Showing posts with label sambal tumis. Show all posts

RESEPI SAMBAL UDANG SANTAI SANTAI

RESEPI SAMBAL UDANG SANTAI SANTAI. Tu dia macam mana nak masak sambal udang sambil santai santai? Hang kalau buat tajuk entri boleh dak tak gimik sangat? Sambal udang ja kot..

Hamboi!!! Kalau resepi kat blog lekatlekit ni opkos la santai santai je. Resepi cheq ni resepi yang simple. Target dia golongan yang baru belajar masak. Yang dah expert tu dia tak payah nak refer blog kalau nak masak. Normally yang amatur ni masih perlu refer entri entri macam ni. Bagi yang baru belajar pegang senduk tu hang bagi resepi yang rumit.. Confirm semangat nak masak dia boleh jadi down bila dia rasa susah. So, kena mulakan dengan resepi yang simple simple dulu.

Atas dasar alasan tu.. Maka hari ni saya nak share resepi paling senang nak masak sambal udang. Even resepi dia simple rasa dia totally not bad. Boleh terangkat hujung beranda kata arwah pak maiden dalam filem mami jarum. Tu dia lagu mana sedap sampai terangkat hujung beranda tak tau la kan..

Sambal Udang

Tanpa membebel bebal panjang lebar moh ler kita ke segmen dapur sekangkang kera lekat lekit.. Dah siap pakai apron semua? Jom kita mulakan..

Bahan bahan

1. 5 ekor udang size besar
2. 2 biji bawang besar
3. 2 ulas bawang putih
4. sedikit cili kering (di rebus atau rendam dalam air panas terlebih dahulu)
5. Sedikit belacan (resepi utara style guna belacan. Actually tak ada pun ok je)
6. Air asam jawa
7. Sedikit gula
8. Minyak masak
9. Air
10. Garam

Cara memasak

1. Kisar/Blend Sebiji bawang besar, 2 ulas bawang putih, belacan & cili kering

2. Panaskan minyak masak dalam kuali & tumiskan bahan kisar/blend tadi. Masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa, sedikit gula (Tapi saya masuk salah satu. Kalau masukkan gula dah tak masuk air asam jawa. Tujuan nak minimize kepedasan je selain untuk tambah perasa)

4. Masukkan udang & masak sekejab

5. Masukkan bawang besar yang di hiris bulat.


7. Masukkan garam & gaul sebati dengan bahan bahan tadi.

6. Tutup api & hidangkan.

Dah siap satu hidangan yang sedap & memang jadi kegemaran rokyat Malaysia katanya. Boleh la di makan bersama ulam ulaman & nasi panas. Matching dengan telur dadar atau ikan masin pun dah sedap ok!

Yang bertaburan atas nasi tu sambal goreng ikan bilis yer. Hangpa kalau nak rasa boleh refer entri ni : SAMBAL GORENG PADU

Sedang elok la kalau nak masak sambal udang simple ni untuk bersahur nanti. Dah tak berapa hari kita nak berpuasa kan? So sila screenshot resepi ni ok! hehehehehe

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH. Kembali lagi dalam segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit. Hari ni kita jadi chef tak bertauliah sekejab yer.. Almaklumlah housewife macam aku ni memang tak boleh lari dari buat kerja kerja kat dapur.. Tak tau la housewife lain memang tak pernah jejak dapur kecuali makan jer.. Tapi memang ada spesis macam tu tau.. Kena ingat bila jadi isteri lepas jadi ibu.. pengerat kasih sayang adalah air tangan dari seorang wanita bergelar isteri & ibu.. Tak payah la nak berkira sangat konon bukan kerja perempuan masak memasak ni.. Memasak la.. Insya Allah perkara tu mungkin menjadi asbab kebahagian rumahtangga kita.


Tak reti masak bukan alasan.. Kalau kau pandai scroll news feed FB kau boleh dapat macam - macam resepi. Siap ada tutorial dengan video lagi. Pokok pangkal kau nak buat ke tidak je. Tak cukup kat Facebook.. Kat blog melambak orang share macam2 resepi.. Ni pun aku nak share juga resepi masakan kampung.. Sambal terung pipit.. Bagi pengemar makanan jenis sambal.. Cuba la masak. Insya Allah.. berjaya menambah kilo pada berat badan anda hahahaha

Kalau tak reti masak jangan risau meh chef lekat lekit nak bagi resepi. Kita mulakan dengan bahan bahannya dulu yer tuan tuan & puan puan..

Bahan bahan

1. Terung Pipit
2. Cili kering
3. Bawang Besar
4. Bawang Putih
5. Sedikit belacan
6. Air asam jawa
7. Minyak masak
8. Garam sebagai perasa

Cara memasak

1. Buang tangkai terung pipit lepas tu cuci & toskan. Letak tepi dulu
2. Rendam cili kering dalam air panas lebih kurang sepuluh minit
3. Blend (kisar) Cili kering, Bawang Besar, Bawang putih & sedikit belacan.
4. Panaskan minyak
5. Tumiskan bahan kisar. Masak sehingga cili pecah minyak.
6. Masukkan terung pipit
7. Masukkan air asam jawa
8. Masak sekejab tambah garam.
9. Kalau dah rasa masak tutup api & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak letak ikan bilis, ikan goreng, sotong, udang.. Tapi yang aku masak sambal kosong dengan terung pipit sebabnya takde stok bahan lauk time masak sambal terung pipit ni hahahaha. Tapi tetap sedap ok makan dengan nasi panas & ikan goreng.

Sambal terung Pipit

Jadi yang tak ada idea nak masak apa hari ni boleh cuba sambal terung pipit ni. Takpe.. diet tu postpone esok je katanya... hahahaha

RESEPI NASI LEMAK BAJET

RESEPI NASI LEMAK BAJET. Zaman ekonomi makin down ni semuanya kena bajet. Bukan je bajet makan kat luar jer kena cut cost.. bajet nak memasak pun kena cut cost. Ayam ikan semua makin mahal.. apatah lagi kelapa & santan. Jadi pada golongan yang pendapatan tak seberapa tu belajar2 kurangkan kos makan kat luar & kos nak memasak juga.


Sebab hari aku masak nasi lemak bajet.. Bajet tu bukan apa. Barang basah semakin mahal tu salah satu alasan jugak tapi alasan paling relevan sebenarnya malas nak pergi kedai. Nak bajet tenaga supaya tak banyak keluar... Nanti banyak keluar tenaga kena banyak makan balik untuk tambahkan tenaga katanya. Hahahaha... Manusia memang suka bagi alasan. Terus terang je kau malas kan senang.

2 hari lepas rasanya ada masak guna sikit santan kotak.. Maka ada lebih lagi aku simpan dalam peti ais. Bangun pagi cium & rasa santan tu masih elok. Kalau simpan lagi lama confirm rosak. Aku ni jenis tak suka pembaziran tu yang kadang2 ada je aku recycle jadi macam macam menu kalau ada masakkan aku yang tak habis makan katanya. Sedar diri kita bukan orang kaya raya.. Jadi hidup la seperti seadanya. Jangan kau tak mampu gigih nak makan macam orang ada ada.. Lepas tu meraung kat wall FB cerita kat orang terpaksa kira syiling untuk mengalas perut. hehehehe

Rasanya dah panjang sangat aku membebel tak tentu hala.. Maka marilah kita ke dapur sekangkang kera cik minah tak berapa gebu ni...

Bahan bahan nak masak nasi lemak bajet ni aku guna apa jer yang ada dalam rumah waktu tu..

Bahan bahannya nak masak nasi lemak..

1. Beras dalam 2 pot kecil (aku guna beras Ribbon wangi. Sejenis beras wangi yang sedap di makan tapi tak sesuai buat nasi goreng sebab agak lembut)
2. santan (aku guna santan kotak dalam sepatuh kotak kecik tu. Erkk rasa lebih sikit pada separuh kot)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. halia
6. garam

Cara memasak nasi lemak

1. Cuci beras & toskan
2. Masukkan beras dalam periuk nasi. Masukkan santan, bawang besar yang di hiris,bawang putih yang di ketuk, halia yang di hiris memanjang & garam secukup rasa. Masukkan air mengikut sukatan yang di perlukan. Kalau santan tu dah cukup air tak perlu tambah air. Macam beras aku guna kena kurang sikit air supaya nasi tak lembik sebab dia beras wangi agak lembut.
2. Kalau korang guna rice cooker masak macam biasa la kan.
3. Biarlah dia sampai masak.. kemudian kacau2 sikit dengan chopstick untuk sebatikan rasa.

Bahan bahan memasak sambal tumis ikan bilis

1. Ikan bilis (di goreng)
2. Bawang Besar
3. Bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Cili kering yang dah di rebus atau di rendam sekejab dalam air panas
6. Air asam jawa
5. Garam
6. Minyak masak untuk menumis

Cara memasak sambal tumis

1. Kisar Bawang besar, bawang putih, cili kering & belacan.
2. Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan kisar tadi.
3. Tunggu sehingga cili yang di masak tadi pecah minyak masukkan sedikit air asam jawa
4. Dah masak cili tadi.. masukkan ikan bilis yang dah di goreng. Tapi simpan sikit ikan bilis goreng untuk di makan nanti.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Kalau yakin dah masak tutup la api jangan membazir gas.

Last sekali rebus telur. Kalau ada ulam ulaman seperti timun.. potong la. Kalau takde pun takpe masih kenyang makan nasi lemak tanpa ulam timun. Ada orang suka makan dengan kacang tanah goreng. Kalau ada boleh hidangkan sekali nanti. Tapi aku memang tak suka makan kacang tanah dengan nasi lemak.

Dah masak semua jangan tengok jer.. Pepandai la senduk & makan sendiri. Jangan tunggu orang suap takut mati mereput kat situ pulak. hahahahaha

Satu hidangan nasi lemak sangat bajet. Nampak sedap tak? hahaha

Apapun nasi lemak ni aku masak tanpa perlu mengeluarkan bajet harian. Guna bahan2 mentah yang ada dalam rumah so kalau ada bahan perasa tambahan yang aku skip tu pepaham je la yer. Tetap rasa nasi lemak & sambal yang sedap ok! Sebab tu aku namakan nasi lemak bajet hahahaha

Moral of the story.. zaman ekonomi meleset ni memang kena pandai rancang perbelanjaan. Mungkin sebelum ni kalau kita pergi beli bahan basah untuk stok memasak main ambil & bayar.. Ada yang tak sempat nak masak dah rosak, mulai sekarang kita kena mula belajar membeli secara bijak. tapi mungkin sebelum ni kita dah biasa hidup selesa tanpa perlu struggle sangat nak rancang perbelanjaan mungkin susah sikit nak buat.

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'. Tu dia point kat orang yang nak kahwin jugak. Habis yang tak ada plan nak mendirikan rumahtangga tak payah ambil tahu ke pasal 'pecah minyak' ni?? Boleh je nak ambil tahu tak kira peringkat usia & status. Selalunya orang yang dekat2 nak kawen baru depa terhegeh2 nak ambil tahu pasal ni.. Sebab nak jadi isteri mithali & menantu perfect katanya.. hehehe

Korang jangan la bayangkan pelik pelik & bukan bukan sangat yer.. Pecah minyak bukan pecah dara teruna bagai. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku tau.. ada orang yang tak faham istilah pecah minyak dok bayang bukan bukan. Benda ni bukan berkaitan perkara dalam kelambu tapi perkara kat dapur, ok!

Ramai yang baru belajar masak terutama yang baru kawen ni ada masalah nak masak sesuatu macam cili kisar & rempah sampai pecah minyak. Ada kawan aku katanya sampai fedup nak masak sambal tumis walau dah anak dua sekarang. Dia kata cili dia tak pecah minyak. Faktor cili atau rempah yang di tumis tak pecah minyak ni ada dua jer.. samada tak cukup minyak masak atau cili/rempah tu tak cukup masak. Kalau cukup dua perkara tu Insya Allah 'pecah minyak' jadinya... hehehehe

Bagi yang suka berfikiran songsang pasal pecah minyak & tak tau sebenarnya pecah minyak tu apa & macam mana rupa..meh la sini ahkak nak tunjuk contoh gambar cili & rempah yang dah pecah minyak.. Tengok la gambar kat bawah ni..


Nampak tak berminyak2 tu.. Apapun jangan terlebih minyak pulak. Kang nak makan pun rasa oily jadi muak pulak. Nak2 lagi minyak sekarang dah mahal.. pandai pandai berjimat. Nak menumis sambal atau rempah bukan perlu minyak berlebihan tapi minyak yang mencukupi jer. Jadi pada adik2 terutama pasangan yang bakal bergelar suami isteri tu, faham je macam mana di katakan pecah minyak tu.. Kang mertua cakap masak sampai pecah minyak kau menangis tepi tong gas sebab tak tahu.. Nak tanya malu katanya. hehehehe

Moral of the story kalau yang suka makan berlemak, berminyak ni kena rajin bersenama ok supaya tak berlaku lemak berlebihan dalam badan. Tapi tu la.. Ramai orang tak rajin bersenam.

INILAH RUPA SAMBAL BELACAN ORANG BRUNEI

INILAH RUPA SAMBAL BELACAN ORANG BRUNEI. Hari raya pun kau ada masa nak beronline & update blog yer lekatlekit. Biasa la kalau tak balik kampung banyak free time. Siang tadi dah keluar beraya rumah mertua, selayang mall, guardian,round jalan2 kat KL.. lalu depan highland tower & makan kat subways. Malam balik rumah siap2 mandi semua habis kan laksa sotong aku buat untuk menu raya haji lepak2 depan pc maka merayau la jari clik sana sini. Kebetul terbaca artikel best nak share, maka terjadilah entri ni.


Kalau dah nama melayu ni kan tak kira warganegara dia punya citarasa memang tak jauh beza. Orang Melayu ni memang terkenal dengan makanan bercili, berbelacan & pedas. Nak2 lagi jenis melayu kawasan utara katanya. Tak pedas tak utara la. Orang brunei pun majoriti orang melayu jadi kalau depa pun suka makan sambal belacan tak pelik sangat cuma resepi sambal belacan orang brunei ni lain sikit.

Kita buat sambal belacan takde masak2 atas api dah. main belasah sampai lumat dalam lesung batu jer tapi orang brunei lain sikit sambal belacan dia ada step kena masak atas api jugak. Kalau nak tau macam mana orang brunei buat sambal belacan & resepinya sekali boleh tengok kat sini >> Cara nak buat sambal belacan & 9 jenis sambal yang lain << Bukan je ada resepi sambal belacan brunei malah ada 9 jenis lagi berbagai resepi sambal. Nak masak tak payah google banyak2 dah. Kau clik je kat link aku bagi bersepah resepi sambal dari utara,pantai timur, selatan & luar negara.

Sambal Belacan Brunei. Menyelerakan tak??

Manalah tau.. hari raya nak buat masak2 jamu tetamu yang datang takde idea boleh la list kan sambal2 ni sebagai salah satu menu. Makan nasi dengan sambal memang membangkitkan selera katanya

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com