18 PERKARA YANG ADA KAITAN DENGAN ORANG SUKA MAKAN AYAM
18 PERKARA YANG ADA KAITAN DENGAN ORANG SUKA MAKAN AYAM. Suami aku salah seorang penggemar ayam tegar. Dia memang tak makan sebarang daging lain selain ayam.. lembu ke kambing ke unta ke burung ke hapa jenis daging memang dia tak makan. Dia makan ayam hanya bahagian Rib (dada) sahaja atau kalau ayam dah dah siap potong2.. yang bahagian isi je la. Tak payah la nak goda dia dengan kambing golek bagai.. Dia tetap tak makan. Selama 6 tahun hidup bersama aku pun dah lama tak makan apa2 jenis menu daging. Selain seafood.. Ayam je la menu dalam rumah ni.Dia memang mudah terliur bila nampak apa2 menu ayam.. Even tiap2 minggu makan kfc atau makan kat mana2 restoran fastfood yang ada menu ayam pun dia takkan jemu. Yang jemunya aku la.. Almaklum la aku ni jenis tekak kekampungan sikit. Tapi takpe..Aku masih menikmati makan kesukaan aku walau laki aku penggemar ayam tegar..
Dalam hidup memang aku tak pernah jumpa orang yang macam laki aku sebelum ni tapi bukan la laki aku satu satunya manusia yang obses dengan menu ayam. Aku tau ada lagi cuma aku tak pernah jumpa selain laki aku jer.. Orang yang suka makan ayam ni.. Kau cakap la apapun. Kau saiko la macam mana pun.. Dia tetap pilih menu ayam jugak. Sebab dari pengalaman aku bersuamikan seseorang macam tu.. Memang kat mana2 saja dia akan cari 'Ayam'. Dia tak ada erti kata jemu makan ayam walau hari hari ok!
Orang yang gila makan ayam selalu ada kaitan dengan perkara perkara ni >> 18 Perkara Yang Ada Kaitan Dengan Orang Yang Suka Makan Ayam << Pun macam tu depa tetap akan makan ayam sampai bila bila. Ni kategori Ayam Forever & ever la hehehe.
Moral of the story.. tak kisah la korang penggemar ayam tahap kritikal tapi pengambilan makanan yang seimbang tu penting supaya badan kita mendapat khasiat yang secukupnya supaya tak terkena sebarang penyakit.