Showing posts with label snek. Show all posts

BANGKIT CHEESE SEDAP HINGGA TERMIMPI MIMPI

BANGKIT CHEESE SEDAP HINGGA TERMIMPI MIMPI. Overnya tajuk!! Tapi memang benar benar belaka ok. Bukan sekadar nak tarik perhatian orang baca entri ni. Mesti ada relate dengan apa yang saya nak cerita satgi.


Alkisahnya dapat sebalang Biskut raya walau puasa pun belum. Rezeki.. Dia nak datang bila2 suka hati dia la kan. Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak. Dah orang bagi kita merasa la. Lagipun time ni la nak rasa nikmat makan biskut raya.. kalau hari raya biskut raya ni kadang2 dia sekadar hiasan atas meja je. Orang normally serbu menu menu berat macam ketupat, lemang, rendang bagai kan. So waktu tu maybe kita terlepas pandang biskut2 atau kuih raya yang sedap sedap ni.


Saya ni memang spesis yang tak hafal nama2 biskut atau kuih raya nak2 lagi moden moden ni. yang tradisional pun kadang2 masih tak boleh hafal namanya. Kalau nama pun tak hafal.. nak membuatnya hang jangan tanya la tau ka dak. Of course la tak tahu kan hahahaha. Jadi kalau nak cari biskut atau kuih raya normally beli je. Bukan saya je.. Sebenarnya banyak faktor orang pilih untuk pilih beli yang readymade biskut atau kuih raya. Kekangan masa nak membuat mungkin sebab kerja atau sibuk dengan urusan harian lain. tak salah pun beli.. Sekurang kurangnya memberi rezeki pada orang lain kan. Hidup ni memang macam tu kot.. ada pro & contra. Kalau semua buat sendiri sapa la nak support jualan pembuat biskut & kuih raya ni ye dak??

Panjang pulak mukadimah yer.. Ok ok.. Lepas dapat sebalang bangkit cheese ni.. tengok rupa pun agak membangkitkan selera juga nak cuba. Putih kuning macam cheese jugak warna. Nampak Nyummy sangat ok. Takkan nak telan air liur & tengok je kan? Harus la merasa dulu sebiji dua. Sedap jugak Biskut Bangkit Cheese. tak tau la sebelum ni saya pernah rasa ke tidak. Sebab hari raya ni.. macam dok kata la, dok pulun menu2 berat. Selalunya lepas raya baru nak ketuk2 balang kuih.


Biasa la hidup berumahtangga kita kena berkongsi rezeki yang dapat kan.. Pelawa la husband rasa sekali. Husband memang jenis peminat cookies ni. Dia suka benda2 manis. Nampak cara di menikmati tu macam menyatakan betapa sedapnya cookies ni. Nak jadikan cerita pada satu pagi Ahad tu lepas bangun dia ambil balang bangkit cheese & sambung makan. Dia kata semalam sampai mimpi mimpi makan bangkit Cheese. Amboi.. over nau laki den kan? Macam orang angau bercinta pulak sampai termimpi mimpi.

Orang yang bagi Bangkit Cheese ni pun ada jual secara runcit & borong biskut dia. Selain bangkit cheese banyak lagi biskut2 raya yang dia jual. Kalau sesapa nak buat tempahan pun dia ambil. Manatau nak buat hidangan hari raya nanti kan? Insya Allah bangkit cheese ni dia punya rasa cukup sifat semuanya. Manis dia pun tak manis melecas bak kata orang kedah.. manis2 yang orang kata sedap di makan. Rasa lemak lemak cheese & kat dalam dia ada cebisan kacang yang rangup.. memang sedap! Ni bukan sekadar nak puji bohong tapi ikhlas dari hati tau!

Antara yang ada boleh borong dengan owner bangkit cheese ni

Jangan risau walaupun penghantaran menggunakan pos tapi biskutnya tak hancur berderai. Tokei dia dah packing elok. Buktinya tengok la Bangkit cheese dari lensalekatlekit ni.. Masih sempurna kejadianya & rasa opkos la beb masih sedap. Alah.. cookies kot mana ada nak basi. Kalau simpan tak betul je dia lemau & masuk angin.


Kalau ada yang nak membeli tak kira secara borong boleh hubungi

 ☏ Whatsapp : 0137716961 
 ☘ Instagram : Amimah Samad 
☻ Facebook : Amimah Samad 
  ✍Blog : Pembekal Kuih Raya Sedap dan Murah 


5 JENIS SNEK YANG SEDAP ANDA BOLEH MAKAN TANPA RISAU PASAL KOLESTROL

5 JENIS SNEK YANG SEDAP ANDA BOLEH MAKAN TANPA RISAU PASAL KOLESTROL. Snek atau lebih senang faham makanan ringan yang kita selalu akan fikir ia berbentuk macam junk food yang kurang sihat & banyak perisa/perasa tiruan. Makanan macam tu selalunya akan menyebabkan masalah kesihatan & kegemukkan. Sebab tu la kalau orang nak ber diet dia elakkan ambil snek2 yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.


Tapi tidak semua snek tidak sihat di makan ketika anda lapar.. Ada snek yang baik untuk di ambil tanpa perlu risau tentang kolestrol. Antaranya coklat.. Mesti ada yang was was kan nak makan coklat sebab ramai yang percaya coklat juga antara penyebab kegemukkan jugak. Sebab tu katanya orang gemuk suka makan coklat.. Amboi tak sayang mulut kan cakap macam tu. Melambak orang kurus suka makan coklat jugak ok!!..

Tak salah nak jadikan coklat sebagai snek tapi pastikan anda pilih coklat gelap yang tidak mempunyai lemak tepu dari minyak sawit. Makan pun jangan la sampai kenyang macam makan nasi pulak.. Makan ala kadar. Sebab makan coklat ni ada kebaikkannya jugak.. Antaranya boleh mengurangkan risiko di serang strok & serangan jantung. Cuma kalau di ambil berlebihan confirm la memudaratkan

Tu salah satu snek yang korang boleh makan tanpa rasa bersalah atau takut akan menyebabkan kolestrol tinggi dalam badan. Kalau nak tahu apa lagi snek yang sedap & boleh di ambil tanpa perlu risau pasal kolestrol meh baca kat sini >> 5 Jenis Snek Yang Anda Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah << Jadi lepas ni tak payah nak stress lagi nak nikmati snek2 ni. Insya Allah.. Ia tidak memudaratkan malah membantu anda untuk hidup lebih sihat.

Jadi pada pengamalan makanan sihat.. Lepas ni korang tak rasa was was lagi la nak menikmati snek ni, ok!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com