CARA MASAK RENDANG ACHEH SEMUDAH 3 LANGKAH
CARA MASAK RENDANG ACHEH SEMUDAH 3 LANGKAH. Kembali berasap segmen dapur melekat lekit katanya. Bukan la jarang share resepi bermakna tak masak langsung. Al Maklum la kita ni kan spesis manusia yang busy & body kita ni kan sentiasa di perlukan untuk buat kerja kerja lebih penting tu terabai sikit blog sekarang. Di tambah dengan adanya si hud brown ni. Kadang kadang cuci baju hari ni esok baru ampai hahahahaha..Tu surirumah.. Bayangkan wanita bekerja ni. Mana nak urus rumahtangga, nak bekerja.. memang masa sangat sangat limited. Semua benda termasuk memasak kena cepat. Dia tak boleh nak masak odah style sangat.. sambil masak sambil merakam lepas tu mencarut tak henti henti hahahaha. Orang sibuk ni setiap minit dia sangat la berharga. Sebab tu la sekarang ada macam macam jenis produk di ciptkan untuk memudahkan urusan manusia termasuk la memasak.
So hari ni atas keprihatinan saya nak share dengan hangpa yang memang hidup hari hari nak kentut pun tak dan katanya untuk dapat makan makanan sedap dengan masa yang sangat pantas untuk di sediakan. Sebab masih mood raya aidiladha.. Daging korban pun memasing tak luak lagi dalam peti ais tu. Meh la kita bongkarkan rahsia nak sediakan rendang acheh semudah 3 langkah sahaja.
Macam membohong je kan semudah 3 langkah tapi sebenarnya tidak.. Memang betul semudah 3 langkah sahaja.
1. Goreng
2. Masukan Pes
3. Tambah air & ayam/daging.
Lagu mana tu nak buat rendang yang kita sedia maklum sebelum ni memang banyak step penyediaannya & ambil masa untuk masa tapi boleh compress sampai tinggal 3 step.
Lagu ni hangpa wei.. Guna ke Pes rendah Acheh air tangan Kak G, senang, mudah & sedappppppppppppppp!! Pes ni memang dah di masak so nak masak pun tak perlu lama lama. Cara nak menyediakan rendang acheh guna pes rendang acheh air tangan kak G ni..
1. Mula2 goreng ayam atau rebus dulu daging
2. Panaskan kuali & masukkan pes
3. Tambah air biar masak sekejab baru masuk ayam atau daging & kelapa kering yang di sediakan bersama pes. Masak je sampai kering & tutup api
* Nak lagi sedap boleh juga ketuk serai, masukkan daun limau purut & tabur dengan hirisan daun kunyit. Tapi kalau tak nak pun Pes tu dah cukup rasa tak payah nak tambah apa apa bahan lain termasuk garam.
Dah siap satu hidangan yang boleh masak tak sampai 30 minit pun. Memang sesuai untuk kehidupan manusia akhir zaman ni. Semua nak cepat tapi sedap je. Tak sedap kang kecam.. viral bagai. hahahaha.
Saya dah try memang sedp baqhang. Rasa dia tak macam rendang kita buat. Tak guna santan tapi guna kelapa kering yang memang akan dapat sekali dengan pes. Pedas dia pun mild & manis manis sikit. Pes dia memang totally cukup rasa tak payah tambah apa apa dah. Boleh makan seisis keluarga. Budak budak pun tak ada masalah nak makan seban tak pedas sangat. Cuma orang tengah diet better elakkan.. bukan apa takut tak boleh berhenti makan pulak nanti hahahaha.
PES rendang acheh ni 1 Botol mengandungi 350g yang boleh masak untuk 2 ekor ayam dengan harga RM15 sahaja (tidak termasuk postage)
Boleh tahan lama & cara menyimpan adalah sejuk beku
Ia keluarga bumiputera & di buat secara homemade oleh orang muslim melayu. Insya Allah halalan Toyyiban.
Jadi tak ada alasan lagi asyik nak tapau je lauk kat kedai. Selain Pes rendang acheh ada juga pes pes lain seperti
➠PES RENDANG TOK
➠PES SAMBAL CENCARU BAKAR
➠PES MEE KARI
➠PES HOKKIEN MEE
Selain Pes ada juga
➧Sambal Bilis Tempe
➧Rendang Tok Segera
➧Pekasam Daging
Mana nak dapatkan PES RENDANG ACHEH ni?? Rerajin la whatsapp : www.wasap.my/60172429610/pesblog