Showing posts with label best. Show all posts

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK. Dah masuk 18 Ramadhan katanya.. Awal - awal puasa tu memang berkobar kobar, bangun masak sahur bagai. Tapi masuk pertengahan & hujung puasa.. Ramai dah mula mengelat. Sebab malas nak bangun masak sanggup skip sahur. Tak elok tau.. Bersahur ada keberkatannya.. Jangan skip sahur macam aku ni. Apapun berlaku still bangun & bersahur even hanya makan kurma & air kosong katanya. Tu kes awal awal puasa hari tu la. Mood down to the earth sangat sampai hilang deria rasa nak makan kekdanya.. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah ok! Bila kita redha & letakkan pergantungan kita pada Allah, Insya Allah.. Allah bantu kita lebih kuat untuk hadapi Ujian hidup nak2 lagi Ujian tu datang di bulan ramadhan yang mulia. Banyak hikmahnya... Insya Allah.


Kalau aku la.. beranak pinak ni memang la nak keluar bersahur kat luar memang jadi satu perkara yang menyusahkan balik. Memang tidak la.. Apalah sangat nak makan dua mulut dalam rumah ni. Tapi kalau golongan bujang atau pasangan yang masih tak ada anak.. Maybe la malas masak sahur kat luar je senang. Lepas makan tak payah kemas dapur atau cuci pinggan.

Tapi masalahnya.. Kat mana tempat best boleh bersahur pepagi buta macam tu? Alah.. setakat mamak 24 jam jemu la. Nak cari port best sikit la kan bersahur. Baru buka selera nak makan katanya.

Jangan risau kat Malaysia ni banyak port makan. Orang malaysia memang 24 jam cari makan sebab tu banyak restoran & kedai buka 24 jam. Antara tempat best korang boleh jadikan port untuk bersahur adalah kat sini >> Selalu tak sempat nak prepare untuk sahur? No problem, 7 tempat ni kan ada. << Tu dia.. hang nak sahur western food ka, mamak food ka, malay food bagai semua ada. Tiada alasan lagi untuk tidak bersahur.

Moral of the story.. Jangan sahur pukul 7 pagi ok! Pastikan sahur anda sebelum waktu imsak hehehe. Amaran keras, hindari geng beg plastik hitam. Ambil sahur setiap hari sepanjang bulan puasa bagi memastikan anda tidak di serang gastrik. Peace Yo!

AKTIVITI PALING SESUAI UNTUK YANG ADA KAWAN OBSES DENGAN SMARTPHONE & ONLINE

AKTIVITI PALING SESUAI UNTUK YANG ADA KAWAN OBSES DENGAN SMARTPHONE & ONLINE. Zaman rumaja aku dulu kalau lepak dengan kawan kawan memang betul betul lepak. Riuh rendah bersembang. Kalau pergi mall tu macam2 la aktiviti. Main bumper car la.. main games la.. atau kalau ada retis buat road show layan la jugak.Almaklum la zaman sebelum kewujudan smartphone & kemudahan access internet semudah atas tapak tangan di mana saja. Happening kalau lepak dengan kawan kawan zaman dulu. Kalau berkumpul tu ada je la cerita nak di kongsi.


Berbanding zaman sekarang ni. Duduk cafe atau restoran masing2 buat hal sendiri. Mata mengadap smartphone. Nak berkomunikasi walau kawan2 depan muka pun guna media sosial. Walau duduk semeja tetap sembang kat whatsapp. Yang nampak ada aktiviti melibatkan semua masa selfie je la. Lepas tu masing2 masing lebih banyak buat hal sendiri. Tak tau mana nikmat lepak dengan kawan2 kalau tetap berkomunikasi guna media sosial.

Susah nak buat aktiviti best kalau asyik hadap smartphone je. Kalau setakat keluar pergi mall, lepak kat cafe memang susah nak buat kawan kawan kita ni tak hadap smartphone jadi kalau korang nak rancang aktiviti dengan kawan kawan ada aktiviti yang boleh buat kawan kawan korang kurang menggunakan smartphone. Sebab aktiviti macam ni memang perlu menggunakan kaki tangan & tenaga yang banyak jadi kesempatan nak jadi manusia anti sosial tu agak kurang. Kalau nak tau apa aktiviti yang boleh korang buat dengan kawan kawan meh tengok kat sini >> 7 Outdoors Paling Best & Boleh Buat Kawan2 korang yang anti sosial tak melekat dengan smartphone boleh anda buat << confirm perjumpaan dengan kawan kawan sambil buat aktiviti ni lebih best dari melepak kat cafe tapi masing2 buat hal sendiri layan 'online'.

Jadi pada korang yang dah annoying dengan perangai kawan kawan yang konon nak reunion tapi bila jumpa masing2 sibuk dengan smartphone boleh cuba reunion sambil buat aktiviti outdoors macam ni. Bukan je boleh memanafaat perjumpaan tu tanpa smartphone malah boleh menyihatkan badan.

PORT BULAN MADU PALING SEMPOI PENGANTIN BARU KENA TAHU

PORT BULAN MADU PALING SEMPOI PENGANTIN BARU KENA TAHU. Amboi tajuk entri hipster katanya. feeling style hadek hadek bila borak. Aku pun kategori hadek hadek jugak kan kalau di ukur dari segi size.. Apa salahnya sekali sekala jadi tak sedar diri dua tiga minit. Nak ambil mood rumaja katanya.. Mana tau boleh merembeskan collagen dalam badan seterusnya menjadikan aku awet muda tahap melampau. Hahahaha


Cuti2 sekolah ni memang ramai orang suka buat acara batal air sembahyang. Walaupun cuti sempena Thaipussam aku tengok ramai jer yang kawen termasuk seorang blogger yang menggelarkan dirinya Falling Angle. Tahniah Dik.. maaf walaupun kita tak jauh mana tapi sebab asben akak kerja jadi akak tak boleh nak attend kenduri kawen awak. Next time mana tau awak tetiba buat majlis bersanding sempena anniversary ada rezeki boleh la merasa merenjis renjis awak atas pelamin yer..

Macam tu nasib seorang bini mithali. Laki takde memang tak keluar rumah la. Yelah.. selangkah kita nak keluar perlu izin suami walaupun nak ke kedai beli belacan. Takpe.. Mana2 pengantin baru yang invite aku makan kenduri tapi aku tak dapat hadir.. Akak hadiah info port2 bulan madu paling sempoi punya untuk korang. Mana tau korang suka tempat2 ni.. Nak2 lagi tempat no.9 yang di cadangkan. Yang nombor 9 tu paling special.. Mungkin jugak bulan madu anda menjadi bulan madu paling rare & dapat mengumpul pahala. Nak tau port bulan madu paling sempoi ni kat mana meh tengok kat sini >> 9 Tempat Paling Sempoi Yang Mungkin Anda & Pasangan Boleh Anda Lawati Sebelum Mati <<

Tempat - tempat tipikal macam paris.. langkawi bagai orang dok pergi honeymoon dah tak rare. Sesekali kita perlu cipta kelainan untuk kita rasai pengalaman yang lebih menarik yang mungkin tak sama dengan orang lain. Tak salah kita pilih 9 tempat ni sebagai destinasi bulan madu atau percutian kita.

15 AKTIVITI UNTUK ORANG YANG RASA HIDUP DIA MEMBOSANKAN

15 AKTIVITI UNTUK ORANG YANG RASA HIDUP DIA MEMBOSANKAN. Ada orang celik mata jer.. Rasa hidup dia bosan sangat. Apa dia hadap, apa dia buat benda yang sama je hari hari. Akibat rasa bosan sampai jadi stress... Bila stress mungkin jadi masalah besar. Punca sebenarnya kecik jer.. Bagi mengelakkan golongan yang sentiasa bosan dengan hidup dia ni jadi gila.. marilah membaca sambil belajar kat sini mungkin hidup korang kembali cerita & bahagia. Kalau rasa gembira jangan lupa tepuk tangan... hehehhe

Kita kalau boleh nak hidup dalam keadaan tenang & senang serba serbi. Malas la nak struggle sangat orang kata... Tapi bukan semua orang suka hidup dia terlalu simple. Ada orang suka hidup dia lebih mencabar.. Sebab kehidupan dia maybe penuh dengan kemudahan yang tak perlu susah payah dia nak cari. Bila dia nak hidup lebih mencabar maka dia cari lah aktiviti yang mencabar...

Nak buat aktiviti mencabar tak semestinya kena panjat gunung.. Mencabar diri anda buat benda yang paling takut yang tak payah pergi mana2 pun salah satu aktiviti mencabar jugak. Contoh kalau dah bosan sangat hidup terlampau selesa.. celik je mata semua dah tersedia.. Apakata bermain dengan serangga yang paling anda takut & geli? Tu contoh aktiviti yang mencabar diri anda jugak.. selain tu boleh mengatasi fobia atau geli pada sesuatu perkara tu.

Contoh aktiviti yang kategori mencabar jugak. Kau berani?? kalau ni pun kau tak boleh buat jangan berangan nak masuk fear factor. rancangan lari pun belum tentu layak katanya hahahaha

Atau korang boleh cuba buat 15 aktiviti ni pun best jugak. Walau ada di antara 15 aktiviti macam kerja gila sikit. Maybe tak semua orang sanggup buat tapi ok jugak la untuk mencabar keberanian diri melakukan sesuatu yang tak semua orang boleh buat walau perbuatan tu nampak simple & tak memudaratkan tapi perlukan keyakinan diri untuk melakukannya. Pendek kata.. yang confident & berani je boleh buat.

Kalau korang nak tau apa 15 aktiviti mencabar walau simple je perbuatan dia meh tengok kat sini >> 15 AKTIVITI UNTUK KELUAR DARI ZON SELESA <<

Yelah.. mana tau kot2 korang memang jenis enjoy bila menyusahkan diri kan. Elok la cuba buat mana tau jadi viral boleh jadi terkenal seantero alam maya seterusnya di offer menjadi retis bawah naungan MiG.. hahahaha

Moral of the story.. Enjoy tak salah, yang slaah cara kita enjoy. Peace Yo!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com