Showing posts with label resepi sedap. Show all posts

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG VERSI LEKATLEKIT

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG VERSI LEKATLEKIT. Tu dia berasap dah dapur sekangkang kera lekatlekit ni. Bila tetiba laki kau balik bawa barang2 basah suruh masak gulai tempoyak ikan kembung. Satu tipuware tempoyak dia bawa balik.. Den syak mak mertua den bagi. Maybe ada sedara mara dia dari kampung Gajah sana hantar kot.. Al maklum la mentua den ni laki bini berasal dari perak.. Cuma anak2 depa je yang nan dua ketoi tu anak KL. In law den pun dah bermastautin kat key ell dah lama... MIL tu sejak dari umur 13 tahun.. cuma FIL tu tak tau sejak bila hahahahaha..

Walaupun masing2 dah bermastautin di kl ni.. Tapi selera perak depa tu still tak hilang. Selama kahwin 8 tahun memang suami tak pernah minta saya masak gulai tempoyak.. dia pun jarang saya nampak makan gulai tempoyak ni. Selalu dia tapau tempoyak ikan patin kat den jer.. dia tak makan pun. Tetiba semalam.. Minta maskan. Allahu.. terhegeh hegeh daku google. Mudah je nak masak cuma sukatan bahan bahan terutama tempoyak tu agak menyeramkan. Kang terlebih tempoyak ke macam mana gamaknya rasa. tapi dah mention awal2 kalau tak berapa sedap tu.. Halalkan je la yer. First time ni nak masak gulai tempoyak.. Den kan orang kedah kami makan asam pedas atau orang selatan cakap asam pedas kami sebagai asam rebus. Sebab cair tak pekat macam asam pedas melaka.

Bahan bahan yang di gunakan untuk masak Gulai tempoyak ikan kembung ni adalah.

1. Ikan kembung
2. Bawang besar
3. Cili merah
4. Daun kesom
5. Serai
6. Asam keping
7. Kunyit hidup
8. air
9. garam
10. tempoyak
11. Timun

Bahan kisar/Tumbuk

1. Bawang besar
2. Cili Merah
3. Kunyit hidup

Kisar jangan halus yer. Atau senang tumbuk je kasar kasar tu. Ada orang tumbuk sekali dengan tempoyak tu. Katanya lebih sedap gaul sebati macam tu. Try la buat kalau hangpa nak buat ehehehe

Cara masak

1. bahan kisar/tumbuk tadi masukkan dalam periuk/kuali tambah air

2. Masukkan tempoyak, serai yang dah di ketuk, daun kesom & asam keping

3. Rebus sampai mendidih. Lama sikit rebus pun takde masalah.

4. Sementara tunggu bahan2 tu merebus.. cuci & potong la timun tu. Ikan pun jangan lupa siang & cuci yer

5. Agak bahan2 yang di rebus tadi nampak sebati sehati sejiwa dah dalam kuali tu campak la timun & ikan.

6. tambah garam secukup rasa bukan sampai high blood yer.

7. Agak ikan dah masak tutup api & hidangkan

❝ Kalau nak pedas boleh tambah cili api. Kisar atau tumbuk bersama bahan kisar/tumbuk yang lain.❞

Dah siap anak anak Ooi.. Gulai tempoyak acik yang tak berapa original perak atau pahang. Ni gulai tempoyak versi orang kedah katanya hahahahaha. Tengok suami makan ok jer.. licin kuah di hirupnya sedap la kot di tekak dia kan. Masak pun atas permintaan suami.. Apa lagi nak demand kalau dah sampai licin kuah di hirupnya. kekekeke

Gulai Tempoyak ikan kembung

Hangpa yang nak kawen tu.. Ni salah satu persediaan hangpa kena buat. Tetiba laki minta masakkan benda yang seumur hidup hangpa tak pernah buat. Jangan sia sia kan kuota internet sila google sepantas kilat. Terima kasih blog2 yang den copek resepi tu.. Lupa nak save link kalau tidak boleh la bagi credit sikit. Halalkan yer resepinya hehehehe

RESEPI RENDANG MINANG VERSI LEKATLEKIT

RESEPI RENDANG MINANG VERSI LEKATLEKIT. Hari ni dah raya keberapa anak anak? Ya betul.. Betul la tu jawapan korang walau den tak dengar pun. tak kisah la raya keberapa pun tapi kita still dalam bulan raya lagi kan. Raya kan sebulan walau semalam semua dah start kembali kepada rutin harian macam biasa. Tapi mood raya tu still on selagi biskut2 raya tak tinggal serdak bak kata orang kedah.


Kalau orang melayu ni.. Raya & rendang memang tak dapat di pisahkan. Tak kisah la apa versi rendang pun majoriti setiap rumah tu kebanyakkan memang ada menu rendang. Raya haritu masa singgah rumah sedara sebelah suami.. depa jamu kami lemang & rendang minang. Bersungguh laki cheq makan.. Sedap sangat la tu. So, si bini pun rasa excited la nak merisik risik resepi dengan tukang masaknya.. Tapi resepi pun di beri secara lisan.. So, den pun masa ikut apa yang den ingat jer..

Makan.. Gigih la balik rumah sendiri merendang minang. Sedap tak sedap tu cerita lain episod. Yang penting cuba dulu. Masakan ni.. Tak semestinya kali pertama buat terus sedap tapi kena buat banyak kali baru improve skill tu. Tapi Alhamdulillah la.. First time masak rasa not bad walau tak 100% sama macam yang orang jamu tu.

Ada yang tanya resepi dengan den.. Ok ok.. jangan risau den memang sejenis yang tiada rahsia antara kita bab2 resepi ni. Apalah sangat nak share resepi. Yang tak boleh share suami jer.. kekekekekekeke

Antara bahan bahan yang di gunakan untuk merendang minang versi lekat lekit..

1. Of course la Ayam kalau nak buat rendang ayam. Ikut la berapa banyak hangpa nak masak
2. Bawang besar
3. Bawang merah
4. Lengkuas
5. Halia
6. Serai
7. cili padi
8. Santan (better guna santan fresh yang parut balik rumah kau perah sendiri)
9. Kerisik
10. Daun limau purut
11. Daun kunyit
12. Kunyit hidup
13. garam

Cara nak masak



1. Masak ayam dalam periuk sehingga keluar semua minyak2. Biar sampai kering minyak tu.

2. Kisar bawang besar, bawang merah, lengkuas, halia, cili padi & kunyit hidup. Kalau suka.. boleh kisar sekali dengan serai. Kalau tak suka takpe biarkan dulu.

3. Masukkan bahan kisar bersama santan dalam kuali.. Kau rebus sampai pecah minyak.

4. Bila dah pecah minyak baru campak ayam, daun limau purut, serai yang dah ketuk & kerisik.

5. Agak semua dah sebati.. Masukkan garam & daun kunyit yang dah di potong halus gaul & tutup la api tu.

* Petua orang bagi resepi ni nak sedap lebihkan bawang. Almaklum la membawang ni memang sedap katanya. kekekeke

Dah siap rendang minang versi lekatlekit katanya. Resepi tu den pakai ingat2 dalam otak je tapi bahan basic buat rendang ni lebih kurang sama jer. Cuma rendang merah yang biasa kita buat guna cili kering kan.. Rendang minang ni guna cili padi. Tu je.. Tapi tak tau la pure minang atau dah versi melayu punya rendang minang. Asalkan ada rupa minang ok la tu kan.. kekekeke

Siap dah bungkus dalam 'Tipuware' nak hantar kat mertua

Bagi anak anak dara yang nak merendang tu masih sempat lagi ni. Cuba la.. Manatau, dengan rendang resepi dari blog lekatlekit ni asbab hangpa dapat jodoh kan. kekekeke

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL LEKAT LEKIT

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL LEKAT LEKIT. Bulan puasa ni selain bulan bershopping di bazar ramadhan ia juga menjadi bulan orang ambil kursus memasak di dapur masing masing. Nak nak lagi yang nak kawen atau baru kawen. Time ni la baru nak menuntut ilmu masakan.. Sebelum ni buka tudung saji dah siap semua terhidang.

Takpe.. Tak ada istilah terlewat untuk menuntut ilmu walau ilmu masakan. Sebagai level level kakak yang dalam lama berkecimpung dengan dunia dapur ni walaupun bukan pakar tapi kejayaan tertinggi pernah di capai adalah memboroikan perut suami sendiri hahahaha. Tu kira satu pencapaian juga kan? erkk.. tak yer.. Ok ok.. tak payah merepek moh ler kita ke dapur sekangkang kera lekatlekit untuk memasak Gulai ikan tongkol bersama kacang panjang.

Bahan bahannya

1. Ikan tongkol size sederhana Seekor (Korang ikut la berapa ekor nak guna ikut kapasiti perut yang ada)

2. Bawang besar

3. Bawang putih

4. Halia

5. Lengkuas

6. Kunyit hidup

7. Rempah kari

8. Santan

9. Kacang panjang

10. Asam keping

11. Minyak masak

12. Garam

Bahan kisar

Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup & kalau korang takde masalah untuk makan pedas boleh masukkan cili kering sekali. Kisar halus

Cara masak

Step Pertama
rebus ikan tongkol yang dah siap cuci & potong dengan garam & asam keping
Kacang panjang tu potong la pendek pendek dulu.

Step ke 2
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar

2. Agak bahan kisar dah naik bau.. masukkan rempah kari & masak sehingga pecah minyak. Kalau kering sangat tambah air sikit.

3. Selepas bahan tumis tadi dah naik minyak.. Masukkan santan. Kalau pekat boleh tambah air sikit & masukkan asam keping

4. agak masak sikit kuah tadi baru masukkan ikan. Masak sekejab lepas tu campak je kacang panjang

5.masukkan garam tapi level yang tak darah tinggi ok. Kalau rasa semua bahan dalam kuali tu cukup masak tutup la api. Gas pun mahal ok!

6. Hidangkan tunggu azan baru makan yer. Azan maghrib bukan asar ok!

Gulai Ikan Tongkol lekatlekit

Dah siap satu jenis lauk. Bukan susah sangat pun. hangpa je malas masak. Kalau rajin semua boleh jadi. Sebiji bawang pun boleh jadi 2 menu tau kalau rajin.

Moral Of the story.. memasak amalan mulia. Kenyang perut suka hati.

Hidangan tidak sempurna kalau tak di lengkapi dengan Pekasam Daging / Pekasam Ayam / Pekasam Berempah
Berminat Whatsapp : www.wasap.my/60172429610/

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT. Lama pulak tak buat segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit ni kan.. Mesti ada yang tuduh dah lama tak memasak tu. Memang la kadang2 tak masak juga sebab dah di tapau sang suami. Kadang2 tengahari ambil budak lala dari sekolah nak hantar balik tu dia tapau siap2 nasi bungkus.. Jadi hari tu tak masak la hahaha. Tapi bukan hari hari pun. Seminggu sekali dua jer.. Dapur sekangkang kera lekatlekit memang la tak berasap sebab guna dapur gas tapi masih berapi. Buktinya baru 2 hari lepas tukar tong gas baru ok.

Bila dah berapi tu ada la menunya.. Normally selalu masak menu malas pergi kedai je siang siang hari ni. Antara menu malas pergi kedai den.. Masak lemak cili api telur ayam. Ni kes ada lebihan santan la... Guna santan kotak tu tahan lama sikit. Tapi tak boleh lama2 sangat simpan nanti dia rosak jugak. Tak pepasal kerana santan sekotak rosak masak lemak sebelanga. Maka meh kita melemakkan badan dengan masak lemak..

Tak payah tarik nafas dalam dalam sangat la kan.. Nak follow resepi lekatlekit ni. Semestinya sambil joget lambak pun boleh masak ok. Sesangat la senang sampai menangis mertua hangpa kalau tengok resepi lekatlekit ni.. sebab terlampau senang dia tak boleh buli menantu dia lagi hahahaha

Sebelum mukadimah dia jadi novel moh ler kita ke dapur yer tengok apa bahan yang lekatlekit guna nak masak.. Yang penting kau jangan kangkang kangkang atas bahan bahan masakan tu ok! Tak elok tau.. syirik,khurafat & mati masuk neraka nanti.

 Bahan bahannya 

1. telur ayam (ikut suka berapa biji kau nak masak. Den guna 3 biji jer)
2. Santan (Of course wajib kalau tidak tak namanya masak lemak)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Halia
6. Lengkuas
7. Cili padi
8. Serai
9. Kunyit (tak kisah la kunyit hidup ke kunyit serbuk. asal kuning je tapi jangan guna water color pulak)
10. Garam sebagai serbuk perasa
11. Daun limau purut (Tak wajib tapi kalau ada lagi sedap & harum)
12. Minyak masak

  Cara memasak 

1. Blend Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili padi & kalau guna kunyit hidup masukkan sekali kalau guna kunyit serbuk tak perlu.

* Kalau rasa tak nak blend serai boleh ketuk je & masukkan dalam masakan nanti. Tapi saya suka blend semua untuk menghasilkan kuah yang pekat.

2. Panaskan minyak.. Of course dalam kuali bukan dalam pinggan yer. Lepas tu tuang jer bahan blend tadi dalam minyak panas tu biar dia kesakitan dalam tu. hehehehehe..nak memasak kena kejam.

3. Bila bahan blend tadi dah mendidih.. masukkan santan, daun limau purut, garam secukup rasa tapi jangan sampai kena darah tinggi.

4. Pecahkan telur sebiji demi sebijik & biar masak. Lepas tu tutup api.

* Kalau ada daun kunyit pun boleh masukkan.

Kalau ikut orang nogori dia memang tak guna bawang jauh sekali lengkuas & halia dalam masak lomak depa. Ni lekatlekit punya style. From utara with love katanya. hahaha..


Untuk tekak sendiri memang lulus dengan cemerlang la rasanya. Kalau hangpa nak tau kat tekak hangpa lulus ke tidak kena la cuba. hehehehe

Moral of the story.. Sedap di mulut jangan seksa di perut. Makan pedas berpada pada jangan cirit di kemudian hari. hehehee

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com