KISAH KAD RAYA PERTAMA YANG BUAT AKU TERHARU

7/24/2014 12:36:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Aku budak kampung.. Lahir & membesar kat kampung. Bersekolah pun di kawasan perkampungan jugak even sekolah aku takde la daif sangat. Alhamdulillah kalau zaman aku sekolah tu kira ok la sekolah aku tu berbanding sekolah asben aku even kat KL pun sekolah papan katanya...

Sumber google sekadar hiasan

Kisah kad raya pertama aku dapat ni.. Ya Allah kalau aku ingat balik rasa nak nangis bawah bantal. Punyalah teruja masa tu dapat kad raya sampai kusam kat tu aku usung merata2 even nak pi main dengan kengkawan kat kampung pun aku usung jugak. Baca berkali2 tulisan dalam kad raya tu seolah2 baca novel panjang yang tak abis episodnya. Yelah... nama pun barang pertama kali dapat, dia punya excited mengalahkan kera dapat bunga.

Kad Raya pertama aku dapat masa umur 8 tahun darjah 2 di sekolah kebangsaan permatang Tok dik yang di beri oleh cikgu kelas aku waktu tu, Cikgu yang bagi aku kad raya tu bagi aku sangat baik, sangat penyayang Cikgu Fauzilah. Dia bukan bagi kat aku sorang tapi kat semua murid dalam kelas aku tu. Tak sangka dah berpuluh tahun terputus khabar dengan cikgu aku tu tetiba terjumpa balik kat FB.

Ni la cikgu Fauzilah.. Ni aku rasa gambar lama sebab wajah ni aku masih ingat masa mengajar aku dulu. Sekarang dah berubah sikit mungkin faktor usia tapi cikgu tetap cantik sebab cikgu sangat baik

Terima kasih cikgu... waktu usia macam tu kat sekolah cikgu umpama ibu kepada saya. Zaman tu cikgu banyak garang2.. Tapi cikgu Fauzilah ni tak garang tapi penyayang buat kita rasa seronok dalam kelas dia. Dia pernah ajar kami buat sketsa pentas untuk hari penyampaian hadiah.. Time tu aku pun berlakon jugak. Tak sangka ramadan kali ni menemukan kita semula. Semoga cikgu kami sentiasa di lindungi Allah, di limpah rezeki & kebahagian & di balas semua kebaikkannya dengan setimpal jasanya pada kami. Insya Allah, kasih sayang kami kekal di hati untuk cikgu yang baik, Cikgu Fauzilah.

P/S : Keistimewaan seorang guru dia kekal menjadi guru kepada seorang murid walau anak muridnya tu waktu tu lebih berjaya dari dia tetap dia akan di panggil CIKGU sampai akhir hayatnya. Berbanggalah jika anda seorang guru sebab Gurulah yang menghasilkan ramai insan berjaya di dunia ni.

Salam aidilfitri buat semua kawan2 saya & juga pembaca blog saya. Andai selama ni penulisan & kata2 saya menguris hati kamu, saya pohon kemaafan.. Selamat hari raya.

3 comments:

  1. saya tak ingat bila kali pertama dapat kad raya
    tapi yang pasti time tu sangat berbangga dapat kad raya

    saya sekolah rendah tahun90-an
    cikgu memang garang-garang, kalau lempang
    memang sampai berbekas...hehe
    awak nakal, padanlah muka kan =)

    balik mana raya tahun ni, anyway selamat hari raya ye
    kira kosong-kosong tau =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. sekolah rendah saya tak nakal tapi garang. memang cikgu tahun 90an ni garang2. kalau kena pulas perut tu rasa macam nak nangis 3 hari 3 malam.. Saya pun sama. Kalau ada apa2 yg selama ni saya tulis buat yana yani terasa saya minta maaf

      Delete
  2. yatie tak ingat bila kali pertama dapat kad raya. haha. tapi tahun ni yatie cuma dapat kad raya rasmi dari menteri je. hihihihi.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com