MENANGIS BOLEH KELUARKAN RACUN
MENANGIS BOLEH KELUARKAN RACUN. Menangis dengan manusia adalah sinonim. Manusia tak pernah menangis adalah manusia yang tak normal tak kira la lelaki atau perempuan cuma kekerapan menangis tu selalu di nilai dari jantina. Perempuan memang terkenal dengan airmata.. sedih menangis, suka pun menangis. Manakala lelaki ni dia menangis kalau betul2 hati dia tersentuh sangat je. Tak tau kenapa hati lelaki ni susah nak tersentuh. Kurang magnet kot hahahahaha..Kadang2 orang rimas dengan spesis perempuan yang sikit2 nak menangis. Dah macam baby padahal umur dah balusia (baby lanjut usia). Kalau dalam cerita Kasim Selamat sebab terlampau menangis sampai jadi buta. Sebab tu menangis setiap hari non stop. Pelik kan.. airmata dia tak kering2 pulak tu menangis sampai buta.
Tapi menangis ni tak semua menyebabkan keburukkan kalau kita menangis dengan cara yang betul. Menangis pun ada cara jugak ke? Yelah.. kalau tanpa sebab nak menangis tu dah tak betul. Sebab menangis ni ada jugak kelebihannya. Kuasa Allah.. tiada satu pun perkara yang di jadikan tanpa manafaat. Menangis bukan saja boleh menguraskan stress, mengembalikan mood & melegakan perasaan.. dengan menangis secara tak sengaja kita telah mengeluarkan racun melalui airmata. Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dari mata. -sumber eramuslim -
Jadi kalau rasa sedih, tertekan atau kecewa dengan sesuatu jangan tahan2 tangisan tu. Menangislah tanpa was was katanya. Sebab airmata dari perasaan sedih tu mengandungi racun. Dengan keluarkan racun tu bersama airmata maka automatik dia tak meracuni hati kita lagi. hehehehe. Tapi ada sesuatu yang confirm buat korang menangis jugak ni kalau tak dapat. Sebab harga dia bukan selalu macam ni >> 4G LTE Smartphone serendah RM158. << Takpe menangislah manatau tetiba bangun esok ada atas meja sudut tepi katil. Hahahaha...
Moral of the story.. Kita akan menangis dengan bermacam macam sebab, itu normal tapi kalau kita menangis tanpa sebab itu kena jumpa doktor. hehehe