tahun mengajar kat sekolah menengah di mana budak2 baru melangkah ke alam rumaja. Feel merenyam & gatal2 mula nak bercambah, kan?? harus cikgu ensem memang jadi perhatian. boleh tengok kalau dia mengajar dalam satu kelas tu.. bila sesi free time ramai je student perempuan bertenggek kat meja guru depan kelas. Tapi dia ni lazer sikit tau. Den dulu macam tak puas hati juga.. selalu call2 cikgu ensem kutuk2 dia tapi tak bagitau siapa.. tapi bila dia teka2 tu memang betul cuma tak ngaku. Akibat den suka call dia dok lawan berpidato dalam telefon.. kalau kat sekolah serempak dengan dia mesti elak. Time tu dah tak teruja sangat dengan kehemseman dia cuma suka menyakat cikgu ensem dalam telefon jer. Nak2 cikgu ensem rajin melayan. Tak mengelak dari bercakap tiap kali  call pulak tu tapi kat sekolah memang dua2 susah nak bertegur sapa. Cikgu mahupun murid... Yelah.. mana sempat nak tegur.. cikgu sepelaung kat depan.. den kat sini dah U turn. hahahahaha

Biarpun cikgu ensem ni bukan salah sorang yang mengajar kelas den pernah sekali dua je ganti cikgu yang tak datang.. dia pernah paksa sang lekit masuk persatuan yang dia handle. Apatah persatuan dia.. sebab daku memang tak aktif berpersatuan masa sekolah menengah. Sebab setiap pelajar kena ada juga 1 persatuan dia join.. dia paksa & dengan terpaksa masuk la persatuan dia tu walau tak aktif.

Itulah kisah den & cikgu ensem bernama cikgu Jasri. Kalau la cikgu Jasri baca.. nak minta maaf atas kenakalan kita dulu suka call cikgu lawan mengutuk walau cikgu pun sama2 taknak kalah turut mengutuk sesama sendiri tapi saya tau cikgu tak pernah ambil serius & anggap benda ni serius. Buktinya cikgu tak pernah lapor pun pada pihak sekolah. Mungkin tak sampai tahap menganggu kot. Sekadar bergurau je kan?? Kalau berkesempatan jumpa cikgu Jasri even dalam FB je pun.. memang nak minta maaf & buat pengakuan bahawa den la orang yang suka call cikgu tapi tak pernah mengaku tu. Bukan salmah yer cikgu.. hahahaha. Salmah salah sorang student yang selalu cikgu Jasri sebut bila nak teka sapa yang dok call dia sambil dok luah perasaan tak puas hati tu. Kita tau cikgu dah dapat teka cuma tak pasti sebab cikgu ada jugak sebut nama kita. Disini kita dah ngaku yer cikgu

walaupun gambar cikgu Jasri blur sikit tapi masih nampak iras2 shajiry kan?? Gambar cikgu jasri ni culik kat FB kawan sekolah jer. Den takde stok gambar dia walau sekeping pun. hahahaha

Bila ingat zaman nakal2 masa sekolah dulu kadang malu sendiri jugak. Tindakkan kita buat memang tak matang sangat - sangat tapi masa tu dah rasa cukup besar nak buat keputusan sendiri. Bila ada yang menghalang mula la nak memberontak & rasa orang tak faham kita padahal kita yang belum faham tentang hidup masa tu. Bila dah masuk zon bangkalusia ni.. bila teringat balik rasa kelakar ada.. bodoh pun ada.

Apapun terima kasih cikgu. Dari cikgu Tadika Kemas Permatang Durian(Cikgu Rohana), cikgu sekolah rendah, sekolah menengah.. lecturer kat kolej.. cikgu basic computer.. Ilmu yang cikgu2 semua bagi takde satu pun yang sia sia. Terima kasih ku kepada mu cikgu.. (baca dalam nada lagu Upin Ipin nyanyi tu yer..)



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com