Ok.. ok.. Aku sabar jer sebab aku nak tau jugak apa jawapan balas pihak media melayu dengan statement sindiran shila amzah tu. Takde angin masakan pokok bergoyang. semalam terbaca kat beautiful nara yang share satu artikel berita yang menjelaskan kenapa mereka tak buat liputan pasal konsert shila amzah. Pertama katanya sampai kena merayu macam pengemis nak minta invitation ke konsert tu. Kedua.. katanya konsert shila amzah dapat tajaan syarikat judi. Katanya la... bukan kata aku. Aku ni buka mamarazi nak tau semua cerita dalaman dunia seni hiburan ni. Hahahahaha
Aku tak kata la memang silap dari pihak shila amzah cuma tu la.. Macam kata pepatah kalau takde angin masakan pokok bergoyang. klau setakat sorang hembus pokok guna mulut takde goyang la.. tapi kalau ramai tak mustahil boleh tumbang.Jadi pada shila Amzah jangan banyak sangat guna media sosial nak luah perasaan.. sila timbang tapis sikit yer.. Bukan apa nanti kesan buruk tu berbalik pada diri sendiri. Belajar dari pengalaman yang lepas. Apapun good luck untuk shila Amzah.. sememangnya dia penyakit yang berbakat besar.