Showing posts with label header. Show all posts

HEADER BLOG NI SANGAT MENYERAMKAN PENGUNJUNG BLOG

HEADER BLOG NI SANGAT MENYERAMKAN PENGUNJUNG BLOG. Kalau dah header blog menakutkan sangat sampai orang tengok pun rasa seram boleh mengundang mimpi ngeri gamaknya ada tak orang nak clik blog tu kalau dah tau penangan header dia yang mengerikan tu. Confirm la tidak kan... Kecuali la ter clik tanpa sengaja atau orang yang betul2 berani jer. Setakat ni aku tak jumpa lagi la blog yang header dia sampai boleh buat aku rasa seram sejuk & terkejut bila terclik blog dia. hehehee

Header pernah di gunakan di blog lekatlekit.com dulu

Tapi bila aku anjurkan Giveaway kat Blog lekatlekit.com ni & minta peserta mengutuk atau lebih berhemah mengkritik apa2 saja yang mereka rasa tak suka dengan blog lekatlekit.com atau dengan admin blog. Setakat ni yang komplen pasal header yang menyeramkan tu lebih ramai dari yang kritik pasal benda lain kat blog ni. Amboi effect sungguh header tu kepada pembaca blog lekatlekit.com yer.. Ada yang kata kadang2 bila clik blog aku malam2 terkejut di buatnya bila muncul header tu.. hehehehe.. maafkan kami penunggu gua!

Blog ni walau niche dia sangat la rojak.. Tapi memang di kenali dengan blog kisah seram sebab banyak aku share entri2 cerita seram atau review filem seram yang aku tengok. Tapi bukan la hari2 ada entri kisah seram ni. Ikut mood aku la nak tulis. Kalau tetiba mood macam hantu maka aku menghantui la orang lain dengan entri kisah seram. Sebab tu header tu macam menyeramkan sikit walhal guna model paling comel dalam hati aku tu.. Iatu anak aku sendiri. hehehehe

Header yang sedang di gunakan sekarang

Apapun aku sangat hargai komen & kritikan semua.. Kalau ramai yang rasa header tu perlu di tukar Insya Allah aku akan tukar demi kesejahteraan pembaca blog lekatlekit.com. Korang kalau rasa ada tak puas hati & meluat sangat dengan blog lekatlekit.com ni meh la join Giveaway ni.. Dari dok mengata belakang je hapa pun tak dapat selain dosa mengumpat aku.. Ada lebih bagus join Giveaway ni. Untung2 dapat hadiah. Baik tak aku. Orang mengutuk aku pun aku nak bagi hadiah. Kenapa tak suruh orang puji? Pujian kebanyakkan palsu tu malas nak suruh orang puji. hahahhaa. Nak join  clik je banner kat bawah ni..

 Giveaway Mengutuk Blog Lekatlekit.com

Apapun den menanti penuh debaran lebih banyak kutukan yang berapi dari semua peserta di Giveaway ni. Tak payah risau den kecik hati ke hapa.. Kutuk je ikut sedap rasa tapi kutukkan tak boleh berunsur mengherdik tapi kena berunsur mendidik. Jangan tetiba kutuk muka den macam kawah bulan.. apa kena mengena ye dak. hahahaha

Moral of the story.. header blog den ni bagi pandangan mata den tak ada lah menakutkan sangat berbanding benda ni.. Rasanya ramai yang mula takut dengan kehadiran dia di Malaysia sekarang >> 9 Things You Can Do To Keep Yourself Safe From The Deadly Zika Virus << Kan? Seriau beb kalau terkena.

YANG SERAM DI BLOG NI

Tu dia.. tetap tu nak cerita pasal seram kan?? Harus la kan. Kata peminat cerita seram.. Jadi apa jer yang ada kaitan dengan seram pasti aku tulis dalam blog. Hahahaha.. Tapi jangan ada yang takut sampai tak berani nak baca pulak.

Sumber google

Alahai takde apa2 yang menyeramkan sangat pun.. Jangan la sampai tak berani singgah ke blog melekit ni pulak lepas tengok header seram baru den buat ni. Haruslah hasil kerja tangan sendiri. Dari sejak buka blog sampai sekarang memang header den buat sendiri even bukan pakar pun. Jadilah.. untuk kepuasan sendiri kan??

Dah lama nak create header baru sebab cd software mengedit den tetiba hilang sampai la dah beli cpu baru tetiba jumpa dalam laci. Maka berdesup la den install.. PC pun tengah ringan lagi.. Al maklum masih dara katanya. Apa lagi mulakan kerja la.. sepetang membelek benda alah ni.. Dengan gangguan makhluk halus (anak den).. akhirnya berjaya jugak siap sepenuhnya.


Apa macam? Ok tak? Seram seram manja je.. Saja tambah sebatang ranting pokok berdaun & berbunga tu sebab tak nak nampak macam tema seram 100% sebab blog ni pun bukan manjang entri seram je, ye dak??

Maka dah tertunai hajat di hati yang terpendam selama ni.. Kita tengok berapa lama dia mampu berkhidmat di blog melekit ni. Yang mana penakut jangan usya lama2 akak yang jadi model header den tu yer.. Kang histeria pulak. kekekekeke

P/S : Header bertukar warna tema pun turut bertukar jugak la nak bagi matching katanya.. kekekeke


MAKIN HARI MAKIN RINGKAS

Bila komitmen makin banyak macam tu la jadinya. Nak merias lebih2 masa yang ada terlalu terhad. Kelapangan tu selalu sangat sempit & semput. Masa lapang pun tak berapa lapang macam mana la nak touch up dengan warna warni aidilfitri, kan??

Korang mesti pelik apa la sang lekit merepek kan?? Benda apa la yang semakin hari semakin ringkas tu.. Kalau korang ikuti blog ni dari zaman Kuning Hitam (bagi yang kenal blog melekit zaman kuning hitam tu tau la betapa cacatnya blog ni) maka korang akan perasan header yang silih berganti di blog melekit ni. Ada musim sarat dengan macam2 corak.. ada musim yang konon2 tema ala2 taman astakona.. ada musim header kekonon comel dengan kartun kanak2 rebina, ada musim konon panas sangat la blog ni dengan tema header garang2 gitu tapi sekarang makin hari makin ringkas temanya. Perasan tak??

Terbaru dari ladang

Header baru ni rasanya amatlah ringkas tanpa memacak muka sendiri sebagai model kali ni. Mata ni pun rasa lebih sedap pandang benda yang simple dengan keadaan masa yang semakin jeles nak bagi daku rilex lama2 jadi sangat sesuai la header yang ringkas2 memacakkan diri di blog melekit ni. Header2 semua sang lekit buat sendiri dengan kadar kemahiran yang setakat boleh buat jer... nak gempak2.. lawa2 sangat tu tak pandai la. Kalau korang nak tempah header gempak2 @ design blog comel2 boleh berurusan dengan Cik Sha. Boleh tabik spring jugak la hasil air tangan Cik Sha kita ni. Pasal harga bagai kena tanya dia.. sang lekit pun tak tau berapa dia caj.

Berbalik pada kisah "Makin hari makin ringkas" ni teringat nak imbau header2 yang pernah berjasa di blog melekit ni. Tapi kena check folder dulu berapa yang tinggal header2 lama dalam simpanan.





Sebahagian header hasil kerja tangan daku.. (Header2 zaman blog hitam kuning dulu rasanya dah banyak hilang lepas pc ni di format berulang kali tanpa sempat backup semua tu) Kalau nak kira rasanya tak terkira banyaknya header yang bertukar ganti di blog melekit ni. Dari Zaman anak dara sampai la dah ada anak dara sendiri. kekekekeke

P/S : Header2 tu tak mengikut susunan tarikh lahirnya.. kekekekeke


CIK LALA MODEL BOTOL SUSU

Ha kau.. Sehensem2 mummy, shahila jugak bertuah terpilih sebagai model untuk kali ni sekaligus menyingkirkan juara bertahan selama ni aitu mummy nya sendiri. Wah! bertuah kan??

Apa yang bertuahnya kalau Cik Lala cuma jadi model header baru mummy dia. Setelah sekian lama, hanya muka mummy shahila yang menghiasi header di blog melekit, kini tiba giliran cik Lala pula mengantikan tempat mummy kali ni. Header bertemakan 'Baby On board' gitu, dihiasi gambar Cik Lala ala2 Paris Hilton hasil susukkan mummy sendiri, menjadikan shahila yang masih botak berambut gitu.

Apamacam Header baru ni?? Kelas Cik Lala jadi model header mummy kan.. Takpe nanti mummy upah susu yer

Very the 'Mak - mak" kan sang lekit sekarang. Harus la sedar diri dah beranak. Jangan nak menyamar gadis sunti 15 tahun lagi walhal diri tu dah kertu. Bila tengok orang lain gunakan anak sendiri sebagai model kat blog dorang, sang lekit pun nak jugak. Anak umpama anugerah jadi tak salah kita berbangga dengan anugerah Tuhan tu. Jadi, untuk menghargai Anugerah terindah yang di berikan.. Mari jadikan anak2 sendiri sebagai model blog. Kekeke...

DAN AKHIRNYA.. MENJADI JUGAK

Sejak semalam sang lekit bertungkus lumus buat. Tak menjadi..  Sampai dekat 5 kali buat pun tetap tak puas hati. Sampai putus asa. Petang ni akibat keboringan yang tiada tandingannya.. Maka sang lekit berusaha sekali lagi.

Rasanya dalam setengah jam jer buat. Sangat ringkas.. Lepas tu cuba upload. Dah nampak ok. Malas nak edit - edit lagi. Malas nak sarat - sarat macam dulu... Malas nak tunjuk muka yang ala - ala anak dara walhal dah jadi bini orang & bakal jadi mak orang maka terhasilah... Terhasilah apa?? Cuba korang scroll kat atas.

Ye Betul.. header baru Lekat Lekit Mommy monster.. Ops. Lekat lekit mommy jer. Sang Lekit bukan monster warna kuning yang suka makan mami tu yer. Nak upah orang takde duit. Jadi buat la sendiri sekadar yang mampu. Apa pendapat korang.. Yang mana lebih sesuai? header yang sebelum ni ke yang baru?

Ni yang di gunakan sebelum ni

Ini pula yang terbaru bersama perut boyot

Atau dua - dua buruk & tak sesuai? Kekekekekeke... Sang lekit bukan profesional sangat dalam menghasilkan header. Kebolehan yang seciput ni boleh la di gunakan untuk diri sendiri.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com